DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 07, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Setakat peNAFIan tanpa kemukakan BUKTI, tak ke KELENTONG namanya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam sesuatu kes JENAYAH atau salah laku SEKS, selain SAKSI, BUKTI jugak memiankan peranan penting untuk mengeSAHkan berlakunya JENAYAH tersebut.. Rasanya kita patut perINGATkan kepada anda yang mengIKUTi perkembangan isu video seks seorang pemimpin kanan PKR ini yang anda terLUPA satu perkara penting.. Perkara itu ialah bahawa setakat hari ini terTUDUH yang dikatakan sebagai 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut hanya sekadar meNAFIkan tetapi tidak pernah mengemukakan BUKTI bahawa dirinya bukanlah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut..

Malah, harus diFAHAMi bahawa dalam KONTEKS ini, keSAKSIan atau kenyataan daripada ahli keluarga jugak boleh dipertikaikan walaupun mereka berMATI-MATIan cuba meNAFIkannnya.. Sebagai CONTOH, kenyataan beberapa ahli keluarga Penasihat PKR yang bermati-matian cuba meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut tidaklah boleh dipakai 100%.. Ini kerana kenyataan mereka tidak diSUSULi dengan penDEDAHan BUKTI yang menyokong kenyataan mereka tersebut.. Sebab itulah keGAGALan ahli keluarga Penasihat PKR menjawab dengan BAIK soalan wartawan berhubung dengan jam Omega lebih menimbulkan SYAK wasangka terhadap video seks ini.. ->KLIK<-

Untuk REKOD, setakat ini apa yang dikemukakan oleh Penasihat PKR, ahli keluarganya dan kuncu-kuncunya untuk meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut hanyalah KENYATAAN mulut semata-mata.. Samada ianya seperti 'Perut Boroi', 'Rekod Twitter' atau pun 'jam Omega' semuanya hanyalah cakap-cakap tanpa pemBUKTIan yang SAHIH.. Yang PELIKnya tuh, pihak yang memBUAT tuduhan pulak yang mengemukakan BUKTI-BUKTI tersebut untuk diNILAI oleh rakyat tanpa perlu berCAKAP banyak? Oleh itu, bolehkah RAKYAT yakin hanya dengan cakap-cakap KOSONG mereka ini? Bukankah penJENAYAH pun akan berBOHONG jika tiada BUKTI menunjukkan mereka melakukan JENAYAH?

Mungkin ahli keluarga Penasihat PKR merasakan kenyataan mereka akan diPERCAYAi oleh RAKYAT kerana HADIRnya beberapa orang pemimpin 'LIDAH BIAWAK' di sekeliling mereka semasa mereka memBUAT sidang media.. Aiseh.. Tolonglah.. Ini Malaysia.. Bukannya US atau negara-negara Eropah yang RAKYATnya boleh diTIPU oleh orang seperti Bush dan Blair yang sanggup meLANCARkan perang hanya dengan berBOHONG! Janganlah terlampau mengHINA keINTELEKTUALan rakyat Malaysia hanya dengan keHADIRan beberapa orang pemimpin 'LIDAH BIAWAK' tuh! Rakyat Malaysia pun TUNGGU masa aje untuk KERAT 'LIDAH BIAWAK' pemimpin tuh semua!

KeGAGALan mereka menampilkan BUKTI untuk menolak DAKWAan sebegini bukanlah perkara BARU pun.. Sebelum ini semasa perBICARAan kes 'menJUBOR' Saiful Bukhari pun mereka GAGAL mengemukakan BUKTI yang KUKUH.. Siap boleh berBOHONG lagi KONONnya "Papa berSAMA kami", walaupun rakaman CCTV di tempat keJADIan jelas menunjukkan sebaliknya? Itu belum lagi bab Penasihat PKR sendiri lari MENYOROK di Kedutaan Turki dan asyik cuba menangguhkan perBICARAannya sampai lebih 50 kali? Mereka hanya pandai meNAFIkan sahaja tetapi nak kemukakan BUKTI untuk menyokong peNAFIan mereka umpama jauh panggang dari API! TIDAKkah ini ciri-ciri seorang DIKTATOR?

Sebenarnya MUDAH aje caranya untuk menunjukkan mereka ini di pihak yang BENAR.. Malah, kita pun tak LARAT nak ulangnya berkali-kali:-

1) SAMAN aje 'DATUK T' di mahkamah atas TUDUHAN memFITNAH

2) BerSUMPAH dengan nama Allah SWT diSAKSIkan oleh semua

Namun demikian, kalau Ummi Hafilda dan Nallakarupan yang TERANG-terangan menuduh Penasihat PKR dengan bermacam-macam TUDUHAN pun tidak diambil apa-apaTINDAKkan, tak MUSTAHIL jika kita menJANGKAkan 'DATUK T' jugak tak akan kena apa-apa TINDAKkan pun oleh mereka.. Jadik, CUKUP-CUKUPlah mencuba untuk memperdayakan RAKYAT.. Umur pun dah makin TUA, Tak ada GUNAnya melayan NAFSU untuk mengejar keKUASAan jika hari TUA dan masa depan sekeluarga tidak menentu kerana GAGAL menJAWAB tuduhan terhadapnya! Jangan sampai hilang masa TUA untuk berIBADAT kepada Allah SWT seperti apa yang berlaku terhadap Pok Nik ‘ALAIHISSALAM’ tuh!

Wallahualam..

1 comment:

Sudir said...

Tak payahlah cadangkan sumpah ker, tunjuk jam omega ker, tunjuk dada layut ker.. Aku yakin dan pasti dia akan tetap nafikan punya.. Kalau dah spesis ni mana nak ngaku.. Nak tegakkan keadilan konon.. nak tegakkan abg kecik adalah..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS