DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, February 01, 2015

Anda perlu BACA ini untuk mengeTAHUi sebab terSIRAT kenapa Jackie Chan dapat PINGAT 'DATUK'.. HE!HE!HE!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sekarang ini memang boleh diKATAkan amat JARANG kalau kita nak JUMPA mana-mana GENERASI MUDA menJUNJUNG BUDAYA Melayu hingga ke peringkat DUNIA.. HINA sangat ke BUDAYA Melayu kita ini? Atau pun memang Melayu ni sudah SINONIM dengan PE'EL MUDAH memPAMERkan keBODOHan kepada orang lain? HARI ini hanya kerana perTELAGAHan dalam SUKAN, BUDAYA Melayu telah diCEMARi dengan perBUATan sebegini dan 2 KELUARGA Di-RAJA keSEDIHan..


Waa.. Hanya kerana SUKAN BOLA SEPAK aje tuh habis BUDAYA Melayu yang KONONnya PENUH dengan ADAB dan TATASUSILA diBUANG entah ke mana.. Punyalah SUKAnya Melayu dengan 'MENATANG' dalam 'BANNER' itu hinggakan yang ANJURkan acara PELUK 'MENATANG' dalam 'BANNERtuh pun mereka jugak?


Apakah Melayu sudah HILANG ARAH? Mustahil kerana hanya Melayu sahaja BANGSA dalam DUNIA ini yang sanggup 'ASSOCIATE'kan ISLAM dengan BANGSA mereka? Pak-Pak ARAB, Pakistan, Parsi dan RAMAI lagi yang ISLAM lebih dulu daripada Melayu pun tak BERANI meng'ASSOCIATE'kan BANGSA mereka dengan ISLAM? Namun begitu, walaupun ISLAM, yang terGEDIK-GEDIK mengGATAL macam JALANG yang keGERSANGan kat bawah nih budak-budak Melayu jugak..


HE!HE!HE! Melayu 'CELUP' yang PERASAN dirinya tuh IDOLA pun 2X5 jugak dalam bab seperti di atas.. Itu pun ada HATI nak 'SOUND' orang lain? KAH!KAH!KAH!


IRONInya, begitu LUNYAInya JATIDIRI Melayu ini hinggakan MUSUH-MUSUH Melayu pun begitu MUDAH memPERLEKEHkan Melayu dan jugak ISLAM kerana ini.. Terlalu LEMAH hinggakan tak mampu berBUAT apa-apa pun apabila diri mereka diperALATkan?


Kalau diHASUT oleh MUSUH-MUSUHnya sendiri, LAJU aje orang Melayu nak berTINDAK? Begitu PAYAHnya nak ajak Melayu berMUAFAKAT seSAMA Melayu.. Malah, ketika RAMAI UMAT Melayu/ISLAM dilanda MUSIBAH BANJIR lalu, Melayu seSAMA Melayu jugak yang GALAK dok berGASAK?


Apa nak jadik dengan Melayu nih? MUSUH dah ada depan MATA pun HARAM tak boleh nak BUAT apa-apa pun? Melayu bukannya tak TAHU bahawa mereka sedang diTINDAS dan bakal diTINDAS dengan lebih DAHSYAT lagi.. Namun, PE'EL BURUK mereka lebih SUKA berTEGANG URAT seSAMA sendiri walaupun depan MATA MUSUH sendiri..


HE!HE!HE! Tatkala Melayu SIBUK dok memBUANG segala ADAB dan BUDAYA mereka sendiri yang PENUH dengan TATASUSILA hingga mengANCAM BANGSA mereka sendiri, masih ada SELEBRITI ASING  yang mengKAGUMi dan mengHORMATi BUDAYA Melayu seperti orang ini?


HE!HE!HE! Memang patut dia diBERIkan PINGAT 'DATUK' kerana secara TIDAK langsung dia telah menyampaikan MESEJ secara terSIRAT bahawa bukannya BUDAYA Melayu itu TIDAK INDAH tetapi PE'EL BURUK orang Melayu yang MUDAH terPENGARUH dengan keBIADABan itulah yang perlu diBUANG.. Sedangkan orang ASING seperti dia pun boleh mengHORMATi BUDAYA Melayu, susah sangatkah untuk orang Melayu sendiri memPERTAHANkannya? 

~ TAHNIAH untuk DATUK Jackie Chan.. ~ HE!HE!HE!

 Wallahualam..

6 comments:

PUTRA MERDEKA said...

gua cilok bro, tq

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Begitulah murahnya harga Datuk di Malaysia

maae said...

Harap DJC tidak sokong Dap..he..he.. "cina paling pandai berlakon" terutama watak-watak kung fu di Malaysia...

Anonymous said...

apa salahnya kerajaan bagi Datuk kepada orang asing ?

Britain bagi gelaran SIR kepada warga asing , France bagi pingat gelaran kepada warga asing boleh, Indon bagi pingat gelaran kepada orang Malaysia boleh, kenapa Malaysia tak boleh ?

masalahnya kita terlalu sentimental dengan perkara sebegini, seolah gelaran Datuk itu hanya utk orang malaysia,

Anonymous said...

lantaklah nak bagi gelaran datuk kat sapapun. aku bukan rugi apapun. jackie chan dapat datuk ke jackie chan kena tarik balik gelaran datuk ke, aku macam ni jugak.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS