DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, November 07, 2010

Penglibatan mahasiswa di kempen PRK DUN Galas - Jangan sia-siakan duit pembayar CUKAI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa PRK DUN Galas yang LEPAS, terdapat sekelompok mahasiswa daripada kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) turut sama berada dalam kemeriahan KEMPEN PRK di sana.. Penglibatan golongan mahasiswa di dalam mana-mana pilihanraya adalah JANGGAL walaupun tidak diNAFIkan ada segentir daripada mereka yang turut SAMA menyertai KEMPEN parti-parti POLITIK tertentu.. Ini telah pun berlaku semasa PRK Hulu Selangor dan berulang kembali di PRK DUN Galas.. SOALnya, apakah keWAJARan untuk mereka berbuat demikian sedangkan sepatutnya pembelajaran di KAMPUS jauh lebih UTAMA?

Menurut presidennya, kehadiran mereka bukan untuk membantu mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebaliknya mahu menjelaskan bahawa mahasiswa boleh berpolitik..

"Kami cuma mahu rasa pengalaman terbabit dalam politik, kami mahu memberi penjelasan bahawa mahasiswa juga boleh berpolitik. Malah, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menyekat mahasiswa terbabit dalam politik. Cuma kami tidak dibenarkan terbabit dalam parti politik, perkara itu perlu jelas. "Kami mahu memberi penerangan kepada penduduk di sini sejauh mana mereka memahami mengenai Bajet 2011, mereka perlu tahu apakah imbuhan bakal mereka peroleh daripada bajet yang dibentangkan baru-baru ini,"

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GAMISberipenerangandasarkerajaan/Article

APA pun, itu adalah ALASAN basi yang jelas TAK masuk AKAL.. Sejak bila pulak kumpulan mahasiswa seperti GAMIS mengambil-alih TUGAS Jabatan Penerangan KONONnya untuk memberi penerangan tentang BAJET 2011 kepada RAKYAT terutamanya di kawasan pilihanraya? Malah, secara LOGIKnya pulak, setakat mana pulak keFAHAMan mahasiswa GAMIS tentang BAJET 2011 sedangkan kehidupan mereka di KAMPUS hampir kesemuanya ditanggung oleh kerajaan berbanding dengan golongan PEKERJA seperti kita yang terpaksa memBAYAR bermacam jenis cukai? Kerana kita memBAYAR cukailah mahasiswa seperti GAMIS dapat duit PTPTN, MARA dan sebagainya!

Sepatutnya mahasiswa GAMIS berterima kasih kepada JUTAan golongan pekerja yang memBAYAR cukai kepada kerajaan agar mereka DAPAT belajar di KAMPUS! Mahasiswa GAMIS patut sedar bahawa TIDAK semua pemBAYAR cukai meRESTUi penglibatan mereka semasa KEMPEN di mana-mana PRK.. Malah, kita PERCAYA ramai pemBAYAR cukai tidak mengHALALkan cukai yang dibayar untuk digunakan sebagai duit PTPTN dan sebagainya diSALAH-gunakan pulak oleh para mahasiswa ini untuk menyertai KEMPEN PRK! Tanggung-jawab sebagai mahasiswa adalah JELAS, kenapa pulak mereka beriya-iya mahu melakukan sesuatu di luar tanggung-jawab mereka?

Kita jugak PERCAYA kumpulan seperti GAMIS ini ditaja atau dipergunakan oleh ahli-ahli POLITIK tertentu untuk menekan kerajaan bagi kepentingan POLITIK mereka.. Bukan ASING lagi tuntutan GAMIS untuk mengHAPUSkan AUKU turut disuarakan jugak oleh ahli-ahli POLITIK tertentu baik dalam pembangkang mahu pun di pihak kerajaan..

http://mygamis.blogspot.com/2010/11/mahasiswa-dari-galas-ke-parlimen.html

Kabinet pada 11 Ogos 2010 lalu telah membuat kenyataan TEGAS tidak berSETUJU dengan saranan membenarkan penglibatan para SISWAZAH dalam POLITIK.. Oleh kerana ianya diPUTUSkan atas nama 'Keputusan KABINET', maka WAJIBlah anggota KABINET itu sendiri iaitu para Menteri dan timbalan masing-masing mematuhinya dan pada masa yang SAMA mereka seharusnya memberikan penJELASan kepada UMUM berkenaan keputusan KABINET tersebut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive

Namun, kita HAIRAN seorang Timbalan Menteri seolah-olah mengambil keputusan bertentangan dan SEKALIGUS dilihat seakan mencabar TPM TS Muhyiddin yang mengUMUMkan keputusan tersebut?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-berpolitik-saifuddin-sedia-temui-sesiapa-termasuk-pemuda-pas/

Secara TEGAS, kita ingin minta PM DS Najib untuk 'TAKE NOTE' bahawa Timbalan Menteri yang menSIA-SIAkan wang CUKAI rakyat yang mahukan anak-anak mereka cemerlang di KAMPUS akan menyebabkan BN tersungkur menyembah TANAH pada PRU 13 nanti! Kami BAYAR cukai agar wang cukai kami digunakan untuk pembelajaran anak-anak kami, tetapi ada pulak Timbalan Menteri dan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG yang nak menSIA-SIAkan wang cukai kami untuk menjadikan anak-anak kami GILA POLITIK seperti mereka?

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2010/08/larangan-mahasiswa-aktif-berpolitik.html

Adalah jelas penglibatan dalam POLITIK tidak semestinya menjanjikan diri menjadi PEMIMPIN yang BAIK.. Adakah mereka yang berIYA-IYA mahukan AUKU diHAPUSkan dan mahu mahasiswa menceburi POLITIK adalah MANUSIA yang patut diCONTOHi? Kalau tak mahu BELAJAR, bagi peluang kat orang lain!

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

apa kena mengena mahasiswa ngn duit pembayar cukai bro? ko ingat mahasiswa tak bayar cukai ke? setiap warganegara bayar cukai, tak kira la mahasiswa ke, budak sekolah ke, bayi ke. bkn semua mahasiswa guna duit ptptn ke mara ke jpa ke. ada yg guna duit sendiri. takde aku terliur ngn duit ko tu. ckp mcm tak penah jd mahasiswa pun ada ko ni.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum.
Kumpulan GAMBUS ni dah baca ke report Bajet 2011 sehingga yakin boleh memberi penerangan kepada rakyat hehehehe. Jika nota kuliah pun tak terbaca apatah lagi nak naca report belanjawan yg dikeluarkan oleh Kementerian KEW. Amat melucukan. Kepada YB Saifuddin Abdullah, inilah hasil anak2 muda yang menyahut seruan Sdr. untuk membenarkan siswa/i berpolitik. Mereka akan jadi lupa sempadan antara ruang politikk kampus dan politik kepartian. Jika Sdr meneruskan niat menjayakan dasar siswa/i boleh berpolitik alamatnya lebih teruk dari inilah akan jadinya. Siapa kelompok GAMBUS , silap GAMIS ini?. Ooh MELAYU ISLAM...hmm....rasa2nya Universiti sekarang sedang dalam masa peperiksaan semester maka mereka pulak hanyut di Galas....itulah kualiti graduan Melayu......juah berbza dgn bangsa lain yg pastinya pada masa dan ketika ni sedang tekun menelaah pelajaran demi peperiksaan semester yg pastikan akan menjanjikan peluang masa depan yg lebih baik.
p/s : Tunggu reaksi menteri KPT dan timbalannya....

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anon yang BODOH..

kalau ko bayar CUKAI, berapa SEN? kalau takat bayar service TAX makan MC D, tak payah gebang la! Itu pun pemBAZIRan maha dahsyat duit cukai yang kitorang golongan pekerja nih BAYAR!

Apa ko ingat duit cukai ko yang sen-sen tuh mampu nak buat semua fasiliti untuk korang BELAJAR?

Aku BERANI kata bebudak GAMIS yang pergi PRU tuh bukannya guna duit sendiri atau duit mak bapak diorang pun!

Dasar mahasiswa otak LEMBU! Ada hati nak explain pasal BAJET 2011? Sila tulis apa yang ko TAHU pasal bajet 2011~

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS