DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, July 14, 2012

PAS hanyalah 'PRODUCTION HOUSE' untuk 'X'-ARTIS yang di'REJECT' dari mendapat PEDOMAN dan keREDHAan ILAHI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya Lebai-Lebai DUNGU PAS semakin KRONIK dengan pemesongan perJUANGan PARTI mereka.. Kita nak TANYAlah Lebai-Lebai DUNGU PAS..

- SERONOKkah kamu dengan keMASUKkan golongan ARTIS yang kategori MEROYAN ke dalam PAS?

- SERONOKkah kamu meNOBATkan golongan ARTIS yang dah hilang SUMBER penDAPATan ini sebagai WIRA untuk perJUANGan PARTI kamu?

Sudah RESAM sebagai ARTIS, apabila hilang SERI atau dah tak 'GLAMOUR', mereka terpaksa menCIPTA POPULARiti dengan pelabagai cara!

PAS yang pernah mengHARAMkan penyertaan QARIAH untuk MUSABAQAH Al-QURAN hari ini sudah menjadik terlalu SESAT dalam dunia LIBERAL mereka dengan memBISU apabila ARTIS-ARTIS WANITA ini meLALAK mencari 'GLAMOUR'.. PELIK bukan? Namun, itulah PAS yang sentiasa SESAT dalam perJUANGan mereka.. Segala FATWA mereka terhadap golongan WANITA selama ini sehingga diHARAMkan serba-serbi akhirnya sudah LENYAP dek kerana PAS sendiri yang KEMARUKkan ke'GLAMOUR'an.. PAS bukan lagi menjadi WADAH perJUANGan POLITIK sebaliknya dah jadik 'PRODUCTION House'!

Kalau kita LIHAT latar-belakang ARTIS yang menyertai atau berSEKONGKOL dengan PAS ini, mereka bukanlah golongan MUSLIMIN atau MUSLIMAH yang patut diCONTOHi pun.. Almaklumlah, semasa berGELAR ARTIS, semasa masih berGETAH dan hidup dalam ke'GLAMOUR'an, berapa KERAT aje yang ingat tentang suruhan AGAMA sendiri.. Apa yang penting, meREBUT seBERAPA banyak FULUS semasa diri tuh masih LAKU.. Bila dah tak LAKU, bila dah semakin banyak di'REJECT' dari 'SHOW', mulalah GELABAH pasal pintu REZEKI makin terTUTUP.. Mula SALAHkan orang lain sedangkan itulah HAKIKAT yang NAK tak NAK kenalah TERIMA..

Anda LIHAT sendiri DUNIA ARTIS kita hari ini.. Siapakah lagi yang nak JEMPUT Abby Abadi untuk berLAKON? Siapakah lagi yang mahu meRAKAMkan ALBUM untuk Dayangku Intan? WANITA manakah lagi yang masih CAIR dengan Hairie Othman? Siapakah yang masih MAHUkan Bob LOKMAN terlibat dalam pemBIKINan lagu mereka? ADA? Dek kerana PINTU REZEKI makin terTUTUP, ILMU pulak tak ada pasal selama ini HIDUP mereka hanya dengan memPAMERkan keCANTIKkan dan BAKAT aje, macam mana nak HIDUP kalau takde FULUS? Memang SENAK jadik ARTIS terUTAMAnya bila USIA berTAMBAH..

Cara paling MUDAH tentunya meLIBATkan diri dalam aktiviti POLITIK.. UMNO/BN bukanlah PILIHan pasal terlalu RAMAI golongan ARTIS cari MAKAN menerusi aktiviti PARTI ini.. PAS menjadi PILIHan kerana terBUKTI Lebai-Lebai DUNGU PAS ini walaupun TIDAK beKERJA masih boleh meRAIH FULUS dengan memperBODOHkan orang dan pertikai keISLAMan orang! Tak PERCAYA?

- Cuba anda TANYA satu-satunya Naib PRESIDEN PAS dari Kedah yang takde sijil SPM tuh?

- Cuba anda TANYA jugak Timbalan PRESIDEN PAS apakah peKERJAan TETAP dia selama ini?

Malah, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sekalipun kerjanya hanya MAKAN GAJI BUTA! Tok sah TEMBERANGlah kalau hidup dia pun macam ARTIS yang diSPONSOR!

Bukan SUSAH untuk mereka mengubah PENAMPILAN demi mencari FULUS atas PLATFORM PAS! Bukankah selama menjadi ARTIS sudah pelbagai WATAK yang pernah mereka BAWA? Jadik SETAN boleh, jadik JALANG boleh, jadi pelaku MAKSIAT pun boleh.. Apalah SUKARnya untuk memBAWAkan pulak WATAK sebagai KONON-KONONnya dan INSAF, meCARI keREDHAan ILAHI hatta ULAMA sekali pun? ASALkan peluang buat FULUS ada, apa pun BOLEH! Buat FITNAH, sebarkan pemBOHONGan lepas tuh pertikaikan keISLAMan orang lain.. Habis LEKEH pun dapat ROYALTI jadik MODEL iklan ubat KUAT SEKS pun OKla..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS