DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, February 09, 2011

Lawan DEBAT untuk Pok Nik bukan Prof. Mohd. Nor Deris, juga bukan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya pakar OTAK di hospital?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

MULAnya Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sendiri menCABAR orang berDEBAT dengannya berhubung FATWA Jahilliyah yang keluar dari MULUTnya semasa PRK DUN Tenang.. Selepas itu, dia jugak yang buat kenyataan sedia untuk berSEMUKA dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan isu yang sama.. CABARan Pok Nik diSAHUT oleh Prof. Mohd. Nor Deris TETAPI Pok Nik tak mahu pulak.. DiREKAnya alasan KONONnya Prof. Mohd. Nor Deris tak seTARAF dengannya..

AIK? Dah bagi seseorang yang ber'TITLE' Professor pun tak seTARAF pulak? Pok Nik tak SEDAR pulak yang dia bukannya ada 'TITLE' sedemikian? Sejak bila pulak dia PERASAN yang 'KASTA' dia dalam ISLAM sebegitu TINGGI? Siapa yang TENTUkan? HARI ini keluar pulak dalam BERITA yang Pok Nik tak nak berDEBAT atau berDIALOG atau berapa-apa pun dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.. Sebaliknya Pok Nik mengatakan dia cuma berSETUJU untuk berDEBAT dengan pihak berkuasa pulak..->KLIK<-

Baru beberapa MINGGU isu ini menjadi bahan BERITA, dah 3,4 kali dah orang TUA nih KELENTONGkan orang ramai.. Malah, bukan takat media pro-kerajaan aje yang LAPORkan, Lidah PemBOHONGan Rasmi Lebai PAS iaitu HARAKAH pun turut meLAPORKan perkara yang SAMA siap dengan tambah-menambah CERITA lagi.. ->KLIK<-

Malah, Pok Nik kata dia tak TAHU-menahu dari mana TIMBULnya idea untuk berDEBAT dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.. ->KLIK<-

Petikan MALAYSIAKINI menyatakan beberapa HARI lalu akhbar tempatan meLAPORkan kesediaan Pok Nik untuk berDEBAT dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa meROSAKkan AKIDAH serta memecahbelahkan umat ISLAM di negara ini.. Jumaat lalu, Pok Nik dilaporkan berkata tiada MASALAH sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang diDAKWA merosakkan AKIDAH serta memecahbelahkan perpaduan umat ISLAM, malah dia bersedia berDIALOG dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.. 2 hari lepas, Pok Nik dilaporkan meletakkan SYARAT supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara TERBUKA bagi memastikan SEMUA pihak dapat menilai perjalanan DEBAT dan tidak diMANIPULASI..->KLIK<-

Kenyataan tidak KONSISTEN atau MERAPU daripada Pok Nik sebenarnya sangat menakutkan dan memBEBANkan Lebai-Lebai PAS yang tengah memperSIAPkan diri mereka untuk berKEMPEN di PRK DUN Merlimau nanti.. Dah ada yang KHUATIR dengan tahap keCERGASan OTAK Pok Nik ini samada 'ALIGNMENT' OTAKnya dalam kepala dia dah LARI ke atau memang dah tak ada langsung! HE!HE!HE!

Kita memang dah AGAK dah Pok Nik akan memutar-belitkan kenyataannya SENDIRI dalam masa yang cukup SINGKAT.. Sebab itulah BLOG ini sengaja TIDAK peduli kenyataan Pok Nik pada AWAL isu DEBAT ini diHANGATkan kerana pasti orang TUA nih akan putar BELIT pulak nanti.. Sebenarnya, Pok Nik sebenarnya bukan lagi boleh diTABALkan sebagai ULAMA atau pun ahli POLITIK.. Bayangkan jika kenyataan Pok Nik yang tidak KONSISTEN begini dikeluarkan dari mulut seorang yang ULAMA yang menjadi pakar rujuk agama atau seorang ahli POLITIK yang berKHIDMAT kepada rakyat?

Dulu lagi kita dah NASIHATkan kepada Lebai-Lebai PAS yang DUNGU agar bawak Pok Nik nih ke HUSM dan buat pemeriksaan MRI atau CT SCAN terUTAMAnya di bahagian KEPALA.. Umur pun dah sebaya dengan Hosni Mubarak Presiden Mesir, jadik kalau dia cakap MERAPU atau tidak INGAT apa yang diCAKAPnya sendiri 2,3 hari lepas adalah SINDROM biasa untuk orang berUSIA macam nih.. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Prof. Mohd. Nor Deris sepatutnya KESIAN dengan Pok Nik nih pasal dia dah tak MAMPU nak fikir perkara yang BERAT.. Bukankah Tun Mahathir pun dah KATA jangan diLAYAN orang TUA nih dalam isu DEBAT ini?->KLIK<-

AGAKnya Tun sebagai seorang yang pernah menjadi DOKTOR tentu sudah memahami SINDROM yang dialami oleh Pok Nik ini.. Malah, kalau SUAMI cikgu Mala calon PAS di DUN Tenang ambil MC sampai 21 HARI kerana 'KEMURUNGAN', sepatutnya Pok Nik nih kena ambil MC untuk seLAMA-LAMAnya atau diTAHAN terus dalam wad 'ISTIMEWA' di HUSM.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS