DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, May 03, 2011

Pergi ambik exam SPM kasi LULUS dulu, barulah tak nampak BODOH dalam TWITTER..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus-terang KATAlah.. Orang zaman SEKARANG bukan lagi boleh diperBODOHkan dengan AIR liur.. Dah terlampau RAMAI para graduan dan SISWAZAH yang mampu berFIKIR secara KREATIF dan tahu menilai buruk-BAIK sesuatu perkara.. Cuma mungkin ada segelintir para SISWAZAH yang mak BAPAK tak ajar pendidikan ISLAM masa KECIK, maka adala yang terPENGARUH dengan PAS.. Oleh itu, WAJARlah orang-orang POLITIK tanpa mengira parti berFIKIR banyak kali DULU sebelum memBICARAkan sesuatu perkara.. Tambah PULAK kalau orang POLITIK yang dah memang semua MAKLUM bukan mengaji tinggi mana pun.. Sijil SPM pun tak ada tapi ada HATI nak mengHASUT orang?

Kalau dalam UMNO/BN, ada dua,tiga KERAT para PEMIMPINnya yang memang keLULUSan TINGGI tapi kerjanya asyik nak BODOHkan rakyat dengan IDEOLOGI 'New POLITICs' yang dicipta sendiri.. Konon-kononnya dengan memperKENALkan IDEOLOGI sedemikian dapatlah PUBLISITI sikit sebanyak disamping dapatlah 'KENEN'kan kat pemimpin tertinggi UMNO/BN untuk jawatan serba sedikit.. Tak KISAHlah kalau RAKYAT tolak IDEOLOGI bodoh mereka pun taka pa JANJI bila dah dapat PANGKAT, sek-sok adalah PETUALANG yang akan menempel untuk KONTRAK dan TENDER!

Sebaliknya dalam PAS pulak ada para PEMIMPIN yang tak ada keLULUSan SPM pun tapi diPILIH sampai ke tahap Naib Presiden tuh.. Nak kata banyak JASA, tak nampak pulak JASA dia yang KETARA selain dia pernah menolak TROLI kat 'AIRPORT' di utara tanah air.. Itu pun apabila PAS dapat memerintah Kedah, adala orang bagi IHSAN kat dia pengang JAWATAN Pengarah dalam sebuah GLC milik Kerajaan Negeri.. Mungkin kerana orang TAHU dia pun tak ada sijil SPM, sekejap je la dia merasa PEGANG jawatan tu.. Akhirnya KERJA dia cuma meLOLONG dalam TWITTER konon-KONONnya meWAKILi suara PAS sedangkan ramai Lebai PAS dah MALU tengok keMAMPUan orang takde SPM ni dalam beri KHIDMAT kepada rakyat!

Kita FAHAM kenapa dia meLOLONG sedemikian rupa dalam TWITTER.. Dia semakin 'kePANASan' kerana PAS semakin diTOLAK oleh rakyat AKIBAT sudah lari dari perJUANGan parti itu sendiri.. Ini adalah FAKTA kerana PAS sudah KALAH di DUN Bagan Pinang, DUN Galas, DUN Tenang, DUN Merlimau, DUN Kerdau dan KALAH secara TOTAL semasa PRN Sarawak! Malah, rakyat khususnya orang Melayu/ISLAM sudah semakin menDESAK agar dilakukan penyatuan antara PAS dengan UMNO demi kePENTINGan Melayu/ISLAM di negara ini.. Dia menJADI semakin sakit HATI apabila tengok gambar Hadi Awang peluk DS Najib semasa PRN Sarawak lalu.. Malah dia jugak mengGELUPUR apabila Pok Nik semasa bersama DS Najib dalam satu majlis ECER di Pekan dah pandai TUNJUK isyarat 1 Malaysia!

Dalam TWITTERnya, dia cuba menunjukkan KONONnya air LIUR dia masih RELEVAN dalam KONTEKS politik negara masa kini.. Yang KELAKARnya tuh, ada 'POSTING' dalam TWITTERnya pada 2 Mei yang menyatakan DS Najib takut dengan DAP? Aik? Rasanya DAPlah yang paling TAKUT dengan UMNO atau mana-mana parti berORIENTASIkan Bumiputera/PRIBUMI? Lihat aje di semasa PRN Sarawak yang menyaksikan DAP cuma BERANI berTANDING di 15 kerusi DUN sahaja tetapi mereka MENYALAK macam berTANDING semua 71 kerusi DUN? Opps.. LUPA.. Dia kan tak ada SPM.. Mana tau bab kira mengira nih.. HE!HE!HE!

Adakah PAS pulak lebih BERANI berHADAPan dengan DAP? Bukankah PAS dah memBUANG semua perkara yang berSANGKUT paut dengan perjuangan ISLAM mereka kerana TAKUTkan dengan DAP? Kita PERCAYA dia nih tak akan BERANI pun sebut apa perjuangan ISLAM yang masih diperTAHANkan oleh PAS bersama gabungan dengan PKR dan DAP.. Yang NYATAnya, PAS semakin menuju ke arah JAHILIYYAH apabila menyokong musuh ISLAM seperti DAP dan menyokong pembuat DOSA dan individu tidak berMORAL yang men'JUBOR', main PELACUR, minum ARAK dan berSEKEDUDUKan dalam PKR..

Malah kita jugak YAKIN apa yang diLOLONGkan oleh dia nih dalam TWITTER tidak lebih sekadar EKSPRESI tidak keSAMPAIan hasratnya samada untuk memperTAHANkan jawatan dalam PAS atau pun agar KEKAL sebagai calon PAS dalam PRU kelak.. AlMAKLUMlah, setakat ini aje la tahap pemikiran orang yang kita TAHU bukannya ada sijil SPM pun.. Dia pun TAHU setakat mana OTAKnya boleh diterima pakai oleh rakyat ketika rakyat semakin BIJAK mengikut peredaran ZAMAN.. Cuma dia berUNTUNG kerana ramai Lebai-Lebai PAS yang DUNGU.. Oleh itu dapatlah dia memperLIHATkan dirinya keLIHATan sedikit BIJAK di kalangan jutaan mereka yang DUNGU dalam PAS! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS