DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 16, 2010

Apabila 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' menjadi 'MANUSIA SAKI-BAKI UMAT NABI LUTH as'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Antara ULASAN paling menarik tetang peDEDAHan WIKILEAKS berhubung 'KISAH GELAP' Penasihat PKR sudah tentunya daripada bekas PEGUAMnya sendiri iaitu Zulkifli Nordin.. Malah ULASAN Zulkifli Nordin secara AUTOMATIK menyanggah apa yang dikemukakan oleh Penasihat PKR semasa berCERAMAH secara HARAM di tapak pasar MALAM Taman Melati sebelum INI.. Antara PETIKAN menarik yang diulas oleh Zulkifli Nordin seperti berikut:-

"Pertama, apabila didedahkan bahawa Bahagian Risikian Australia (dan Singapura) mempunyai maklumat "bukti teknikal" pemimpin anugerah tuhan ini mengamalkan kegiatan homoseks dan mempercayai beliau memang terlibat dan terperangkap dalam amalan tersebut, Anwar terus mengambil sikap memaki dan mengkritik Australia (dan Singapura) sebagai telah "dibeli" oleh Malaysia! Walhal baru sahaja minggu lepas apabila Ahli Parlimen Bebas Australia Senator Nick Xenophon (South Australia) dijaja sampai ke Parlimen kerana menyokong beliau.

Malahan Anwar penuh kagum menyatakan Australia menyokong beliau kerana beberapa Ahli Parlimen Australia menyokong beliau, walaupun latarbelakang mereka sangatlah meragukan. Antaranya Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian. Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempuan). Itu latar belakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan.
"

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/waka-waka-wiki-wiki.html

Cukup SINIS dan PEDAS sekali.. Adakah BALACI-BALACI PKR masih meyakini dia ini 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' atau mungkin seorang yang PARANOID? Tidakkah anda mahu memikirkan apakah kePENTINGannya untuk dia mengadakan 'ROADSHOW' menjelaskan tuduhan WIKILEAKS tersebut sekiranya dia tidak meLAKUkannya? TIDAKkan anda memperBODOHkan diri sendiri kenapa Penasihat PKR ini sering menangguhkan KES peBICARAanya untuk kes 'menJUBOR' kali kedua sedangkan pihak MANGSAnya sentiasa bersedia sepanjang masa?

Bukan itu sahaja, seMALAM sekali lagi Penasihat PKR menerima pukulan HEBAT walaupun tidak seHEBAT pukulan WIKILEAKS ini.. Dia merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.. Ini diDEDAHkan ketika pembentangan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan.. Menurut bekas Tokoh Maal HIJRAH Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady,

"Fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,"

Salah seorang PANELIS Dr. Yusri Mohamad yang jugak mantan Presiden ABIM menDEDAHkan bahawa Penasihat PKR dalam satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk 'Religion and Pluralisme in a Divided World' apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.. DENGAN kata lain, 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' ini cuba menJUARAi kesamarataan dalam agama terutamanya di Malaysia ini.. Antara BUKTI yang dinyatakan oleh salah seorang PANELIS,

"Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian,"


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Setakat ini kita TIDAK nampak Penasihat PKR cuba memBALAS kenyataan ini sebaliknya lebih menumpukan kepada USAHA untuk menyanggah kenyataan WIKILEAKS.. Dia lebih TAKUTkan orang mengenalinya sebagai 'penJUBOR' berbanding orang mengenali dia sebagai pemBAWA fahaman 'PLURALISME AGAMA' yang akan meMURTADkan ramai orang Islam di negara INI.. Apa pun, baik 'penJUBOR' mahu pun pemBAWA fahaman 'PLURALISME AGAMA', kedua-dua ISTILAH ini adalah bertentangan untuk 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' yang mengaku Islam.. Malah, ISTILAH 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' itu pun sebenarnya KETERLALUAN dan memperBODOHkan orang.. Mungkin Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sebagai DEWATA RAYA Lebai PAS ada pandangannya sendiri? Apa? Dia ingat dia TURUN dari LANGIT ke?

Sebenarnya, manusia seperti Penasihat PKR ini sudah banyak KALI diSEBUT dalam Al Quran.. Sebut sahaja samada Raja Namrud, Firaun, Qarun, Raja Jalut atau siapa sahaja.. Bukankah mereka ini SEMUA mengaku seperti 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' hingga ada yang mengaku jadik Tuhan macam Firaun? Sedangkan Al Quran menyatakan dengan jelas mereka ini menerima seberat-berat pemBALASan dan adakah kita MAHU menuruti mereka dengan menyanjung seorang lagi 'MANUSIA ANUGERAH TUHAN' yang diNOBATkan dalam KONGRES PKR baru-baru INI? Kalau gelaran 'MANUSIA SAKI-BAKI UMAT NABI LUTH' tu kita PERCAYAla jugak! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS