DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 19, 2013

RINGKAS - PerWAKILan UMNO Johor, Pahang dan Negeri Sembilan KHIANATkan UMAT Melayu/ISLAM untuk LIBERAL?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

NAMPAKnya perWAKILan NEGERI Johor, Pahang dan Negeri Sembilan TIDAK memahami apa yang diMAKSUDkan dengan perKATAan 'TRANSFORMASI' itu sendiri.. Kalau diKEKALkan MUKA yang SAMA, buat apa lagi diJAJA itu adalah 'TRANSFORMASI'? Pemilihan UMNO ialah pemilihan CALON terBAIK untuk diTONJOLkan kepada RAKYAT dan pengUNDI di seluruh NEGARA.. Kalau yang nak diTONJOLkan ialah MUKA sebegini, UMNO akan KEKAL jadik bahan KETAWA pada PRU-14..


Apa pun, jelas sekali UMNO Pahang dan Johor amat-amat meMUSUHi CALON berperWATAKan seperti DATUK Mukhriz hingga lebih RELA UMNO diMUSNAHkan daripada menerima CALON seperti beliau.. NEGERI dah BOCOR dek PAS + PKR + DAP La'anatullah pun masih tak TAHU nak memperBAIKI keadaan? Bila UMNO dah KALAH pada PRU-14 nanti, jangan HARAPlah keSEMUA NEGERI ini akan menjadi 'SAFE HEAVEN' kepada UMAT Melayu/ISLAM lagi walaupun UMNO berjaya jadik Kerajaan NEGERI di sana!

Wallahualam..

8 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH UMNO. SILEMBIK DAN SIKITOL YANG AKAN MEMBUNUH UMNO DARI DALAM DIMENANGKAN.'ANWAR IBRAHIM' JUNIOR SEDANG DICIPTA OLEH NAJIB RAZAK.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jadik kita TAHUlah SPESIS Melayu NEGERI mana yang sanggup mengGADAIkan Melayu sendiri..

Wallahualam..

Anonymous said...

Tabur duit terbanyak akan menang..bangang melayu kalah dek duit.

Oghang Negori said...

N9 ada 8 bahagian saja. Berikut adalah pilihan naib presiden ikut bahagian.

Seremban : Zahid, Shafie, Mukhriz
Tampin : Zahid, Shafie, Isa Samad
Jempol: Shafie, Hisham, Isa Samad
Teluk Kemang: Isa Samad, Mukhriz, Zahid Hamidi
Kuala Pilah: Mukhriz, Zahid, Shafie
Rembau: Zahid, Shafie, Mukhriz
Jelebu: Isa, Zahid, Mukriz
Rasah: Zahid, Mukhriz, Shafie

Adakah pilihan ini dikatakan orang n9 pengkhianat? Perak, kl dan selangor lagi teruk brader. So jangan main pukul rata.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anda patut BACA sePENUHnya TAJUK - Untuk UMAT Melayu/ISLAM LIBERAL?

Siapakah penDOKONG LIBERAL atau 'CENTRIST'? Bukan dari REMBAU tu ke? Apakah BUMI Adat Pepatih memilih LIBERAL?

LIBERAL tu kena ke dengan UMNO sebauh PARTI NASIONALIS Melayu/ISLAM?

FIKIR-FIKIRkan..

Wallahualam..

Anonymous said...

yang pilih kj mat liberal tu hanya umno rembau. dan semua pemuda umno malaysia semua negeri undi dia sebagai ketua pemuda. jadi tak payahlah nak main sentimen negeri tuduh orang pengkhianat sangat bro. bukan majoriti melayu negeri9 tu bangang macam minoriti penyokong kj. nak generalize pun agak2 la.

Anonymous said...

Wow..Orang negeri sembilan memang bijak..Semua kombinasi pilihan ada..itu namanya demokrasi...woit..isa samad kahwin dengan orang kolo pilah..tak monang jugak.. itulah asyik bawa siren polis yo bila lalu kek kolo pilah, tu yang marah orang kampung..
Ali Rustam export yo kek Kelantan biar bandar kelantan jadi cantik dan bersih macam melako..barulah boleh kato serambi mokah..

Perwakilan Melayu johor dan Pahang tak de telor...Hanya menjunjung perintah atasan..
kok silap harap maaf

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau tak nak MAIN SENTIMEN keNEGERIan pun dah jadik keNEGERIan dah sekarang nih..

Yang pentingnya, dah TAHU CALON tu tak dTERIMA oleh RAKYAT sejak PRU-13 lagi, kenapa ianya perlu diKEKALkan atas NAMA TRANSFORMASI?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS