DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, May 08, 2011

Agenda ILLUMINATI dan FREEMASON dah sampai depan PINTU tapi orang ISLAM buat tak nampak lagi?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DAN BROWN adalah antara PENULIS yang KONTROVERSI dan berjaya menCETUSkan FENOMENA terhadap kewibawaan agama Kristian.. Karya-karyanya seperti 'The Da Vinci Code', 'Angel and Demon' dan yang terbaru 'The Lost Symbol' dilihat menunjukkan bagaimana PERANAN puak-puak EKSTRIMIS dalam Kristian seperti golongan ILLUMINATI dan FREEMASON untuk menguasai DUNIA.. Ini sahaja memBUKTIkan bahawa bukan ISLAM sahaja mempunyai golongan EKSTRIMIS dalam agamanya..

Kalau mengikut SEJARAH, agenda untuk mengKRISTIANkan umat ISLAM di Kepulauan Melayu ini bukanlah perkara BARU.. Kalau TIDAK, kenapakah mereka sanggup mengHANTAR beribu-ribu KONVOI armada melintasi Tanjung Harapan di Afrika Selatan semata-mata untuk mencari Prester John di sebelah Timur? USAHA untuk mengKRISTIANkan wilayah ini tidak berjaya sePENUHnya kerana hanya Filipina serta beberapa wilayah seperti Ambon dan Timor Timur sahaja yang berjaya diKRISTIANkan.. Sudah tentu ILLUMINATI dan FREEMASON wujud bukannya untuk mewujudkan keHARMONIan antara agama-agama lain sebaliknya mahukan DOMINASI Kristian WUJUD di serata dunia..

Oleh itu, apabila beberapa BLOGGER menDEDAHkan wujudnya satu MAJLIS berORIENTASIkan Kristian di Jelutong yang diTAJA oleh MP DAP mempunyai OBJEKTIF untuk menjadikan Kristian sebagai agama RASMI negara selain melantik PM di kalangan penganutnya, kita terTANYA-TANYA adakah ini jugak merupakan sebahagian daripada agenda ILLUMINATI dan FREEMASON terhadap negara ini? ->KLIK<-

Adakah anda meRASAkan negara seperti Malaysia ini tidak PENTING kepada golongan ILLUMINATI dan FREEMASON? Negara kita ini wujud secara STRATEGIK bukan sahaja dari sudut GEOGRAFI malah dari sudut geo-POLITIK antarabangsa.. Negara manakah lagi di DUNIA ini yang menguasai laluan perDAGANGan laut dari timur ke barat selain negara kita? Negara manakah yang keDUDUKannya betul-betul di TENGAH Asia Tenggara dan STRATEGIK dari segi keTENTERAan? Oleh itu, kita harus SEDAR bahawa agenda ILLUMINATI dan FREEMASON terhadap negara ini sebenarnya jauh lebih PENTING berbanding negara-negara lain.. Kerana itulah keSTABILan POLITIK negara ini sebenarnya penghalang untuk mereka meLAKSANAkan agenda mereka..

Dari sudut Perlembagaan Negara, USAHA mereka ini akan GAGAL kerana jelas Perlembagaan menjamin kedudukan ISLAM sebagai agama RASMI dan tugas UTAMA YDP Agong adalah Ketua Agama ISLAM.. Untuk mengubah Perlembagaan Negara, ianya memerlukan kuasa 2/3 Ahli Parlimen dan ianya nampak MUSTAHIL.. Namun, jika perKIRAan undi kaum Cina terhadap DAP dan undi kaum-kaum PRIBUMI Kristian di Sabah dan Sarawak diambil KIRA, walaupun mungkin tidak dapat diCAPAI tetapi mampu mengGUGAT keSTABILan POLITIK di negara ini.. Kita KHUATIR negara ini akan menjadi seperti Nigeria di mana NISBAH penganut ISLAM dan Kristian hampir setara.. Jika ini BERLAKU, bukan MUSTAHIL untuk puak-puak ILLUMINATI dan FREEMASON ini meminta SOKONGan kuasa asing seperti US dan EU untuk campur tangan dan meROSAKkan negara ini..

Apabila PM ke-5 yang terpedaya dengan HASUTAN menantu BABAHnya mula menJADIkan 'KETERBUKAAN' sebagai instrumen POLITIK, ini telah menyebabkan pihak-pihak EKSTREMIS agama selain ISLAM mengambil kesempatan dan cuba mengubah STRUKTUR geo-POLITIK negara ini.. Bermulalah TUNTUTAN untuk Suruhanjaya Antara Agama(IFC), keBENARan untuk MURTAD dari ISLAM, tuntutan pengGUNAan nama Allah SWT untuk penganut Kristian, tuntutan sama rata untuk pemBINAan rumah IBADAT dan yang terbaru adalah isu AL KITAB dalam Bahasa Melayu.. Golongan ILLUMINATI dan FREEMASON ini mula 'TEST MARKET' dengan tuntutan HINDRAF.. Apabila mereka melihat betapa LEMAHnya kerajaan berdepan dengan HINDRAF, mereka semakin BERANI dan semakin mula menunjukkan penentangan secara TERBUKA..

Untuk mengHALANGnya, umat ISLAM kenalah bersatu dan mengenepikan kePENTINGan POLITIK dalam isu melibatkan agama ISLAM.. Malangnya kita melihat sendiri bagaiman kuasa POLITIK Melayu/ISLAM begitu LEMBIK berhadapan dengan parti POLITIK yang RASIS seperti DAP dan kaum yang TEGAR menyokongnya.. Baik UMNO mahu pun Lebai PAS, semuanya 2X5 aje.. PAS sudah lari dari perjuangan ISLAM apabila memBUANGkan objetif parti mereka sendiri demi kepentingan DAP.. Dalam UMNO pulak ada MENTERI Melayu/ISLAMnya sendiri yang mengatakan ISLAM tidak 'SUPERIOR' berbanding dengan agama LAIN di negara ini.. ->KLIK<-

Jadik apa lagi yang TINGGAL untuk umat ISLAM sebagai BENTENG pertahanan diri? Hanya mengukuhkan keIMANan dan melaksanakan ajaran ISLAM sepenuhnya sebagai PENYELAMAT.. Malangnya, apabila kita melihat umat ISLAM sendiri dok terGEDIK-GEDIK dengan konsert AF, masalah gejala SOSIAL, menyokong pemimpin yang 'menJUBOR' + langgan PELACUR + bersekedudukan, RASUAH, leka dek 'NEW POLITICs' dan banyak lagi, alamatnye makin MUDAHla puak ILLUMINATI dan FREEMASON tu menjalankan AGENDA mereka..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS