DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, June 15, 2015

PenCACAI mengGILA menyerang TUN DR. Mahathir pasal dah TAHU akan keHILANGan penDAPATan bila DS Najib diGANTIkan?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hmn.. NAMPAKnya DS Najib dah ARAHkan para PenCACAInya supaya MAIN KASAR pulak demi mengekalkan keKUASAannya sebagai PM? NAMPAK jugak DS Najib dah menganggap JAWATAN PM itu sebagai PUSAKA TOK NENEK dia hinggakan sekarang ini PenCACAInya dah MULA menyerang memBUTA-TULIS sesiapa sahaja yang 'ANTI Najib' walaupun satu demi satu keBANGANGan dalam penTADBIRan kerajaannya terDEDAH.. SASARan UTAMA PenCACAI ialah TUN DR. Mahathir yang LANTANG berSUARA pasal 1MDB walaupun dah BANYAK kali diMAKLUMkan bahawa yang sering menDEDAHkan kePINCANGan 1MDB ialah Tony PHUA 'Chu Kang' dan Rafizi 'LEMBU?


NAMPAK sangat 1MDB ini diBELA sungguh oleh DS Najib walaupun ianya berHUTANG RM42 BILION, TIDAK keTAHUan apakah OPERASInya dan terDESAK untuk mengGADAIkan ASET-ASETnya yang ASALnya untuk NEGARA demi memBAYAR HUTANG dan 'INTEREST'..

Mungkin sejak dah PANDAI berKAWAN dengan PRESIDEN Obama, DS Najib pun dah terIKUT-IKUT PERANGAI para PRESIDEN US yang sering menumpahkan DARAH apabila mereka berHADAPan MASALAH di dalam NEGARA? 'TREND' sebegini oleh PRESIDEN US adalah LAZIM sejak ZAMAN PRESIDEN Nixon yang terKENAL dengan SKANDAL 'WATERGATE' lagi.. 


Selalunya PRESIDEN US yang berMASALAH akan mengALIHkan TUMPUan kepada NEGARA-NEGARA lain untuk mengaburi RAKYAT.. PRESIDEN Bush paling GAGAL dalam LAKONan sebegini kerana SEMUA TAHU apakah TUJUAN dia menyembelih UMAT ISLAM di Iraq dan Afganistan kerana nak ALIHkan perhatian RAKYATnya di US.. Kali ini kat Malaysian, DS Najib pulak buat PERANGAI sebegini..

Memang TUN DR. Mahathir MUDAH menjadik SASARan DS Najib dan para PenCACAInya kerana bagi mereka setakat penDEDAHan 1MDB oleh Tony PHUA 'Chu Kang' dan Rafizi 'LEMBU, DS Najib LAKI BINI boleh TIDAU seBANTAL lagi.. Namun begitu, kalau diSUARAkan oleh TUN DR. Mahathir aje, DS Najib LAKI BINI dah jadik SESAK NAFAS dah atas KATIL.. Nak tak nak, kenalah DS Najib LAKI BINI mengerahkan para PenCACAInya menCARI apa sahaja keSALAHan TUN DR. Mahathir semasa jadik PM 12 TAHUN dahulu.. Antara yang 'BERJAYA'lah diKESAN ialah pengGUNAan KERETA PROTON sebagai TEKSI.. 


SeBENARnya HARI ini bukan JENAMA PROTON aje yang dah jadik TEKSI.. JENAMA NISSAN pun ada.. Kalau dan NAMA pun TEKSI? Kalau 'LIMOUSINE' tuh lainlah CERITA? Punyalah PenCACAI nak SERANG PROTON sampaikan terLUPA bahawa bagi pengGUNA pengangkutan AWAM seperti TEKSI, ada MASALAH lebih BESAR daripada ISU PROTON sebagai TEKSI.. PenCACAI langsung terLUPA bahawa keNAIKkan TAMBANG TEKSI bagi METER perJALANan meRUPAkan MASALAH yang sangat memBEBANkan RAKYAT terUTAMAnya di Lembah Kelang.. 


TAHUkah anda BERAPAkah CAJ pada METER untuk perJALANan dalam RADIUS sekitar 2KM aje? Lebih daripada RM15!! TAHUkah anda siapakah yang menetapkan KADAR TAMBANG yang begitu menCEKIK DARAH RAKYAT yang mengGUNAkan TEKSI sebagai pengangkutan AWAM? Ini dia BARUA DS Najib nih..


Mungkin RAKYAT patut TAHU bahawa selain daripada GST, SPAD jugak meRUPAkan 'MODAL' di mana DS Najib 'MeRAMPOK' RAKYAT menerusi TAMBANG pengangkutan AWAM seperti TEKSI dan BAS.. Selain itu RAKYAT jugak di'RAMPOK' menerusi perKHIDMATan REL seperti ERL yang mengenakan CAJ PAS BULANan pada KADAR yang TIDAK MUNASABAH kepada pengGUNA terUTAMAnya yang berULANG daripada Putrajaya ke KL Sentral! Opps.. LUPA lagi.. TOKEY 'AH-Beng' peMILIK ERL ialah TOKEY di mana para PEMIMPIN UMNO menagih FULUS seLAMA ini..

DS Najib dan para PenCACAInya SEDAR bahawa SUKAR untuk mengHAPUSkan LEGASI TUN DR. Mahathir di NEGARA ini sekaligus cuba menCALARkan KREDIBILITI beliau.. Mana mungkin ada GENERASI yang TIDAK merasa langsung HASIL daripada penTADBIRan TUN DR. Mahathir seLAMA 22 TAHUN? SILAPlah  untuk DS Najib sendiri mengatakan dia mampu meLAKUkan lebih BAIK sedangkan dengan 1MDB sahaja pun HABIS satu NEGARA diHERETnya kepada KANCAH HUTANG?


Apabila RAKYAT semakin mengutuk DS Najib dan para PenCACAI yang cuba meMUSNAHkan LEGASI  orang sedangkan mereka sendiri GAGAL memBINA LEGASI sendiri, maka diKOREK pulaklah CERITA LAMA terUTAMAnya pasal KRISIS pemecatan TUN Salleh Abas yang seLAMA ini menjadik MODAL DAP La'anatullah dan jugak Lebai-Lebai PAS.. 

Tak SANGKA pulak DS Najib dan PenCACAInya cuba mengHIDUPkan ISU yang CUKUP LAMA ini bagi PIHAK MUSUH UMNO demi menJATUHkan KREDIBILITI TUN DR. Mahathir? Macamlah  TUN Salleh yang diPECAT itu tak dapat PENCEN kerajaan sampai ke MATI? Demi menSENSASIkan ISU LAMA ini, para PenCACAI cuba mengHERET pulak KERABAT DiRAJA Pahang yang sentiasa akan 'MenSUCIkan' apa sahaja dan KERABAT DiRAJA Johor yang KEMPUNAN tak dapat jadik SULTAN bagi MODAL POLITIKnya..


Mungkin PenCACAI mana entah memBISIKkan kepada DS Najib supaya mengHERET KERABAT DiRAJA pulak setelah mereka 'HANGIN' bagaiamana TENGKU MAHKOTA Johor sendiri secara TIDAK langsung menyifatkan seseorang yang PENGECUT menyorok semasa MAJLIS #NOTHING To HIDE sebagai cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengeTAHUan UMUM?


Punyalah 'HANGIN' dengan TMJ dan TUN DR. Mahathir hingga ada MENTERI yang TERANG-TERANG memPERLEKEHkan mereka berDUA?


Maka, PenCACAI pun menimbulkan semula KISAH TUN Salleh itu dengan mengHERET KERABAT DiRAJA tadi.. Walhal, mereka LUPA bahawa ALMARHUM SULTAN Johor pada MASA itu sangat AKRAB dengan TUN DR. Mahathir walaupun beliau bukan berASAL dari Johor pun.. Malah, mereka LUPA bahawa pemBINAan satu lagi LEGASI TUN DR. Mahathir yang GAGAL diSEMPURNAkan oleh PM selepas beliau ialah AMANAH yang telah diKHIANATi.. 


HE!HE!HE! Mungkin kalau para PenCACAI menDESAK DS Najib supaya meneruskan pemBINAan satu lagi LEGASI TUN DR. Mahathir tadi, RAMAI RAKYAT Johor akan menyebelahi DS Najib pulak?

Dulu semasa ZAMAN PM yang KUAT TIDUR, diKATAkan ada seorang BARUA Singapura yang begitu HEBAT menguasai MEDIA di dalam NEGARA ini.. Dulu pun TUN DR. Mahathir pernah diSERANG dengan TALAM dua MUKA sebegini menerusi TV3 terUTAMAnya..


Tak sangka ZAMAN DS Najib jadik PM masih ada KARAKTER begini walaupun orangnya sudah berTUKAR.. DiFAHAMkan, dia nih pulak yang menguasai MEDIA pada HARI ini..


BLOG ini pun dah BANYAK kali SEBUT bahawa TALAM dua MUKA sebegini seLAYAKnya diTEMBAK MATI aje.. Cuba LIHAT bagaimana China, Indonesia dan Thailand mengHUKUM RAKYAT yang mengKHIANATi NEGARA mereka? TALAM dua MUKA yang mengGUNAkan MEDIA bagi menyembunyikan MASALAH yang berLAKU dek kerana kePIMPINan yang KORUP dan KHIANAT? Mungkinkah mereka meROYAN dengan menyerang TUN DR. Mahathir pasal TAHU bahawa DS Najib BAKAL diGANTIkan dan mereka bakal keHILANGan 'FULUS'?


Kesian sungguh para PenCACAI jika perkara terSEBUT BENAR-BENAR berLAKU.. NAMPAKnya mereka kenalah 'PACKING' segerang BARANG-BARANG dari PMO dan MoF TAKUT nanti pengGANTI DS Najib akan ARAHkan mereka ini diTEMBAK kerana mengKHIANATi NEGARA?

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Terbaik.....

Anonymous said...

Buat kempen boikot TV3.. Jom Heboh kita tukaq jadi Jom Boikot!

Anonymous said...

Tuan punya gua ni pun sama.klu tkde orang2 macam tuan gua ni.aman m'sia.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS