DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, May 13, 2015

3.5 JUTA orang 'PENUMPANG' dalam 'BAHTERA UMNO' akan KARAM pasal 'NAKHODA Najib' BIARkan 'TIKUS-TIKUS 1MDB' menebuk LUBANG?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BLOG ini mungkin TIDAK berSETUJU dengan beBERAPA BLOG lain dalam SOAL 1MDB.. Jadik, terPULANGlah kepada para pemBACA untuk meNILAI siapakah yang BENAR dalam SOAL ini.. Lagi pun RAKYAT di NEGARA ini bukan lagi BUTA HURUF dan RAMAI yang mampu menimba ILMU hingga ke IPT walaupun kadang-kadang tu CGPA 3.85 pun belum tentu meLAMBANGkan orang itu ada OTAK.. MeRUJUK kepada SOAL 1MDB ini, kita agak SEBAK apabila beBERAPA MEDIA penCACAI yang dikeTAHUi UMUM memang diKAITkan dengan UMNO memaparkan BERITA sebegini dengan LAGAK begitu BANGGA dan BONGKAK.. 


Kita tak TAHU bagaimana anda SEMUA berFIKIR tetapi apakah PERASAAN anda bila memBACA penulisan BANGANG sebegini? Apakah yang boleh diBANGGAkan dengan mereka yang menulis BERITA sebegini? 

BANGGA KERANA 1MDB BERJAYA MENJUAL TANAH KERAJAAN YANG DIBELINYA MURAH-MURAH KEPADA ORANG ASING?

Kita TAHU Najib sangat BENGANG apabila 1MDB di mana dia sebagai PENGERUSInya GAGAL menJUALkan TANAH terSEBUT kepada TH kerana TENTANGan HEBAT daripada RAKYAT.. Antara yang paling LANTANG menentang ialah TUN DR. Mahathir walaupun bukanlah beliau yang MULA-MULA menyedari PENYELEWENGan ini.. RASAnya RAKYAT lain TIDAKlah LUPAkan FAKTA ini..

  • TANAH TH TERSEBUT DIKATAKAN ASALNYA ADALAH TANAH KERAJAAN UNTUK YAYASAN AMANAH BUMIPUTERA
  • TANAH TH TERSEBUT DIBELI OLEH 1MDB DARIPADA KERAJAAN PADA HARGA RM72.40 SEKAKI PERSEGI TAHUN 2011 UNTUK DIWUJUDKAN TRX
  • TANAH TERSEBUT DIJUAL KEPADA ANAK SYARIKAT MILIK TH PADA HARGA LEBIH MAHAL IAITU RM2,779 SEKAKI PERSEGI TAHUN 2015
  • 1MDB INI DILETAKKAN DI BAWAH MoF YANG MANA NAJIB IALAH MENTERINYA

RASAnya anda SEMUA dah MAKLUM bahawa 1MDB ini seBENARnya TIDAK mampu untuk meMAJUkan TANAH-TANAH TRX ini secara SENDIRIan walaupun itu NAWAITUnya semasa memBELI TANAH-TANAH tersebut.. DiTAMBAH pulak dengan BEBANan HUTANG RM42 BILION yang perlu diBAYAR, maka 1MDB TIDAK ada PILIHan selain menJUAL semula TANAH-TANAH TRX ini.. DiFAHAMkan sudah ada PIHAK menuntuk pemBAYARan HUTANG daripada 1MDB seperti ini..


Seperti di AWAL tadi, kita tak TAHUlah PERASAN anda yang memBACA ini macam mana tetapi kita sangat JELEK dengan 1MDB dan PENGERUSInya iaitu Najib kerana,

  1. KERAJAAN PIMPINAN NAJIB BEGITU MUDAH MENJUALKAN TANAH-TANAH TRX DENGAN HARGA YANG MURAH KEPADA 1MDB TANPA MEMIKIRKAN KEMAMPUAN 1MDB UNTUK MEMAJUKANNYA
  2. LANGSUNG TAK WUJUDNYA SIFAT TEBAL MUKA DAN MALU DI DALAM DIRI KERAJAAN KERANA TANAH-TANAH INI TERPAKSA DIGADAIKAN KEPADA PIHAK ASING UNTUK MEMBOLEHKAN 1MDB MEMBAYAR HUTANG-HUTANGNYA.
  3. KERAJAAN TIDAK BOLEH MENAFIKAN 1MDB INI MILIK MEREKA TETAPI KERAJAAN LANGSUNG TIDAK MAMPU NAK MENGHUKUM 1MDB KERANA KEGAGALAN MEREKA INI.
  4. PELABURAN BERBILION 1MDB KE ATAS STESEN JANAKUASA, ASET TANAH DAN STESEN PENAPISAN AIR LANGSUNG TAK MAMPU MEMBIAYAI OPERASINYA
  5. PARA PEMIMPIN UMNO BEGITU BANGANG APABILA CUBA MENG'COVERLINE' KEGAGALAN 1MDB INI YANG LANGSUNG TAK ADA KAITAN DENGAN PARTI MEREKA DEMI NAK MENGAMPU NAJIB.

Najib dan kerajaan memang TAHU bahawa 1MDB ini adalah LAMBANG keGAGALan mereka dalam URUSAN penTADBIRan NEGARA.. Najib jugak TAHU bahawa TEMBELANGnya telah PECAH dan SEDAR bahawa TUN DR. Mahathir TIDAK akan sesekali mengambil MUDAH perkara ini.. Malangnya, Najib berSIKAP seUMPAMA seperti TIKUS memBAIKI LABU dengan menyerang TUN DR. Mahathir dan seboleh-bolehnya cuba menDEDAHkan keBURUKkan PEMERINTAHAN TUN yang dah lebih 10 TAHUN berlalu untuk 'COVERLINE' keGAGALannya ini.. Sedangkan Najib boleh aje meLEPASkan JAWATANnya di dalam 1MDB itu tetapi sekarang ini dah terLAMBAT dah..

RASA-RASAnya, seTERUK-TERUK Lebai-Lebai DUNGU PAS dan MAT JAMBAN MB Selangor tuh pun takde merasa BANGGA bila mereka BIARkan TANAH-TANAH di bawah JAGAan mereka terLEPAS?


KeGAGALan 1MDB bukanlah kerana keLANTANGan TUN DR. Mahathir pun.. 1MDB telah pun GAGAL seAWAL ianya diWUJUDkan lagi.. Mana mungkin sebuah ORGANISASI seperti 1MDB yang diLETAKkan bawah MoF boleh berjaya kalau ianya diKAWAL SELIA oleh orang-orang begini?


Jadik? Apakah yang nak diBANGGAkan apabila TANAH yang ASALnya MILIK kerajaan dan seHARUSnya diMAJUkan demi RAKYAT di NEGARA ini di'LEBUR'kan oleh Najib demi 1MDBnya? Kita HAIRAN apakah Najib dan kePIMPINan BANGANG UMNO sekarang LUPA bagaimana TUN DR. Mahathirlah yang menebus TANAH-TANAH MILIK orang ASING di NEGARA ini dalam PERISTIWA ini?


Tak ke berBEZA sangat apa yang diLAKUkan oleh TUN DR. Mahathir dengan Najib semasa mereka masing-masing berJAWATan PM? Itu pun ada penCACAI BANGANG yang BANGGA dengan apa yang diLAKUkan oleh Najib menerusi 1MDB? 

Oh ya.. Apa KATA sebagai meRAIkan keJAYAan 1MDB menJUALkan TANAH-TANAH kerajaan kepada orang ASING, kita SAMA-SAMA menDENGAR LAGU ini?


Err.. TAN Sri.. TAN Sri jangan MENANGIS pulak ye.. UMNO dah JAHANAM dah pun.. Lagi pun RAMAI yang SETUJU jadik begitu macam Nazri BOTAK, Salleh Said 'KELUAQ', Mat Maslan, 'TUNGKU' Aziz dan lain-lain. Biasalah HIPOKRASI UMNO terhadap UMAT Melayu/ISLAM nih..


WAWASAN 2020 dah HANCUR dah.. TANAH-TANAH kerajaan di tengah-tengah KL pun dah nak diJUAL dah kepada orang ASING.. Apa lagi yang nak diGADAIkan pulak? Errr... Yang ni? HE!HE!HE!


 LAKU ke?

Wallahualam..

9 comments:

Anonymous said...

Apahal si pro-ISrael/Zionist- Jerman ni asyik dok minat nak masuk campur kat NEGARA ISLAM kita ni – kat MAS, melalui NGO-NGO ANTI-Islam/Melayu depa, dan sekrg. melalui bank Zionis depa pula (yg. dikuasai Rothschild-KEPARAT yg. menubuhkan ISrael)!

Malangnya memang ada pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT yg. akan terus MENGHANCURkan UMNO! Depa di ni tak peduli lansung nasib umat Islam/Melayu-MISKIN/TERTINDAS di NEGARA ISLAM kita ini, mahupun diperingkat global - tapi dok sibuk mengKAYAkan anak-beranak dan keturunan depa saja, termasuk mengagungkan budaya Barat/Zionis dgn. cara MENDIDIK anak-anak depa hidup mcm. omputih!

Kerana itulah KEBENCIAN yg. makin MENINGKAT, berjaya disebarkan oleh PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari DAPBANGKAI/PKRSODOM terhadap Islam/umatnya termasuk PENDATANG/PELARIAN ISLAM, terutamanya dari pelarian ISLAM Rohingya; akibat PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL ini sendiri!

Sampaikan si CINA RASIS ni boleh dibenarkan buat keputusan untuk MENGHALAU bot-bot pelarian Rohingya yang KELAPARAN dan MISKIN; dari NEGARA ISLAM kita ini; mcm. si Cina RASIS ni lebih berkuasa dari DYMM YDPA sebagai KETUA AGAMA/KETUA NEGARA/KETUA ATM serta dari YAB PM kita?! Geram betul aku!

Lihat di http://www.presstv.ir/Detail/2015/05/13/410837/Malaysia-Rohingya-Myanmar , Malaysia vows to turn away migrant vessels, Wed May 13, 2015:

Malaysia has joined neighboring Indonesia in vowing to turn away vessels carrying migrants, many of whom are Myanmar’s persecuted Rohingya Muslims, to Southeast Asian shores, as human rights groups warn of a humanitarian catastrophe.

The country’s top coast guard official, Tan Kok Kwee, said Wednesday that it would turn away any boat that enters its waters, except in cases in which there is an imminent danger of a vessel sinking......

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Salsh satu puncs sebab nsjib ambil warga asing srbagai penesihat ekonomi dan petunding asing dng gsji 7 billion....anwar ibrahim dalsm diam diam jadi barua yahudi imf untuk rosakkan ekonomi umat islam dan diam2 pengsmal pluralism dan lgbt untuk hancurkan akidah iman....dua dua ini tak boleh
dipercayai .... tun baru 2 bulsn jadi pm guthrie kembali pada orang melayu...nnpk nya dua pemimpin ini khianat pada bangsa dengan cara masing utk hancurkan islam dan bangsanya....tenhku aziz menyalak macsm jaguh melayu sedangjan diri srndiri digunakan DAP jadi penipu...org dah lama kenal DAP mme kiasu penipu rasis....tiba2 menyalak pertagankan pemimpin prnipu seperti najib rosmah...trnku aziz sebenar nya kau tu dah 2 kali krns tipu jangan nak berlagak jaguh klu diri srndiri reka di tipu.....asal masyukk menyalak jadi anjing penipu. ..1 mdb bukan baru dedah tony pua dan rafizi dah mula mrnyalak pasal 1mdb....pembsngjang tak kuat cuma najib yg lemah.....akan ada lagi kes baru akan terbongkar pasal 1mdb ...kita tunggu...bila terbongkar terhegeh2 salah orang lain....macam anwar bila kantoi bejubo salah jan orang lain...najib dan anwae 2x5 jer.....

Anonymous said...

Nama pun Tun Razak Xchange. Mungkin juga dia fikirkan tanah itu bapa dia yang punya. Disebabkan itulah dia boleh lakukan apa saja yang dia suka.

muhamad Danial said...

Betul boleh pulak bangga jual kat orang asing..apsal tak jual ja Malaysia ni kat orang asing baru puas hati? Orang asing kan bijak2 belaka...orang melayu ni bodoh...

muhamad Danial said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sudah lama nampak...bertahun dah suara dari jauh dan dekat sampai Tun M gegar (even laki si UMI pun tak boleh kasi gegar sebalik nya dia yang kena goncang).

Najib is the real TROJAN
Anwar is just a DECOY

Kapal Sauh Bugis is sailing into a perfect storm the guy at the helm insist in taking through it.

But rather if the Captain and his Crew wants to sink so be it but the passengers wish to be on a lifeboat!

Akan di sumpah lebih dari 7 keturunan andai sekor Raja Bogel ooopps, Raja Bugis nih menjadi punca melayu-muslim-bumiputera hilang tampok kuasa, period!

Blogger blogger yang Waras perlu terus usahakan menembak, syabas!

Anonymous said...

Edward Smith dgn kapal Titanicnya, 1MDB adalah ketulan aisnya.

Anonymous said...

tsmy dah cakap, jangan jual tanah trx untuk bayar hutang. sekarang adakah aset melebihi hutang bila dah mula jual tanah. mereka jual tanah yang dapat murah. kerajaan dapat 200 juta, 1mdb dapat berganda-ganda tapi hanya dapat bayar hutang ajer. tanah kat penang yang mereka beli mahal, tak mau pulak jual kerana tak dapat untung dan mungkin rugi kerana interest. pandai la mereka putar dan putar serta putar cerita untuk salahkan orang yang tak setuju dengan 1mdb. agaknya aset dah jual, hutang makin kurang, dari lebih 40 billion dan aset dari lebih 50 billion tinggal berapa yer? kalu orang yang beli tanah tu tak mau buat apa yang dirancang dan nak buat benda lain, macam mana pulak yer?

Anonymous said...

Yang gambar last sekali tu jangan gadai...sayang!!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS