DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, June 11, 2010

Nak nyatakan SOKONGAN kepada Palestin pun kena IKUT fahaman POLITIK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sungguh MALANG sebenarnya nasib rakyat Palestin.. Di TANAH air mereka sendiri mereka diTINDAS dan diBUNUH semacam nyawa tak de NILAI, di negara INI pulak perjuangan mereka menjadi MODAL POLITIK kepada beberapa ahli POLITIK yang ada antaranya berKAWAN dengan ZIONIS demi kepentingan POLITIK mereka.. Ini menjadikan SOKONGAN terhadap perjuangan Palestin oleh umat Islam di NEGARA ini tidak pernah sekata dan berPECAH-belah mengikut fahaman POLITIK.. Adalah menyedihkan apabila meLIHAT isu Palestin dijadikan MODAL perjuangan oleh ahli-ahli POLITIK yang HAMPEH ini sedangkan sebelum INI langsung TAK kedengaran mereka memperjuangkannya..

RAMAI di antara mereka INI meletakkan isu Palestin seolah-olah TIDAK ada kepentingan walaupun ada dikalangan mereka INI sering menDABIK dada KONONnya mereka lebih ISLAM dari orang ISLAM lain.. Mereka menyebut isu Palestin pun sekadar untuk meRUJUK musuh POLITIK mereka yang jugak orang ISLAM sebagai ZIONIS, kuffur, musuh ALLAH SWT dan sebagainya.. Sedangkan mereka INI langsung TAK MALU pulak membiarkan nama ALLAH SWT digunakan oleh agama LAIN yang ingin menyebarkan DAKWAH mereka? Adakah golongan yang Rukun IMAN mereka layak diperSOALkan INI hendak ditonjolkan sebagai pejuang Palestin?

Kenapa INI semua berlaku? INI kerana ada antara ahli-ahli POLITIK ini sebenanrya berSEKONGKOL dengan ZIONIS atas hubungan "YOU HELP ME, I HELP YOU".. Dengan KATA lain, asalkan ZIONIS sanggup menaja mereka menjadi pemimpin no.1 di Malaysia, mereka akan mengikut apa sahaja kehendak ZIONIS termasuklah dalam isu Palestin.. Pada ZAHIRnya mereka akan menonjolkan DIRI sebagai pihak yang berSIMPATI dan menyokong perjuangan Palestin.. Namun, itu pada ZAHIRnya.. Pernahkah mereka memBERIkan bantuan terhadap rakyat Palestin secara MATERIAL? Kalau takat cakap bersembur AIR liur, sesiapa pun BOLEH?

INI sebenarnya PERANGKAP ZIONIS untuk memecah-belahkan SOKONGAN PADU umat Islam negara INI terhadap Palestin.. Kita sekarang nak SOKONG Palestin pun kena ikut parti POLITIK mana kita SOKONG? Lepas tuh ada pulak segolongan Lebai-Lebai JAHIL yang memandai mengatakan KONONnya sokong UMNO macam sokong PLO bawah Mahmood Abbas manakala sokong PAS dan PKR pulak KONONnya macam sokong HAMAS bawah Ismael Haniyeh.. Takke BODOH namanya tuh? TIDAKkah itu jelas menunjukkan dengan MUDAHnya ZIONIS memerangkap kita? TIDAKkah kita nampak pengaturan jelas bagaimana mereka yang bersekongkol dengan ZIONIS telah memperdayakan KITA?

Akhirnya yang jadik MANGSA rakyat Palestin dan umat Islam macam kita jugak.. Untuk ITU, seharusnya diTOLAK segala macam campur tangan POLITIK dalam bab memberi SOKONGAN kepada Palestin.. Campur tangan sebegini HANYA menguntungkan ZIONIS yang sememangnya mahukan UMAT Islam berpecah-belah kerana POLITIK.. Jangan BIARkan 'KAWAN ZIONIS' memperdayakan RAKYAT dengan sokongan 'FAKE' terhadap Palestin semata-mata untuk mengaburi KES menJUBORnya di mahkamah dan bermacam lagi MASALAH yang dibawaknya.. Anda TAHU siapa yang diMAKSUDkan dengan istilah 'KAWAN ZIONIS' ini..

Jika senario ini berterusan, kita hanya akan menjadi umat Islam yang berpecah-BELAH dan tidak bersatu walaupun untuk TUJUAN yang sama.. Kenapa kita TIDAK mencontohi apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang langsung TIDAK menggunakan platform POLITIK untuk menyokong Palestin? Malah semasa belaiu jadik PM pun kita nampak jelas bagaimana beliau menyemarakkan sokongan terhadap Palestin dan Bosnia dikalangan umat Islam negara INI tanpa mengira fahaman POLITIK? Yang menyedihkan tuh, segala macam usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir untuk saudara Islam di Palestin dan Bosnia dibalas dengan berMACAM gelaran BURUK oleh Lebai PAS Jahiliyyah yang menyokong BARUA ZIONIS!

ZIONIS sudah pun menempatkan pemimpin POLITIK yang menjadi BARUA mereka hanya dengan TUJUAN untuk memecah-belahkan umat Islam.. Ciri-ciri BARUA mereka INI senang sangat untuk diKENALi.. Selain diPUJI menerusi MEDIA pro ZIONIS oleh para pemimpin ZIONIS, dia jugak mengamalkan 'GAYA HIDUP' ala-ala Yahudi zaman dahulu termasuklah 'GAYA HIDUP' umat Nabi Luth AS di Sodom (Laut Mati).. Kita sebagai umat Islam haruslah mengelakkan DIRI daripada terpedaya dengan tipu daya BARUA ZIONIS seribu WAJAH ini.. Janganlah jadikan pulak negara ini seperti Palestin kerana nak sanjung BARUA ZIONIS ini.. Kalau tengok kat corak pemerintahan DAP kat Penang tuh, nampak GAYAnya tak lama dah untuk NEGARA ini dijadikan Palestin kedua?

Wallahualam..

1 comment:

Wake UP! said...

PKR ialah alat Illuminati untuk menakluk Malaysia bagi mencapai NWO.

Treason law.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS