DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, December 14, 2010

PenDEDAHan WIKILEAKS - Betul ke itu kerja SB & UMNO atau kerja parti SEKUTU dalam PR sendiri? HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PenDEDAHan WIKILEAKS berkenaan 'KISAH GELAP' Penasihat PKR memang mengejutkan kerana sumber WIKILEAKS diperolehi daripada kenyataan perisikan Singapura dan diFAHAMkan mantan PM Singapura Lee Kuan Yew juga memPERCAYAi sememangnya Penasihat PKR melakukan perbuatan sedemikian.. Seperti yang diketahui UMUM, Penasihat PKR dan para balacinya cuba 'SPIN' dengan mengatakan sumber perisikan Singapura diperolehi daripada pihak SB Malaysia.. Dengan kata lain, seboleh-bolehnya mereka cuba meLETAKkan keSALAHan tersebut kepada SB dan sudah tentunya UMNO sedangkan semua MAKLUM seHEBAT mana sangat untuk SB Malaysia atau pun UMNO mampu memBUATkan Lee Kuan Yew PERCAYA kisahnya itu?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kita dah TULIS sebelum ini, kalau seMUDAH itu perisikan Singapura dan Lee Kuan Yew boleh dipengaruhi, TIDAK perlu pun Singapura berBELANJA besar untuk keTENTERAan negara mereka.. Cukup negara-negara terTENTU menyebarkan KHABAR angin hingga menyebabkan Lee Kuan Yew dipengaruhi, ESOKnya habis Singapura diTAKLUKki! Oleh itu, DALIH untuk mengatakan Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura dipengaruhi oleh SB Malaysia TIDAK lebih cubaan Penasihat PKR dan para BALACInya untuk memperBODOHkan orang RAMAI di samping cubaan untuk 'CONTROL DAMAGE' yang disebabkan oleh penDEDAHan WIKILEAKS tersebut.. Jangan SAMAkan pemikiran rakyat UMUM dengan ahli-ahli PKR yang boleh diTIPU hidup-hidup termasuk dalam pemilihan parti mereka SENDIRI!

Kenapa Lee Kuan Yew boleh TAHU dan PERCAYAkan 'KISAH GELAP' Penasihat PKR? Siapakah SUMBER utama Lee Kuan Yew untuk menDAPATkan maklumat sedemikian dari negara INI? Jawapannya MUDAH sahaja..

- LUPAkah anda tetang sebuah parti POLITIK di negara INI yang penubuhannya adalah daripada SERPIHAN parti PAP iaitu parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew?

- LUPAkah anda bahawa parti POLITIK yang diMAKSUDkan sebenarnya berakar umbi dari PAP dan penasihat parti tersebut merupakan BEKAS setiausaha kepada Lee Kuan Yew sendiri semasa Singapura masih berada dalam Malaysia?

- LUPAkah anda bahawasanya sebelum Tun Dr. Mahathir memecat Penasihat PKR daripada jawatan TPM tahun 1998, para pemimpin parti INI yang mula-mula sekali menimbulkan 'KISAH GELAP' Penasihat PKR ini dalam Parlimen pada tahun 1997?

- LUPAkah anda bahawa Pengerusi parti tersebut yang jugak PEGUAM kes 'menJUBOR' terbaru pernah menyarankan kepada Penasihat PKR agar berTAUBAT sebelum INI?

- LUPAkah anda bahawa Lee Kuan Yew sendiri pernah buat kenyataan pada tahun 1998 bahawasanya dia lebih KASIHAN kepada Tun Dr. Mahathir berbanding Penasihat PKR yang didakwa kerana kes 'menJUBOR' yang PERTAMA ketika itu? TANDA dia dah TAHU le tu..

Dengan KATA lain, mereka dalam parti yang diMAKSUDkan SUDAH lama PERCAYAkan 'KISAH GELAP' tersebut dan menyimpannya sebagai senjata AMPUH untuk meROSAKkan kepimpinan Melayu atau POLITIK Melayu di negara INI.. MALANGnya, tindakkan Tun Mahathir memecat Penasihat PKR telah menyelamatkan UMNO dan juga POLITIK Melayu daripada keMUSNAHan.. Sekarang, mereka berPURA-PURA membela Penasihat PKR di Parlimen, dalam pentas CERAMAH dan juga menerusi media berbahasa Cina sedangkan merekalah yang mula-mula sekali PERCAYAkan 'KISAH GELAP' Penasihat PKR tersebut? Anda pasti MAKLUM sejarah parti yang diMAKSUDkan dan KAITANnya dengan parti PAP di Singapura.. Perlukah KITA sebutkan NAMA parti tersebut?

Kita telah sebut sebelum INI bahawa memang wujud USAHA terancang daripada parti POLITIK yang diMAKSUDkan untuk mengumpul segala BUKTI salah-LAKU atau keLEMAHan pemimpin Melayu tidak kira samada dalam UMNO, PKR mahu pun PAS.. Apa yang penting, mereka MAHU kekuatan POLITIK Melayu diLEMAHkan seperti mana yang berlaku di Singapura.. Oleh ITU, tidak HAIRANlah jika 'KISAH GELAP' Penasihat PKR sudah LAMA mereka TAHU dan sudah LAMA jugak mereka KONGSI dengan 'rakan SERPIHAN' mereka di Singapura.. Tambahan pulak, Penasihat PKR yang KEMARUK KUASA bukan kisah sangat pun dengan APA yang diLAKUkan asalkan parti tersebut memBANTUnya jadik PM!

Memang BENAR Penasihat PKR telah masuk PERANGKAP.. Namun PERANGKAP tersebut bukan oleh SB atau UMNO.. Malah, RAMAI pemimpin UMNO akan diPERANGKAP seperti mana mantan MB Selangor baru-baru ini.. Yang memerangkap Penasihat PKR ialah SEKUTUnya sendiri dalam Pakatan Rakyat yang diJANJIkan oleh Penasihat PKR jawatan TPM jika PR berjaya membentuk kerajaan.. Bukankah WIKILEAKS jugak turut menyebut pandangan beberapa pegawai tertinggi Singapura tentang kepimpinan di Malaysia malah negara serantau LAIN? Bukankah itu memBUKTIkan banyak RAHSIA para pemimpin negara INI dan serantau ada di dalam TANGAN mereka? Siapakah yang memBERIkan maklumat sedemikian kalau bukan PIHAK yang ingin menJADI kerajaan ala-ala Singapura terUTAMAnya di negara INI? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS