DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, December 28, 2010

Pok Nik MARAH bila diFITNAH dan mengaku OTAKnya masih berFUNGSI dengan BAIK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Aduhai.. Siapalah yang JAHAT sangat pergi FITNAHkan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' ni dah meninggal? TAK baik tau.. Kalau pun MELUAT yang teramat sangat dengan DIA, janganlah FINTAHkan dia dah meninggal.. Orang TUA ni pun TAHU takut MATI.. Almaklumlah, Dalam dia dok SYOK bagi JAMINAN orang masuk SYURGA, dia sendiri pun mungkin KECUT jugak kot-kot la dia sendiri pun 'SANGKUT' nak ke sana! Sebab tu lah jangan sesekali FITNAHkan dirinya pasal MATI nih.. Lagi pun, FITNAH sebegini sangatlah diLARANG dalam ISLAM tak kiralah samada anda orang UMNO atau Lebai PAS.. Cumanya yang ISTIMEWA tuh, kalau Pok Nik ni DOAkan orang 'PECAH PERUT', tak pe lah PULAK ye? HE!HE!HE!

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=553039

Memang patutlah Pok Nik menuntut perMOHONan MAAF daripada pihak yang diDAKWAnya memFITNAH kononnya dia telah meninggal dunia.. HAIRAN jugaklah - tak keluar pun dalam berita BERNAMA, RTM, TV3, Utusan, Metro, Berita Harian, HARAKAH atau Malaysiakini, TIBA-TIBA aje Pok Nik mengatakan ada pihak yang menyebarkan BERITA fitnah sedemikian RUPA terhadapnya.. Siapalah punya KERJA agaknya ye? Gembira sangat ke PIHAK tersebut kalau Pok Nik sudah TIADA? Sedangkan semua TAHU yang HIDUP pasti akan MATI, yang PATAH, pasti akan TUMBUH dan yang HILANG, pasti akan berGANTI.. Itu sudah LUMRAH.. Kalau diTAKDIRkan Pok Nik sudah TIADA pun, pasti akan ada pengGANTInya yang mungkin 2X5 sepertinya? Itukan semuanya ketentuan Ilahi?

Rasanya, yang PALING gembira jika BENAR Pok Nik sudah TIADA mungkin SEKUTU Pok Nik sendiri dalam Pakatan Rakyat.. Sudah tentu TAK timbul dah perSOALan tentang isu Negara ISLAM, HUDUD atau ISU tentang TPM bukan Melayu kena masuk ISLAM dulu sebelum LAYAK menduduki jawatan tersebut.. Walaupun mereka nampak Pok Nik cuba menonjolkan DIRI sebagai penyokong dan SEKUTU mereka hinggakan sanggup memBENARkan mereka mengGUNAkan nama Allah SWT untuk Tuhan mereka, memBENARkan ayat-ayat Al Quran diperMAINkan demi kempen POLITIK mereka, men'SUCI'kan mereka yang berSEKEDUDUKAN, menyokong SAKI-BAKI umat Nabi Luth AS dan memBENARkan mereka mengKAFIRkan orang Islam terutamanya dalam UMNO, tetapi mereka pun TAHU itu LAKONAN 'SPASTIK' Pok Nik semata-mata.. Mustahil mereka YAKIN Pok Nik sanggup bersama-sama perjuangan mereka..

Mungkin mereka yang diMAKSUDkan itulah paling GEMBIRA setiap kali Pok Nik UZUR atau ambik MC.. Almaklumlah, pada mereka Pok Nik cuma 'ALAT' untuk menarik sokongan POLITIK daripada orang Melayu Islam terhadap perjuangan POLITIK mereka sahaja.. Sedangkan sebelum INI pun mereka pernah memanggil Pok Nik sebagai 'WALI TEROMPAH' dan mengatakan "Over my DEAD body" terhadap perjuangan Pok Nik yang KONON-KONONnya lebih ISLAM daripada orang ISLAM lain.. Jadik, mereka lagi SUKA kalau Pok Nik nih tidak WUJUD depan MATA mereka.. Ada pun buat sakit mata memandang aje pasal TELATAH Pok Nik kebelakangan INI menJAUHkan sokongan orang Melayu ISLAM terhadap POLITIK mereka..

Kalau diBACA balik kenyataan Pok Nik seperti yang diLAPORkan di atas, sebenarnya Pok Nik juga boleh diLIHAT meninmbulkan FITNAH atau lebih TEPAT lagi Pok Nik membalas FITNAH terhadapnya dengan FITNAH juga.. Kenyataan Pok Nik seperti yang diLAPORkan adalah kenyataan 'TERGANTUNG' atau SEMBORONO yang jelas nak MENUDUH seseorang yang memFITNAHnya sedemikian RUPA tetapi TIDAK pula menyatakan siapakah yang diMAKSUDkan olehnya.. BUKANkah kenyataan sebegini jugak AKHIRnya akan menjadi FITNAH kelak? Atau pun INI memang TAKTIK untuk menimbulkan cerita dirinya diFITNAH bagi memFITNAH orang lain pulak? Terpulanglah kepada anda untuk mentafsirkannya.. Bukan tak BIASA dengan perangai DIA nih..

Tertarik jugak dengan kenyataan Pok Nik mengatakan dia masih mampu menTADBIR Kelantan kerana tugas menTADBIR negeri bukan dengan tenaga ZAHIR tetapi dengan OTAK dan mengaku OTAKnya masih berFUNGSI dengan BAIK! -> Patutlah negeri TADBIRannya makin HANCUR dengan bermacam masalah daripada DADAH, AIDS, jenayah, sumbang MAHRAM, pengangguran, masalah AIR bersih, SAMPAH, maksiat dan banyak lagi! Hebat betul OTAK Pok Nik? Kalah OTAK Presiden Obama atau Lee Kuan Yew? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS