DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, November 17, 2013

HAKIM SYARIE Kelantan patut BUKAK semula KES KHALWAT bilik 121 HOTEL Perdana Kota Bharu bawah ENAKMEN HUDUD!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita meneliti setiap BUTIRan yang diTUTURkan oleh KETUA HAKIM SYARIE Kelantan DATUK DAUD Muhammad di dalam WAWANCARA dalam Mingguan Malaysia berKENAan perLAKSANAan HUKUM HUDUD di Kelantan.. Kalau IKUT keYAKINan yang ada pada KETUA HAKIM SYARIE ini, memang Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya TIDAK tunggu lama lagi.. ->KLIK<-


Antara 'POINT' yang patut anda SEMUA pakat TELITI ialah seperti berikut..

1) DAUD: Kalau ikut dalam jenayah itu, bila ada kes hudud didengar oleh tiga hakim, apabila tiga hakim itu sabit hukuman tak boleh laksana lagi, akan dibawa ke hadapan lima hakim lagi untuk semak. Bila lima hakim itu mengesahkan barulah (hukuman boleh dilaksanakan)

MINGGUAN: Sekarang berapa ramai hakim yang kita ada?

DAUD: Hakim khas untuk hudud itu belum ada lagilah (belum dilantik lagi). Ini hakim (hakim yang ada sekarang) untuk enakmen undang-undang yang ada sekarang.

2) DAUD: Dia mesti seorang yang arif dalam undang-undang syariah, bukan sembarangan. Ramai dalam kalangan masyarakat yang bersyarah sana sini itu bercakap dok alim, lepas universiti pun ramai, kerajaan pilih, berasa layak, lantiklah.

MINGGUAN: Pada pandangan Datuk untuk pelantikan hakim khas itu tidak ada masalah?

DAUD: Saya tak boleh kata begitu, sebab mengikut undang-undang dah ada peruntukan, kepakaran memang kena ada. Tak ada kepakaran nak buat undang-undang macam mana. Undang -undang itu sendiri semasa dilulus draf kita sudah fikir ada yang layak.

3) DAUD: Dari segi teknikal kita sudah ada mahkamah, penguat kuasa kita sudah ada, penguat kuasa agama sudah ada. Lantik hakim sahajalah, ada kes boleh dengar, sabit dilaksana (hukuman), tak sabit ditolak, macam kes biasa.

MINGGUAN: Dari segi prosedur untuk mendengar kes pula, adakah sama dengan kes sivil dan syariah biasa?

DAUD: Sama, dia ada enakmen keterangan mahkamah syariah dan ia mengikut enakmen tersebut, semua ada, syarat-syarat seorang saksi macam mana, semua ada, tak ada masalah.

4) DAUD: Tiga hakim peringkat pertama, selepas sabit tiga hakim itu, kena ada lima lagi hakim dengar, bila semua puas hati barulah boleh dilaksanakan hukuman.

MINGGUAN: Katalah seorang hakim tidak berpuas hati?

DAUD: Tak bolehlah, tak cukup sabitan, kena takzir.

MINGGUAN: Walaupun hanya seorang hakim yang tidak bersetuju?

DAUD: Mesti kesemua, jika tidak tak teranglah maknanya. Tiga pertama kena kata betul, sabit, jatuh hukuman, yang lima kemudian tengok semula cukup keterangan, sabit, barulah boleh dilaksana.

MINGGUAN: Kalau dipertikaikan oleh seorang daripada lima itu?

DAUD: Maknanya tak confirm, tak boleh laksana, tapi tidak bererti lepas, hududnya kalau tak disabit, boleh ditakzir, boleh jatuh hukuman sebat sahaja, sebat itu kurang atau penjara dan sebagainya, tak ada masalah. Cuma sekarang orang ramai diusik-usik digambarkan hukuman hudud ini macam itu supaya masyarakat keliru, rasa was-was, ragu-ragu dan sebagainya.

BAIKlah.. Secara JUJURnya kita dapati Lebai-Lebai DUNGU PAS diKETUAi oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' selama ini hanya PANDAI buat HUDUD atas KERTAS sahaja demi memperBODOHkan JUTAan UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini.. Sejak dari AWAL lagi Lebai-Lebai DUNGU PAS ini memang TIDAK berHASRAT untuk meLAKSANAkan HUDUD sebaliknya memperGUNAkan HUDUD sebagai SENJATA POLITIK untuk memecah-belahkan UMAT ISLAM.. Jelas sekali untuk meLANTIK HAKIM pun Lebai-Lebai DUNGU PAS terKIAL-KIAL untuk mencari 8 orang HAKIM yang menepati SYARAT-SYARAT seperti dalam AGAMA ISLAM..

Anda sepatutnya TAHU bahawa Lebai-Lebai DUNGU PAS sendiri ENGGAN meLAKSANAkan HUDUD ini kerana para PEMIMPIN mereka sendiri yang paling BANYAK meLAKUkan keSALAHan di bawah HUKUM ini.. Nak CONTOH lagi ke?



Selain itu, mereka jugak TIDAK mungkin mampu meLAKSANAkan HUDUD walaupun di Kelantan selagi mereka terIKAT dengan DAP La'anatullah dan tentunya SEKUTU yang menCINTAi MAKSIAT di dalam PKR seperti ini.. 




Mahukah Lebai-Lebai DUNGU PAS sekurang-kurangnya memBUKA semula KES KHALWAT di BILIK 121 HOTEL Perdana Kota Bharu untuk diSIASAT di bawah HUKUM HUDUD? Kalau IKUT KATA DATUK DAUD tadi, walaupun TIDAK dapat diSABITkan bahawa HUDUD mungkin kerana FAKTOR SAKSI yang MUNAFIK atau pun HAKIM yang 'SONGSANG', pelaku yang terlibat di dalam KES KHALWAT itu boleh diSABITkan di bawah HUKUM Ta'azir? Jadik, TIDAKlah dia terlepas BEBAS hanya kerana KATA-KATA 'WAHYU' daripada orang TUA ini.. Jadik? Ada BERANI?


Atau nak tunggu orang TUA nih 'TERBANG NAIK ke LANGIT' cari 'WAHYU' untuk KELENTONG tang mana pulak? Jangan JATUH masuk ICU kat HUSM, sudah la..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

bro ..xder orang komen blog ker ke bro..yela macai umno kan buta IT..mahathir dah cakap..orang bodo je sokong umno..hehehe...kesian...UMNO ada kuasa tapi xbuat hudud sebab tekur kena pegang dgn MCA dan MIC...hehehe...pengecuttttttttttt

kerana UMNO cina kaya,,,,

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS