DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, December 13, 2010

PenDEDAHan WIKILEAKS - Usah ditutup bangkai DINOSOR dengan nyiru, kelak berBAU jua..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

MALU... Sungguh MALU.. TerBUKTI memang meMALUkan.. Memang TEPAT sekali kata PERIBAHASA Melayu mengatakan "BANGKAI Gajah masakan dapat diTUTUP dengan NYIRU".. Namun, kali ini bukan BANGKAI gajah yang hendap diTUTUPi, malah dah sampai TAHAP bangkai DINOSOR dah! RUPAnya kisah 'menJUBOR' Penasihat PKR sudah lama berada dalam TANGAN perisikan Singapura! Malah, amat mengejutkan maklumat tersebut sudah terSEBAR ke serata DUNIA melalui WIKILEAKS yang sebelum ini menCETUSkan fenomena di seluruh DUNIA kerana menyebarkan maklumat-maklumat yang dianggap 'CLASSIFIED' dan boleh mengancam hubungan DIPLOMATIK sesebuah negara..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/12/nation/20101212124919&sec=nation

Walaupun Penasihat PKR cuba berDALIH dengan mengatakan "Source? Polis SB Msia. Bukti tak ada (Who is the source? Malaysian police special branch. There’s no proof of any such thing)", tetapi semua maklum bahawa INI bukan KES 'menJUBOR'nya yang pertama.. Malah, sebelum INI dalam kes 'menJUBOR'nya yang PERTAMA pun dia diBEBASkan oleh Mahkamah Rayuan bukan kerana dia tidak 'menJUBOR' orang tetapi kerana keSALAHan teknikal.. Cuba BACA balik apa yang kenyataan MAHKAMAH Rayuan semasa memBEBASkan dia dulu:-

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

PERNAHkah dia buat PETISYEN cuba untuk meminda KEPUTUSAN ketiga-tiga HAKIM Mahkamah Rayuan tersebut yang TETAP percaya dan menyabitkannya dengan keSALAHan 'menJUBOR' seperti di atas? TIDAK.. Dia tidak BERANI pun untuk berbuat demikian kerana dia TAHU lebih BANYAK maklumat pasal dirinya akan terDEDAH yang sebelum ini berjaya 'diSEMBUNYI'kan daripada UMUM hasil 'perBICARAan terTUTUP' dalam kes 'menJUBOR'nya yang pertama dahulu.. Jelas sekali dia TIDAKlah 'seBERSIH' atau 'seSUCI' seperti yang disangkakan oleh Pok Nik 'ALAHISSALAM' dan Lebai-Lebai PAS seangkatannya..

PenDEDAHan WIKILEAKS ini ternyata menakutkan bukan sahaja Penasihat PKR, malah mereka yang berGANTUNG hidup dengannya.. Untuk makluman, WIKILEAKS diperSALAHkan kerana menDEDAHkan maklumat sebegini secara terBUKA dan ianya akan menJEJASkan hubungan DIPLOMATIK serta nama-nama tokoh kerajaan tertentu.. WIKILEAKS tidak diperSALAHkan kerana 'meREKA-REKA' cerita atau melakukan 'pemBOHONGan' seperti mana yang cuba di'SPIN' oleh balaci-balaci PKR.. Cuba baca balik semua BERITA pasal WIKILEAKS yang mencetuskan keMARAHan tokoh-tokoh kerajaan seluruh DUNIA.. Adakah mereka MARAH kerana WIKILEAKS berBOHONG atau mereka marah kerana WIKILEAKS menDEDAHkan cerita-cerita sebegini?

Oleh itu, TIDAK perlulah balaci-balaci PKR cuba mengaitkan KONONnya sumber WIKIELAKS adalah sebab SB Malaysia bagi maklumat sebegini kepada perisikan Singapura! ITUlah cubaan 'SPIN' yang cuba dilakukan oleh 'BUDAK JAMBU BELAAN' Penasihat PKR kali ini..

http://anwaribrahimblog.com/2010/12/13/isu-maklumat-perisikan-singapura-dan-wikileaks/

BODOH benar le perisikan Singapura jika mereka menerima BULAT-BULAT maklumat SB Malaysia tanpa mereka menyiasat sendiri keSAHIHan maklumat tersebut! Kalau betul seperti kenyataan 'SPIN'nya, TIDAKkah SB Malaysia begitu BIJAK hingga mampu memperdayakan perisikan Singapura melalui penyebaran maklumat sebegini? Tambah pulak, pendedahan WIKILEAKS menyebutkan SUMBER daripada apa yang diperKATAkan oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Singapura terMASUKlah mantan PMnya, Lee Kuan Yew sendiri.. Adakah 'BUDAK JAMBU BELAAN' Penasihat PKR berMAKSUD nak mengatakan Lee Kuan Yew BODOH kerana PERCAYAkan maklumat yang KONONnya berpunca dari SB Malaysia? KAH!KAH!KAH! -> Macam ni pun boleh jadik YB ADUN ke?

Apa pun, kita ingin TEGASkan di sini bahawa TINDAKkan Tun Dr. Mahathir MEMECAT TPMnya yang kini Penasihat PKR pada tahun 1998 dahulu adalam TEPAT.. Bayangkan jika TPMnya masa tu berjaya jadik PM sedangkan maklumat SULIT dan PERIBADInya dalam tangan perisikan ASING? Tak pasal-pasal NEGARA ini diTAKLUK dan diUGUT oleh kuasa ASING buta-buta macam tu aje.. Hari ini WIKILEAKS dan INTERNET telah memBUKTIkan keBENARan tindakkan Tun Dr. Mahathir.. Secara TIDAK langsung, penDEDAHan ini memBUKTIkan betapa BESARnya DOSA-DOSA Lebai PAS khususnya Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang tidak berhenti mengHINA Tun Dr. Mahathir diSEBABkan isu pemecatan tersebut.. Bila agaknya diorang ni nak berTAUBAT?

PenDEDAHan WIKILEAKS jugak memBUKTIkan adanya pihak-pihak tertentu dalam kerajaan yang sanggup menjadi PETUALANG kepada perisikan ASING demi menguasai kepimpinan NEGARA.. Malah, pendedahan WIKILEAKS ini juga menyebut seorang TOKOH Pemuda UMNO yang diBENCI ramai tetapi NAIK kerana pertalian kekeluargaan.. Dengan KATA lain, pihak asing dah tahu PEMIMPIN mana yang boleh mereka 'TEKAN' atau KONTROL untuk menguasai negara INI kelak.. Adakah ini BAIK untuk negara kita?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS