DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, July 27, 2012

MASA untuk UMNO/BN memBERSIHkan PARTI daripada PEMIMPIN cap PARASIT seperti ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum ini anda tentu pernah meLIHAT RAKAMan KLIP YOUTUBE seorang PEMIMPIN Cawangan UMNO di Perak yang mahu berTUKAR PARTI hanya kerana KECEWA TIDAK mendapat habuan PROJEK.. Selepas itu MUNCUL pulak TS KADIR Syeikh Fadzir yang mengaku bersama UMNO selama 5 DEKAD tetapi KECEWA lalu keluar dan berdiri di atas pentas PAS.. KECEWAnya dia seolah-olah selama dia jadik MENTERI, dia HARAM tak dapat apa pun melalui PLATFORM UMNO! Kita pun HAIRAN apakah mereka ingat UMNO ini yang kena menyumbang untuk mereka? Bukankah mereka yang sepatutnya menyumbang kepada UMNO demi NEGARA?

Hari ini HANGAT pulaklah di dalam BLOG-BLOG bahawa DS Lajim di Sabah seakan-akan ingin keluar pulak dari UMNO selepas DS Wilfred Bumburing.. RAKYAT pulak jadik HAIRAN dek PERANGAI para PEMIMPIN begini.. ->KLIK<-

Sebagai PEMIMPIN Kerajaan UMNO/BN, kita TIDAK nampak mereka nih hidup meREMPAT seperti RAKYAT MARHAEN lain.. Sudah tentu TARAF keHIDUPan mereka pun berBEZA.. Mereka TIDAK perlu HIDUP seperti suku Bajau LAUT di Sabah yang diPAPARkan dalam siri MAJALAH 3.. Sudah tentu keHIDUPan mereka sebagai PEMIMPIN itu sangat MEWAH..

Pada kitalah, ALASAN mereka ini hanyalah mengada-ngada aje disebabkan sifat TAMAK HALOBA mereka.. Mereka hanya mencari ALASAN mudah untuk menyalahkan PARTI apabila mereka GAGAL memBERIkan KHIDMAT kepada RAKYAT di kawasan masing-masing.. Inilah SIFAT yang hanya ada pada UMNO/BN dan mungkin SERPIHAN UMNO seperti PKR.. Kenapa TIDAK? Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang terang-terang makan GAJI BUTA selama berPULUH TAHUN pun TIDAK pulak mengada-ngada menyalahkan PAS kerana dia GAGAL berKHIDMAT? Lagi dia SERONOK, ada la! Siapa tak nak MAKAN GAJI BUTA?

Sebagai PEMIMPIN, sudah tentulah mereka menjadi HARAPAN pada RAKYAT.. Jika ini sifat PEMIMPIN, apakah lagi HARAPAN yang ada pada RAKYAT? RAKYAT sudah cukup CERDIK untuk TIDAK memilih seseorang yang hanya tahu berCAKAP dan berLAKON tetapi GAGAL membawa HARAPAN mereka.. Jadik, tak usahlah berLAKON sebagai seorang WIRA jika anda hanyalah seorang yang 'LOSER' sebagai PEMIMPIN.. Seorang PEMIMPIN yang SEJATI TIDAK akan KECEWA dan tahu masanya untuk berUNDUR akan tiba demi kelangsungan kePIMPINan PARTI yang diWAKILinya.. Lainla kalau PEMIMPIN itu DIKTATOR!

Dalam KONTEKS ini, kita TIDAK meLIHAT wujudnya sifat PEMIMPIN sebegini kerana mereka terMAKAN HASUTAN pihak LAWAN semata-mata.. Kita PERCAYA WUJUDnya sifat sebegini kerana UMNO/BN terlalu 'meMANJAkan' para PEMIMPIN sebegini hingga RAKYAT sendiri naik LOYA meLIHATnya.. UMNO/BN patut menyediakan garisan PEMISAH agar mereka yang mahu berGELAR PEMIMPIN seharusnya benar-benar berKHIDMAT kepada RAKYAT seperti SLOGAN RAKYAT diDAHULUkan, penCAPAIan diUTAMAkan.. UMNO/BN patut BERHENTI mengangkat SPESIS yang nak jadi PEMIMPIN kerana keMEWAHan, PROJEK dan JAWATAN..

Ketika tarikh PRU-13 makin DEKAT, kita TIDAK nampak apa kePERLUan untuk seseorang PEMIMPIN itu merasa KECEWA dengan PARTI yang diWAKILinya.. Cukup sekadar mengatakan, "If you are not PERFORMED as PROMISED, just GO!" Malah, sebaliknya UMNO/BN patut berSYUKUR kerana para PEMIMPIN sebegini keluar pada ketika ini.. Sekurang-kurangnya UMNO/BN TIDAK diSABOTAJ seperti mana 'LEVEL 4 Boys' lakukan semasa PRU-12 lalu.. UMNO/BN bolehlah mengANGGAP mereka ini PARASIT dalam KONTEKS yang sebenar, bukan macam Lebai-Lebai DUNGU PAS buat kat Datuk Hassan ALI!

Kita TIDAK PERCAYA pun jika diKATAkan sifat PEMIMPIN sebegini adalah SINONIM dengan sifat RAKYAT Sabah.. RAKYAT Sabah adalah DINAMIK dan berWAWASAN untuk mengejar masa depan yang lebih BAIK.. Patut diINGATkan bahawa UMNO/BN yang mengangkat mereka ini sebagai PEMIMPIN bukannya PAS, PKR dan tentunya jauh sekali DAP La'anatullah.. Apabila mereka dah bergelar PEMIMPIN, mulalah buat PERANGAI KONONnya mereka LAYAK jadik PEMIMPIN sampai KIAMAT? Jika PKR itu BAGUS, kenapa pulak ada yang KECEWA seperti Jeffrey KITINGAN? HEBAT betul cubaan BODOHkan RAKYAT..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS