DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 02, 2010

Melayu PKR pemBOHONG BESAR jika mereka tak pernah menDAPAT keISTIMEWAan sebagai orang Melayu di negara INI!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kebelakangan INI kita sering terbaca bagaimana seGOLONGan orang POLITIK Melayu mempertikaikan Hak-Hak Keistimewaan Melayu hingga sampai tahap memperlekehkan BANGSA ini walaupun perkara INI sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.. Malah, suara-suara mereka INI jugak sudah sampai ke TAHAP di mana Sultan-Sultan Melayu terpaksa berTITAH menyuarakan kebimbangan Baginda sekalian kerana mempertikaikan Hak Melayu sekaligus diLIHAT mempertikaikan Institusi Kesultanan Melayu dan jugak agama orang Melayu iaitu ISLAM.. Soalnya, mereka ini orang POLITIK dan apakah hukuman kerana 'menDERHAKA' tidak boleh dikenakan ke atas mereka INI?

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_9e32e4f1-7f000010-1d956ad0-7d61f84a

Beberapa pemimpin REJIM keluarga Dinasti PKR semasa kongresnya sebelum ini menyuarakan penetangan secara TERBUKA terhadap 'Ketuanan Melayu' atau apa yang kita FAHAMi sebagai Hak-Hak Istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal tanah air ini.. Penentangan terhadap kenyataan mereka ini begitu memBUAK-BUAK di kalangan orang Melayu bukan sahaja dalam UMNO malah hampir kesemua NGO Melayu yang ada di NEGARA ini.. Kita TIDAK berminat untuk mengulas INI kerana kita YAKIN mereka ada ASAS untuk berbuat demikian.. Apa yang kita ingin MINTA para pembaca BLOG ini perhatikan ialah siapakah sebenarnya REJIM keluarga Dinasti PKR ini dan keMEWAHan yang telah mereka perolehi semasa mereka jugak pernah memperjuangkan 'Ketuanan Melayu' ketika berada dalam platform UMNO dahulu!

Cuba anda sebut mana-mana pemimpin berBANGSA Melayu dan beragama ISLAM dalam PKR yang tidak pernah pun meRASAi 'SPECIALTY' hasil 'Ketuanan Melayu' atau lebih TEPAT lagi Hak-Hak istimewa Melayu.. Cuba kita LIHAT perjalanan HIDUP beberapa PEMIMPIN mereka selama INI sebagai seorang Melayu.. Anda akan dapati mereka adalah HIPOKRIT atau pemBOHONG paling BESAR jika mereka tidak pernah mendapat apa-apa keISTIMEWAan sebagai orang Melayu:-

1) PENASIHAT PKR - Semua maklum perjalanan POLITIK dia ini.. Daripada seorang lulusan SASTERA di UM, menyertai POLITIK UMNO dan mendaki kepimpinan dalam UMNO dengan menCABAR lawannya satu demi satu.. Semasa dia dalam UMNO, pernah tak dia mengHINA 'Ketuanan Melayu' seperti yang diLAUNGkannya pada HARI ini? Pernah tak anda terBACA dia MENOLAK keKAYAan dan keMEWAHan yang diperolehi secara BAIK atau HARAM menerusi parti Melayu tersebut? Cuba anda FIKIR, masa tuh kalau dia TIDAK dikenali sebagai pemimpin Melayu yang meyokong 'Ketuanan Melayu' dalam UMNO, siapa yang nak SOKONG dia? HINGGAkan mangsa JUBORnya pun kena cari di kalangan Melayu dan yang seRUMPUN dengannya jugak? HE!HE!HE!

2) Timbalan Presiden PKR - INI contoh Melayu paling TAK sedar diri.. Cuba TANYA dia, dia belajar sampai ke US dulu arwah Pak Ali yang sponsor ke? Dia dapat jawatan dalam UMNO pasal dia menolak mengatakan dirinya bukan Melayu ke? Dia dapat mengumpul keMEWAHan dan menjadi MP Gombak yang majoritinya Melayu kerana dia anti Melayu ke? Cuba anda FIKIR kalau dia tidak meLIBATkan diri dalam parti POLITIK Melayu dan sama seperti graduan lain kena hantar RESUME cari kerja, adakah dia dapat meRASAkan keMEWAHan seperti hari INI?

3) MB Selangor - Depan Sultan Selangor, bukan main lagi mengaku menjaga orang Melayu tetapi di belakang Baginda, bukan main lagi mengutuk apa yang berKAIT dnegan Melayu! Jangan BIMBANG, Baginda Sultan pun bukan semudah itu untuk diTIPU! Malah, KARIER asalnya pun kita menyaksikan dia berJAWATan dan MEWAH kerana Dasar Ekonomi Baru(DEB).. KeMEWAHannya bukan pasal dia pernah kerja dengan mendiang Lim Goh Tong atau Vincent Tan pun! Kalau bukan dia 'diNAIKkan' menerusi DEB dan PNB yang menaikkan taraf EKONOMI Melayu, dia cuma LAYAK jadik MANDOR estet GETAH aje!

INI 3 contoh Melayu HIPOKRIT, pemBOHONG, pengKHIANAT dan penDERHAKA yang ada dalam PKR.. Malah, kesemua pemimpin Melayu dalam PKR adalah LA'ANATULLAH jika mereka mengatakan mereka TIDAK pernah pun mendapat apa-apa keISTIMEWAan sebagai orang Melayu yang diIKTIRAF hak-hak mereka di dalam Perlembagaan Negara! Sebagai BALASAN, Melayu di dalam PKR ini pulak yang berjuang untuk mengHAPUSkan Hak-Hak Keistimewaan Melayu atau 'Ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan Negara?

Jika mereka mengatakan Hak-Hak Keistimewaan Melayu hanya menyokong 'Segelintir Melayu', kita TANYA mereka balik - Bukankah mereka INIlah 'Segelintir Melayu' yang diMAKSUDkan? Selepas MEMIJAK kepala Melayu lain yang MENYOKONG dan membantu mereka menDAPAT keMEWAHan tahap TAK INGAT DUNIA AKHIRAT, mereka cuba pulak mengHAPUSkan hak-hak orang yang seBANGSA dengan mereka yang sepatutnya menDAPAT hak yang SAMA seperti mereka? Kita SETUJU sangat dengan kenyataan DS Zahrain dan Zulkifli Nordin yang menCABAR mereka memBUANG segala pingat dan gelaran keBESARan yang dianugerahkan oleh bangsa Melayu terhadap mereka.. Malah, kita jugak menCABAR mereka memBUANG segala HARTA keMEWAHan yang diKAUT menerusi DEB, UMNO, MARA, PNB dan banyak lagi institusi Melayu.. Adakah anda INGAT rumah AGAM Penasihat PKR di Segambut tuh semuanya dibina HASIL dia kerja dengan ZIONIS Neo-Con kat US aje ke?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS