DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, May 19, 2011

Kalau dengan Utusan pun mereka TAKUT, adakah anda rasa PKR akan berikan keBEBASan berSUARA kepada RAKYAT bila berKUASA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa agaknya akan jadi orang bangsa Melayu jika tiada syarikat akhbar Utusan Melayu? Sedar tak sedar kita terlupa bahawa kita ini adalah bangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu, menulis dalam bahasa Melayu dan membaca dalam bahasa Melayu.. Kalau perjuangan Melayu dalam Utusan hendak diTENTANG, kenapa pulak perjuangan EKSTREMIS kaum Cina menerusi akhbar-akhbar Sin Chew, Nanyang dan The Rocket hendak diBELA? Kenapa akhbar yang diketahui UMUM pemBOHONG besar seperti HARAKAH, SIASAH dan Suara Keadilan hendak diPUJA?

Utusan diTAKUTi kerana pengaruhnya terhadap orang Melayu yang merupakan MAJORITI penduduk negara ini.. Mereka tidak mahu orang Melayu BANGKIT dan berjuang memperTAHANkan hak-hak mereka.. Memanglah hak-hak orang Melayu/BUMIPUTERA sudah terpahat di dalam Perlembagaan Negara tetapi SEDAR tak sedar hak-hak tersebut cuba diHAKIS oleh kaum 'PENDATANG' dengan diSOKONG oleh beberapa pengKHIANAT Melayu yang KEMARUKkan kuasa POLITIK untuk menguasai negara ini.. Apakah SALAH jika Utusan BANGKIT menyedarkan orang-orang Melayu agar menyedari hakikat sebenar perkara ini? ->KLIK<-

Seruan AMK untuk menngadakan DEMONSTRASI di hadapan pejabat Utusan Melayu ESOK hari selepas Jumaat hanyalah suara PENGECUT yang takut dengan penDEDAHan demi penDEDAHan yang disiarkan menerusi media ini.. Ini kerana JELAS sekali mereka GAGAL menangkis FAKTA demi FAKTA yang dikeluarkan dalam akhbar Utusan Malaysia menerusi akhbar TAIK mereka iaitu Suara Keadilan.. Seperti jugak PKR yang hidup hanya bersandarkan kepada keluarga Penasihat PKRnya dan KAKI penjilat PUNGGUNG di keliling pinggang pemimpin mereka, akhbar Suara Keadilan jugak hanya mampu menyiarkan berita berKISAR tentang keHIDUPan Penasihat Parti tersebut sahaja.. Lama-lama orang pun naik MUAKlah!

Begitu jugak dengan HARAKAH.. Lidah rasmi Lebai PAS yang sepatutnya digunakan sebaik MUNGKIN untuk mengajak orang menCINTAi ISLAM atau berDAKWAH digunakan sepenuhnya untuk menegakkan perkara BATHIL dan keMUNGKARan.. Nasib BAIKlah HARAKAH tidak dipanggil sebagai 'KORAN' seperti mana orang-orang Indonesia memanggil akhbar mereka.. Jika TIDAK, tak pasal-pasal kitab suci orang ISLAM pun turut diPALITkan dek NAJIS hasil penulisan dalam HARAKAH! Dari sejak tahun pertama TERBITAN akhbar ini hinggalah sekarang, PERNAHkah anda terbaca HARAKAH memuji walaupun sedikit jasa kerajaan seperti memBINA masjid, jalan raya, jambatan atau premis-premis awam? Itulah 'STANDARD' TAIK yang ada pada HARAKAH dan Suara Keadilan!

Memang WAJAR Utusan Malaysia tidak perlu berasa TAKUT dengan AMK.. AMK sebenarnya sangat-sangat PENGECUT dan takut dengan keBENARan.. Seperti jugak dengan KETUA mereka atau Penasihat PKR yang TAKUT dengan penDEDAHan salah laku SEKSnya hingga menangguhkan perbicaraan selama berTAHUN-TAHUN serta TAKUT nak ambil tindakkan undang-undang terhadap 'DATUK T' berhubung isu video SEKSnya, AMK jugak takut dek keBENARan bahawa ahli-ahli mereka sendiri akan CELIK MATA dengan penDEDAHan demi penDEDAHan oleh akhbar-akhbar arus PERDANA seperti Utusan.. Mereka SEDAR bahawa mereka tidak mampu meBOHONGi rakyat selama-lamanya.. Lambat-laun, RAKYAT akan mengHUKUM mereka jugak nanti..

RAKYAT sebenarnya sudah cukup MATANG untuk berFIKIR sendiri tentang penulisan mana yang LOGIK dan boleh diterima dek AKAL.. DEMONSTRASI seperti yang diINGINi oleh AMK hanya usaha untuk menolak keBOLEHan berFIKIR oleh RAKYAT dan cuba menjerumuskan RAKYAT ke dalam era BODOH seperti mereka.. Sememangnya kita TAHU bahawa dalam PKR ini, hanya orang-orang KATEGORI BAHLOL aje yang menjadik ahli.. Zaman SEKARANG nih manalah orang boleh terima sebuah parti yang diKETUAi oleh anak-beranak PEMIMPIN dan kaum-kerabat termasuk diKHABARkan ada yang sanggup 'GADAI'kan ISTERInya demi puaskan NAFSU pemimpin anak-beranak itu? Ingat ini zaman CALIGULA, diktator zaman ROM dulu ke? Memang BAHLOL tak boleh diajarlah AMK nih.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS