DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, June 09, 2010

MemBAZIR duit aje bina bangunan Parlimen baru jika MENTALITI 'orang di dalamnya' macam SARKAS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Mana-mana NEGARA yang mengamalkan DEMOKRASI sudah pasti mempunyai Parlimen mereka sendiri untuk menempatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya.. Di Parlimenlah mereka akan berbahas dan menggubal undang-undang untuk menentukan halatuju negara.. Begitulah pentingnya institusi Parlimen kepada sesebuah NEGARA.. Dengan kata lain, mereka yang berpeluang menjadi wakil rakyat dalam Parlimen seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk berBAHAS dan berSUARA demi kepentingan RAKYAT.. Soalnya, adakah mereka berbuat demikian?

Parlimen yang sedia ada sekarang INI akan diPINDAHkan ke Putrajaya.. Sebuah bangunan baru akan dibina di sana menggantikan bangunan sedia ADA.. Sudah tentu pembinaan infrastruktur baru seperti ini akan menelan BELANJA ratusan juta RM.. Anda TIDAK perlu berTANYA tentang wang siapa yang akan dibelanjakan untuk pembinaannya.. Anda jugak TIDAK perlu bertanya untuk SIAPA infrastruktur ini dibina.. Sudah tentu jawapannya adalah untuk RAKYAT.. Ye la.. Kalau kata untuk kepentingan POLITIK sendiri nanti maunye kena HENTAK pulak..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

Apa pun, terpulanglah kepada anda SEMUA untuk menilai samada pemBINAan infrastruktur baru untuk para YB ini adalah berBALOI atau TIDAK.. Kita katakan sedemikian adalah kerana kita SEDAR bahawa mereka yang KONONnya mewakili RAKYAT dan bersuara DEMI rakyat INI tidak LEBIH daripada BUDAK-budak TADIKA yang membuat BISING dalam TADIKA? Apa yang dilaungkan, diSLOGANkan dan ditemberangkan dalam Parlimen TIDAK lebih daripada kata-kata POLITIK yang langsung tidak ada MANFAAT kepada rakyat? Semuanya hanya mahu memPOPULARkan diri sendiri dan mencari PUBLISITI murahan demi kepentingan POLITIK masing-masing..

Untuk itu, anda sebagai RAKYAT sewajarnya berFIKIR samada berBALOIkan perbelanjaan BESAR untuk pembinaan infrastruktur sedemikian sedangkan mereka yang mengGUNAkannya langsung TIDAK tahu mengHARGAi kepentingannya? Cuba anda sebagai RAKYAT lihat balik mereka yang diPILIH oleh anda untuk berada dalam Parlimen:-

- ADA yang memPUNYAi keSALAHan POLITIK WANG dalam partinya sendiri..
- ADA yang memPUNYAi kes MAHKAMAH kerana terlibat dalam aktiviti menJUBOR bekas 'COFFEE BOY'nya sendiri..
- ADA yang memPUNYAi kes MAHKAMAH kerana berPOLIGAMI tanpa keBENARan..
- ADA yang memPUNYAi kes MAHKAMAH kerana GIGIT Polis, langgar budak UiTM dan langgar askar sampai MATI..
- ADA yang menganggap Parlimen sebagai tempat berKUMPUL mereka ANAK-beranak dengan terPILIHnya anak, menantu atau isteri sebagai YB..
- ADA yang terlibat dalam bermacam-macam PENYELEWENGAN dan RASUAH dari skandal pasir, PKFZ dan bermacam lagi..
- ADA yang TAK LAYAK pun masuk Parlimen macam 'BABI TONYOK' dari Kelana Jaya tapi masuk jugak? HE!HE!HE!

Jadi, berBALOIkah anda RASA jika bangunan Parlimen yang BARU nanti dipenuhi dengan segala macam MALAUN di atas? LARAT ke anda TENGOK gelagat malaun-malaun INI di Parlimen semacam anda LAYAN siaran ulangan cerita Hindustan atau Sinetron Indonesia di TV setiap hari? Kenapakah keISTIMEWAAN perlu diberikan kepada mereka INI sedangkan mereka boleh diKATAkan langsung tak berINTEGRITI atau berETIKA sebaliknya hanya nak TUMPANG sekaki pakai nama 'RAKYAT'?

Wallahualam..

2 comments:

Wake UP! said...

Amatlah memalukan perangai ahli Parlimen seperti beruk di dalam hutan.

Kalau begini lakunya, baik adakan sidang parlimen di dalam zoo.

IDF troops praised by Netanyahu.

Anonymous said...

Setuju sangat2. Membazir duit. Sekarang heboh di Parlimen dan yang sangat2 di utamakan berita oleh portal2 berita terkini/online news ialah cerita bergaduh. Bukan fasal RM10 dibentang PM.

Lagi baik Dato Nazri pi tengok Bangunan Parlimen Pulau Malta yang di tengah2 Laut Meditrenean yang mana bangunan Parlimennya dari zaman mula dibuka pulau tersebut masih ada dan digunakan hingga sekarang. Dari tangga, tempat duduk ahlinya masih kayu.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS