DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 22, 2010

DEDAHkan keMUNGKARan PAS atau umat ISLAM akan semakin HANCUR selepas PRK Hulu Selangor ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SETUJU tak anda semua jika diKATAkan bahawa PAS adalah PENEGAK KEMUNGKARAN di muka BUMI ini dan WAJIB diperangi atau diMUSUHi oleh umat ISLAM seperti mana Khalifah Abu Bakar As Siddiq memerangi GOLONGAN RIDDAH selepas keWAFATan Rasulullah SAW?

Kecenderungan PAS untuk terus memPOLITIKkan Islam hingga habis dilanggar AKIDAH, SYARIAT dan RUKUN dalam agama INI sebenarnya amat menakutkan.. Memang Islam mengHALALkan POLITIK tetapi itu bukan bermakna Islam itu sendiri kena diPOLITIKkan.. Ini sahaja sudah CUKUP mengGAMBARkan tahap keFAHAMan Islam Lebai-Lebai PAS sangat dangkal dan kurang faham tentang AGAMA mereka sendiri.. Kita telah NYATAkan sebelum ini bahawa sebahagian BESAR Lebai PAS menyertai parti INI bukan kerana ingin menegakkan ISLAM sebaliknya kerana mereka ingin diLIHAT lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain.. Inilah fahaman SERONG yang dianuti sebahagian BESAR Lebai PAS ketika INI..

Tindakkan PAS memperalatkan ISLAM dan meRELAkan pulak ISLAM diperalatkan demi kepentingan POLITIK musuh-musuh ISLAM telah meletakkan PAS setaraf dengan penganut KHAWARIJ yang kerjanya menidakkan ISLAM orang lain tetapi pada masa yang SAMA menokok-tambah perkara-perkara KARUT dalam agama INI.. Ajaran ISLAM yang diwahyukan kepada Nabi SAW yang menekankan tentang kasih-sayang sesama UMAT dan pentingnya mengERATkan SILATURRAHIM sesama UMAT diketepikan sebegitu MUDAH hanya kerana Lebai-Lebai PAS ingin meLAYAN nafsu SERAKAH mereka dalam POLITIK.. Mereka LEBIH rela meMUSUHi sesama umat ISLAM berbanding berusaha untuk mengurangkan perBEZAan dan memupuk SILATURRAHIM..

Lebai-Lebai PAS pulak cenderung untuk memperLIHATkan mereka ini seolah-olah LAYAK dipanggil sebagai ULAMA atau pun ALIM sedangkan kalau kita TELITI dan meLIHAT secara terperinci PERILAKU mereka jelas jauh berBEZA dengan 1.8 bilion umat Islam lain.. Untuk meWAJARkan mereka dipanggil ULAMA atau USTAZ, segelintir daripada mereka sanggup memperALATkan ayat-ayat Al Quran dengan mengambilnya secara sekerat-sekerat TIDAK secara PENUH demi tujuan POLITIK.. Yang lebih TERUK, mereka meRELAkan pulak ayat-ayat Al Quran diperSENDAkan dan diperGUNAkan oleh MUSUH-MUSUH Islam untuk tujuan POLITIK mereka.. Malah, tidak cukup dengan ITU, Lebai-Lebai PAS sanggup menokok TAMBAH perkara HALAL dan HARAM demi kepentingan MUSUH-MUSUH Islam itu..

PAS jugak 'PILIH BULU' apabila mengHUKUM orang Islam yang tidak sependapat atau tidak SETUJU dengan PAS.. INI semua kerana PAS bukan berorientasikan ISLAM sebaliknya PAS lebih kepada tujuan untuk memuaskan NAFSU politik mereka.. Bukan perkara BARU jika diKATAkan PAS menjatuhkan HUKUM terhadap orang Islam lain dengan berDASARkan mereka dari fahaman POLITIK mana.. Jika orang Islam itu dari UMNO atau PERKASA memang KERASlah mereka mengHUKUM.. Tapi kalau orang itu dari PKR atau DAP yang jelas berDOSA BESAR seperti terdapat dalam ISLAM, PAS akan membela dan cuba untuk mengHILANGkan terus DOSA BESAR tersebut hingga kekadang tuh nampak macam PADERI pengampun DOSA pulak!

- Anda BOLEH lihat sendiri bagaimana PAS 'menSUCIkan' calon PKR Hulu Selangor yang pernah jadi KAKI TONGGANG, KAKI LUMBA KUDA dan berSALAH POLITIK WANG..

- PAS jugak boleh 'menSUCIkan' Penasihat PKR yang didakwa terlibat dalam KES 'menJUBOR' orang lelaki.. Sedangkan Surah Luth jelas menyatakan bagaimana HUKUMAN Allah SWT terhadap pelaku perbuatan INI..

- PAS pernah 'menSUCIkan' seorang YB bukan ISLAM yang didapati jelas berSEKEDUDUKAN dnegan lelaki ISLAM.. Senang aje nampaknya Pok Nik 'Alaihissalam' menjadi WATAK penghapus DOSA..

- PAS tidak ragu untuk mengHALALkan penggunaan nama ALLAH SWT oleh pendakwah agama LAIN, memBENARkan penjualan ARAK dan juga mengHALALkan penternakkan BABI yang cuba diUSAHAkan oleh sekutu RAPATnya, DAP.. TAPI, kalau UMNO, buat benda BAIK pun diHUKUMnya dengan FATWA bukan-bukan..

Malah, individu yang bukan UMNO sepeti Mufti Perak pun diHINA sebegitu rupa walaupun dia cuma melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai MUFTI untuk umat Islam? Dalam PAS, walaupun sehebat mana keLULUSan bidang agama anda, anda TETAP di bawah TAPAK KAKI Lebai-Lebai PAS yang tak SEKOLAH macam MP Pokok Sena!

DAPATkah anda bayangkan apa yang akan terjadi terhadap UMAT ISLAM di negara INI jika tiada sesiapa cuba membendung atau cuba memperBETULkan GEJALA atau keMUNGKARAN yang dibawak oleh PAS? Dapatkah anda BAYANGkan apa yang jadi pada IMAN orang Islam 5 tahun akan datang jika PAS terus diBIARkan sebegini? BAYANGKAN APA YANG AKAN DIKATAKAN OLEH LEBAI-LEBAI PAS JIKA DAP INGIN MEMBUKA LEBIH BANYAK PREMIS ARAK DAN LUMBA KUDA DENGAN ALASAN PAS MENYOKONG CALON MELAYU ISLAM PKR YANG MELAKUKAN AKTIVITI SEDEMIKIAN? MAUNYE LEBAI-LEBAI TU PAKAT BERTAKBIR?

Sebab itulah TINDAKKAN PENCEGAHAN terhadap KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh PAS WAJIB dilakukan di PRK Hulu Selangor kali ini.. "Do it NOW or NEVER!"

Wallahualam..

2 comments:

tebing tinggi said...

Adalah sangat mengherankan apa sahaja yang dilakukan olih puak penentang kapada kerajaan yang ada sekarag ini saolah-olah tiada apa yang bolih menghalang mereka. pehak-pehak berwajib dilihat tidak berkemampuan atau tidak ambil peduli akan apa sahaja yang berlaku dan rakyat semakin bingong.
Perlu diingat kerajaan Barisan yang mentabir negara sekarang ini perlu bertangongjawab keatas kesejhtran rakyat jelata, bukan sahaja kesejahtran pisikal dan meterial tetapi kentetraman rohani bagi umat Islam khasnya juga kesihatan mental amnya.
Atas apa juga sebab dan alasan, kerajaan tidak seharusnya dilihat pinchang didalam menangani gejala-gejala sebagini dimana rakyat menjadi tarohannya khasnya umat Islam sebelum keada'an menjadi terok.
Takut bertindak kerana politik, dan bertindak kerana politik adalah sesuatu yang amat burok untok jangka masa panjang kesejahtran rakyat.


1 >sekolah 1 >bahasa 1 >Malaysia

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

En. Tebing Tinggi,

Memang itulah yang kita RASAkan sekarang.. Seolah-olah kita kembali ke zaman jahiliyyah di mana keDUNGUan diagung-agungkan sebaliknya keILMUan di campak jauh-jauh..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS