DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, November 19, 2010

Kenapa kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa BN tidak akan dapat majoriti 2/3 adalah BENAR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tun Mahathir sepeti yang diLAPORkan telah mengatakan bahawa BN mungkin dapat mengambil balik satu atau dua negeri semasa PRU 13 tetapi masih GAGAL untuk mengekalkan MAJORITI 2/3 di Parlimen.. Mungkin ada PIHAK mengANGGAP kenyataan Tun berbaur PESIMIS, tetapi kalau semua pakat bukak MATA dan lihat keadaan sekeliling, pasti mereka akan NAMPAK hakikat keBENARan yang dikatakan oleh Tun.. Malah, seWAJARnya pihak yang beranggapan kenyataan Tun adalah NEGATIF pulak diSIASAT pasal merekalah yang selama INI terBUKTI sering mengGAGALkan usaha BN untuk menang mana-mana pilihanraya.. INI boleh dikira macam SABOTAJla jugak..

http://www.malaysiatoday.com/content.php/952-BN-tidak-mungkin-dapat-majoriti-2-3-tetapi-berpeluang-rampas-satu-atau-dua-negeri?commentid=6945

Sebenarnya tahap SOKONGAN terhadap BN khususnya UMNO sudah semakin PULIH tetapi HAKIKATnya itu masih belum menCUKUPi untuk meMENANGi pilihanraya BESAR seperti PRU 13.. Terlampau BANYAK masalah-masalah dalaman UMNO dan parti-parti komponen BN yang masih perlu diperBETULkan termasuklah mengGANTIkan para pemimpin yang berMASALAH secara besar-besaran.. Mungkin dalam parti, mereka beranggapan mereka menerima SOKONGAN.. Namun, sebenarnya SOKONGAN yang diterima dalam parti langsung tidak menCERMINkan SOKONGAN sebenar rakyat jelata yang akan mengundi dalam pilihanraya.. INIlah yang diKATAkan SOKONGAN memBAWA rebah!

Walaupun PKR pada ketika ini diLANDA masalah dalaman yang SERIUS dan diRAMALkan akan HANCUR bila-bila masa.. Namun sebenarnya keHANCURan PKR tidaklah berMAKNA BN bertambah sokongan.. SEDARkan para pemimpin seperti DS Najib dan TS Muhyiddin bahawa RAMAI di dalam UMNO khususnya dalam Pemuda UMNO dan jugak di kalangan KOMPONEN BN sendiri SEBENARnya mahukan gabungan PKR + DAP + PAS kekal KUAT dan mampu memBERIkan SAINGAN kepada BN sendiri? INI kerana jika gabungan pembangkang ini KUAT dan dapat memBERIkan tekanan kepada BN, maka mereka jugak akan mendapat ALASAN untuk terus menekan pucuk pimpinan BN KONONnya untuk menuntut perubahan bagi PIHAK rakyat! Walhal, mereka seBENARnya mahukan PERUT mereka bertambah BUNCIT dengan KONTRAK dan TENDER menerusi kerajaan BN selagi belum KALAH!

DENGAN kata lain, teruslah meROMPAKlah menerusi BN selagi peluang masih ada.. Sebab itulah kita JARANG terbaca atau terDENGAR Pemuda UMNO 'MENYERANG' atau memberi PENERANGAN terhadap rakyat tentang PKR yang menghadapi keMUSNAHan.. Mereka sebenarnya mahukan PKR kembali KUAT agar dapat terus menekan pucuk pimpinan UMNO agar menurut kehendak mereka.. INI termasuklah memberikan AYAT-AYAT seperti "Pemuda BUKAN ancaman", "Berikan tanggung-jawab LEBIH" dan sebagainya.. SOALnya, BONGOK sangatkah pucuk pimpinan UMNO hinggakan hendak memBERIkan tugasan parti kepada Pemuda UMNO yang sanggup berKETUAkan seorang peSALAH POLITIK WANG?

Begitu jugak dengan KOMPONEN BN seperti MCA, MIC dan Gerakan.. Mereka jugak mengambil SIKAP berDIAM diri dan hanya meLIHAT sahaja beberapa KERAT pemimpin UMNO 'MENYERANG' PKR.. Sedangkan sebahagian BESAR daripada kerusi KOMPONEN BN ini diRAMPAS oleh PKR? MCA yang berKETUAkan bekas pelakon PORNO yang di'KANTOI'kan lebih suka memBAWA isu keCINAan -> KONONnya bangsa ini diTINDAS dan hidup melarat di negara ini.. Begitu jugak dengan MIC dan Gerakan yang mana pemimpin masing-masing lebih sibuk menJAGA keDUDUKkan mereka dalam parti dengan cara menekan UMNO dan orang Melayu berbanding bersama-sama UMNO atas nama BN 'MENYERANG' musuh-musuh POLITIK mereka.. INI ke yang dinamakan kesepakatan dalam BN?

Kita memang FAHAM kenapa mereka ENGGAN untuk 'MENYERANG' PKR.. Kalau Pemuda UMNO, kita memang TAHU bahawasanya Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG memang mempunyai HUBUNGAN dengan Penasihat PKR kerana dia adalah 'MACAI' pengHANTAR passport kepadanya dahulu! Manakala para pemimpin komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan pulak sebenarnya GUSAR dengan perGOLAKkan dalam PKR melebihi rakan-rakan PKR seperti DAP dan PAS kerana jika PKR musnah, mereka akan HILANG PUNCA dan ALASAN untuk menekan UMNO dan orang Melayu demi kepentingan POLITIK SEMPIT dan perKAUMan mereka!

Sebenarnya, bagi mereka PKR lebih TOLERAN terhadap perjuangan SEMPIT mereka berbanding UMNO! PKR tidak meletakkan 'MELAYU' atau 'ISLAM' sebagai asas parti mereka maka sebab itulah parti ini diLIHAT lebih toleran berbanding UMNO! Sebab itulah mereka INI lebih suka berDIAM diri tanpa memikirkan bahawasanya sebagai salah satu KOMPONEN BN, mereka jugak bersama UMNO untuk menDEDAHkan keLEMAHan PKR! Mungkin pemimpin UMNO seperti DS Najib dan TS Muhyiddin patut sedar bahawa mereka sebenarnya keSEORANGan dalam BN untuk meMENANGi PRU 13!

Wallahualam..

5 comments:

jack said...

betul tuu,contoh yang paling dekat, kat seri setia, orang yang melobi untuk jadi calon berlagak nak mampus, dijemput untuk jogataon kat sekolah sungei way pun tak nak datang, wakil pun tak hantar, mentang2 menteri tak ada sama, kalau menteri ada, berkepit celah ketiak, orang yang macam nie ke nak pancing undi rakyat, mampuslahhh umno, mampus, itu satu, banyak lagi kes begini, tapi ramalan Tun xberapa tepat, aku ramal bn cukup cukup makan jeee, tak caye tengoklah.

Anonymous said...

SAYA RASA UMNO AKAN MENDAPAT SOKONGAN SAMA SEPERTI PRU 11 (2004). BN JUGA AKAN DAPAT SOKONGAN BUKAN MELAYU BILA MEREKA SEDAR ANWAR IBRAHIM AKAN LUPUS DARIPADA GELANGGANG POLITIK. MASA DEPAN MALAYSIA AKAN CERAH KEMBALI.

Anonymous said...

Jangan terlalu memandang rendah kepada kebijaksanaan pengundi Melayu. Hanya 30-40% sahaja pengundi Melayu yang taksub menentang UMNO. Pengundi yang tidak berparti (golongan atas pagar) akan kembali member sokongan pada UMNO. Anwar Ibrahim tel;ah diberikan undi kepercayaan pada 2008, dan beliau gagal memimpin. Harapan diletakkan kembali kepada UMNO yang telah sekian lama berjasa.

Anonymous said...

PADA PRU12 PENGUNDI MELAYU HILANG KEPERCAYAAN PADA PAK LAH DAN MEMBERIKAN UNDI SIMPATI PADA ANWAR IBRAHIM. PRU13 AKAN MENYAKSIKAN KEHILANGAN KEPERCAYAAN PADA ANWAR IBRAHIM DAN KEYAKINAN PADA NAJIB. UMNO AKAN MENDAPAT SOKONGAN BESAR. PENGUNDI BUKAN MELAYU AKAN KEMBALI MENYOKONG BN KERANA TURUT KURANG YAKIN PADA PKR. SAYA YAKIN.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KOMEN terbaru ini kit SETUJU..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS