DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, April 10, 2011

Eksklusif PRN Sarawak - Anyone who can PARALYZED the DAP will WIN the Sarawak State Election..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

"You're leading your army to the WAR not to the VICTORY!", itulah ungkapan yang diPETIK daripada FILEM Lord of The Rings - Return of The King.. Kita SENGAJA tulis semula ungkapan tersebut untuk mengGAMBARkan senario yang paling sesuai ketika PRN Sarawak ketika ini.. Umum mengetahui jentera BN yang diSOKONG oleh para BLOGGER telah pun berKAMPUNG di Sarawak untuk menghadapi LAWAN mereka sempena PRN ketika ini.. Namun, berapa KERATkah antara mereka sedar bahawa kalau TAK kena cara, BN boleh TUMBANG di banyak kerusi kalau pun tidak HILANG majoriti 2/3 DUN?

SENARIO ketika ini menyaksikan BN Sarawak di bawah kepimpinan TS Taib Mahmud menghadapi SERANGAN banyak penjuru daripada LAWAN mereka.. Ada dari gabungan PKR, PAS dan DAP, ada dari SNAP dan jugak dari calon BEBAS yang berPENGARUH.. Banyak KERUSI DUN tidak menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dengan peSAINGnya.. Ada PIHAK yang berANGGAPan senario sebegini akan memihak kepada BN.. Benarkah begitu? Adakah pemecahan UNDI lazimnya akan memihak kepada BN atau itu cuma anggapan BODOH sesetengah KAKI BODEK yang nak menyedapkan hati BOSS-BOSS mereka?

Contohnya jika diTELITI dalan pertembungan di sebuah kerusi DUN antara BN, PKR, SNAP dan calon BEBAS, BN sebenarnya terpaksa menJAWAB isu-isu yang dikemukakan oleh 3 PIHAK.. Dengan KATA lain, BN memerlukan banyak TENAGA dan MASA untuk mengetengahkan JAWAPAN kepada isu-isu yang diTIMBULkan sedangkan BN jugak memerlukan kedua-duanya untuk berKEMPEN atau menawarkan perKHIDMATan kepada rakyat jika memilih calon mereka.. Kalau calon LAWAN jenis tak sekolah atau diragui KREDIBILITI mereka, tak apa la.. Bagaimana pulak kalau calon LAWAN terdiri daripada mereka yang berPENDIDIKan tinggi, POPULAR dan peka kepada isu-isu sekeliling?

Jentera KEMPEN BN jugak tidak sedar bahawa mereka hanya menyerang BALACI peringkat bawahan tetapi mereka tidak menyerang pun KOMANDER peringkat atasan! Contohnya apabila menghadapi gabungan PKR, DAP dan PAS, BN lebih mudah menyerang PAS dan PKR tetapi GAGAL menyerang DAP.. Sedangkan antara 3 parti ini, DAP lebih DOMINAN dalam KONTEKS politik Sarawak berbanding PAS dan PKR.. Semua MAKLUM setakat mana pengaruh PAS di Sarawak dan setakat mana keKUATan PKR di sana.. Malah, kedua-kedua parti ini terpaksa berGANTUNG kepada DAP untuk sumber MAKLUMAT bagi menyerang BN.. Dengan kata lain, DAPlah yang menjadi 'COMMAND CENTRE' untuk menyerang BN di Sarawak!

Ramai dikalangan jentera BN dan para BLOGGER menyangka DAP tidak akan menDAPAT sokongan PRIBUMI Sarawak.. Bukankah itulah SENARIO yang wujud semasa PRU tahun 2008 dahulu? Siapa sangka orang Melayu boleh mengundi DAP di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan? AKHIRnya keputusan PRU 2008 menjadi ubat paling PAHIT untuk BN.. Berbanding PAS dan PKR yang mengGUNAkan SENTIMEN rakyat, DAP lebih REALISTIK kerana mereka mengGUNAkan isu-isu seTEMPAT dan mengolahnya untuk menampakkan ianya sebagai keSALAHan atau keLALAIan BN.. Inilah yang menjadi MAKLUMAT untuk diKONGSI bersama PAS dan PKR semasa PRN Sarawak ini..

Kalau di dalam peperangan sebenar, BN sepatutnya dah mengHALAkan segala MERIAM dan peluru berpandu mereka kepada DAP.. Ye la.. Kalau 'COMMAND CENTRE' tak diMUSNAHkan, macam mana nak MENANG sebuah peperangan? Namun, BN dilihat bertindak sebaliknya.. Malah, BN jugak terlampau bimbangkan SNAP dan calon BEBAS.. Kalau dari persepsi RAKYAT, calon SNAP mudah diatasi jika calon BN adalah anak TEMPATAN, popular dan peka terhadap masalah RAKYAT.. Namun, dalam SENARIO pertembungan dengan gabungan DAP, PAS dan PKR, mereka bijak bermain SENTIMEN dan menimbulkan PERSEPSI buruk terhadap BN.. Inilah yang perlu diBIMBANGkan oleh BN..

Adakah DAP tidak mempunyai keLEMAHan? Banyak... Sangat BANYAK kalau nak diDEDAHkan.. Malangnya jentera BN buat-buat tak NAMPAK dan BN lebih mudah menyerahkan kepada parti KOMPONEN mereka seperti SUPP untuk menyerang DAP.. Ini kerana BN terlampau TAKUT jika mereka menyerang DAP, mereka akan diTUDUH sebagai 'perKAUMan', 'RASIS' dan sebagainya.. Sedangkan DAP pulak sebebas-bebasnya memainkan SENTIMEN sedemikian terhadap BN? SUPP memang tidak mampu berbuat demikian kerana mereka lebih SELESA berkempen ala-ala RETRO sama seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung.. Akibatnya nanti faham-faham aje la..

KeLEMAHan kerajaan DAP di Pulau Pinang serta bagaimana DAP 'memBAYANGi' dan 'memperALATkan' pemimpin Bumiputera dalam kerajaan PKR di Selangor dan PAS sebelum ini di Perak agar ikut kehendak mereka seakan tidak menjadi MODAL kempen BN di Sarawak.. Sedangkan etnik PRIBUMI di Sarawak sangat SENSITIF dalam SOAL ini terutamanya jika ianya menyentuh tentang TANAH dan hak-hak mereka.. BN jugak tidak BERANI menDEDAHkan pemBOHONGan DAP terhadap RAKYAT, diskriminasi DAP terhadap orang Melayu/ISLAM di Semenanjung dan betapa BIADABnya DAP dalam soal meLIBATkan agama ISLAM dan kepentingan Melayu.. BN jugak seakan 'menyorok FAKTA' tentang perkaitan DAP dengan kegiatan 'UNDERWORLD', rumah-rumah URUT dan pelacuran serta penyelewengan peruntukkan kerajaan.. Agaknya BN nak PERAM sampai bila?

Sekarang terPULANG kepada BN Sarawak dan BN Pusat untuk mengatur STRATEGI mereka.. Ingat, matlamat DAP adalah untuk men'SINGAPORE'kan negara ini bukannya takat TAWAN satu dua negeri aje.. Tidak MUSTAHIL Sarawak negeri berikutnya selepas Pulau Pinang, Perak dan Selangor.. Ada BAIKnya BN Sarawak bersikap TELUS terhadap RAKYAT dan antara keTELUSan yang perlu diTUNJUKkan kepada RAKYAT bagi menghadapi DAP ialah penjelasan tentang perALIHan kuasa di Sarawak selepas Ketua Menteri sekarang seperti yang diJANJIkan.. Jika keTELUSan ini berjaya diperjelaskan, nescaya DAP akan TUMBANG di banyak kerusi DUN dan IMPAKnya akan merebak ke Semenanjung pada PRU ke-13 kelak..

Wallahualam..

Saturday, April 09, 2011

Eksklusif PRN Sarawak - A new 'POLITICAL PUPPET' introduced by DAP for the people of Sarawak?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hanya orang GILA sahaja yang PERCAYA bahawa pemimpin yang diTUNJUK oleh DAP akan memberi keMAKMURan kepada mereka.. Kita terGELAK sakan apabila membaca petikan berita Malaysia Insider menyatakan calon PKR untuk DUN Ba’Kalalan akan diLANTIK sebagai Ketua Menteri jika pakatan DAP + PKR + PAS menumbangkan BN dalam PRN Sarawak kali ini..->KLIK<-

Kita terGELAK kerana DAP berMIMPI mereka mampu menCIPTA satu lagi BONEKA selepas GAGAL di DUN Perak tetapi berjaya di DUN Selangor.. Adakah seorang pemimpin BONEKA yang mengikut telunjuk DAP akan mampu menTADBIR sebuah negeri seperti Sarawak yang mempunyai 24 lebih pecahan suku KAUM, agama dan bahasa? Adakah DAP tidak sedar bahawa semangat jati diri PRIBUMI di Sarawak jauh lebih KUAT berbanding orang Melayu di Semenanjung? Mungkin DAP mampu memberi SAINGAN di kawasan Bandar seperti Sibu, Miri, Kuching dan sebagainya tetapi siapakah yang nak ikut cakap mereka di kawasan PEDALAMAN Sarawak?

Untuk REKOD, tidak ada keJAYAan yang boleh diBANGGAkan apabila seseorang pemimpin itu diPILIH mengikut TELUNJUK parti paling SIAL dalam sejarah NEGARA ini..

1) Rakyat Sarawak patut LIHAT bagaimana MB GAGAP yang mengikut TELUNJUK DAP selama ini hanya menjadikan Selangor sebuah negeri yang mempunyai belanjawan DEFISIT sebanyak RM 65.98 juta untuk tahun 2010.. Lihat bagaimana negeri seKAYA Selangor di’JAHANAM’kan oleh BONEKA DAP sepertinya..

2) BONEKA DAP di Selangor GAGAL mengurus bekalan air BERSIH kepada rakyat dan sampai sekarang masih berTELAGAH berhubung penyaluran air untuk RAKYAT dari Pahang..

3) Lihat bagaimana BONEKA DAP di Selangor mengetepikan hak rakyat dalam isu Yayasan Basmi Kemiskinan di Selangor

4) Lihat bagaimana BONEKA DAP sanggup mengHABISkan duit kerajaan negeri demi memBIAYAi pakar patologi Dr, Pornthip yang dipertikaikan hatta di Thailand sendiri dan juga memBIAYAi wang guaman untuk seorang penDERHAKA Sultan di Selangor?

5) Lihat bagaimana BONEKA DAP seperti MB GAGAP hidup MEWAH sedangkan rakyat Selangor semakin ramai yang jatuh MISKIN pasal kurangnya kegiatan EKONOMI?

Itu di Selangor, di Perak jugak tidak KURANG hebatnya.. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka kerana BONEKA DAP di Perak tumbang selepas seTAHUN menjadi kerajaan..

1) Mahukah RAKYAT Sarawak keHILANGan hak ke atas tanah-tanah ADAT mereka kepada satu kaum yang menaungi DAP seperti apa yang berlaku di Perak melalui pajakan 999 tahun?

2) Mahukah RAKYAT Sarawak seorang BONEKA DAP yang sanggup menDERHAKA kepada bangsa sendiri seperti mantan MB Perak menDERHAKA terhadap Baginda Sultannya?

Bukan RAHSIA lagi DAP amat memBENCI istilah PRIBUMI atau pun BUMIPUTERA.. Mahukah rakyat Sarawak diNAFIkan hak-hak mereka sebagai PRIBUMI seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang?

1) Lihat sendiri bagaimana DAP terang-terang menindas kaum BUMIPUTERA di Pulau Pinang dalam segenap aspek dari pemilikkan TANAH, hak mereka untuk berNIAGA, sejarah Pulau Pinang dan banyak lagi..

2) Pulau Pinang yang ASALnya diMILIKki oleh KeSULTANan Kedah cuba diputar-belitkan SEJARAH oleh DAP melalui penerbitan seperti My Balik Pulau.. Mahukan PRIBUMI Sarawak diNAFIkan hak-hak mereka dan diHINA sedemikian rupa?

Malah, sepatutnya DAP jugak wajar diPERANGi oleh umat ISLAM kerana DAPlah satu-satunya parti yang memPROMOSIkan perkara-perkara seperti:-

1) PengGUNAan nama Allah SWT oleh agama LAIN

2) Umat ISLAM murtad dari agamanya

3) Para pemimpin DAP sering menyalah-gunakan ayat-ayat suci Al Quran tetapi mereka tidak pun berIMAN dengannya?

4) DAP jugak mem’PROMOSI’ aktiviti yang manjadi DOSA dalam ISLAM seperti rumah-rumah URUT dan SEKS, bersekedudukan tanpa NIKAH, arak dan JUDI..

Oleh itu, adakah umat ISLAM di Sarawak mahu menjadi sedemikian RUPA hanya kerana memilih PRIBUMI yang sanggup menjadi BONEKA DAP? Kita percaya umat ISLAM di Sarawak jauh lebih TEBAL keIMANan mereka berbanding Lebai-Lebai PAS yang FASIK dan masih memBELA pelaku MAKSIAT..

DAP hanya membawa keBINASAan ke mana sahaja mereka WUJUD.. Memang itulah tujuan parti ini diTUBUHkan.. Yang BERHAK akan keHILANGan HAK, yang meRAMPAS HAK orang lain akan diDEWA-DEWAkan.. Kalau di Singapura, orang Melayu yang menjadi penduduk ASAL diNAFIkan segala-galanya kerana memilih PAP yang merupakan INDUK kepada DAP, adakah perkara yang SAMA tidak mustahil berlaku di Sarawak yang lebih LUAS berbanding Singapura?

Wallahualam..

Thursday, April 07, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Setakat peNAFIan tanpa kemukakan BUKTI, tak ke KELENTONG namanya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam sesuatu kes JENAYAH atau salah laku SEKS, selain SAKSI, BUKTI jugak memiankan peranan penting untuk mengeSAHkan berlakunya JENAYAH tersebut.. Rasanya kita patut perINGATkan kepada anda yang mengIKUTi perkembangan isu video seks seorang pemimpin kanan PKR ini yang anda terLUPA satu perkara penting.. Perkara itu ialah bahawa setakat hari ini terTUDUH yang dikatakan sebagai 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut hanya sekadar meNAFIkan tetapi tidak pernah mengemukakan BUKTI bahawa dirinya bukanlah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut..

Malah, harus diFAHAMi bahawa dalam KONTEKS ini, keSAKSIan atau kenyataan daripada ahli keluarga jugak boleh dipertikaikan walaupun mereka berMATI-MATIan cuba meNAFIkannnya.. Sebagai CONTOH, kenyataan beberapa ahli keluarga Penasihat PKR yang bermati-matian cuba meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut tidaklah boleh dipakai 100%.. Ini kerana kenyataan mereka tidak diSUSULi dengan penDEDAHan BUKTI yang menyokong kenyataan mereka tersebut.. Sebab itulah keGAGALan ahli keluarga Penasihat PKR menjawab dengan BAIK soalan wartawan berhubung dengan jam Omega lebih menimbulkan SYAK wasangka terhadap video seks ini.. ->KLIK<-

Untuk REKOD, setakat ini apa yang dikemukakan oleh Penasihat PKR, ahli keluarganya dan kuncu-kuncunya untuk meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut hanyalah KENYATAAN mulut semata-mata.. Samada ianya seperti 'Perut Boroi', 'Rekod Twitter' atau pun 'jam Omega' semuanya hanyalah cakap-cakap tanpa pemBUKTIan yang SAHIH.. Yang PELIKnya tuh, pihak yang memBUAT tuduhan pulak yang mengemukakan BUKTI-BUKTI tersebut untuk diNILAI oleh rakyat tanpa perlu berCAKAP banyak? Oleh itu, bolehkah RAKYAT yakin hanya dengan cakap-cakap KOSONG mereka ini? Bukankah penJENAYAH pun akan berBOHONG jika tiada BUKTI menunjukkan mereka melakukan JENAYAH?

Mungkin ahli keluarga Penasihat PKR merasakan kenyataan mereka akan diPERCAYAi oleh RAKYAT kerana HADIRnya beberapa orang pemimpin 'LIDAH BIAWAK' di sekeliling mereka semasa mereka memBUAT sidang media.. Aiseh.. Tolonglah.. Ini Malaysia.. Bukannya US atau negara-negara Eropah yang RAKYATnya boleh diTIPU oleh orang seperti Bush dan Blair yang sanggup meLANCARkan perang hanya dengan berBOHONG! Janganlah terlampau mengHINA keINTELEKTUALan rakyat Malaysia hanya dengan keHADIRan beberapa orang pemimpin 'LIDAH BIAWAK' tuh! Rakyat Malaysia pun TUNGGU masa aje untuk KERAT 'LIDAH BIAWAK' pemimpin tuh semua!

KeGAGALan mereka menampilkan BUKTI untuk menolak DAKWAan sebegini bukanlah perkara BARU pun.. Sebelum ini semasa perBICARAan kes 'menJUBOR' Saiful Bukhari pun mereka GAGAL mengemukakan BUKTI yang KUKUH.. Siap boleh berBOHONG lagi KONONnya "Papa berSAMA kami", walaupun rakaman CCTV di tempat keJADIan jelas menunjukkan sebaliknya? Itu belum lagi bab Penasihat PKR sendiri lari MENYOROK di Kedutaan Turki dan asyik cuba menangguhkan perBICARAannya sampai lebih 50 kali? Mereka hanya pandai meNAFIkan sahaja tetapi nak kemukakan BUKTI untuk menyokong peNAFIan mereka umpama jauh panggang dari API! TIDAKkah ini ciri-ciri seorang DIKTATOR?

Sebenarnya MUDAH aje caranya untuk menunjukkan mereka ini di pihak yang BENAR.. Malah, kita pun tak LARAT nak ulangnya berkali-kali:-

1) SAMAN aje 'DATUK T' di mahkamah atas TUDUHAN memFITNAH

2) BerSUMPAH dengan nama Allah SWT diSAKSIkan oleh semua

Namun demikian, kalau Ummi Hafilda dan Nallakarupan yang TERANG-terangan menuduh Penasihat PKR dengan bermacam-macam TUDUHAN pun tidak diambil apa-apaTINDAKkan, tak MUSTAHIL jika kita menJANGKAkan 'DATUK T' jugak tak akan kena apa-apa TINDAKkan pun oleh mereka.. Jadik, CUKUP-CUKUPlah mencuba untuk memperdayakan RAKYAT.. Umur pun dah makin TUA, Tak ada GUNAnya melayan NAFSU untuk mengejar keKUASAan jika hari TUA dan masa depan sekeluarga tidak menentu kerana GAGAL menJAWAB tuduhan terhadapnya! Jangan sampai hilang masa TUA untuk berIBADAT kepada Allah SWT seperti apa yang berlaku terhadap Pok Nik ‘ALAIHISSALAM’ tuh!

Wallahualam..

Wednesday, April 06, 2011

Bapak buat SALAH, ibu & kakak SULUNG tukang 'COVER', adik-adik lain pakat makan HATI..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Masih INGATkah lagi anda SEMUA dengan siri drama TV tahun 80-an bertajuk DALLAS? Semasa siri ini diSIARkan, kita pun masih belum berSEKOLAH rendah lagi.. Namun SIRI ini mendapat sambutan HANGAT di kalangan rakyat Malaysia yang RATA-RATA pada masa itu hanya ada 2 SIARAN TV iaitu RTM 1 dan RTM 2.. DALLAS mengisahkan tentang keluarga JR Ewing, seorang TAIKUN minyak dari Texas yang TAMAK dan sanggup mengetepikan hubungan kekeluargaan demi mengejar keKUASAan, keMEWAHan serta meLAYAN tuntutan NAFSU.. KeHIDUPan keluarga mereka sering diSAJIkan dengan perSENGKETAan, skandal dan pemBUNUHan.. Sebenarnya, banyak pengajaran dari SIRI drama ini yang boleh kita pelajari dan KAITkan pulak dengan stau keluarga pada HARI ini..

Hari ini kita diSAJIkan pulak dengan siri DALLAS versi Malaysia zaman MILLENIUM.. Cuma kita TIDAK perlu pun menonton di TV pasal kisah keluarga INI adalah kisah 'REAL LIFE' yang dapat diikuti oleh sesiapa pun di negara ini.. Walaupun keluarga yang diMAKSUDkan bukanlah keluarga yang ASALnya daripada taikun MINYAK atau KAYA raya tetapi keluarga ini jugak menghadapi kisah penDEDAHan SKANDAL demi SKANDAL tanpa keSUDAHan disebabkan keGILAan ketua KELUARGA ini mengejar keKUASAan POLITIK.. Ketua keluarga ini ialah Penasihat PKR yang hari ini bukan sahaja menghadapi perBICARAan kes 'menJUBOR' pembantunya sendiri di mahkamah, malah ketika ini dia diKAITkan sebagai 'LELAKI Y' yang muncul dalam video seks seorang pemimpin kanan PKR..

ASALnya, keluarga Penasihat PKR hanyalah keluarga biasa.. Namun, diSEBABkan keGILAan Penasihat PKR mengejar keKUASAan POLITIK telah menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja CARA terhadap LAWAN atau pun KAWANnya sendiri agar cita-citanya itu tercapai.. Bukan itu sahaja, ISTERInya jugak dilihat begitu lurus BENDUL untuk mengIYAkan apa sahaja perbuatan suaminya walaupun diPERTIKAIkan oleh RAKYAT dan mendatangkan keMUSNAHan kepada NEGARA.. Anak SULUNGnya pulak diasuh menjadi pemimpin POLITIK sepertinya bukan untuk berKHIDMAT kepada RAKYAT, sebaliknya agar menjadi PERISAI kepada setiap SKANDAL atau keBURUKkannnya yang terDEDAH satu demi satu..

Walaupun kita TIDAK suka dengan Penasihat PKR, ISTERInya dan anak SULUNG mereka yang semakin hari semakin menampakkan keRAKUSan mereka mengejar keKUASAan POLITIK, kita tetap berSIMPATI dengan anak-anaknya yang lain.. Kita terTANYA-tanya sampai bilakah mereka harus menanggung AZAB sengsara akibat perBUATan ibu bapa dan KAKAK sulung mereka yang memBELA setiap keSALAHan bapa mereka demi tujuan POLITIK? Sampai bila mereka harus menanggung MALU apabila hari demi hari masyarakat memperKATAkan salah laku SEKSUAL bapa mereka secara TERBUKA? Apakah masa depan anak-anak yang LAIN patut diJAHANAMkan juga demi meRELAkan bapa mereka mengejar keKUASAan POLITIK walaupun satu demi satu keBURUKkannya terDEDAH?

Kita KAGUM bukan kerana perjuangan ibu bapa dan kakak SULUNG mereka ini MULIA.. Sebaliknya kita KAGUM kerana walaupun satu demi satu keMUNGKARan diDEDAHkan, ibu dan kakak SULUNG mereka masih tetap mahu memperBODOHkan RAKYAT dengan memuja bapa mereka KONONnya sebagai 'ANUGERAH TUHAN'! Walaupun banyak pihak mengemukakan BUKTI demi BUKTI tentang perilaku SEKSUAL bapa mereka, ibu dan kakak SULUNG mereka tetap buat PEKAK seolah-olah adik-beradik yang lain tidak WUJUD sama sekali.. Walaupun hari ini ibu mereka sendiri terkial-kial untuk menJAWAB soalan wartawan berhubung pemBUKTIan jam Omega bapa mereka dalam kes video seks, ibu mereka seolah-olah tidak memikirkan MARUAH keluarganya AKIBAT jawapannya itu! ->KLIK<-

Mungkin satu hari bapa mereka sekali lagi akan didapati berSALAH samada dalam KES 'menJUBOR' atau pun kes terbaru berkaitan video seks ini.. Cuma ibu dan kakak SULUNG mereka tuh tak taula apa jadik nanti pasal mereka DAH terLAJAK sangat bab memBOHONG rakyat nih.. Namun, kita YAKIN rakyat Malaysia masih WARAS untuk tidak mengHUKUM anak-anaknya yang LAIN atas keSALAHan bapanya ini.. Kita sangatlah berHARAP agar keSALAHan bapa mereka tidak akan diKAITkan dengan ahli keluarganya tetapi nyata itu PAYAH nak diREALISASIkan pasal ibu dan kakak SULUNG mereka sendiri telah menunjukkan TELADAN yang memBUKTIkan mereka berdua jugak 'SENGET' macam bapanya jugak! Kita cuma berHARAP semoga ahli keluarga INI yang masih tinggal tidak jadik 'SENGET' macam ibu dan kakak SULUNG mereka! Tidak ke KISAH keluarga ini pun LAYAK diDRAMAkan seperti siri DALLAS tadi? DRAMA kot mana pun tetap DRAMA jugak..

Wallahualam..

Monday, April 04, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Siapakah LELAKI yang hanya berTUALA dalam KLIP YOUTUBE tersebut?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita amat TERPERANJAT apabila baru mengeTAHUi bahawa video seks seorang pemimpin kanan PKR yang sedang HANGAT diperKATAkan ketika ini sudah tersebar dalam YOUTUBE! Siapakah yang menyebarnya? Dari manakah pihak yang menyebarkan VIDEO tersebut memperOLEHi sumbernya? RASAnya adalah lebih baik anda membuka sendiri laman YOUTUBE seperti berikut.. ->KLIK<- atau ->KLIK<-

KeBANYAKkan blog-blog yang dikatakan 'MESRA' kerajaan telah pun menyiarkan secara terang-terangan KLIP daripada YOUTUBE dalam blog masing-masing.. Kita berasa agak LEGA apabila KLIP yang disiarkan tidak menunjukkan ADEGAN yang TIDAK sepatutnya diTONTON tetapi RASAnya sesiapa pun boleh mengAGAK adegan apa yang berlaku seterusnya jika anda melihat sendiri KLIP yang diMAKSUDkan.. Yang NYATAnya, indvidu dalam KLIP tersebut memang menyerupai pemimpin kanan PKR yang diMAKSUDkan.. Untuk berlaku ADIL, kita namakan WATAK tersebut sebagai 'LELAKI Y'.. Namun demikian, anda BERHAK untuk mempunyai PENDAPAT yang berbeza dalam SOAL ini..

KLIP tersebut hanya sepanjang 1 minit 47 saat.. DiFAHAMkan oleh mereka yang pernah menonton RAKAMAN video seks tersebut, ianya diKATAkan sepanjang lebih kurang 20 minit.. Adakah KLIP dalam YOUTUBE ini hanya sebahagian dari RAKAMAN video seks tersebut atau ianya KLIP yang berbeza dari RAKAMAN itu sendiri? Biarlah mereka yang telah MENONTONnya bersama 'DATUK T' yang mengeSAHkannya.. Apa kata kalau kita pakat-pakat TUMPUkan imej watak UTAMA dalam KLIP ini iaitu 'LELAKI Y'.. JOM kita belajar ala kadar TEKNIK untuk analisa secara RINGAN imej watak-watak yang MUNCUL mengGUNAkan KLIP tersebut.. Selebihnya kenalah SERAHkan pada pihak yang lebih PAKAR..

RASAnya anda boleh memuat TURUN (Download) KLIP tersebut daripada YOUTUBE mengGUNAkan aplikasi tertentu.. Sila GUNAkan enjin CARIan GOOGLE untuk mencari APLIKASI yang diMAKSUDkan.. Sekiranya anda berjaya memuat TURUN keseluruhan KLIP tersebut, anda boleh mengGUNAkan aplikasi Windows Movie Maker untuk 'MEMBAHAGIkan' KLIP tersebut kepada beberapa 'SCENE' atau BABAK.. 'SCENE' inilah yang diperlukan untuk mengANALISA watak-watak yang dapat diLIHAT dalam KLIP tersebut dengan cara memFOKUSkan kepada wajah mereka sebaik mungkin.. Anda jugak boleh memainkan KLIP tersebut secara 'STEP BY STEP' untuk membaca gerakan BADAN watak dalam KLIP tersebut samada menyerupai KARAKTER pemimpin kanan PKR yang diMAKSUDkan atau TIDAK..

Jika TIDAK reti atau anda ENGGAN berbuat demikian, anda boleh aje meMAINkan terus KLIP tersebut dalam YOUTUBE tetapi anda kenalah 'PAUSE' berkali-kali terUTAMAnya untuk memFOKUSkan bahagian WAJAH indvidu 'LELAKI Y' dalam KLIP tersebut.. Untuk lebih mudah, semasa anda 'PAUSE', anda BESARkan KLIP tersebut (View in Full Screen).. Kemudian daripada KLIP yang telah diBESARkan, anda boleh gunakan fungsi 'PRINT SCREEN' untuk meRAKAM atau menyalin IMEJ tersebut agar boleh di'PASTE'kan dalam aplikasi GRAFIK seperti MS Paint.. Selepas itu anda bolehlah BESARkan IMEJ tersebut untuk mengeSAHkannya..

Apa pun ini adalah tahap paling ASAS untuk anda mengeCAM dan menentukan keSAHIHan IMEJ 'LELAKI Y' dalam KLIP dari YOUTUBE tersebut.. Selebihnya anda boleh gunakan APLIKASI grafik atau video yang lebih CANGGIH untuk menDAPATkan gambaran lebih JELAS.. Kita sendiri telah meLIHAT berkali-kali KLIP tersebut menerusi YOUTUBE untuk mencari kePASTIan.. Bukan sahaja perlu FOKUS kepada muka 'LELAKI Y', malah setiap pergerakkannya dalam KLIP tersebut jugak perlu diTELITI dan diBANDINGkan dengan pergerakkannya yang sering kita LIHAT samada dalam TV atau dalam mana-mana KLIP ceramah.. AKHIR kata, apakah anda sudah menDAPAT kePASTIan dan JAWAPANnya? HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS