DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, August 10, 2010

سلامت برڤواسا دان سلامت مڽمبوت رمضان اونتوق سموا ڤارا ڤمباچ


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Entah kenapa kita RASA teramat SYAHDU dengan ketibaan Ramadahn pada kali ini.. Mungkin rasa keSYAHDUan itu berpunca dengan apa yang berlaku dalam keHIDUPan umat ISLAM di negara ini.. Kita masih berpecah-belah, menegakkan keMUNGKARan, bersekongkol dengan KAFIR untuk menjahanamkan umat ISLAM lain, lupa terhadap TANGGUNG-JAWAB kita terhadap agama, BANGSA dan negara, menunjuk-nunjuk KONONnya diri lebih ISLAM daripada orang lain dan meletakkan kepentingan POLITIK lebih UTAMA berbanding semangat UKHUWAH dengan saudara seagama.. Walaupun SEDIH, tapi itulah HAKIKATnya yang kita lihat pada hari ini..

Mungkin pengHAYATan Ramadhan di zaman awal ISLAM lebih baik berbanding pada hari ini.. Mungkin semangat UKHUWAH sesama saudara seagama jauh lebih UTAMA pada masa itu berbanding pada hari ini.. Namun, wajarkah kita menyalahkan peredaran ZAMAN yang mengubah perjalanan HIDUP kita sedangkan ALLAH SWT sendiri pernah mengatakan bahawasanya nasib sesuatu KAUM itu tidak akan berUBAH melainkan mereka sendiri mengUBAHnya? Zaman akan sentiasa berubah namun, terpulanglah kepada kita untuk mengekalkan cara hidup kita..

Sempena Ramadhan ini, kita MENYERU kepada semua umat ISLAM agar berISTIQAMAH dan menilai setiap apa perbuatan yang kita lakukan.. Benarkan perbuatan yang kita lakukan itu walaupun di sebaliknya ada keMUSNAHan? Wajarkan kita bersekongkol dengan musuh ISLAM demi meMUSNAHkan orang ISLAM lain? Wajarkah kita meletakkan kepentingan POLITIK mengatasi segala-galanya hinggakan NEGARA dan UMAT semakin HANCUR? Apakah kita TIDAK boleh menggembeleng keKUATan jati diri kita sebagai umat ISLAM dan bangsa Melayu untuk menolak segala KEMUNGKARAN ini dan jugak mereka yang melakukannya?

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan dan selamat BerPUASA untuk semua..

Wallahualam..

TUKANG DOK PEGHATI

Sunday, August 08, 2010

Anda mahukan lebih ramai AHLI POLITIK murahan atau anda mahukan PEMIMPIN yang berwibawa?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selepas kebenaran diberi kepada para guru SISWAZAH untuk menceburkan DIRI dalam POLITIK dengan keizinan KSU, kini timbul pulak ura-ura untuk meminta kepada kerajaan agar keLONGGARan yang sama turut diberikan kepada para siswa IPT untuk mereka melibatkan diri dalam POLITIK.. IDEA ini telah dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG yang selama ini diketahui UMUM bahawa siapa sangatlah dia tuh tanpa menjadi menantu bekas PM dan tanpa menjadi AHLI POLITIK melalui cara yang diBENCI oleh rakyat.. Dengan kata lain, mungkinkah HASRAT untuk menggalakkan lebih ramai para siswa IPT atau orang MUDA melibatkan diri dalam POLITIK ialah agar lebih RAMAI 'Mangkuk HAYUN' sepertinya muncul dalam persada POLITIK negara?

Petikan RENCANA dalam Utusan Malaysia pada hari ini jugak dilihat menyentuh tentang kelonggaran yang patut diberikan kepada orang MUDA atau kepada para penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) untuk menceburkan diri dalam arena berPOLITIK..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Dengan mengambil contoh beberapa pemimpin negara yang didakwa aktif berPOLITIK sejak masih muda, RENCANA tersebut menyarankan agar AUKU yang dilihat menyekat golongan muda khususnya di IPT aktif dalam POLITIK dinilai semula atau diHAPUSkan.. KONONnya akta seperti AUKU dilihat mengongkong kebebasan para siswa atau orang MUDA untuk berPOLITIK seperti mereka.. Soalnya, BENARkah tanggapan mereka itu? Atau itu tidak lebih pandangan SONGSANG semata-mata?

Kita LIHAT seolah-olah ada keKELIRUan atau mungkin mereka ini cuba mengelirukan rakyat dengan pandangan SONGSANG mereka.. Apa pun, adalah JELAS ada agenda tersembunyi apabila mereka menyuarakan perkara sebegini.. Sebenarnya, apa yang perlu diberi PENEKANAN terhadap orang muda atau para siswa di IPT ialah bagaimana mahu membentuk sifat KEPIMPINAN dan juga pembentukan SAHSIAH peribadi sebagai PEMIMPIN.. Ini semuanya boleh dibentuk dengan bemacam cara seperti menganggotai pertubuhan beruniform dan banyak lagi tanpa perlu berPOLITIK pun.. Itu yang sepatutnya diTEKANkan dan bukannya cuba memesongkan keadaan dengan mengaitkannya dengan POLITIK..

Bukan SEMUA orang berkelayakkan sebagai PEMIMPIN yang berwibawa dan berkesan tetapi berlambak-lambak orang LAYAK menjadi ahli POLITIK tanpa mengira peringkat UMUR.. Ini sebenarnya perBEZAan BESAR yang cuba diSOROKkan oleh puak-puak yang menuntut keBEBASan berPOLITIK di IPT dengan mengatakan AUKU menghalang hasrat mereka.. Dengan KATA lain, seBAHLOL mana pun seseorang itu, dia boleh menjadi ahli POLITIK tanpa menjejakkan kaki pun ke IPT.. Namun, adalah mustahil untuk orang begini menjadi seorang pemimpin yang berWIBAWA dan diKAGUMi.. ILMU dan SAHSIAHnya hanya mampu membuatkan orang seperti ini menjadi salah seorang 'SAMPAH' yang sedia wujud di kalangan ahli POLITIK di negara ini..

Kita TEGASkan, sesiapa sahaja boleh jadi ahli POLITIK! Anda lihat sendiri dalam PAS, salah seorang Naib Presidennya tuh bukannya ada sijil SPM apatah lagi jejak kaki ke IPT sebagai siswazah pun? Namun, dia dikagumi oleh ramai Lebai PAS yang DUNGU kerana begitu menonjol sebagai ahli POLITIK yang memanggil Mufti PERAK sebagai 'PEMBOHONG'? Ini sekaligus menolak tanggapan KONONnya akta seperti AUKU menghalang orang muda atau para siswa berPOLITIK kerana tanpa akta seperti ini pun orang dah mula berPOLITIK tanpa mengira USIA hingga sampai TAHAP mencetus keBENCIan kepada rakyat! Malah, penghapusan AUKU dilihat hanya terus meROSAKkan hasrat NEGARA ini dari segi melahirkan MODAL INSAN yang berKUALITI dan berwibawa di IPT..

Anda sebagai RAKYAT, adakah anda mahu IPT kita melahirkan lebih banyak PEMIMPIN atau lebih banyak AHLI POLITIK? Anda telah melihat sendiri bagaimana seorang graduan dari OXFORD telah menceburi arena POLITIK negara dengan melakukan keSALAHan POLITIK WANG, mengumpul keKAYAan tanpa usaha KERAS dan melakukan bermacam-macam lagi keROSAKkan kepada negara.. Adakah patut ahli POLITIK ini menuntut AUKU dihapuskan agar meLAHIRkan lebih banyak 'MANGKUK HAYUN' sepertinya? Adakah negara ini begitu keKURANGan AHLI POLITIK atau negara ini keKURANGan PEMIMPIN yang berwibawa?
Adakah ahli-ahli POLITIK yang KORUP seperti yang dipaparkan wajar diCONTOHi sebagai pemimpin negara ini?

Untuk melahirkan ahli POLITIK sebenarnya sangat MUDAH malah tak perlu berpelajaran tinggi pun! Namun, untuk meLAHIRkan seorang PEMIMPIN yang berwibawa, mempunyai SAHSIAH yang mulia dan berWAWASAN adalah sukar dan hampir MUSTAHIL.. Ahli-ahli POLITIK mudah sahaja meMUSNAHkan negara tetapi untuk mencari PEMIMPIN bagi membina semula NEGARA ibarat mencari JARUM dalam jerami.. Dengan mengambil kira SENARIO politik semasa yang semakin hari semakin meMUSNAHkan negara INI, adakah anda mahu lebih RAMAI ahli POLITIK seperti yang diZAHIRkan dalam RENCANA Utusan Malaysia dan kenyataan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG itu?

Wallahualam..

Friday, August 06, 2010

Jika nama Allah SWT pun Lebai PAS sanggup jual, sanggupkah mereka bersama memBELAI 'menatang' ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau Lebai PAS mencari SEKUTU dalam isu penggunaan nama ALLAH SWT untuk agama lain kerana kepentingan POLITIK pun, janganlah BUTAkan mata dan PERUT sangat.. Tengok-tengoklah siapa yang nak dijadikan SEKUTU dan apa TUJUAN mereka beriya-iya mahukan nama ALLAH SWT dikongsi dengan agama lain.. Kalau dulu UMNO pernah diKAFIRkan hanya kerana bekerjasama dengan kaum lain dalam BN, bagaimana pulak dengan Lebai PAS pada hari ini? Agaknya dah jatuh KAFIR tahap ke berapa? Atau pakat buat-buat LUPA pulak bahawa sebelum ini mereka pernah mengKAFIRkan orang Islam lain?

Kita menyambut BAIK bahawa Kabinet mengarahkan semua PIHAK berhenti memperdebatkan isu penggunaan nama ALLAH SWT.. Walaupun kita agak terkilan kerana sepatutnya ada peruntukan UNDANG-UNDANG diGAZETkan bahawa nama ALLAH SWT dikhususkan untuk penganut agama ISLAM di negara ini.. Namun, kita harap keputusan kabinet ini adalah langkah pertama ke arah itu..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kita jugak mengharapkan agar KABINET dapat merujuk isu penggunaan nama ALLAH SWT ini dalam skop Perlembagaan Negara yang meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi.. Kita tidak mahu ada pulak USAHA untuk melahirkan satu bentuk 'agama BARU' dengan mengguna-pakai nama ALLAH SWT kelak jika tiada peruntukkan undang-undang untuk mengHALANGnya..

Namun demikian, ada jugak PIHAK yang memBANTAH keputusan kabinet ini dan lebih cenderung untuk terus memPROVOKASIkan isu ini demi kepentingan POLITIK sempit mereka.. Bukan kerana dia nih orang ISLAM.. Bahkan jauh sekali kalau nak katakan dia nih nak masuk ISLAM.. Kalau nak katakan dia nak letak ISLAM nih bawak tapak KAKI dia, kita percaya le!

http://blog.limkitsiang.com/2010/08/05/who-decided-on-the-cabinet-gag-order-yesterday-on-any-public-discussion-of-%e2%80%9callah%e2%80%9d-controversy/

Malangnya orang macam inilah dijadikkan SEKUTU oleh Lebai PAS yang DUNGU lagi JAHILIIYAH dalam mereka memperjuangkan isu penggunaan nama ALLAH SWT untuk agama lain! Kita harap dan berDOA agar Allah SWT tak terbalikkan BUMI Malaysia ini disebabkan oleh keDUNGUan para Lebai PAS ini..

http://berita-harian-online.com/nik-aziz-tetap-dengan-pendirian-dap-boleh-guna-kalimah-allah/

Kita jugak tak nampak kenapa pegangan agama hendak diSATUkan dalam konsep 1 Malaysia seperti yang dinyatakan oleh SEKUTU Lebai PAS ini? Hanya KOMUNIS sahaja yang menolak semua pegangan agama atau menganggap agama hanya CANDU dan meletakkan fahaman KOMUNIS mengatasinya.. Dalam Al Quran sendiri ada banyak ayat menegaskan tentang kenapa agama ISLAM begitu SUCI hingga tidak boleh disamakan dengan agama-agama LAIN.. Jika Lebai PAS disebabkan keDUNGUan mereka menyokong TUNTUTAN sekutu mereka ini, SALAHkah jika kita katakan bahawa Lebai PAS telah menolak Al Quran dan menyerupai golongan JAHILIYYAH?

Jika anda RUJUK kepada gambar yang dipaparkan, anda TAHU bahawa 'MENATANG' yang dipegang oleh SEKUTU Lebai PAS itu adalah HARAM dan dikira NAJIS diSISI Islam.. Kita faham mereka memegangnya kerana mereka bukan ISLAM dan tidak berIMAN kepada Tuhan orang-orang ISLAM iaitu Allah SWT.. Jika Lebai PAS terus dengan keDUNGUan dalam menyokong SEKUTU mereka tuh berhubung dengan tuntutan penggunaan nama Allah SWT oleh agama lain, maka kita pun terINGIN melihat Lebai PAS memegang 'MENATANG' tersebut secara terbuka seperti mana SEKUTU mereka tuh! Sanggup ke Lebai PAS melakukan sedemikian demi memperTAHANkan keDUNGUan mereka sendiri?

Demi mengHAPUSkan Islam sebagai agama RASMI daripada Perlembagaan Negara, mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara dan JELAS sekali isu penggunaan nama Allah SWT oleh agama lain adalah LANGKAH pertama mereka.. Dibantu pulak dengan keDUNGUan Lebai PAS, lebih mudah kerja mereka untuk memusnahkan ISLAM dengan menyamakan agama ini setaraf dengan agama-agama LAIN.. Kita faham mereka cuba mem'PROVOKE' MCA dalam isu ini kerana pada mereka MCA mungkin sefahaman dengan mereka..

http://blog.limkitsiang.com/2010/08/06/whose-credit-not-mcas-of-course/

Yang pelik tuh, sejak bila pulak Lebai PAS begitu DUNGU untuk turut sama bersekongkol dengan mereka INI? Sedangkan kalau UMNO buat sedemikian, akan dituduh KAFIR dan sebagainya? Kalau Lebai PAS setuju sangat, kita CADANGkan akar 'MENATANG' yang 'diBELAI' oleh sekutu mereka dalam gambar tuh dijadikkan MASKOT parti mereka.. Ada BERANI? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Thursday, August 05, 2010

ISLAM larang, Lebai PAS pakat buat tapi yang ISLAM suruh, Lebai PAS pakat MENOLAK?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Inilah PADAHnya apabila ISLAM dijadikan milik 'EKSKLUSIF' sesebuah parti.. Apa yang Nabi SAW suruh, dia tak buat tetapi apa yang Nabi SAW larang, dia buat pulak.. Pernah ke zaman Nabi SAW dulu berlaku kes solat 2 IMAM? Pernah ke Nabi SAW suruh pulau-memulau sesama umat? Pernah ke Nabi SAW ajar kita supaya 'MEMUJA' seseorang pemimpin sampai tahap DEWATA RAYA? Ada? Tak ada..... Mana ada..... Cuma Lebai PAS aje yang menganjurkan ajaran sedemikian.. Cuma Lebai PAS aje yang mengIDOLAkan seorang Mursyidul Am yang belajar agama di Deoband, India.. Cuma Lebai PAS aje yang berani 'MELAWAN' apa yang Nabi SAW telah ajarkan kepada umatnya..

Dulu kes solat 2 IMAM berlaku di Besut, Terengganu.. Sekarang dah berlaku pulak di Kelantan.. Kalau dulu setakat 2, 3 orang Imam kampung penyokong TOTOK Lebai PAS sahaja yang berani melakukan secara terpencil.. Sekarang disebabkan mereka PERASAN mereka dah KUAT, dah berani dah melakukannya secara terbuka.. Imam dilantik dipulaukan kerana perbezaan fahaman POLITIK.. Sampaikan nak mengadap Tuhan sendiri pun kena berbeza JEMAAH? Inilah dia Lebai PAS yang mengHINA agama suci Islam dengan meletakkan POLITIK lebih utama daripada AGAMA..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

Kita percaya ini jugak akan berlaku dalam IBADAT Fardhu yang lain seperti pengurusan jenazah, zakat dan banyak lagi.. Agama Islam jelas merangkumi semua aspek keHIDUPan.. Agama yang lengkap dengan panduan dan meletakkan KASIH-SAYANG sesama umat sebagai perkara ASAS dalam segenap perkara.. Namun, agama SUCI ini telah dicemari oleh Lebai PAS yang meletakkan kepentingan POLITIK lebih tinggi daripada agama.. Sebelum ini pun Lebai PAS jugak yang mencemarkan keSUCIan agama ini dengan meRELAkan nama Allah SWT 'diKONGSI' dengan agama lain.. Kalau belajar Asma Ul Husna, nama-nama Allah SWT jugak melambangkan keBESARan dan keAGUNGan yang dimilikki olehNYA.. Adakah wajar keBESARan dan keAGUNGan milikNYA ini dikongsi dengan agama lain? Tidakkah ini memBUKTIkan betapa SONGSANGnya Lebai PAS dan IDOLA mereka Pok Nik 'ALAHISSALAM'?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan semua pihak berkuasa agama Islam peringkat negeri tak nampak ke bahawa yang patut dipanggil oleh mereka bukannya Imam muda yang jadik mangsa diPULAUkan kerana fahaman POLITIK berbeza, sebaliknya yang patut dipanggil dan dihadapkan kepada pihak berkuasa agama Islam ialah Pok Nik 'ALAHISSALAM' dan para pengikutnya.. Bawak pergi HUSM kemudian kasi 'SCAN' otak mereka tengok betul ke tak kedudukan otak masing-masing.. Kot tak betul atau SAHIH ada keROSAKkan, boleh la gantikan dengan OTAK LEMBU..

Sikap berdiam DIRI pihak berkuasa agama telah menyebabkan lebih banyak perkara seperti ini berlaku sekaligus mencemarkan keSUCIan agama ISLAM.. Di manakah penguatkuasaan yang seharusnya dilaksanakan oleh mereka demi memelihara keSUCIan Islam sebagai agama RASMI negara ini? POLITIK pecah-belah agama seperti ini harus diHENTIkan terutamanya apabila sampai tahap terbawa-bawa dalam IBADAT seperti solat.. Adakah SAH solat seseorang jika dia enggan bersama JEMAAH lain hanya kerana perbezaan fahaman POLITIK? Adakah mereka menambahkan nama parti POLITIK dalam niat solat mereka sampaikan hendak solat 2 IMAM disebabkannya?

Wallahualam..

Wednesday, August 04, 2010

Takkan BERANI ambil tindakkan terhadap orang yang dah PENCEN aje?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya Tun Dr. Ling Liong Sik akan didakwa di mahkamah kerana dikatakan cuba menipu jemaah Menteri untuk urusan pembelian TANAH bagi projek PKFZ.. Dari satu aspek, kita melihat ada keWAJARan untuk mendakwa setiap salah laku seperti ini.. Perkara sebegini tidak harus dibiarkan dalam terutamanya apabila melibatkan projek-projek kerajaan yang AKHIRnya mendatangkan keRUGIan kepada negara.. Namun, untuk mengatakan penDAKWAan sebegini sebagai memBUKTIkan 'KETELUSAN' kerajaan, adalah kurang TEPAT atau agak tersasar..

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsgeneral.php?id=517650

Sebelum itu, kita tertanya-tanya apakah yang kerajaan FAHAM dengan maksud 'KETELUSAN'? Kalau dalam Bahasa Inggeris, ianya hampir sama maksud dengan 'TRANSPARENT'.. Dengan kata lain, sebarang urusan yang dijalankan hendaklah mengikuti peraturan, jelas dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan.. Kes Tun Dr. Ling Liong Sik mungkin hanya SALAH satu kes yang ingin ditonjolkan sebagai BUKTI kerajaan TELUS.. Namun demikian, bagaimana pulak dengan kes-kes di bawah ini? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan untuk mendakwa para PETUALANG dalam kes-kes berikut?

1) ISU PEMBATALAN JAMBATAN 'BENGKOK'

Dua hari sebelum kerajaan mengumumkan pembatalan pembinaan jambatan ini secara RASMI, DS Najib yang merupakan TPM ketika itu telah mengambil LANGKAH BERANI dengan mengatakan jambatan tersebut tetap akan dibina walaupun LURUS atau pun BENGKOK.. Akibat pembatalan tersebut, DS Najib diMALUkan sebegitu MUDAH oleh 'pihak yang lebih ATAS' daripadanya.. Dalih yang cuba dikemukakan ialah KONONnya Singapura mahukan pasir dan ruang udara Johor.. DALIH yang GAGAL dibuktikan keSAHIHannya hingga hari ini.. Almarhum Sultan Johor mahukan jambatan tersebut dibina mebuktikan DALIH yang mengatakan rakyat Johor tidak mahukan jambatan adalah PALSU belaka.. Sudah beratus juta RM dibelanjakan dan akhirnya yang ada hanya dua batang TIANG cerucuk jambatan.. Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

2) ISU PENJUALAN MV AGUSTA KEPADA GEVI SPA DENGAN NILAI RM4

Pengurusan Proton pada masa itu yang memilikki MV AGUSTA terpaksa menjualnya kerana mahu mengurangkan jumlah keRUGIan yang dihadapinya.. Yang peliknya, PROTON selepas penjualan tersebut didapati masih mengalami keRUGIan.. Malah, GEVI SPA yang membeli MV AGUSTA pulak telah beroleh keuntungan ratusan juta RM apabila mereka menjualnya semula.. Sudahlah tak ada siapa pun tahu siapa GEVI SPA ini, pihak yang memilikki MV AGUSTA pulak beroleh keuntungan daripada syarikat yang dikatakan meRUGIkan? Sekali lagi kita TANYA di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

3) ISU PEMILIKKAN SAHAM AVENUE CAPITAL OLEH ECM LIBRA

Pemilikkan saham ini dikatakan KONTROVERSI kerana ECM LIBRA yang sebenarnya pihak yang lebih kecil berjaya 'MENELAN' AVENUE Capital yang jauh lebih besar.. Ada pihak dikatakan berjaya merendahkan nilai saham AVENUE Capital hingga berjaya diambil-alih oleh ECM Libra yang boleh dikira baru beroperasi.. Pendedahan ini telah pun dibangkitkan semula oleh MP Wangsa Maju yang mahukan kerajaan TELUS menyiasat kes ini..

http://weechookeong.wordpress.com/2010/07/17/reply-to-securities-commission%E2%80%99s-explanation-in-utusan-online-today/

Jadik, di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

4) ISU PEMILIKKAN PANTAI HOLDING OLEH PARKWAY YANG KEMUDIAN DIJUAL SEMULA KEPADA KHAZANAH

Isu ini jugak 2X5 dengan isu yang No.3 di atas.. Malah dikatakan pihak yang SAMA turut terlibat dalam kes ini.. Sampai sekarang kita tak nampak LOGIKnya di mana sebuah GLC Malaysia dijual kepada GLC Singapura dan dibeli kembali oleh GLC Malaysia yang lain dengan harga lebih tinggi.. GLC Singapura tersebut telah untung ratusan juta ringgit buta-buta aje! Macam cerita 3 ABDUL pun ada.. Sekali lagi MP Wangsa Maju memainkan peranan membangkitkan semula hal ini..

http://weechookeong.wordpress.com/2010/07/27/%E2%80%9Cbattle%E2%80%9D-for-parkway-needless-and-wasteful-if-%E2%80%98original-sin%E2%80%99-was-not-committed-by-authorities-tasked-to-safeguard-our-national-interests/

5)KE MANAKAH DUIT PETRONAS DIBELANJAKAN?

Ini yang paling menarik kerana diDEDAHkan sendiri oleh Negarawan kita Tun Dr. Mahathir.. Pendedahan beliau sangat MUDAH tetapi sampai sekarang GAGAL dijawab oleh pihak berkenaan..

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/sound-bites-5.html

Dalam masa 4 tahun selepas Tun Dr. Mahathir bersara, sebanyak RM253.6 billion telah disumbangkan oleh Petronas kepada kerajaan.. Jadik, ke manakah duit ini dibelanjakan dan di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

6)KERUGIAN BESAR SIME DARBY

Kes ini boleh dikatakan agak baru berlaku.. Namun, sudah tentu ianya mengambil masa yang LAMA untuk sesebuah KONGLOMERAT gergasi seperti Sime Darby mencatatkan kerugian sebanyak RM1.6 bilion.. IRONIKnya, kerugian sebesar ini boleh berlaku walaupun Sime Darby dikatakan gabungan 3 syarikat perladangan terbesar NEGARA..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantidakberhasrattutupkerugianSimeDarby_PM/Article/index_html

Adakah ianya memadai dengan CEOnya letak jawatan? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

Ada banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan untuk memperSOALkan 'KETELUSAN' kerajaan dalam banyak perkara.. Itu belum lagi kita bangkitkan kes-kes seperti pembelian Lippo Bank oleh MAYBANK, kerugian BERNAMA TV, pembatalan kemudian teruskan balik projek landasan berkembar, penyerahan blok MINYAK kepada Brunei, penjualan dan pembelian semula BERNAS dan banyak lagi.. Di manakah USAHA kerajaan untuk mengesan mereka di belakang semua KES-KES ini? Adakah memadai sekadar berani MENDAKWA 'orang PENCEN' seperti Tun Dr. Ling Liong Sik sedangkan mereka yang belum PENCEN dan masih MENYAMUN sambil berPOLITIK WANG hingga mengakibatkan berlakunya perkara di atas langsung tak diSIASAT? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

RASA-RASANYA LA, CUMA ADA SEORANG SAHAJA 'MANGKUK' YANG SERING DIKAITKAN DENGAN HAMPIR KESEMUA KES DI ATAS.. KONONNYA, DIA KUAT MEMPENGARUHI KEPUTUSAN KERAJAAN DALAM BANYAK PERKARA SEMASA ZAMAN PM KE-5.. AGAK-AGAK ANDA, SIAPAKAH ORANG ITU? HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS