DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, May 31, 2015

HUTANG 1MDB RM42 BILION boleh 'SETTLE' apabila PM selesai LAKUkan 'JELAJAH pohon SIMPATI' seluruh NEGARA?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dari Sabah sampai ke Perlis, begitulah JAUHnya perJALANan PM kita menCARI BELAS-IHSAN daripada para PENYOKONGnya demi memPERTAHANkan JAWATAN yang seBENARnya diTENTUkan oleh UNDI dalam PRU.. Ye la.. Kalaulah UMNO TUMPAS pada PRU-14 nanti, apakah NEGARA ini masih berPMkan Mohamad Najib bin Abdul Razak lagi? Oh ye.. Tak mungkin jugak Abdul Hadi bin Awang dan JAUH sekali Lim Guan Eng.. Namun begitu 100% bukanlah Mohamad Najib lagi.. Mungkinkah seseorang dari Sabah atau Sarawak? Jangan yang ni, sudahla..


HE!HE!HE! Rasanya PM kita meRAYAU sebegitu JAUH bukanlah SAMA seperti ALMARHUM Tunku Abdul Rahman menJELAJAH seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk meMERDEKAkan NEGARA.. Jugak JELAJAH PM kali ini bukan seperti ARWAH Tun Abdul Razak atau pun TUN DR. Mahathir untuk menerangkan DASAR-DASAR kerajaan kasi RAKYAT FAHAM..


TINDAKan PM kita yang seBENARnya meRAYAU menCARI SOKONGan ini SAMA seperti TINDAKan seorang MANTAN TPM yang KEMARUK 'GILA TALAK' apabila diLUCUTkan JAWATAN kerana didapati 'MenJUBOR' masa keGAWATan EKONOMI dulu.. Walaupun pada ketika ini NEGARA belum lagi GAWAT, tetapi PM kita meRAYAU bukan kerana BIMBANGkan NASIB NEGARA ini.. Sebaliknya BIMBANG pasal TAKUT RAKYAT dah mula NAIK JELAK dengannya kerana KES 1MDB itu..


Cuba FIKIR.. Kalaulah TIDAK ada KES seperti 1MDB dan SEMUA perJALANan EKONOMI NEGARA terURUS dengan BAIK, apakah perlu memBAZIRkan 'FULUS' kerajaan untuk meRAYAU menCARI SOKONGan? Kalau RAKYAT dah GEMBIRA, memadai aje dengan PROPAGANDA menerusi MEDIA seperti TV dan INTERNET..

Namun, pasal RAKYAT lebih CERDIKlah menyebabkan PM kita ini GUSAR kerana BIMBANGkan RAKYAT lagi TAHU pasal 1MDB berBANDING dia sendiri.. Takkan dia nak BIARkan sedemikian pasal SEMUA TAHU bahawa 1MDB itu SYARIKAT di bawah MoF yang mana PM kita sendiri menjadik MENTERInya! MALUlah apabila RAKYAT dah mula 'CURIOUS' terhadapnya kerana MASALAH 1MDB ini? Bukankah dia diNOBATkan sebagai PM yang paling diSAYANGi menerusi SLOGAN-SLOGAN?


HE!HE!HE! Bukankah RAKYAT seluruh NEGARA dah GEMBIRA KONON-KONONnya dengan BR1M yang diBERIkannya? Jadik? Takkanlah RAKYAT tak PERCAYAkan dia? Takkanlah sekarang BARU dia berSUSAH-PAYAH nak JUMPA RAKYAT walhal semasa PRU-13 pun dia takde beMATI-MATIan meRAYAU ke seluruh NEGARA menCARI SOKONGan? Bukankah semasa PRU-13 lalu dengan hanya berKEMPEN di Selangor aje dia YAKIN PARTInya akan MENANG BESAR? Bukankah RAMAI penCACAI UPAHan yang sanggup menerangkan segala ISU bagi PIHAKnya? Eh? Dah tak PERCAYAkan penCACAInya lagi ke? Takkan mereka MAKAN GAJI BUTA?


Bukankah penCACAInya yang CUKUP 'CEMERLANG' bila 'ATTACK' KELUARGA TUN DR. Mahathir sepatutnya mampu memPENGARUHi RAKYAT untuk PERCAYAkan dia dalam ISU 1MDB ini? Apakah dia jugak sudah tak YAKIN lagi dengan para penCACAInya yang bukannya CERDIK mana pun sebaliknya RAMAI yang TIDAK berpenDIDIKan tapi hanya TAHU untuk TEKAN 'KEYBOARD PC' aje? Bukankah para penCACAInya ini CUKUP CEMERLANG lagi GEMILANG bila memPERTAHANkan BINI PM kita ini terUTAMA dalam BAB pemBELIan BARANG KEMASnya? KAH!KAH!KAH! 


HEBAT sungguh penCACAInya memPERTAHANkan BINI PM kita walaupun NAMPAK sangat para penCACAInya macam tak pernah SEKOLAH! KAH!KAH!KAH!

Tak CUKUP dengan meRAYU SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM seluruh NEGARA, dia tetap MAHUkan KAUM yang SATU ini memihaknya walaupun dia TAHU dia pernah di'KENCING'kan dan di'KANGKONG'kan oleh KAUM ini pada PRU-13 lalu..


Itu dia HADIAH 'MODERAT'nya untuk KAUM yang diMAKSUDkan.. Agaknya lepas nih PM kita ni YAKINlah KAUM ini akan berBONDONG-BONDONG memBERIkan SOKONGan kepadanya dan menolak PEMIMPIN DAP La'anatullah seperti Tony 'Phua CHU Kang' yang TIDAK berHENTI untuk meMALUkannya dalam ISU 1MDB? Ini NAMPAK GAYAnya mau ada lagi 'TSUNAMI' PRU-14 nanti.. 

Tak CUKUP dengan itu, bukankah dia jugak menDAPAT SOKONGan PEMIMPIN BNBBC dalam PARLIMEN dalam ISU 1MDB ini? Sampaikan PEMIMPIN BNBBC pun menDAPAT AKSES secara TERUS berJUMPA dengan CEO 1MDB walaupun PAC sendiri TIDAK menDAPAT AKSES sedemikian? Bukan aje takat CEO 1MDB, siap JUMPA sekali dengan 'PUNAH-Sihat' MAT Sallehnya lagi sebagai 'BACK-UP'nya..


Pergh.. Dengan sebegitu RAMAI PENYOKONG, penCACAI, penerima BR1M, PEMIMPIN BNBBC dan 'PUNAH-Sihat' Mat Salleh, takkanlah PM kita ini masih lagi 'GABRA' untuk menerangkan kenapakah 1MDB ini berHUTANG sampai RM42 BILION? Sepatutnya MUDAH aje untuk diJELASkan? Tak perlulah mengHABISkan 'FULUS' kerajaan untuk meRAYAU ke seluruh NEGARA pasal ini? KETURUNAN Bugis dulu datang ke Semenanjung pun hanya naik SAMPAN aje, takkanlah PM kita yang mengaku dirinya KETURUNAN Bugis itu dah KECUT dalam ISU 1MDB?

Wallahualam..    

7 comments:

Anonymous said...

Malas nak komen panjang. Senang cerita saya amat-amat bersetuju dengan artikel tuan. Satu pemerhatian dan analisa yang amat tepat.

Anonymous said...

good job..gambar orang disebelah binatang tu...apa nama keldai or donkey, macam sama ya..

Anonymous said...

Jgn ckp org binatang. Sebenarnye PM dgn kuncu2 nye lagi binatang. X peduli nasib rakyat. Peduli diri sendiri saje. Ape jenis binatang dah x tau lah

Anonymous said...

Mantap artikel ni bersekali dengan hujah-hujah bernas. Mungkin Najib sudah terasa bahang tsunami Melayu akibat ketidakadilan beliau kepada Bangsa Melayu selepas PRU 13? Selepas menang PRU Najib lupakan Bangsa Melayu yang menangkan partinya malah terus mencari sokongan Bangsa Sepet. BR1M tidak mampu membeli jiwa Bangsa Melayu yang terluka. Selamat berjuang Najib.

Anonymous said...

Hebat kupasan admin, ini kali pertama saya lawati melalui link yang diberi oleh Din Turtle....
Bersama2lah kita tonton episod seterusnya drama 1MDBku love PM a.k.a menteri MOF di TV 3 suku....

Anonymous said...

penasihat keliling pinggang, meranapkan negara,hutang negara makin meningkat,RM jatuh. Sebelum ini Mahathir sudah beri pandangan pada Najib, tapi tak mahu dengar, apa salahnya pandangan & nasihat Mahathir dilaksanakan.mungkin tidak semua tapi yg baik yg boleh dibuat. Nah sekarang padan muka,jelajah pelusok kg. nak cari support..cuba pergi kawasan bandar..kena boo adalah...

Anonymous said...

dah xde malam makan makan lagi ke...sambil naik slogan "I LOVE PM"...buat laa lagi kat selangor..nak dtg ni hihihi

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS