DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 06, 2010

Apa kata Pok Nik 'RESIGN' sebagai MB Kelantan dan Musyidul AM PAS untuk buktikan keIKHLASan menjalinkan hubungan dengan UMNO?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tak SANGKA akhirnya terBUKAK jugak hari Pok Nik untuk memBENARkan kerjasama antara PAS dan UMNO.. Ramai jugak yang terKEJUT memBACA berita tentang perUBAHan 'ANGIN' Pok Nik yang sebelum ini menentang KERAS sebarang kerjasama antara PAS dengan UMNO? Ye la... Sebelum ini Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha pun kena 'BAMBU' akibat dituduh sebagai dalang UTAMA dalam usaha untuk menjalinkan kerjasam dengan UMNO oleh puak-puak ERDOGAN? Bukan calang-calang orang tuh yang di'BAMBU' oleh Pok Nik?

Kita TIDAK tahu apa yang mengubah pendirian Pok Nik..

- Adakah Pok Nik berubah pendirian setelah mengikuti perkembangan KES 'menJUBOR' Penasihat PKR?

- Adakah Pok Nik insaf setelah meneliti berita tentang nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang diTINDAS di bawah KOMUNIS DAP?

- Atau mungkin ada 'WAHYU' turun dari mana entah yang mintak Pok Nik ubah fikiran selepas timbul ISU penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan Kristian?

- Atau mungkin Pok Nik berubah fikiran pasal nak BODEK bantuan kerajaan pusat dalam tuntutan 'ROYALTI MINYAK' Kelantan dan isu SAMAN balak RM800 juta oleh sebuah syarikat dari Singapura?

Apa pun ALASAN Pok Nik kali ini, nampaknya semacam kita harus berFIKIRAN terbuka terhadap kemahuannya yang mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm&arc=hive

Namun demikian,

UNTUK MENJAYAKAN SARANAN POK NIK INI, ADALAH LEBIH BAIK POK NIK JUGAK TURUT SAMA BERKORBAN DENGAN MELETAK JAWATAN(RESIGN) SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS DAN JUGAK SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN..

Ini kerana dengan merujuk kepada perkara yang lepas, Pok Niklah yang menjadi PENGHALANG utama sebarang kerjasama antara UMNO dengan PAS walaupun untuk sepakat dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam.. Kerana jawatan yang disandang oleh Pok Nik dalam PAS dan dalam kerajaan Kelantanlah menyebabkan ramai golongan 'PEROSAK' seperti GENG ERDOGAN bergayut dan tumpang sekaki 'di celah KETIAK', 'dalam gulungan SERBAN' dan 'dalam KAIN Pok Nik'.. Merekalah yang menyebabkan Pok Nik kelihatan sering HILANG pertimbangan, beri kenyataan tak masuk AKAL dan kadangkala tu nampak macam orang 'MAMAI' pun ada..

Ibarat sebatang POKOK rendang yang menjadi naungan kepada pokok-pokok lain.. Malangnya POKOK tersebut sudah TUA dan dah takde HASIL.. Dari akar hingga ke pucuk semuanya menjadi sarang-sarang kepada MAKHLUK PEROSAK seperti ULAT, parasit, kulat, dedalu atau KULAPUK.. Ada ulat SPESIS Husam Musa, ada parasit seperti Saifuddin Nasution, ada KULAPUK macam Kamaruddin Jaafar dan banyak lagi MAKHLUK PEROSAK yang bersarang dalam POKOK tua tersebut..

Jadik, untuk menyelamatkan pokok-pokok lain daripada sebarang jangkitan MAKHLUK PEROSAK, nak tak nak kenalah POKOK TUA tersebut ditebang atau dijadikkan KAYU API.. Kalau POKOK TUA itu dibakar hidup-hidup pun OK! Bila dah hangus, sekurang-kurangnya dia akan jadik BAJA yang subur kepada pokok-pokok lain? HE!HE!HE!

Apa pun takde siapa pun TAHU apa NIAT dalam HATI Pok Nik bila menyuarakan perkara sebegini.. Mungkin dah INSAF atau mungkin TAKTIK lapuk yang dipakai semula.. Bermacam kemungkinan ada.. Almaklumlah, ketika perbicaraan KES 'menJUBOR' Penasihat PKR sedang berjalan, bermacam-macam USAHA dilakukan untuk pelbagai PIHAK untuk memesongkan tumpuan rakyat..

Tu pasallah perubahan pendirian Pok Nik nampaknya dah pun diSAHUT oleh seorang Menteri 'KEPOH' yang suka DEDAHkan perkara-perkara SULIT kerajaan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=themessenger&sec=Home_News&pg=hn_03.htm&arc=hive

Walhal semuasa ura-ura kerjasama UMNO dengan PAS yang mula-mula dulu, Menteri 'KEPOH' ni buat BO-LAYAN aje? Ada MAKNA tersembunyi la tuh... HE!HE!HE!

Wallahualam..

3 comments:

antukebun said...

Tuan Dok peghati,

wah! ganas! brutal! Nak di tebang pokok tua tu? Bakar biar tinggal abu supaya jadi baja? brutal! brutal!

Biaq pi la pokok tua tu lenggang lenggok dgn konar baring 180 darjah dia tu. Dia pun bukan ingat aksi-aksi konar baring walaupun baru semalam dia merempit.

Lama-kelamaan dok asyik konar baring tu, akan tumbang sendiri pokok tu. Lagipun ia dah penuh dengan ulat dari akar umbi ke pucuk daun. Agak impossible nak diselamatkan lagi.

Siram & baja pokok lain, lagi afdal!

tebing tinggi said...

Dah molek benar lagu tu,daripada dok meroyan siang cakap laing malam laing ,susah jadi gaya tu.
orang islae jadi kapir ,orang kapir jadi islae lagu mana gaya tu.
Yang bolih jadi tak leh ,yang tak leh jadi bolih hee susah benar.
molek benar kalau tak de ,Islam pun lebih molek...........Insaallah.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Orang Melayu KAYA dengan KIASAN.. Jangan pulak KIASAN pasal POKOK TUA tersebut di'translate' secara 'direct'.. NAYA nanti.. HE!HE!HE!

Apa pun, seperti yang kita CADANGkan, untuk lebih menampakkan niat IKHLAS, adalah lebih BAIK orang tua tuh 'RESIGN' daripada jawatan-jawatan yang kita SEBUT.. Selagi dia dok pegang jawatan tu, selagi tu lah MUSTAHIL untuk UMNO dan PAS bekerjasama..

Kalau dia IKHLAS lepaskan jawatan, takdenya dia akan hilang pengaruh.. Tun Mahathir dah bersara pun masih berpengaruh?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS