DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, December 03, 2010

PKR is in WAR with the Malays...... AND they will be DEFEATed!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PKR sebenarnya berada di tengah-tengah PEPERANGAN yang tidak MUNGKIN akan diMENANGi oleh mereka.. Malah, belum pernah dalam sejarah mana-mana parti POLITIK di negara ini yang mengalami TEKANAN peperangan yang maha DAHSYAT seperti dialami oleh PKR ketika ini.. Kita KATAkan sedemikian kerana PKR bukan berPERANG dengan parti-parti POLITIK seperti UMNO/BN sebaliknya PKR sedang berPERANG dengan hampir keseluruhan orang Melayu di NEGARA ini.. Boleh diKATAkan PKR sudah hapus terus SOKONGAN Melayu meLAINkan beberapa KERAT Melayu budak HINGUSAN yang baru 'GRAD' dan tidak kenal siapa sebenarnya 'Anwar Ibrahim' serta KUNCU-KUNCUnya yang mengHARAPkan keKAYAan Penasihat PKR ini dapat mereka tumpang sekaki..

HARI ini kita menyaksikan perarakan orang Melayu ke Istana Kayangan, Selangor memBANTAH kenyataan PKR sendiri yang menentang HAK-HAK orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan semasa sidang KONGRES mereka..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

Seperti yang pernah kita TULIS sebelum ini, adalah GANJIL para pemimpin PKR berbangsa Melayu berILTIZAM mahu mengHAPUSkan perkara tersebut sedangkan SATU negara tahu segala keMEWAHan yang mereka perolehi dan NIKMATi hari ini adalah suatu masa dahulu mereka pernah berSAMA pihak yang memperjuangkan HAK-HAK tersebut! Begitu istimewanya orang Melayu di negara INI hinggakan mereka yang dikatakan mangsa 'JUBOR' Penasihat PKR pun hampir semuanya Melayu serumpun! Mungkin pasal Melayu tahu berSUCI lepas BERAK agaknya - jadik BERSIHla SIKIT! HE!HE!HE!

PKR tidak mampu meNAFIkan perkara INI kerana parti itu sendiri sudah keHILANGan ramai pemimpin Melayu seperti Salehuddin Hashim, DS Zahrain, Datuk Fairus, Zulkifli Nordin, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Anuar Tahir dan baru-baru INI pemimpin 'SEPARA' Melayu seperti DS Zaid Ibrahim pun meninggalkan PKR.. Yang TINGGAL hanyalah jenis Melayu HIPOKRIT tak boleh pakai seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Khalid Ibrahim, 'NENEK LAMPIR' MP Ampang, Yusmadi dan si KETOT Ketua AMK.. Apa yang mereka ini MAMPU buat selain berKOMPANG menDEWA-DEWAkan DINASTI keluarga Penasihat PKR?

PKR meMUSUHi dan menDAJALkan hampir semua perkara yang berKAITan dengan Melayu.. PKR menyelewengkan agama Islam, agama orang Melayu hinggakan si KAFIR dalam PKR boleh memperMAINkan ayat Al Quran mengHINA orang ISLAM lain.. PKR jugak menyokong nama ALLAH SWT diguna-pakai untuk penyebaran agama LAIN.. PKR meMUSNAHkan ekonomi dan masa depan orang Melayu seperti apa yang dilakukan oleh terhadap YBK.. Malah, PKR juga mengHINA institusi keSULTANan Melayu apabila mempertikaikan 'Ketuanan Melayu' seolah-olah LUPA bahawa 9 Sultan-Sultan Melayu masih berKUASA di negara INI..

Selangor yang menjadi negeri contoh kebanggaan Melayu hampir jadi padang JARAK, padang tekukur akibat keGAGALan pentadbiran PKR.. Pasir diKOREK berleluasa hinggakan satu negeri dah jadik macam permukaan BULAN.. Bekalan AIR diPOLITIKkan akibat terikat dengan JANJI manis PRU sebelum ini.. Kegiatan MAKSIAT seperti rumah URUT, judi dan minum ARAK berleluasa hinggakan pihak berkuasa RAMPAS arak pun diperSALAHkan.. Itu belum masuk lagi penyelewengan PKR dalam agensi-agensi kerajaan negeri seperti PKNS dan KDEB.. Bagaimana ratusan JUTA dibelanjakan oleh MBnya untuk 'BAIL-OUT' sebuah syarikat peRUMAHan yang hampir MUFLIS?

Siapa yang paling RUGI dalam semua perkara di atas? Orang MELAYU.. Diulangi, orang Melayu.. Memang WAJAR orang Melayu BANGKIT dan memerang PKR seperti mana KOMUNIS diPERANGi dahulu.. Kita tanya orang Melayu yang PERNAH menyokong PKR sebelum ini, PERNAHkah Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution atau Penasihat PKR sendiri berKONGSI keMEWAHan mereka dengan anda? TAHUkah orang Melayu Selangor betapa MEWAHnya mereka INI sedangkan anda sebagai rakyat negeri Selangor pulak semakin HARI semakin merempat? TAHUkah anda mereka INI bahawa PKR meROMPAK Selangor jauh lebih DAHSYAT berbanding BN walaupun mereka INI baru 2 tahun LEBIH menjadi kerajaan negeri?

PKR sebenarnya TIDAK minat pun untuk berKHIDMAT kepada RAKYAT.. Mereka hanya MAHU 'menyalah-gunakan' nama RAKYAT untuk memBOHONGi rakyat jua.. Oleh itu, rakyat Selangor BERHAK menyatakan BANTAHAN mereka pada hari AHAD ini.. PKR sudah begitu terDESAK hinggakan dengar KHABARnya beberapa 'Professor KANGKUNG' di UNISEL diarahkan untuk mengerahkan para PELAJAR menyertai demonstrasi anjuran mereka.. Memperdayakan para pelajar IPT adalah JALAN mudah bagi mereka kerana kebanyakkan pelajar IPT tidak TAHU siapa dan sejarah Penasihat PKR menJAHANAMkan negara ini.. Kita patut TANYA balik, SIAPAkah yang menubuhkan UNISEL itu sendiri? PKR ke?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS