DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, November 01, 2013

Bukan ke Pesuruhjaya PAS Kedah BELAJAR kat 'OXFORD'? Jadik, Manalah dia tau TANAM PADI? KAH!KAH!KAH!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

LAMA kita tak menulis sejak PAU lalu.. Seperti yang kita SEBUTkan sebelum ini, walaupun RAMAI RAKYAT di NEGERI Kedah KECEWA dengan kePIMPINan UMNO yang diPILIH oleh peWAKILan BARU-BARU ini, mereka AKHIRnya terpaksa memBUAT PILIHan samada untuk memilih kePIMPINan UMNO atau PAS di PRK Sungai Limau kali ini.. IRONInya, RAKYAT Kedah terpaksa memilih antara DATUK Mukhriz yang POPULAR tetapi TIDAK diSENANGi dalam UMNO? Atau pun Pesuruhjaya PAS yang kita tak tau atas KAPASITI apakah dia 'TerLANTIK' ke JAWATAN tersebut bagi mengGANTIkan ALLAHYARHAM USTAZ Azizan RAZAK..

Ya.. PerTEMBUNGan sebenar pada PRK Sungai Limau kali ini ialah antara MB Kedah dengan Pesuruhjaya PAS itu.. RAKYAT di seluruh Kedah kali ini patut meLIHAT apakah DATUK Mukhriz yang terlalu POPULAR di kalangan UMAT Melayu/ISLAM tetapi TIDAK diSUKAi oleh 'CAI-CAI' MATA DUITan dalam UMNO akan diPILIH oleh pengUNDI DUN Sungai Limau? Atau, apakah Pesuruhjaya PAS yang sebenarnya langsung TIDAK LAYAK untuk menyandang JAWATAN tersebut tetapi diPILIH bagi mengHINA kePIMPINan ULAMA di sana yang akan MENANG? Inilah pemilihan sebenarnya pada PRK Sungai Limau nanti..


Walaupun kePIMPINam DATUK Mukhriz sebagai MB Kedah masih BARU, beliau ternyata diSENANGi dan diLIHAT SINONIM dengan NEGERI ini.. Walaupun ada 'CAI-CAI' UMNO cuba memBURUKkan beliau dengan mengatakan beliau terpaksa berGANTUNG kepada TUN Dr. Mahathir, beliau memBUKTIkan bahawa semasa pemilihan Naib PRESIDEN UMNO, beliau meRAIH UNDI POPULAR tanpa perlu memFITNAH di dalam The Malaysia INSIDER atau pun meMINTA 'OMAK' untuk memuji beliau dalam MEDIA Prima? Malah, TIDAK ada KERABAT DIRAJA yang terHEGEH-HEGEH berKEMPEN untuk beliau semasa pemilihan PARTInya?

Bagaimana pulak dengan Pesuruhjaya PAS Kedah? Seperti kita SEBUT diAWAL tadi, kita TIDAK tahu kenapa dia diLANTIK.. Kita cuba BANDINGkan dengan Pesuruhjaya PAS NEGERI-NEGERI lain.. NYATA sekali dia ini UMPAMA GAGAK dengan MERAK Kayangan.. Anda SEDIA maklum bahawa Pesuruhjaya PAS di NEGERI-NEGERI lain memPUNYAi keILMUan TINGGI dalam ISLAM atau paling KURANG pun ala-ala ALLAHYARHAM USTAZ Azizan sendiri.. Bagaimana pulak dengan Pesuruhjaya PAS Kedah? ILMU apa yang dia ada? ILMU begini ke?


ILMU meLALAK berKARAOKE dengan bukan MUHRIM semasa HIMPUNan HARAM di KL? Err.. Budak MUMAYYIZ pun boleh meLALAK begitu? HE!HE!HE!

AKIBAT keGAGALan PAS memilih orang yang berILMU sebagai Pesurujaya PAS Kedah, SATU demi SATU keAIBan dan keJAHILan dia ini terDEDAH semasa KEMPEN PRK DUN Sungai Limau kali ini.. Jangan SALAHkan orang lain pasal orang yang BAHLOL akan sentiasa menunjukkan keBAHALOLannya bagi menutup keBIJAKSANAan orang lain.. GAMBAR ini ialah CONTOH paling BAIK.. ->KLIK<-


Ohh.. MALUnya.. Seperti yang kita SEBUT tadi, kalau seseorang itu berILMU, dia TIDAK akan meLAKUkan sesuatu perkara secara terBURU-BURU.. Yang lebih PENTING, kalau JAHIL kenalah RAJIN berTANYA bukannya BODOH +SOMBONG! Atau mungkin ILMU Pesuruhjaya PAS Kedah PERASAN dia mengalahkan 'BOSS' Pemuda UMNO yang jugak PERASAN dia aje pergi belajar kat OXFORD atau LULUSan 'OVERSEA'?


Atau mungkin Lebai-Lebai DUNGU PAS meLIHAT AKTIVITI menabur BENIH PADI di dalam SAWAH yang diGENANGi AIR sebegitu sebagai suatu KAEDAH BARU dalam penanaman PADI? Mungkinkah MARDI pun terpaksa MALU bahawa Pesuruhjaya PAS yang TIDAK ada SIJIL SPM pun lebih HEBAT dalam bab penanaman PADI? Ohh.. Kalau takat Pesuruhjaya PAS aje tak pe lah tapi kita tengok PRESIDEN PAS pun dok tabur PADI dalam SAWAH tuh apa hal pulak?


Err.. PRESIDEN PAS nih bukankah pernah mengakui dia nak jadik NELAYAN? Jadik, dah tentulah dia JAHIL dalam bab menanam PADI nih.. Mungkin dia patut berTANYA-TANYAkan sikit kat DS Idris JUSOH yang pernah jadik TOKEY BERAS..

DiSEBABkan keBAHALOLan Pesuruhjaya PAS Kedah seorang, HABIS seluruh kePIMPINan PAS menanggung keAIBan yang MAHA-dahsyat di hadapan para pengUNDI di DUN Sungai Limau.. GAMBAR sebegini sudah pun terSEBAR dalam MEDIA.. Mana nak LETAK MUKA? Penanaman PADI ialah 'JIWA' bagi UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini.. LAYAKkah PAS menDABIK DADA mengatakan bahawa mereka meWAKILi UMAT Melayu/ISLAM jika sampai sebegini JAHIL? Apakah PAS sudah menjadik terlalu LIBERAL dan EKSKLUSIF mengalahkan UMNO yang sering diLABELkan oleh mereka sedemikian RUPA? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..  

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS