DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, September 09, 2014

NAMPAKnya PRESIDEN PAS dah 'SCORE' lebih MARKAH di hadapan RAKYAT berBANDING DS Najib kali ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum ini RAMAI mengatakan bahawa PRESIDEN PAS DS HJ Hadi meRUPAkan PRESIDEN PAS yang paling LEMAH jika diBANDINGkan dengan ALLAHYARHAM DR. Burhanuddin AL-HELMY, DATUK Asri MUDA atau DATUK Fadzil NOOR..  RUPA-RUPAnya, DS HJ Hadi jugak ada KARISMAnya tersendiri dan TIDAK KALAH berBANDING para PRESIDEN PAS yang terdahulu.. Walaupun IMEJ DS HJ Hadi terCEMAR apabila PAS berSEKONGKOL dengan PKR dan DAP La'anatullah dalam PR, NAMPAKnya bukan seMUDAH itu untuk mengANGGAP PAS di'KELDAI'kan.. Itu yang kita NAMPAK menerusi kenyataan DS HJ Hadi seperti dalam KLIP ini..

 KLIK IMEJ UNTUK VIDEO
KLIK IMEJ UNTUK VIDEO
KLIK IMEJ UNTUK VIDEO
http://www.youtube.com/watch?v=nfiuszFUN1k
KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

Cumanya, kita ingin TANYAlah kat DS HJ Hadi, bila nak TARIK BALIK ayat di bawah ini? HE!HE!HE!


Sebenarnya, jika anda TELITI KLIP terSEBUT, anda akan dapati bahawa DS HJ Hadi bukan sahaja memPAMERkan 'AURA' kePIMPINan yang turut meMALUkan segelintir PEMIMPIN UMNO, DS HJ Hadi jugak secara TIDAK langsung telah menDEDAHkan keKUATan PAS yang dah pun WUJUD selama 63 TAHUN dan masih AMPUH walaupun pernah berPECAH dan pernah berGERAK secara SOLO.. Apakah keKUATan itu? Mintak MAAFlah, ada BAIKnya anda TELITI sendiri apa yang kita MAKSUDkan di dalam KLIP-KLIP tersebut.. Yang NYATA, UMNO jugak ada keKUATan yang SAMA tapi semakin LUNYAI dek KEMARUK nak jadik  LIBERAL! 


Sebelum ini kita jugak diFAHAMkan bahawa Lebai-Lebai PAS ini JUMUD, terlalu TAKSUBkan PEMIMPIN dan BODOH.. Selepas meneliti KLIP-KLIP di atas, kita FAHAM kenapa PAS mampu menarik golongan berPENDIDIKAN hingga tahap PhD menyertai 'JEMAAH' mereka.. Malah, KONSEP 'TARBIYAH' dan USRAH PAS jugak sebenarnya mempunyai RAHSIA keKUATan PARTI ini.. Maka tak HAIRAN jika DS HJ Hadi sendiri CUKUP yakin PAS masih mampu 'SURVIVE' walaupun WUJUDnya PASMA atau PAS diTENDANG keluar dari PR.. Sedangkan UMNO pulak masih terKIAL-KIAL tak TAHU yang PARTI ini NASIONALIS atau LIBERAL?

Kita PERCAYA jika puak-puak 'PARASIT' dan 'ERDOGAN' keluar beRAMAI-RAMAI dari PAS pun PAS tetap 'SURVIVE'.. Sedangkan cuba UMNO pulak SINGKIRkan puak-puak berOTAK LIBERAL dari PARTI mereka yang sebenarnya NASIONALIS? Maunye meRAUNG-RAUNG DS Najib  dan mereka yang LIBERAL tuh nanti seolah-olah DUNIA dah terbalik!


PAS biasa KALAH TERUK dan biasa jugak MENANG BESAR.. Dengan KATA lain, PAS dah LALI dengan DUGAAN.. PEMIMPIN mereka berGANTI takde pulak nak jadik LIBERAL dengan BUANG segala IMEJ TOK GURU mereka? UMNO pulak datang puak LIBERAL, terus TUKAR IDENTITI.. Habis dok MANSUHkan segala macam AKTA yang sebenarnya diWUJUDkan untuk meLINDUNGi NEGARA ini, AGAMA ISLAM, KeSULTANan Melayu, BANGSA dan BAHASA Melayu.. Jika PAS berjaya menyingkirkan puak-puak 'ERDOGAN' dan keluar dari PR, PAS masih mampu menyaingi UMNO walaupun DS HJ Hadi dan kePIMPINan PAS sekarang 'RESIGN'! 

DS HJ Hadi 30 TAHUN dulu terKENAL dengan EKSTRIMISnya menerusi AMANAT HJ Hadi dahulu.. Malah, dia jugak pernah mengENGKARI AMANATnya sendiri apabila berSEKONGKOL dengan DAP La'anatullah semasa ZAMAN REFORMASI hingga sekarang.. Namun, HARI ini mungkin kerana USIA dan PENGALAMANnya, DS HJ Hadi dah tak GUSAR pun jika PAS berGERAK sendirian setelah puak 'ERDOGAN' diSINGKIRkan ke dalam PASMA.. Malah, PELAPIS kePIMPINan PAS selepas ini pun pastinya akan mengekalkan IMEJ TOK GURU mereka walaupun PAS keseorangan.. Kot mana pun PAS pasti akan ada penyokongnya seLAMAnya!


Bagaimana pulak dengan UMNO? Siapakah PEMIMPIN selepas kePIMPINan DS Najib berAKHIR? Takkan 'MANGKUK AYUN' yang KEMARUK nak jadik SELEBRITI ini?





Dengar KATAnya bukan MAIN SERONOK dia 'BerZUMBA'? Err.. 'ZUMBA' ini BUDAYA Melayu ke? Oh ye, dah ke mana dah ULAMA MUDA dalam UMNO HARI ini? Bukan apa, kita tengok suasana 'ZUMBA' tuh dah macam PARTI LIAR dah walaupun diKATAkan untuk tujuan berSUKAN.. Dengan PAKAIAN SUKAN yang KETAT dan berCAMPUR bukan MUHRIM.. Apa dah BISU ke ULAMA MUDA UMNO?


HE!HE!HE! USTAZ Fathul BARI tak nak 'SOUND' ke? Takkan nak KATAkan itu diBENARkan dalam ISLAM? Sedangkan 'POCO-POCO' yang lebih SOPAN pun kena HARAM pasal ada UNSUR 'RITUAL' AGAMA lain? Ini dah KEMARUK nak jadik SELEBRITI bukan nak jadik PEMIMPIN ke arah keBAIKkan.. Itu lebih CONDONG kepada SELEBRITI gaya BARAT bukannya SELEBRITI tempatan pun?

Wallahualam..  

3 comments:

Anonymous said...

Bravo...
Tepat dab padat !!


Mat UMNO Pendang

Anonymous said...

Kalau pas teruskan momentum ini dan singkir puak parasit serta keluar pakatan syaitan ...aku yakin melayu akan ramai beralih kpd pas. Kami dah bosan dgn ah jib gor dan kabinetnya yg lebih utamakan puak pbangkang drpd utamakan kpentingan kita yg mengundi bn.
If pas play their card right...pru14 pasti ada kejutan besar. Bye2 ah jib gor.

Anonymous said...

Terbaik bro.. aku doa PAS keluar PR.. pastu PRU14 boleh la ganti UMNO..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS