DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 26, 2011

Pihak UPM patut 'CLAIM' keROSAKkan prasarana akibat pelajar merusuh dengan Timbalan Menteri IPT..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terSENYUM sahaja apabila membaca tulisan beberapa BLOGGERS lain yang menyuarakan ketidak-puasan HATI mereka dengan kes RUSUHAN di UPM dan mereka menujukan penulisan mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.. INI kerana dialah yang sering mengada-ngada untuk mengGALAKkan para pelajar IPT berPOLITIK walaupun HAKIKATnya kabinet DS Najib secara langsung sudah MENOLAK untuk meminda AUKU sekaligus menghalang penglibatan secara langsung para pelajar IPT dalam POLITIK.. Malah, perkara ini telah pun diSENTUH banyak kali dalam BLOG ini seperti berikut - ->KLIK<- dan ->KLIK<-..

BLOG ini jugak pernah menulis tentang BEZA antara POLITIK dengan kePIMPINan dengan memberikan penekanan bahawa sifat kePIMPINan seseorang pelajar IPT tidak semestinya diBENTUK melalui elemen-elemen POLITIK semasa di KAMPUS.. ->KLIK<-

APA pun, kejadian RUSUHAN para pelajar di UPM hingga meROSAKkan prasarana awam di sana telah meBUKTIkan keBENARan apa yang kita TULIS dan kita BIMBANGkan selama ini.. Ada pihak yang menyalahkan Lebai-Lebai PAS dan 'PenJILAT PUNGGONG' dalam PKR yang sering dilihat memasukki KAMPUS dan menghasut para pelajar.. Tidak KURANG jugak yang mengatakan ini semua berlaku kerana ada para PENSYARAH yang mengHASUT dan menerapkan pemahaman POLITIK masing-masing kepada para pelajar IPT.. Kalau pilihanraya KAMPUS yang skala KECIL pun dah tahap macam nih, bagaimana nanti jika mereka ini keluar dari IPT kelak? Namun demikian, pihak yang paling UTAMA dan patut diperSALAHkan ialah Kementerian Pengajian Tinggi kerana 2 SEBAB ini:-

1) Mereka GAGAL turun ke KAMPUS untuk memantau, memberi penjelasan atau memBIMBING para pelajar IPT untuk membentuk sifat-sifat kePIMPINan dan nilai-nilai MURNI yang sepatutnya ada dalam diri mereka.. Kalau takat main TWITTER sesama sendiri ahe, budak kecik pun BOLEH!

2) Timbalan Menteri IPT sendiri seorang yang MELENCONG fikirannya dan tidak HENTI-HENTI mahukan pelajar berPOLITIK dan mengHAPUSkan AUKU bersama-sama dengan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG..

Oleh itu, pandangan Ketua UMNO Cheras dalam Utusan Malaysia hari INI agak TERSASAR kerana yang sepatutnya dibimbangi bukannya para Lebai PAS dan 'PenJILAT PUNGGONG' dalam PKR yang masuk ke IPT, sebaliknya kerana 2 SEBAB yang diNYATAkan di atas..->KLIK<-

Kebanyakkan BLOG-BLOG pro-kerajaan jugak dilihat menuding jari kepada Timbalan Menteri IPT ini walaupun dia cuba melakukan 'DAMAGES CONTROL' dengan melakukan pertemuan dengan pihak-pihak yang TERLIBAT, tetapi itu SEMUAnya sudah terlambat kerana semua pihak sudah melihat PEKUNGnya..->KLIK<-

Sebagai pemBAYAR cukai dan PERCAYA duit cukai kita diMANFAATkan termasuklah untuk pemBIAYAan para pelajar dan pemBINAan prasarana di IPT, kita merasa MARAH dengan apa yang berlaku di UPM.. Kalau INIlah bentuk mahasiswa yang akan diLAHIRkan oleh IPT-IPT kita hasil 'DORONGAN' untuk berPOLITIK di KAMPUS oleh Timbalan Menteri IPT, kita MINTAKlah agar pulangkan BALIK duit cukai RAKYAT seperti kita atau salurkan kepada pihak yang benar-benar memerlukan.. Terus terang katalah, PENAGIH yang diPULIHkan dari Pusat Serenti atau bekas BANDUAN yang telah INSAF adalah jauh lebih BAIK daripada pelajar-pelajar IPT yang meRUSUH dan memBAZIRkan duit pemBAYAR cukai seperti kami!!

Malah, menggunakan duit CUKAI daripada RAKYAT untuk membaya GAJI dan ELAUN Timbalan Menteri IPT jugak adalah satu pemBAZIRan jika kita melihat apa yang telah berlaku.. Kalau INIlah jenis mahasiswa yang ingin diBENTUK olehnya, memang NEGARA ini akan punah-ranah kelak! Negara memerlukan mahasiswa yang mampu menjadi MODAL INSAN untuk memBANGUNkan negara tetapi yang keluar nanti MODAL INSAN peMUSNAH negara.. Bayangkan kalau cuma pilihanraya KAMPUS pun mereka MERUSUH sedemikian rupa, apa akan JADI jika mahasiswa-mahasiswa ini keluar dan meROSAKkan pulak NEGARA dengan 'MIND-SET' POLITIK sedemikian rupa? Kita PERCAYA ramai lagi yang ingin BELAJAR dan berBAKTI kepada NEGARA tanpa perlu berPOLITIK sedemikian cara semasa di KAMPUS.. Bukankah mereka ini yang seharusnya dibantu oleh pihak kerajaan?

Kita menyarankan kepada pihak UPM dan juga MANGSA yang diCEDERAkan dalam INSIDEN tersebut agar mengemukakan 'CLAIM' atau TUNTUTAN ganti rugi kepada Timbalan Menteri IPT tersebut.. Dia tidak boleh berDALIH mengatakan dia bukan PUNCA kejadian tersebut.. Semua MAKLUM apa yang dia perjuangkan walaupun kerajaan yang dia bernaung memBUAT keputusan sebaliknya.. Adakah dia begitu 'SPECIAL' untuk diberikan jawatan sedemikian rupa? PKR pun makin kurang PEMIMPIN, apa kata kalau dia letak jawatan ahli Parlimen BN dan masuk sebelah sana pulak?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS