DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, July 14, 2010

BODEK dan MENGAMPU tahap melampau - Agak-agak la woi!!!!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BUDAYA mengampu dan memBODEK pemimpin bukanlah perkara ASING yang diamalkan oleh orang POLITIK kita.. Hinggakan sesetengah dari mereka kalau diSURUH menJILAT BONTOT pemimpin pun mereka akan sanggup walaupun HAKIKATnya pemimpin tersebut JELAS diTOLAK rakyat.. Inilah PENYAKIT KRONIK ahli politik kita tanpa mengira PARTI mahupun KAUM yang diwakili.. Sebagai manusia, kita harus menerima bahawa pemimpin sentiasa DATANG dan PERGI.. Malah, dalam ISLAM sekali pun kita DILARANG mengAGUNGkan sesiapa hingga tahap KRONIK sedemikian rupa.. Namun demikian, dalam KONTEKS parti kaum India seperti MIC, budaya mengampu dan memBODEK pemimpin mungkin adalah lumrah dan sifat semulajadi mereka agaknya..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Kenyataan-kenyataan KAKI AMPU dalam kenyataan seperti berikut sebenarnya KETERLALUAN dan boleh menimbulkan RASA BENCI RAKYAT bukan sahaja terhadap pemimpin MIC sendiri malah boleh menjangkau hingga kepada para pemimpin parti komponen BN yang lain..

"Beliau juga telah membuat banyak sumbangan kepada masyarakat India di negara ini. Jasa beliau boleh dikenang sehingga 500 tahun lagi," - M. Arjun dari Maran

"Hanya perwakilan mempunyai kuasa memastikan presiden meletakkan jawatan, tiada sesiapa yang mempunyai kuasa menggesa presiden parti meletakkan jawatan," - R.M. Krishnan dari Kepong

"Beliau seorang presiden yang telah dipilih secara demokratik, sesiapa pun tidak boleh memaksa beliau berhenti," - G. Gopal dari Kulim

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_15.htm&arc=hive

Kalau benar pemimpin MIC tersebut dipilih secara DEMOKRATIK, maka wajarlah untuk KAKI-KAKI AMPU dan BODEK tersebut mengakui bahawa pemimpin yang SAMA telah pun tersungkur dan diTOLAK rakyat secara DEMOKRATIK di kawasannya sendiri iaitu Parlimen Sungai Siput! Ini bukan tahap AMPU dan BODEK biasa lagi dah.. Ini sampai tahap kalau suruh JILAT BONTOT pemimpin pun ada yang sanggup nih!!

Malah, kalau nak dibandingkan keTOKOHan pemimpin MIC tuh dengan keTOKOHan pemimpin India di BENUA mereka macam Mahatma Ghandi pun memang tak SEPADAN dan tak LAYAK sama sekali untuk dibuat perbandingan.. Ghandi pernah diPENJARAkan dan sanggup berjalan KAKI beratus-ratus batu dalam 'The Salt March' untuk menyatu-padukan rakyat India bertujuan menuntut kemerdekaan..! Ghandi jugak TIDAK pernah merestui mana-mana penyokongnya melakukan keGANASan dan tuntutan melampau seperti apa yang HINDRAF lakukan di negara INI.. Ghandi akhirnya diTEMBAK oleh puak pelampau KAUMnya sendiri.. Pemimpin MIC yang diPUJA sedemikian rupa nih pernah ke melakukan SAMA seperti Ghandi lakukan? HE!HE!HE!

Walau apa pun, HAKIKATnya sudah terlambat untuk menarik kembali kata-kata AMPU, BODEK dan MEMUJA yang telah diucapkan.. Dek kerana pemimpin MIC ini, BN akan HANCUR dikerjakan dek rakyat PRU-13 nanti.. AWAS!! Pemimpin komponen BN yang lain harus MELIHAT tingkah-laku BODEK MENGAMPU secara melampau seperti INI akan mengheret mereka SAMA pada PRU-13 kelak walaupun mereka bukan pemimpin MIC! Untuk itu kita nak tanya kepada UMNO, adakah mereka mahu terheret sama diKERJAkan oleh rakyat ANGKARA pemimpin parti komponen lain yang tak ada TIMBANG-RASA seperti pemimpin MIC ini? HE!HE!HE!

Kita SENGAJA tak nak sentuh perihal Pakatan Rakyat(PR) dalam bab BODEK dan AMPU tahap melampau sampai kalau suruh JILAT BONTOT pemimpin pun ada yang sanggup.. Bukan kerana mereka dalam PR tidak berSIKAP sedemikian rupa, malahan sebenarnya mereka pun 2X5 jugak.. KeTAKSUBan Lebai PAS terhadap Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dan keTOTOKkan ahli-ahli PKR terhadap Penasihat PKR pun tidak banyak BEZA jika dibandingkan dengan DUA tiga KERAT ahli MIC yang TAKSUB dengan pemimpin mereka seperti yang dipaparkan ini.. Biarlah kita SERAHkan kepada rakyat untuk buat PENILAIAN.. LAGI pun, almaklumlah, mereka dalam PR nih cukup SENSITIF bab 'BONTOT' nih.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

Melayu Pasir Gudang said...

Salam TDP.

Budaya bodek dan ampu nie memang dah sedia wujud dalam masyarakat Malaysia terutama bagi kaum Melayu dan India, aku tak dapat tahu pulak sejak bila budaya nie ada dalam masyarakat melayu , dari kitab sejarah melayu, sejak kesultanan Melayu Melaka lagi budaya ini telah menjadi darah daging orang -orang melayu.mungkin waktu itu matlamat mereka adalah untuk hidup dan perlindungan.

Hari ini budaya bodek dan ampu ini masih ada dan tujuan pun aku rasa tetap tidak berubah.Cuma lakonannya lebih dahsyat lagi.Dan budaya ini merupakan income atau pendapatan kepada mereka.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS