DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, February 18, 2011

Pok Nik kata DEB gagal tetapi apa keJAYAan Pok Nik yang boleh diBANGGAkan atau setanding dengan DEB?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sekali lagi MERAPU tahap DEWATA RAYA apabila membaca jawapan balas Tun Dr. Mahathir terhadap TULISANnya di dalam HARAKAH.. Hari ini apabila kita membelek akhbar KOSMO, kita terGELAK dengan reaksi dan KOMEN Pok Nik.. Kisah yang sama jugak turut diCATATkan dalam Malaysian Insider.. ->KLIK<-

LUCU sungguh pasal Pok Nik bukan sahaja GAGAL memBALAS 50 'point' yang ditulis oleh Tun, malah seperti biasa Pok Nik cuba 'SPIN' cerita LAIN demi meng'COVER'kan ketidak-mampuan dirinya untuk menJAWAB tulisan Tun.. Anda boleh rujuk kembali tulisan Tun dalam BLOGnya dan anda baca balik komen atau JAWAPAN Pok Nik dalam KOSMO atau dalam Malaysian Insider.. Anda akan TAHU orang tua nih masih cuba nak 'SPIN' walaupun budak KECIK pun boleh faham apa yang diTULIS oleh Tun Mahathir..

Kita letak TEPI keENGGANan Pok Nik untuk mengaku dirinya ANGKUH seperti dalam tulisan Tun.. Kita memang dah TAHU Pok Nik tak denya nak mengaku DIRInya sedemikan pasal dia nih GEDEBE Kampung Kedai Lalat! Kalau dikatakan Pok Nik ada sifat-sifat keNABIan mungkin cepat-cepat dia akan angkat TANGAN mengaku! Apa pun yang ingin kita PETIK di sini ialah KOMEN Pok Nik pasal Dasar Ekonomi Baru(DEB) seperti yang diLAPORkan.. Kita mahu semua pihak MENILAI betapa DANGKALnya Pok Nik memperKATAkan sesuatu yang dia sendiri TIDAK TAHU tetapi disebabkan dia nih adalah GEDEBE Kampung Kedai Lalat, maka dia buat-buat la TAHU!

Kata Pok Nik, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, meLAINkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat..

"Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?"

Kita tidak TAHU samada Pok Nik tahu atau memang dah NYANYUK untuk menyedari bahawa DEB sebenarnya bermula dari zaman Tun Razak jadik PM lagi.. Malah, kita yakin Pok Nik yang jugak menyertai Barisan Nasional bersama-sama Lebai PAS yang lain telah di'BRIEFING' pasal DEB semasa itu.. Kita jugak yakin PAS semasa itu langsung tak memBANTAH perlaksanaan DEB malah 100% menyokongnya pasal diorang pun boleh tumpang SEKAKI dengan HASILnya pada hari ini.. Cuba anda NYATAkan, kalau DEB itu tidak BERJAYA, adakah Lebai PAS yang jadik YB hidup DHAIF? Anak-beranak Pok Nik pun tumpang SEKAKI dengan dasar DEB pada hari INI untuk meRAIH keKAYAaan?

Sasaran DEB bukan sahaja untuk meningkatkan pegangan EKUITI Bumiputera kepada 30%.. DEB juga berperanan untuk mengurangngkan peratusan keMISKINan, kadar buta huruf dan mengGALAKkan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.. Mungkin OTAK Pok Nik tidak mampu untuk mengINGAT kembali tahun-tahun sebelum DEB dilaksanakan, berapa kerat orang Melayu/ISLAM yang meMILIKki perniagaan sendiri, berapa kerat orang Melayu bekerja dalam bidang PROFESIONAL dan berapa RAMAI orang Melayu/ISLAM hidup dalam keMISKINan.. Otak Pok Nik terlalu 'SLOW' untuk membuat STATISTIK perkara-perkara tersebut dan lebih MUDAH untuk dirinya mengGUNAkan otak bagi tujuan menJAHILIYYAHkan orang atau mengKAFIRkan sesama ISLAM..

Kita TANYA kepada Pok Nik, pada HARI ini berapa ramai usahawan Melayu/ISLAM telah diLAHIRkan melalui DEB? Berapa ramai PROFESIONAL Melayu/ISLAM yang berjaya dizahirkan menerusi DEB? Berapa banyak kadar keMISKINan Bumiputera berjaya diKURANGkan hingga mendapat pujian oleh PBB? Malah, Pok Nik tak SEDAR pun anak MENANTUnya dapat saham dan pegangan dalam syarikat-syarikat tertentu pun kerana dasar DEB ini.. Siapakah Pok Nik untuk mempertikaikan DEB sedangkan Pok Nik bukannya ahli EKONOMI pun? Apa yang dilakukan oleh Pok Nik sebagai MB di Kelantan untuk meLAYAKkan dirinya bercakap tentang DEB?

- Adakah Pok Nik BERJAYA mengurangkan kadar keMISKINan di Kelantan? Hinggakan ada yang jadik penyeludup atau PENJENAYAH kononnya untuk menyara KELUARGA dan mereka ini diBELA pulak oleh Lebai-Lebai PAS?

- Pok Nik sendiri mengakui GAGAL nak bina sebuah masjid dan memberikan bekalan AIR BERSIH di Kelantan.. Pok Nik dah NYANYUK ke hingga LUPA siapa yang selesaikan HUTANG Kelantan Water kepada Thames Water kalau bukan Tun Mahathir? Pok Nik sendiri buat APA?

- RAKYAT Kelantan semuanya TAHU setiap orang daripada mereka berHUTANG dengan sebuah syarikat BALAK Singapura, TIMBERMINE sebanyak RM800 juta.. Berapa generasi RAKAYT kena tanggung HUTANG tuh? Ini dia 'TAIK' Pok Nik dan kerajaan PAS paling BESAR untuk rakyat Kelantan! Agaknya sebab itulah Pok Nik sanggup mengIYAkan kata-kata Lee Kuan Yew berhubung pegangan agama ISLAM di Singapura?

- Berapa ratus RIBU warga Kelantan yang keluar dari negerinya dan terpaksa mencari REZEKI di tempat orang? Apakah bentuk PELABURAN yang berkesan di Kelantan dan diRASAi oleh segenap lapisan RAKYATnya? Ternakkan Kambing Jamnapri? Pelabuhan Darat Kuala Krai? Bazar Tok Guru? Bandar Baru Tunjung? Ladang RAKYAT? korek PASIR? SEMUAnya diKEBAS dek Lebai-Lebai ERDOGAN dalam PAS dan kaum kerabat Pok Nik sendiri!

- TAHUkah anda Pok Nik nak BAYAR gaji KAKITANGANnya sendiri pun terpaksa mengHARAPkan peruntukan Kerajaan Persekutuan? Segala hasil NEGERI Kelantan semuanya diSAPU samada oleh Lebai-Lebai PAS ERDOGAN atau pun anak-beranak Pok Nik sendiri?

- Adakah JENAYAH yang berleluasa di Kelantan seperti PENYELUDUPAN, pecah RUMAH, curi KERETA, REMPIT, gejala SOSIAL, PELACURAN, DADAH dan banyak lagi sebagai TANDA keMAKMURan Kelantan di bawah pemerintahan REJIM Pok Nik?

Dalam ISLAM ada HADIS menyatakan keMISKINan itu membawa kepada keKUFURan.. Kalau kita lihat bagaimana JENAYAH yang dinyatakan dijadikkan ALASAN untuk mencari NAFKAH di Kelantan, maka siapakah lagi BAPAK keKUFURan kalau bukan Pok Nik? Adakah dengan segala MACAM masalah seperti yang diNYATAkan meLAYAKkan Pok Nik untuk mengKRITIK apa yang dikatakannya keGAGALan DEB? Habis apakah keJAYAan Pok Nik yang boleh diBANGGAkan untuk dikatakan SETANDING dengan dasar DEB?

Mungkin kerana perangai buruk GEDEBE Kampung Kedai LALAT, maka Pok Nik tidak menunggu terlebih DAHULU 'skrip' tulisan Lebai PAS dalam HARAKAH untuk menJAWAB tulisan Tun Dr. Mahathir.. Sepatutnya Pok Nik tunggu dulu mereka menyiapkan 'skrip' tersebut sebelum menJAWAB, jadik tidak la nampak jawapan Pok Nik macam orang DUNGU!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS