Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Sunday, July 25, 2010
TAK habis-habis dia PERASAN dia tuh teramat BAGUS.. Pegey dah!!!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ADUYAII..... KAH!KAH!KAH!
Kenapa la dalam UMNO nih ada seorang yang berJAWATAN TINGGI tetapi tak habis-habis buat LAWAK SPASTIK?
Gaya dan 'STYLE' dia buat kenyataan bukannya gaya seorang PEMIMPIN yang disegani atau diHORMATi, sebaliknya dia seMACAM nak perBODOHkan orang atau dia ingat orang LAIN semua BODOH, dia seorang aje yang PANDAI! Terus-terang KATAlah, UMNO jangan HARAP akan dapat SOKONGAN golongan profesional MUDA, golongan BELIA mahu pun golongan SISWAZAH jika terus mengekalkan dia nih sebagai salah seorang pemimpin UMNO!Kali INI Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG sekali lagi membuat kenyataan yang KELAKAR dan meLUCUkan..
Dia KONONnya nak meNASIHATkan Pemuda UMNO supaya jangan hanya masuk 'FRAME' untuk curi perhatian.. Apa dia TAK TAHU ke ATAU dia tak PERASAN ke dialah yang paling SUKA MASUK 'FRAME' untuk CURI perhatian? Bukan ke hari tuh dia yang masuk 'FRAME' demonstrasi orang LAIN depan Kedutaan Australia yang membantah campur tangan ahli Parlimen Australia dalam kes LIWAT Penasihat PKR? KAH!KAH!KAH!
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=516286
"Kita kena tunjuk bahawa UMNO ini sentiasa dekat kepada rakyat.. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan.. Itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.. Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame.. Saya tahu siapa yang buat kerja.. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda,"
KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! Perasan BAGUS SIOT!! KAH!KAH!KAH!
Orang TAK heran pun dengan DIA punya PENILAIAN! Penting sangat ke PENILAIAN dari seseorang yang MENANG JAWATANnya pun selepas diBUKTIkan berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG? Apa yang PELIKnya kalau ramai Pemuda UMNO jenis nak masuk 'FRAME' pasal semua MAKLUM Pemuda UMNO jadik macam tu kerana nak menCONTOHi dia? Inilah yang diibaratkan dalam peribahasa Melayu "Ibarat KETAM mengajar anak berJALAN lurus".. Diri sendiri pun tak BETUL, nak perBETULkan orang lain pulak?
Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini mengatakan keIKHLASan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.. BAGUS.. Takat AYAT aje la.. Secara PRAKTIKALnya bagaimana pulak? Apa kata Ketua Pemuda UMNO sendiri memBUKTIkan keIKHLASannya dalam beberapa perkara di bawah?
1) Kenapa dia terHEGEH-HEGEH menghantar PASSPOT kepada Penasihat PKR semasa dia diBEBASkan dahulu sedangkan dia bukan Pegawai Imigresen, jauh sekali pegawai KDN?
2) Jelaskan apakah HUBUNGAN dia dengan INDIVIDU bergelar "The HINDU GOD Muslim PRIEST" yang didakwa cuba memburuk-burukkan kepimpinan PM ketika INI dan SEBELUM ini, melalui MEDIA seperti The Malaysia Insider atau penulisan RPK?
3) Dedahkan tentang pemilikkan SAHAM secara langsung ATAU melalui PROKSInya dan jumlah keKAYAan yang dimilikkinya sebelum dan selepas dia menjadi MENANTU kepada PM ke-5 agar semua orang TAHU tentang keMEWAHannya..
4) Terangkan apakah bentuk NASIHAT dia dan RAKAN-RAKAN 'Level 4 BOYS'nya telah berikan kepada PM ke-5 hingga habis tunggang-langgang GLC serta agensi kerajaan dan habis HANCUR kerajaan BN dalam PRU ke-12 sampai masih GAGAL bangkit sehingga hari INI?
5) Kenapakah dia masih diBENARkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun dia terBUKTI berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG dan apakah bentuk KEMPEN atau SOGOKkan yang telah dilakukan kepada para perwakilan sedangkan kalau ikut penCALONan, dialah calon yang mempunyai pencalonan paling SEDIKIT?
Ha... Jelaskanlah semua perkara di atas kalau nak tunjuk diri tuh IKHLAS.. Tok sahlah dok PERASAN diri tuh BAGUS.. IKHLAS tuh bukan setakat cakap MULUT aje, kenalah diBUKTIkan dengan perlakuan.. HE!HE!HE!
Hari tuh KATA nak letak JAWATAN la, dah TAK nak bertanding la.. Piiirahh!! Budak KECIK pun tak percaya.. Kalau dah JENIS orang macam nih, cakap BAIK macam mana pun TAK ada orang nak PERCAYA! Tok sah MIMPIlah nak DAFTARkan orang mengundi UMNO.. Tengok muka dia pun orang MELUAT kat dia aje, malah kat UMNO terus! Tak pasal-pasal UMNO jadik BUSUK pasal dok simpan orang macam nih! Sebab tu UMNO jangan MIMPIlah nak dapat kembali sokongan rakyat terutamanya GENERASI MUDA Melayu pasal diorang MELUAT diperBODOHkan dek orang macam dia nih!
Wallahualam..
Labels:
Lawak Nusantara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment