Thursday, December 31, 2009

Tahun baru 2010 dengan kenaikkan HARGA GULA 20 sen & kebenaran penggunaan nama Allah SWT oleh pihak gereja


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dengan tinggal beberapa JAM lagi sebelum pukul 12 malam, kita akan meninggalkan tahun 2009 dalam kenangan dan menyambut tahun 2010 dengan semangat baru.. Pada ketika ini, sudah tentu ramai anak-anak muda kita berhimpun di KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, One Utama, Mid Valley dan merata-rata tempat lagi.. SUDAH tentu mereka akan menyanjungi agenda hiburan yang disajikan untuk sambutan tahun baru.. Baik di KL, Shah Alam, Johor Baharu atau di Kota Bharu, sama aje corak sambutannya..

Jangan TERKEJUT kalau ada yang lupa mak bapak, lupa keluarga, lupa agama dan lupa bangsa sendiri semasa menyambut tahun baru 2010.. Mungkin bertambah lagi lah ANAK HARAM atau ANAK LUAR NIKAH yang bakal dilahirkan 9 bulan selepas tarikh ini.. Mungkin kerajaan patut tubuhkan BANK BAYI seperti di negara-negara barat untuk mengatasi gejala seperti ini.. Jangan pulak ada yang cuba mengHALANG golongan muda ini.. INIKAN SELARAS DENGAN SEMANGAT 1 MALAYSIA?

Apa pun, pada tahun hadapan nampaknya harga GULA akan dinaikkan lagi sebanyak 20 sen.. Maka, dengan kenaikkan ini, naiklah lagi harga TEH TARIK, harga kuih-muih untuk sarapan atau minum petang, harga biskut raya dan segala macam lagi harga makanan.. TAHNIAH.... TAHNIAH..... Harga ROTI PUTIH pun naik jugak nampaknya? Almaklumlah, selepas tambang teksi naik, nampaknya fulus masih tak cukup.. Kenalah naikkan pulak harga gula.. Minyak, beras dan petrol tu pun TUNGGU masa je la..

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=465496

Kemudian, baru sebentar tadi diFAHAMkan bahawa nama ALLAH dibenarkan penggunaannya oleh sebuah penerbitan DAKWAH Kristian khusus untuk merujuk kepada Tuhan yang dimaksudkan oleh mereka.. Apa yang lebih memalukan adalah ISU ini begitu diJUARAI oleh Lebai PAS Erdogan kategori ILLUMINATIST yang sekarang dah jadi YB di Selangor.. Begitu MUDAH mereka menjual nama Allah SWT kepada agama lain? Keputusan ini yang diputuskan di Mahkamah Tinggi oleh HAKIM yang bukan pun beragama Islam? Sepatutnya isu ini dilihat menyentuh Perlembagaan Negara yang menyatakan dengan jelas ISLAM ADALAH AGAMA RASMI negara ini..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/nation/20091231164344&sec=nation

Apa pandangan Lebai PAS yang lain? Adakah mereka jugak seJAHIL dengan ILLMUNINATIST yang dimaksudkan? Atau MASIH wujudkan Lebai PAS yang lebih berMARUAH seperti bekas Imam Besar Masjid Negara yang jugak Ahli Parlimen PAS di Baling, Kedah?

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=394352

APA PUN INI SEMUANYA BARU PERMULAAN.. Sudah tentu main banyak lagi PERKARA yang akan menyentuh SENSITIVITI bukan sahaja terhadap agama Islam, malah terhadap Bahasa Melayu, Kedaulatan Sultan-Sultan Melayu dan juga terhadap hak-hak orang Melayu pada pada tahun 2010 nanti.. TUNGGU dan lihat ajelah.. Baik 1 MALAYSIA, mahu pun 'SUARA RAKYAT' kalau asal dari mulut ahli POLITIK tuh, faham-faham aje la......

KITA WAJAR BERTANYA KEPADA YB ZUL DARI KULIM, KEDAH BERKENAAN DENGAN KEPUTUSAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH INI.. -> ADAKAH ANDA MASIH JANTAN DAN MEMPUNYAI 'TELOQ' ATAU DAH DILUNYAIKAN DEK 'BOSS' ANDA IAITU PENASIHAT PKR KERANA NAFSU LUAR TABIEENYA??? KAH!KAH!KAH!

- SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2010 -

Wallahualam..

Monday, December 28, 2009

PM akan ditekan dengan isu-isu 'LAMA' selagi enggan benarkan 'malaun' tuh masuk kabinet kerajaannya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kebelakangan ini rakyat negara ini diKEJUTkan dengan dua perkara yang dilihat sebagai satu cubaan untuk meMALUkan kerajaan atau LEBIH tepat lagi untuk dikatakan sebagai cubaan untuk menJATUHkan MARUAH UMNO sebagai parti orang Melayu.. Dalam keadaan semua perkara hendak diPOLITIKkan ditambah pulak dengan keLEMAHan pucuk pimpinan UMNO, maka kita boleh menJANGKA banyak lagi kejutan atau cubaan meMALUkan kerajaan akan berlaku..

1) Kehilangan ENJIN pesawat TUDM

Di FAHAMkan kejadian ini berlaku sekitar tahun 2007 lagi.. Dikatakan berlaku kerana terdapatnya penyelewengan oleh beberapa pegawai ATM untuk menjualkan ENJIN yang diMAKSUDkan kepada pihak luar.. Perkara ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, namun sudah ada cubaan untuk memPOLITIKkannya terutamanya untuk memburukkan Menteri Pertahanan ketika itu yang menjadi PM sekarang..

SOALnya, kenapa ISU ini perlu diDEDAHkan? Kenapa 'TIMING' pendedahan itu berlaku pada masa sekarang? Apabila diDEDAHkan, ianya akan memberi MALU kepada kerajaan kerana dikatakan GAGAL mengawal ASET pertahanan negara.. Jika perkara ini berlaku di negara LUAR, sudah tentu Menteri Pertahanannya kena LETAK JAWATAN.. Namun, pendedahan ini sebenarnya ada MUSLIHAT tersembunyi..

Anda seharusnya mengimbas kembali satu kerja 'BODOH' yang berlaku sebelum ini semasa berlakunya peralihan kuasa daripada PM ke-5 kepada PM ke-6.. LOGIK tak seorang PM yang hendak 'RESIGN' beberapa bulan lagi boleh bertukar jawatan kabinet daripada Menteri Kewangan kepada Menteri Pertahanan? BOLEH BAGITAU TAK PM NEGARA LAIN ADA KE BUAT MACAM TU BILA NAK 'RESIGN'?

Dah tentu ada sebab musababnya aktiviti 'TUKAR SUKA SAMA BELUM TENTU SUKA' tu terpaksa dilakukan masa tuh.. Almaklumlah.. PM ke-5 tu selain berjawatan PM, dia jugak PAK MERTUA kepada 'malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh.. Jadik kot nak KOREK apa-apa sek-sok demi menjamin kedudukan POLITIK 'menantu BABAH', senangla............ Apa pendapat anda?

2) CUBAAN nak FITNAH TUN MAHATHIR menerusi buku tulisan BARRY WAIN

Ini pun sebenarnya dah pun dijelaskan sebelum ini.. Kita TAHU pembangkang terutamanya si 'PIGGY' dan parti RACISTnya pantas menyahut FITNAH yang mereka pun tahu belum tentu benar.. Namun, kena INGAT.. Sekali lagi kita TENGOK balik 'TIMING' ketika isu ini ditimbulkan.. Kena pulak dengan timbul URA-URA kononnya 'malaun' PESALAH POLITIK WANG nak diambik PM ke-6 untuk masuk ke kabinetnya..

Kita semua MAKLUM, jika PM ke-6 melantik 'malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh ke dalam kabinetnya, dah tentu Tun Mahathir akan menyatakan BANTAHAN dan seterusnya bantahan ini akan merebak menjadi keMARAHan rakyat khususnya orang Melayu yang menuntut UMNO dibersihkan daripada POLITIK WANG! Jadik, untuk 'MENDIAMKAN' Tun Mahathir, maka dimintaklah kerjasama 'GRAND MASTER' dari Singapura untuk jadikkan buku ini sebagai percubaan untuk memburuk-burukkan Tun Mahathir..

Respon Tun Mahathir sebenarnya TEPAT kerana Tun Mahathir pun dapat 'MENGHIDU' taktik 'malaun' tuh dan kuncu-kuncunya.. Maka, Tun Mahathir meminta kerajaan bukak balik semua akaun semasa beliau jadik PM dan jugak akaun kerajaan bawah PM selepas beliau yang jugak adalah PAK MERTUA kepada 'malaun' tuh.. Dah tentu akan terdedah SIAPA yang TELUS dan siapa yang menyeleweng.. Malah, sekarang ini kita lihat media massa yang BERSEKUTU dengan 'malaun' tuh dilihat memberi penekanan kepada akaun kerajaan zaman Tun Mahathir bukannya zaman PAK MERTUA 'malaun' tuh jadik PM?

Anda lihat siapakah yang kena JAWAB kedua-dua isu ini? Bukankah PM ke-6 yang jugak Presiden UMNO ketika ini?

Jadik, SEMUA isu ini hanya bertujuan untuk men'STRESS'kan PM ke-6 agar menurut kehendak 'malaun' tuh untuk diberikan jawatan dalam KABINETnya..

THE 6TH PM OF MALAYSIA HAS TOO MANY SKELETONS FROM PREVIOUS 5TH PM GOVERNMENT IN HIS CABINET'S CUPBOARD..

Apa yang diBIMBANGkan, itu baru 'skeleton in cupboard' untuk PM ke-6, belum lagi yang '1ST LADY' punya.. 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh belum bukak FAIL je lagi tuh.. Tu yang LANTIK 'EX-GENG TKT 4' kawan 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG dalam 'BOARD' Petronas pun tunggu masa le tu.. Ada le lagi yang akan TERDEDAH selagi 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG tu TAK dapat jawatan kabinet!

Wallahualam..

Saturday, December 26, 2009

Pemimpin POLITIK Melayu sekarang hampir semuanya kena genggam 'TELOQ' dan mudah diperkotak-katikkan!


ASSAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jika anda BANGSA Melayu, anda seharusnya merasakan bahawa BANGSA anda adalah dalam kedudukan KECEMASAN atau 'RED ALERT' akibat ancaman terhadap KREDIBILITI bangsa anda semakin menjadi-jadi.. Bangsa Melayu kalau kita LIHAT hari ini bukan sahaja 'HANYUT' dengan HIBURAN tanpa batasan, malah bangsa Melayu semakin terpengaruh dengan HASUTAN dari pihak luar untuk mengHINA diri mereka sendiri..

Bangsa Melayu terpaksa mengakui bahawa SELEPAS berakhirnya pemerintahan 4 Perdana Menteri terdahulu, bangsa Melayu semakin kurang PEMIMPIN yang berWIBAWA seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Ghaffar, arwah Dato' Harun Idris, arwah Syed Jaafar Albar, Tun Hussein Onn, Dr. Burhanuddin Al Helmy atau Syed Hussein Al Attas..

Selepas Tun Dr. Mahathir bersara, hampir tiada pemimpin Melayu baik dari UMNO mahu pun dari PAS yang setanding dengan beliau -> DIHORMATI oleh KAWAN dan LAWAN..

Yang ada cuma ahli-ahli POLITIK Melayu yang berNAFSU besar, sanggup memperBODOHkan rakyat, LIAR, mengumpul harta secara TAMAK, tidak prihatin dengan NASIB rakyat dan GEMAR mencari PUBLISITI murahan.. Tok sah dok kira la parti apa pun, baik UMNO mahu pun PAS, semuanya 2X5 sahaja.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengGADAIkan negara, menjual BANGSA dan meLACURkan agama sendiri demi mengejar cita-cita PERIBADI..

DEWASA ini hampir TIDAK ada pemimpin POLITIK Melayu yang sanggup mempertahankan hak-hak bangsanya yang sebenarnya sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara.. Baik dari UMNO mahu pun PAS, kita dapat melihat GELAGAT para pemimpin ini seolah-olah PENAKUT untuk berhadapan dengan si 'PIGGY' dan parti RACISTnya (UMNO) atau pun ada pulak yang bersekutu dengan mereka ini (PAS)..

KeSUDAHannya, mereka hanya sekadar menjadi 'ALAT MAINAN' atau 'TOY' kepada si 'PIGGY' yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan agenda POLITIK parti RACISTnya untuk menjadikan negara ini SAMA seperti negara 'GRAND MASTER'nya di selatan Johor.. Jangan terkejut dalam jangka masa 10 atau 20 tahun lagi, bangsa Melayu akan HILANG segala-galanya di tanah air ini dan menjadi rakyat kepada sebuah REPUBLIK baru..

CUBA kita lihat dalam UMNO:-

-> Apabila anak Pengerusi Parti RACIST memanggil PM kita sebagai 'MURDERER' dalam Dewan Rakyat pada sesi perbahasa bulan Mei lalu, ahli-ahli UMNO dilihat takde perasaan nak menzahirkan keMARAHan pun?
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/20207-gobind-accuses-najib-of-murder-and-gets-thrown-out

-> Apabila beberapa orang Melayu di Shah Alam masuk mahkamah kerana menZAHIRkan perasaan tidak PUAS hati mereka terhadap isu pembinaan KUIL berhampiran kediaman mereka, langsung tidak ada sebarang bentuk pembelaan daripada UMNO dan PAS? Walhal masa tu ada 'mangkuk' yang mempersoalkan tentang suara azan 5 kali sehari?

-> Apabila BEKAS PM Melayu seperti Tun Mahathir diFITNAH oleh si 'PIGGY' baru-baru ini.. Hampir tiada orang UMNO yang tampil membela beliau? Sedangkan Tun adalah bekas Presiden UMNO dan masih menjadi ahli UMNO no.1?

-> Dengan memBIARkan PESALAH POLITIK WANG berleluasa dalam parti, UMNO sebenarnya menDEDAHkan parti mereka sendiri kepada segala bentuk SERANGAN KEMUSNAHAN oleh lawan mereka sendiri dari parti RACIST..

-> Apabila kuasa Sultan-Sultan Melayu, bahasa Melayu dan peruntukan pembinaan masjid dipersoalkan oleh parti RACIST, sekali lagi hampir tiada RESPON yang diZAHIRkan daripada UMNO dan PAS?

Kalau dalam PAS pulak:-

-> JIJIK benar melihat Lebai dan USTAZAH Jahiliyyah dalam PAS beriya-iya nak mengikut kehendak parti RACIST untuk membina kandang-kandang BABI di Selangor dan Perak..

-> Lebai dan USTAZAH Jahiliyyah dalam PAS turut bersama-sama parti RACIST ketika membela seorang MP yang BERSEKEDUDUKAN dengan 'JANTAN BUKAN MUHRIM'nya.. Apa jenis JAHIL entah?

-> Apabila MP-MP Parti RACIST sewenang-wenangnya mempermainkan AYAT-AYAT SUCI AL Quran sedangkan mereka tidak pun berIMAN dengannya, Lebai dan USTAZAH Jahiliyyah dalam PAS bukan main GILA lagi membela mereka?

-> Presiden PAS pernah membuat AMANAT mengatakan HARAM bekerjasama dengan KAFIR pada tahun 1983 dahulu.. Sekarang dah TELAN LUDAH balik agaknya? Sama jugaklah dengan Pok Nik yang mengatakan kononnya UMNO menolak Islam.. Habis? Kerjasama dengan orang yang tak nak dengar AZAN dalam parti RACIST tu apa kejadahnya?

BAIK pemimpin POLITIK Melayu dalam UMNO mahupun PAS, mereka sebenarnya telah dipegang 'TELOQ' oleh si 'PIGGY' dan parti RACISTnya.. Pemimpin Melayu dalam UMNO habis dengan segala masalah SKANDAL, RASUAH POLITIK WANG dan NEPOTISME.. Si 'Piggy' hanya perlu mengHASUT rakyat dan menimbulkan perasaan BENCI rakyat terhadap UMNO kerana para pemimpin POLITIK Melayu dalam UMNO pun MALAS nak 'MEMBERSIHKAN' parti mereka!

Dalam PAS pulak, sekali lagi si 'PIGGY' telah memegang 'TELOQ' Lebai dan USTAZAH Jahiliyyah dengan segala bentuk 'PENAJAAN', kemudian Lebai dan USTAZAH Jahiliyyah ini terpaksalah IKUT segala kehendak si 'PIGGY' ini.. Kalau tak ikut atau melawan, hilang 'PENAJAAN' nanti macam mana nak MENANG pilihanraya?

Bagaimana dengan PKR? Lagila SUKA si 'PIGGY' memperalatkan Melayu dalam PKR.. Lupakah anda bahawa peguam OKU dari parti RACIST ini adalah peguam BELA kepada Penasihat PKR? Sudah tentu banyak 'FAIL-FAIL SULIT' tentang Penasihat PKR dalam genggamannya.. Dengan kata lain, Penasihat PKR hanya mampu jadik 'PUPPET' kalau tak mau 'LOBANG PECAH' dek parti RACIST tersebut..

BUKTI jelas para Pemimpin Melayu dalam UMNO atau PAS sudah dipegang 'TELOQ' oleh si 'PIGGY' dan parti RACISTnya ialah apabila kedatangan 'GRAND MASTER' dari pulau selatan Johor diberikan sambutan LUAR BIASA mengalahkan sambut Malaikat turun dari langit!

Ada lagikah pemimpin Melayu yang masih kuat JATI DIRInya, berwibawa, berwawasan dan BIJAK berPOLITIK seperti Tun Mahathir dan para pemimpin Melayu terdahulu?

Wallahualam..

Friday, December 25, 2009

Si 'PIGGY' sangat TAKUT jika orang Melayu memilikki semangat nasionalisme seperti Tun Mahathir


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selamat Menyambut Hari KRISMAS kepada mereka yang beragama Kristian..

Kali INI kita ingin jelaskan kenapa si 'PIGGY' dari sebuah PARTI RACIST di negara ini begitu GALAK menyerang kepimpinan Melayu KHUSUSnya kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebelum ini.. Agak-agak andalah, kenapa si 'PIGGY' ini berbuat demikian?

Seperti yang kita TAHU, PARTI RACIST pimpinannya adalah sebuah parti yang berakar-umbi daripada parti yang memerintah Singapura.. PARTI itulah yang menyebabkan Almarhum Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia kerana mereka 'TIDAK BIASA DENGAN PEMERINTAHAN MELAYU' di negara ini..

Anda patut LIHAT sendiri bagaimana kepimpinan parti tersebut begitu MENGUASAI negara kecil itu dalam segenap SEKTOR.. Habis semua diBOLOTnya atas nama pegangan 'KIASUISME' yang dianutinya turun-temurun.. Kalau kat Malaysia, pasti si 'PIGGY' ini pasti akan mengatakan KRONISME, NEPOTISME dan sebagainya.. Namun, bila dia sendiri BUAT, tak apa pulak?

Sejarah ASAL pulau Singapura diUBAH mengikut selera mereka.. Malah, jika di negara ini pembangkang seperti 'PIGGY' begitu BEBAS memFITNAH dan berBOHONG terhadap kepimpinan negara ini, JANGAN harap si 'PIGGY' yang dimaksudkan boleh melakukan perkara yang sama terhadap kepimpinan parti pemerintah di Singapura!

Si 'PIGGY' sangat KHUATIR jika orang Melayu bersatu mempertahankan HAK-HAK mereka mengikut apa yang sudah TERMAKTUB dalam Perlembagaan Negara ini..Jika ini berlaku, boleh dikatakan si 'PIGGY' ini GAGAL untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura seperti apa yang dikehendaki oleh 'GRAND MASTER'nya..

Kita IMBAS balik keGAGALan si 'PIGGY' untuk masuk Parlimen pada tahun 1999 bersama rakan baiknya, si Peguam OKU.. Itu sebenarnya perkara yang amat meMALUkan dan menJATUHkan MARUAH si 'PIGGY'.. Malah, pada masa itulah dia terpaksa TELAN AIR LIUR melihat pihak kerajaan dan ketua pembangkang adalah MELAYU! Untuk itu, dia sengaja buat KACAU terhadap Lebai PAS untuk meLEMAHkan mereka dan memberikannya peluang kembali ke Parlimen pada tahun 2004.. Oleh kerana Lebai PAS ni bukan CERDIK sangat, akhirnya dia berjaya..

Si 'PIGGY' hanya boleh BERJAYA jika ada ahli-ahli POLITIK Melayu sendiri mengKHIANATI hak-hak orang Melayu seperti yang telah pun terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara ini.. Kalau kita TELITI betul-betul, baik UMNO mahu pun PAS, semuanya 2X5 dalam bab mengKHIANATI Melayu mengikut kehendak si 'PIGGY' ini.. Ini kerana merekalah yang 'MEMBUKA RUANG' kepada si 'PIGGY' ini dengan mengikut buta-buta apa kehendak PARTI RACISTnya..

-> Bukankah UMNO bawah PM ke-5 yang mengamalkan 'KETERBUKAAN' melampau hinggakan si 'PIGGY' ini BEBAS menjalankan agendanya?

-> Bukankah UMNO berDIAM diri bila si 'PIGGY' dan parti RACISTnya menggunakan slogan 1 MALAYSIA untuk mengHENTAM orang Melayu?

-> Bukankah UMNO berDIAM diri bila si 'PIGGY' menuduh pemimpin-pemimpin Melayu tertentu RASUAH sesuka hatinya sedangkan bila ada ahli parti RACISTnya kena CEKUP dengan SPRM, boleh pulak si 'PIGGY' ini mengatakan UMNO yang jadik dalangnya?

-> Bukankah UMNO dan PAS sama-sama berdiam diri bila parti RACIST ini mempersoalkan perkara-perkara yang sudah pun terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara seperti Bahasa Melayu, Agama Islam dan Sultan-Sultan Melayu?

-> Bukankah Presiden PAS dahulu pernah mengeluarkan AMANAT yang mengHARAMkan kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam dalam BN? Bagaimana pulak kerjasama PAS dengan si 'PIGGY' dan parti RACISTnya ini pulak? HALAL WAL TOYYIBA?

-> Bukankah Lebai dan USTAZAH PAS yang JAHIL sibuk nak mengGALAKkan pembukaan kandang-kadang BABI di Selangor dan Perak?

-> Bukankah Lebai dan USTAZAH PAS yang JAHIL yang memandai-mandai bagi gelaran 'KHALIFAH' kepada anak si 'PIGGY'? 'KHALIFAH' tuh dah 'POTONG' le BELUM?

-> Bukankah Lebai dan USTAZAH PAS yang JAHIL mengGALAKkan pemimpin parti RACIST mempermainkan ayat suci Al Quran sewenang-wenangnya sedangkan mereka tidak pun berIMAN dengannya?

Sebab itulah si 'PIGGY' begitu bermaharajalela kerana semuanya berpunca daripada keDUNGUan ahli-ahli POLITIK Melayu dalam UMNO dan PAS!

Si 'PIGGY' cuma TAKUTkan satu perkara sahaja.. Iaitu kebangkitan NASIONALISME Melayu dalam mempertahankan hak-hak mereka.. Sebab itulah si 'PIGGY' begitu BERUSAHA nak memBURUK-BURUKkan kepimpinan terdahulu yang cemerlang seperti kepimpinan Tun Mahathir kerana sifat NASIONALISME Melayu yang ada pada Tun Mahathir akan menjadi penghalang kepada cita-cita si 'PIGGY'..

Masalahnya, adakah UMNO dan PAS yang sepatutnya mewakili Melayu memilikki sifat seperti apa yang Tun Mahathir milikki? Sedangkan kedatangan 'GRAND MASTER' Lee Kuan Yew ke Malaysia pun kita lihat pemimpin UMNO dan PAS begitu TERHEGEH-HEGEH menyambutnya?

Generasi MUDA Melayu harus diberi kesedaran tentang perkara ini.. Bukan untuk mencetuskan keKACAUan, sebaliknya untuk mendidik mereka agar mempertahankan hak-hak mereka yang DAH tak seBANYAK mana pun sekarang ini..

Wallahualam..

Thursday, December 24, 2009

Sampai bila anda nak diperBODOHkan oleh Penasihat PKR?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita patut TANYAkan soalan ini kepada LEBAI-LEBAI PAS yang DUNGU dan jugak bebudak baru GRAD Universiti yang TIDAK kenal siapa sebenarnya PENASIHAT PKR ini! .. Walaupun sudah LEBIH 10 tahun FAKTA sebenar ini cuba diSEMBUNYIkan atau lebih TEPAT lagi diPUTAR-belitkan oleh puak-puak 'YAHUDI' dalam PKR, namun HAKIKATnya 'BANGKAI GAJAH TIDAK DAPAT DITUTUP DENGAN NYIRU'!

TAHUKAH ANDA SEMUA SIAPAKAH ORANG YANG MULA-MULA MENUDUH PENASIHAT PKR SEKARANG INI ADALAH PELIWAT DI DALAM PARLIMEN PADA TAHUN 1997?

Adakah Tun Dr. Mahathir?
Adakah TS Haniff Omar?
Adakah arwah TS Mokhtar Abdullah?
Adakah TS Ghani Patail?

JAWAPANnya adalah -> Peguam OKU dari sebuah PARTI RACIST yang sering berLAKON kononnya sebagai peguam bela Penasihat PKR.. Anda boleh merujuk hansard perbahasan di Parlimen pada tahun 1997 untuk mencari pengesahan kenyataan ini..

SIAPAKAH PULA YANG MEMBERI GELARAN 'ALJUBURI' KEPADA PENASIHAT PKR SEMASA CERAMAH PAS DI KUBANG KERIAN, KELANTAN TAHUN 1998?

Jawapannya adalah -> seorang Lebai PAS yang bukan berkelulusan agama pun (Dalam PAS, seJAHIL mana pun orang itu akan diTAULIAHkan sebagai 'LEBAI' atau 'USTAZ' asalkan dapat bagi keuntungan POLITIK).. Malah Lebai PAS ini terkenal dengan kes KHALWATnya di Hotel Perdana Kota Bharu dan kes dia kena perHAMBAT dek balu-balu Memali pasal 'KEBAS' duit derma JIHAD! Siapakah LEBAI PAS yang dimaksudkan?

ABE SABU la.. Siapa lagi....

http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com/2008/06/13/anwar-ibrahim-dan-kata-pedas-mat-sabu-10-tahun-dahulu/

SENGAJA kita kemukakan dua soalan ini pasal nak UJI pengetahuan anda tentang FAKTA sebenar pasal kita TAHU Penasihat PKR tak akan sesekali mengambil tindakkan atau MENYAMAN orang kedua INDIVIDU ini seperti mana dia begitu berUSAHA nak saman Tun Dr. Mahathir..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

TAHUkah anda kenapa Penasihat PKR bersungguh-sungguh mahu menyaman Tun Dr. Mahathir?

Dia sebenarnya 'BERDENDAM' pasal dia dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Mahathir.. BUKANnya pasal Tun Mahathir panggil dia 'PELIWAT' pun.. Dia sebenarnya hanya SETAPAK sahaja lagi untuk jadi orang paling berkuasa dalam Malaysia.. Malah, jika diTAKDIRkan dia jadik PM, nescaya kita akan menyaksikan dasar negara ini akan menjadi pro YAHUDI dan pro US seperti mana yang dihajati dek kawan-kawannya seperti Wolfowitz..

Dengan KATA lain, dia menyaman Tun Mahathir bukan pasal dia diTUDUH meliwat orang, sebaliknya dia MARAH pasal tak dapat jadik PM!

FIKIRLAH DENGAN AKAL YANG TUHAN BAGI..

Kenapa apabila timbul KES dia terKANTOI meliwat dengan Saiful Bukhari, dia tidak cuba nak menyaman sesiapa pun sampai beratus JUTA? Kenapa dia tak SAMAN kerajaan Malaysia, DS Najib atau UMNO? Dia jugak tak SAMAN Saiful Bukhari beratus juta pun? Malah, dia jugak tak SAMAN pun Azizan Abu Bakar beratus juta dalam kes LIWATnya dahulu? KENAPA?

SEBALIKnya dia:-

1) Lari MENYOROK kat Kedutaan TURKI
2) Liat nak bagi sampel DNAnya semasa disoal-siasat
3) Enggan berSUMPAH lahanat sebaliknya dok pertikai sumpah lahant orang lain
4) Asyik dok TANGGUH nak masuk MAHKAMAH untuk memBUKTIkan siapa BENAR dan siapa SALAH

KITA JANGAN LUPA JUGAK SIAPAKAH 'PEMBAWAK PASSPORT' PENASIHAT PKR INI DARI PEMUDA UMNO!! INILAH MALAUN YANG MENJAHANAMKAN UMNO DAN MEROSAKKAN NEGARA!

Semuanya terang dan JELAS untuk manusia yang mahu berfikir.. Sampai bila anda nak diperBODOHkan?...........

Wallahualam..

Tuesday, December 22, 2009

Why this 'PIGGY' thinks that he is a better leader than Tun Mahathir for Malaysia?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sengaja diTULIS tajuk dalam Bahasa Inggeris kerana orang yang DIMAKSUDkan bukannya TAHU pun berBAHASA Melayu dengan BAIK.. Malah, bukan RAHSIA lagi dia antara orang yang tidak mahu Bahasa Melayu KEKAL sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun itu semua SUDAH pun TERMAKTUB dalam Perlembagaan Negara ini sejak lama dahulu!

Perkataan 'PIGGY' sengaja dipilih kerana dia mewakili PUAK-PUAK RACIST yang enggan mengIKTIRAF orang Melayu sebagai penduduk ASAL di negara ini, keberatan dengan Islam sebagai agama RASMI malah BUKANkah wakil dari PARTI RACISTnya ini yang telah memperSOALkan tentang peruntukan Kerajaan Pusat untuk pembinaan MASJID baru-baru ini? Oleh kerana 'haiwan tersebut' adalah SENSITIF dan pada pemahaman puak RACIST ini kalau disebut oleh orang Islam akan dianggap 'PERKAUMAN', maka kita UBAHlah sikit kepada 'PIGGY'..

Kali ini tanpa BUKTI yang SAHIH, dia cuba 'MENCADANG KEPADA PM SEKARANG' untuk menubuhkan satu suruhanjaya kononnya Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri telah 'MENGHANGUSKAN' sebanyak RM100 bilion sepanjang 22 tahun beliau menJAWAT jawatan sebagai Perdana Menteri.. 'PIGGY' ini mencadangkan sedemikian kerana MERUJUK kepada buku tulisan Barry Wain -> ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’

SEBALIKnya Tun Dr. Mahathir dengan MUDAH menCABAR kerajaan supaya menubuhkan suruhunjaya yang diMAKSUDkan dan SEDIA untuk bekerjasama dengan sebarang SIASATAN yang akan diJALANkan.. Malah, beliau mendesak agar segala bukti-bukti pembayaran dan akaun sepanjang tahun 1981 hingga sekarang diDEDAHkan disamping menegaskan siasatan tidak semestinya tertumpu semasa beliau menjawat jawatan sebagai PM sahaja.. Malah beliau meminta skop siasatan turut meliputi PM selepasnya.. ADA BERANI?

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/form-royal-probe-on-dr-ms-squa.html

Kita TIDAK tahu apa jawapan PM sekarang.. Mungkin sekali lagi beliau akan diDESAK 'PIGGY' dan KONCO-KONCOnya kononnya atas nama '1 MALAYSIA' seperti yang sering mereka lakukan untuk 'MEMBELASAH' mana-mana Melayu! Kita jugak TAHU bahawa UMNO memang BACUL untuk mempertahankan pemimpin mereka sendiri kerana sangat TAKUT diTUDUH sebagai RACIST! Sebab itulah Tun Mahathir pun tak MAHU pun UMNO membela beliau sangat..

Namun, kita sebagai orang Melayu seharusnya FAHAM akan maksud TERSIRAT 'PIGGY' yang cuba mendesak PM menubuhkan suruhanjaya.. TIDAK lain kerana beliau ingin menunjukkan bahawa kepimpinan Melayu tidak kira seCEMERLANG mana pun adalah berkaitan dengan RASUAH! Pada MASA yang sama, 'PIGGY' cuba menyembunyikan FAKTA:-

1) Kerajaan PR di Selangor sekarang ini penuh dengan AKTIVITI 'UNDERWORLD' yang dikaitkan dengan parti RACIST pimpinan beliau..

2) 'PIGGY' lupa bahawa kepimpinan parti RACISTnya sendiri dipenuhi dengan KRONISME! Siapakah KM Pulau Pinang? Siapakah ADUN Kota Laksamana, Melaka? Bukankah mereka pemimpin dan ahli parlimen parti RACISTnya? Bukankah mereka adalah ANAK dan MENANTU 'PIGGY' sendiri?

3) APAkah JASA 'PIGGY' kepada negara ini? Apakah sumbangan 'PIGGY' kepada kaum Melayu, kaumnya sendiri dan kaum-kaum lain? Adakah 'PIGGY' beranggapan bahawa UNDI yang diperolehinya dalam PRU12 lepas kerana RAKYAT khususnya orang Melayu inginkan dia sebagai PEMIMPIN?

4) BERSIHkan parti RACISTnya itu? Bagaimana parti RACISTnya menyokong seorang YB ADUN Bukit Lanjan yang 'BERSEKEDUDUKAN' dengan LELAKI bukan SUAMInya dikatakan BERSIH?

5) Lupakah kita dengan PENYELEWENGAN status TANAH di Pulau Pinang dan Selangor yang diKAITkan dengan ahli-ahli PARTI RACIST ini hinggakan ada tunjuk perasaan oleh rakyat setempat?

Kegiatan RACIST si 'PIGGY' ini sebenarnya MUDAH sahaja untuk diPATAHkan.. Namun, oleh kerana UMNO sekarang ini 'MENYIMPAN' pesalah POLITIK WANG dalam parti, kot mana sekali pun UMNO tetap nampak BURUK!

INGAT! 'PIGGY' INI BUKAN SETIA PUN KEPADA TANAH AIR INI.. SEBAB ITULAH 'PIGGY' CENDERUNG MENJAJA BAHAN TANPA BUKTI SEPERTI MENJAJA CERITA DARI BUKU ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ YANG PENULISNYA 'BERSEMBUNYI' DI SINGAPORK!

Malay should WAKE-UP against this 'PIGGY'! PAS and UMNO is no more reliable since they also have their own 'PENYELEWENGAN' cases among them!

Wallahualam..

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH - Umat Islam di Malaysia juga harus memahami maksud HIJRAH untuk menghadapi cabaran mendatang..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SALAM MAAL HIJRAH untuk semua..

Sudah beberapa kali kita menyambut MAAL HIJRAH, namun kita seolah-olah GAGAL menghayati maksudnya.. Apakah HIJRAH yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW hanya sekadar bingkisan sirah sedangkan umat baginda tidak pun memahami maksud sebenar?

Di Malaysia ini sudah sampai masanya kita semua memahami dan menghayati maksud HIJRAH.. Sudah sampai masanya kita memperKUKUHkan persaudaraan tanpa mengira fahaman POLITIK.. Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini sebenarnya sedang terancam walaupun pada luarannya nampak TIDAK..

- Apabila seorang MP dari sebuah parti RACIST mempersoalkan perbelanjaan kerajaan pusat untuk membina MASJID berbanding rumah ibadat lain, kita sebagai umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa..

- Apabila suara AZAN dan tulisan JAWI dipersoalkan oleh MP-MP Parti RACIST, sekali lagi kita GAGAL berbuat apa-apa..

- Apabila umat Islam di Shah Alam memBANTAH pembinaan KUIL yang asalnya KUIL HARAM berhampiran kediaman mereka, sekali lagi kita GAGAL bertindak.. Malah, mereka yang memBANTAH itu pulak dikenakan tindakkan oleh orang Islam sendiri?

- Apabila MP-MP Parti RACIST yang bukan Islam sewenang-wenangnya mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran sedangkan mereka TIDAK pun berIMAN dengannya, sekali lagi kita GAGAL bertindak.. Malah, ada pulak LEBAI-LEBAI yang mengaku 'LEBIH ISLAM DARI ORANG ISLAM LAIN' mengHALALkan perbuatan tersebut..


Apa nak jadi dengan kita ini?

Kita sibuk berPOLITIK demi mengejar KUASA, HARTA dan NAFSU hinggakan kita lupa segala tuntutan agama.. Malah, kita sampai tahap memPOLITIKkan pulak ibadat kita seperti solat hajat, doa, menunaikan HAJI, zakat dan banyak lagi..

Kita berdoa, pergi HAJI, berZAKAT dan berSOLAT bukan kerana kita niat nak berIBADAT kepada Allah SWT.. Sebaliknya kita nak menunjuk-nunjuk dan cuba mencari PENGARUH dengan perbuatan kita itu.. KONONnya kot nanti dapatla jadik Timbalan Menteri ke kontrak projek ke apa ke.. Ini ke yang dituntut dalam Islam?

Umat makin HANCUR, kita pulak masih tak nak sedar-sedar.. Fikir-fikirkanlah..

Wallahualam..

Wednesday, December 16, 2009

Bukti BN mudah ALPA dan LALAI -> Ingat BN tuh masih KUAT macam dulu lagi ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BN memang LALAI dan sentiasa LALAI.. Almaklumlah.. apabila mendapat KUASA, mereka ini mudah LALAI dan melupakan siapa yang memberikan mereka KUASA dan siapa yang mengAMANAHkan mereka dengan kuasa tersebut.. Sehingga hari ini terus-terang katalah.. Berapa KERAT aje pemimpin BN yang masih belum sedar yang diorang sebenarnya sudah pun hampir di'PUPUS'kan akibat keLALAIan diorang sendiri..

BN nyaris sekali lagi HILANG kuasa dan diAIBkan semasa jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.. Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi..Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Inilah CONTOHnya bila diberikan AMANAH dan KUASA, diorang boleh berSIKAP main-main atau tidak SERIUS untuk melaksanakannya.. Seharusnya DS Najib patut ambil tindakkan terhadap ahli-ahli Parlimennya yang berSIKAP main-main dan tidak SERIUS menjaga maruah partinya yang semakin hari semakin terHAKIS.. Mentang-mentanglah dapat jadik Ahli Parlimen sepenggal pun dah boleh dapat pencen sampai ke mati..

Kita memang tahu pembangkang akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk mengHANCURkan BN.. Termasuklah soal belanjawan yang sepatutnya menjadi kepentingan RAKYAT, namun atas dasar KEMARUK nak berkuasa, diorang letak dulu kepentingan RAKYAT ke tepi dan jalankan kepentingan diorang terlebih dahulu.. BUKANkah pembangkang dipimpin oleh seseorang yang 'SUKAKAN KEKOTORAN' atau 'SUKAKAN MAIN BENDA-BENDA KOTOR'? Jadik, memanglah mereka akan sentiasa 'MAIN KOTOR' tidak kira di mana atau apa tujuan sekalipun..

Kali ini kita jugak mendapati betapa TIDAK berkesannya Menteri 'HANJENG' tersebut melaksanakan tugasnya di Parlimen.. Dia terBUKTI 'LEMBAB' memberikan 'SISTEM AMARAN AWAL' kepada ahli-ahli Parlimen BN yang lain semasa saat-saat PENTING seperti meluluskan Bajet 2010.. Itulah DOK asyik pertikaikan kerja orang lain sedangkan kerja sendiri tak TERJAGA langsung! Ke dia pun SUBAHAT sama dengan pembangkang, tak tahula kot...

Kita nak TANYA kepada DS Najib dan TS Muhyiddin sendiri tentang kehadiran Ahli-Ahli Parlimen berikut semasa sesi meluluskan Bajet 2010 pada hari Isnin lepas.. Diorang kat BAWAH nih ADA ke TAK masa tuh?

1) Ahli Parlimen Kepala Batas
2) Ahli Parlimen Rembau
3) Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Diorang nih bukannya berjawatan Menteri pun.. Jadik takde le alasan KONONnya 'keluar menjalankan TUGAS'.. Malah tidak ada alasan untuk diorang tidak hadir ke Parlimen melainkan semasa sesi meluluskan Bajet 2010atas masalah kesihatan.. Dah tentu penyokong BN pun menuntut KETELUSAN dalam perkara ini..

Wallahualam..

Monday, December 14, 2009

Perangkap yang terbuka LUAS khusus untuk UMNO di Parlimen Batu jika berlaku pilihanraya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apakah agaknya kali ini PERANGKAP yang dipasang terhadap Barisan Nasional(BN) atau lebih TEPATnya UMNO jika berlaku pilihanraya di Parlimen Batu? Jika sekiranya MAHKAMAH menjatuhkan hukuman ke atas Tian Chua seterusnya mengAKIBATkan kekosongan Parlimen Batu, maka sekali lagi kita akan berhadapan dengan pilihanraya kecil..

Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007. Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_85953eb0-7f000010-111c3670-cb4e933d

Sebenarnya perangkap sudah pun terPASANG untuk BN atau UMNO di Parlimen Batu jika berlakunya pilihanraya kecil.. Seperti kata Tian Chua "Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,".. Dengan kata lain, seperti 'BOSS'nya yang mencari populariti untuk menJATUHkan dan mengHENTAM lawan melalui pilihanraya kecil, Tian Chua jugak sebenarnya cuba melakukan perkara yang sama.. Manala tau kot si MALAUN nih baring depan TRAK FRU lagi?

Sebenarnya, pilihanraya kecil sudah menjadi medan PROPAGANDA yang cukup berkesan bagi pihak Pakatan Rakyat(PR) untuk menyebarkan DAKYAH-DAKYAH mereka terhadap kerajaan BN atau UMNO secara khususnya.. Sementara dipihak BN atau UMNO masih 'MENDONDANG-SAYANG'kan kempen pembangunan atau kemajuan, puak-puak PR menggunakan segala kesempatan semasa berkempen pilihanraya kecil untuk menyerang BN.. Walaupun mungkin kalau kita baca ikut media, puak PR nih digambarkan tidak bersatu, berlainan pendapat dan sebagainya namun di dalam kempen pilihanraya ternyata suasananya berbeza sama sekali..

Puak-puak PR tidak akan menyerang BN secara umum atau komponennya.. Sebaliknya tumpuan mereka hanyalah kepada UMNO.. Diulangi.. UMNO.. Kenapa UMNO?Kerana HANCURlah UMNO maka hancurlah BN.. Puak-puak PR pun tahu mereka hanya memBUANG masa menyerang komponen-komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.. MCA sekarang ini hampir hancur.. KeANGKUHan pemimpin seperti Samy Vellu dan Kayveas sebenarnya BONUS kepada puak-puak PR.. Gerakan pulak sering buat kenyataan 'TIKAM BELAKANG' terhadap UMNO atau orang Melayu khususnya.. Jadik, semua ini adalah BONUS yang memberi kelebihan kepada puak-puak PR..

Adakah UMNO pulak benar-benar KUAT untuk menghadapi semua ini? HE!HE!HE!

-> Dengan para PERASUAH diberikan jawatan penting dan bermaharaja-lela dalam parti..

-> Dengan ahli-ahli parti yang semakin hilang keyakinan dan 'SUSPICIOUS' terhadap para pemimpin mereka..

-> Dengan pengHINAan menteri-menteri UMNO terhadap pemimpin-pemimpin veteran seperti gelagat Menteri 'HANJENG' baru-baru ini..

-> Dengan kenyataan berterusan mengHINA orang Melayu oleh puak-puak PR yang menyalah-tafsirkan konsep 1 MALAYSIA tanpa sebarang tindakkan oleh pemimpin UMNO sendiri!

KeMENANGan di Bagan Pinang hanya kerana 'SISA' atau BELAS kasihan pengundi Melayu khususnya masih menebal terhadap parti mereka disamping faktor keTOKOHan TS Isa Samad di kawasannya dan faktor undi POS.. Namun, ini semua tidak boleh dipakai di Parlimen Batu, Kuala Lumpur yang mana komposisi kaum Melayu dengan kaum-kaum lain seimbang..

Sebab itulah Tian Chua begitu BERANI menyatakan sebegini "Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah".. Itu TANDAnya MALAUN nih nak membuat PROVOKASI murahan terhadap UMNO secara khususnya..

JADIK KITA SEMUA PAKAT TENGOKLAH SETAKAT MANA CERDIKNYA UMNO NANTI.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Saturday, December 12, 2009

Perkara terang-terang TERMAKTUB dalam Perlembagaan Negara cuba dicabar pun kerajaan & UMNO masih buat BODO?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semua MAKLUM bahawa fahaman KOMUNIS adalah satu-satunya fahaman yang menolak fahaman keagamaan dan bersikap lebih kepada kebendaan atau materialis.. Atas dasar itulah fahaman KOMUNIS tidak pernah meletakkan kepercayaan kepada Tuhan.. Malah mereka yang berfahaman KOMUNIS seboleh-bolehnya akan menghancurkan kepercayaan terhadap Tuhan dengan apa cara sekali pun.. Di Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, bukan ASING lagi idealisme KOMUNIS yang meresap ke dalam sebuah PARTI RACIST kaum pendatang yang seboleh-bolehnya cuba menafikan hak-hak orang Melayu dan agama Islam di negara ini..

Dalam KONTEKS Malaysia yang berbilang agama, puak yang berfahaman KOMUNIS ini tidak habis-habis cuba MELAGA-LAGAkan umat Islam dengan penganut agama-agama lain.. Agama Islam menjadi bahan PROVOKASI mereka kerana di rantau ini hanya Malaysia sahaja yang berani meletakkan Islam sebagai agama rasmi, mengadakan sistem Mahkamah Syariah dan menyemarakkan sistem kewangan Islam berasaskan Syariah.. Perkembangan ini sangat ditakuti oleh penganut KOMUNIS dalam PARTI RACIST tersebut kerana Islam yang berkembang akan menyekat pengaruh mereka untuk menguasai NEGARA ini..

Bukan perkara yang BARU jika ada antara penganut KOMUNISME dalam PARTI RACIST tersebut mempersoalkan tentang ketidak-seimbangan peruntukan kerajaan terhadap pembinaan MASJID berbanding dengan rumah ibadat agama lain.. Perkara ini sepatutnya tidak perlu pun menjadi ISU kerana Islam memang diishtiharkan sebagai agama rasmi negara ini.. Malah, dalam PERLEMBAGAAN NEGARA ini, semua Sultan-Sultan menjadi Ketua Agama Islam di negeri masing-masing sementara negeri-negeri yang tidak bersultan, YDP Agong menjadi Ketua Agama Islam.. Namun, ISU ini dibangkitkan dengan tujuan untuk membangkitkan KEBENCIAN terhadap Islam disamping secara tersiratnya sebagai cubaan untuk menyuntik fahaman KOMUNIS yang dianutinya..

Usaha penganut KOMUNIS dari PARTI RACIST tersebut menjadi lebih MUDAH kerana terdapat seorang pemimpin PAS yang sebenarnya nampak macam orang berfahaman FREEMASON, tapi diterima sebagai pemimpin oleh Lebai PAS yang TAKSUB nak kuasa.. Pemimpin tersebut seringkali mengeluarkan kenyataan yang kebanyakkannya tidak menyebelahi Islam tapi oleh kerana ramai Lebai PAS ni sebenarnya jahil agama sendiri, maka berapa KERAT aje yang memBANTAH pemimpin PAS tersebut..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


BILA DIKATA LEBAI PAS NI JAHIL DAN BODOH AGAMA SENDIRI, TAHU PULAK MARAH?

-------------------------------------------------------------------------------

Satu lagi bentuk cubaan untuk mempertikaikan perkara yang sudah terMAKTUB dalam PERLEMBAGAAN NEGARA ialah apabila seorang peguam benggali OKU yang menjadi peguam kepada PELIWAT TERMASYHUR NEGARA cuba meminta kerajaan menimbang meminda Perlembagaan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di negara ini.. Benggali OKU ini menyatakan sedemikian kerana TAK PUAS HATI sebab Mahkamah Rayuan menolak rayuan PELIWAT TERMASYHUR NEGARA tadi, dalam kes saman malu terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan memorandum rayuan yang dikemukakan adalah dalam bahasa Inggeris!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1211&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm&arc=hive


Benggali OKU ini jugak sebenarnya berjawatan pengerusi dalam PARTI RACIST yang ramai penganut KOMUNISME tadi.. Oleh itu, memang kita TIDAK heranlah jika banyak permintaan bukan-bukan seperti ini disuarakan.. OBJEKTIF mereka adalah SAMA!


NAMUN, KITA HERAN DI MANA SUARA 'PAK-PAK JANGGUT' PEJUANG BAHASA MELAYU YANG BERDEMONSTRASI MENOLAK PPSMI DAHULU DALAM ISU INI?


Apa pun, kita TIDAK heran semakin banyak desakan-desakan MENGARUT seperti ini akan dikeluarkan dari masa ke semasa.. Ini kerana kerajaan sendiri yang memberikan RUANG seluas-luasnya untuk tujuan seperti ini melalui KONSEP 1 MALAYSIA..

Sebelum ini BLOG ini pernah menyatakan bahawa KERAJAAN TIDAK PERNAH BERTINDAK TERHADAP PENGANUT KOMINISME DALAM PARTI RACIST INI YANG MENYALAH-TAFSIRKAN KONSEP 1 MALAYSIA UNTUK MEMBUAT BERMACAM-MACAM TUNTUTAN MENGARUT..

Namun, oleh kerana para pemimpin kerajaan kita (dibaca jugak sebagai pemimpin UMNO yang 'MENGKAGUMI' Singapork) adalah terdiri daripada mereka yang suka PUBLISITI MURAHAN dan MENG'GLAMOUR'kan diri sendiri, maka segala tuntutan yang menyalahi PERLEMBAGAAN NEGARA dan 'MENYAKITI' hati orang Melayu ini dipandang SEPI atau pakat buat BODO aje la...........

Wallahualam..

Thursday, December 10, 2009

Adakah dengan pergi ke Makkah akan jadikan seseorang 'PERASUAH' itu BERSIH?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

Kekadang tu kita hairan kenapa IBADAT yang kita perlu lakukan sebagai umat Islam hendak dijadikan MODAL POLITIK atau sebagai usaha untu mencari PUBLISITI MURAHAN.. Pada mulanya kita ingatkan cuma Lebai-Lebai PAS aje yang berSIKAP sebegini.. Tak sangka dalam UMNO pun ada jugak jenis JAHILLIYAH macam nih? KAH!KAH!KAH!

Almaklumlah.. Pemahaman Lebai PAS nih senang aje -> Pakai KOPIAH, selalu tunjuk muka kat masjid, sebut ayat-ayat Quran sikit dah dikira setaraf WALI dah walaupun LEPAS tu FITNAH orang, makan duit anak YATIM, makan duit derma ceramah atau menggalakkan KAFIR musuh Islam menghina saudara seagama.. Itulah yang menguasai minda Lebai-Lebai PAS walaupun kat mulut masing-masing berbuih bercakap KONONnya mahukan Islam!

Dalam UMNO pulak rupanya lagi JAHILIYYAH.. Buatlah dosa macam RASUAH ke, gadaikan harta rakyat ke, PECAH AMANAH ke, MAKSIAT ke -> kemudian bila musim haji, bagitau kat penyokong nak pergi haji atau buat umrah, terus aje penyokong dalam UMNO anggap dia BERSIH mengalahkan dicuci dengan sabun BREEZE! KAH!KAH!KAH!


Apabila TIMBUL ura-ura dalam akhbar KONONnya seorang PESALAH POLITIK WANG yang berjawatan Ketua Pemuda UMNO dikatakan akan dilantik oleh DS Najib ke dalam KABINETnya, maka berSORAK sakanlah para penyokong (LALAT-LALAT TAIK) PESALAH POLITIK WANG itu meraikan khabar angin yang belum pasti itu.. Yang KELAKAR tuh, segala KEBURUKKAN si PESALAH POLITIK WANG tu habis cuba di'CARMOUFLAGE'kan KONONnya si PESALAH POLITIK WANG tu dah ke MAKKAH semasa musim HAJI baru-baru ini? KAH!KAH!KAH!

Sejak bila pulak ada ajaran dalam Islam mengatakan DOSA seseorang CONTOHnya seperti mengamalkan RASUAH akan terhapus jika ke MAKKAH?

DOSA seseorang Islam hanya akan terhapus jika dia berTAUBAT NASUHA atau memohon MAAF dengan orang yang menerima akibat daripada perbuatan DOSA yang dilakukannya.. Pergi ke MAKKAH samada untuk IBADAT HAJI atau UMRAH tidak akan menghapuskan DOSA kerana itu adalah IBADAT yang dituntut perlaksanaannya oleh Allah SWT kepada kita sebagai hambaNYA.. Samalah macam rukun Islam yang lain seperti Solat, Puasa dan Zakat.. Semua IBADAT ini perlu dilakukan kerana kita ini hambaNYA.. Bukan kerana dengan berSOLAT, PUASA atau ZAKAT tanpa berTAUBAT terhadap DOSA yang dilakukan akan menghapuskan DOSA tersebut secara automatik!

Kita bukannya macam Lebai PAS yang suka mempersoalkan ibadat orang Islam lain.. Walaupun kita tahu PESALAH POLITIK WANG ini pernah didapati berSALAH mengamalkan RASUAH(POLITIK WANG), namun dalam soal IBADAT, itu adalah antara dia dengan Allah SWT.. Jadik, biarkanlah dia dengan urusannya..

Yang menjadi perSOALan dan perlu diberi perhatian adalah TINDAK-TANDUK atau gelagat LALAT-LALAT TAIK belaannya yang memberikan gambaran SALAH dan cuba 'KENCING' rakyat melalui BLOG-BLOG atau Forum-forum POLITIK seperti yang dinyatakan di atas..

Sesiapa pun berhak ke MAKKAH untuk HAJI, UMRAH atau ZIARAH.. Malah, Idi Amin, Saddam Hussein atau puak-puak yang menyelewengkan ajaran Islam pun pernah didapati ke MAKKAH.. Tidak ada BEZAnya sesiapa pun ke MAKKAH walaupun dia tuh lulusan OXFORD atau Ketua Pemuda UMNO sekalipun kerana di hadapan KAABAH, semua manusia adalah sama aje.. Jauh sekali untuk mengatakan kelayakkan seseorang diterima sebagai anggota jemaah Menteri hanya kerana dia pernah ke MAKKAH seperti yang dinyatakan oleh para LALAT TAIK belaannya! KAH!KAH!KAH!

-------------------------------------------------------------------------------

Jika kita ke MAKKAH untuk HAJI, UMRAH atau ZIARAH, kita harus memastikan kita tidak 'BERGELUMANG' dengan perkara-perkara 'KOTOR' agar IBADAT kita diterima oleh Allah SWT..

1) PASTIKAN SUMBER KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN KITA ADALAH DARI SUMBER YANG HALAL, HASIL TITIK PELUH SENDIRI DAN JELAS PEROLEHANNYA (samalah macam kes Pok Nik MB Kelantan tu..)

2) SEBENARNYA, DITUNTUT KITA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT ATAS DOSA KITA ATAU MEMOHON KEMAAFAN DENGAN PIHAK-PIHAK YANG PERNAH KITA LAKUKAN DOSA AGAR IBADAT KITA DI SANA DITERIMA OLEH ALLAH SWT..


-> SOALnya, adakah dia yang dimaksudkan dalam BLOG ini 'BERSIH' terutamanya dari perkara yang NOMBOR (1) tuh? HE!HE!HE!


-> DS Najib pun agak-agak le nak LANTIK orang dalam KABINET pun.. Kitorang ni dah TAK KISAH dah kalau DS Najib jadik PM UMNO terakhir pun.. Kalau BERANI, cubalah.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Wednesday, December 09, 2009

KeBODOHan UMNO akibat membela MENTERI 'HANJENG' yang melaksanakan agenda anti Melayu?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Di zaman Tun Dolah, para penyokong UMNO diKEJUTkan dengan TELATAH para pemimpin UMNO sendiri yang 'GHAIRAH' melaksanakan agenda dan kehendak pembangkang.. Maka di zaman Tun Dolah lah bermula tuntutan untuk menghilangkan hak-hak keistimewaan Melayu, meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain dan cubaan untuk menghapuskan penggunaan Bahasa Melayu secara beperingkat.. Usaha yang diPELOPORI oleh puak RACIST pendatang ini dituruti secara MEMBUTA-TULI oleh Tun Dolah atas nasihat menantu dan konco-konco LEVEL 4 BOYS KONONnya atas nama 'KETERBUKAAN' dan 'LIBERALISASI'..

Kali ini ADEGAN yang sama berulang lagi.. Mangsanya kali ini adalah BIRO TATANEGARA atau BTN.. Sekali lagi UMNO dilihat menjalankan kehendak dan agenda puak-puak RACIST yang sebenarnya ENGGAN pun mengiktiraf orang Melayu di negara ini.. Walaupun dalam masa yang SAMA beberapa ekor 'LALAT TAIK' dalam UMNO sering melaungkan Melayu PAS dan PKR sanggup mengGADAIkan bangsa demi menurut kehendak DAP, sebenarnya UMNO pun 2X5 jugak! Malah, yang lebih meMALUkan adalah UMNO seolah-olah 'KENCING'kan rakyat dan penyokong mereka sendiri khususnya orang Melayu dengan bersikap TALAM DUA MUKA!

Jadik apa BEZAnya kepimpinan UMNO bawah Tun Dolah dan DS Najib?

Apa untungnya Melayu memberikan sokongan kembali kepada UMNO jika pertukaran kepimpinan hanya sekadar 'KULIT' atau 'CARMOUFLAGE' sahaja?

Puak-puak RACIST mengatakan BTN menjalankan agenda UMNO dan bersifat perkauman Melayu.. Yang lebih memeranjatkan lagi UMNO dilihat seolah-olah 'MENGANGGUK' kepada kenyataan tersebut dan segera pulak membuat KEPUTUSAN untuk mengubah elemen dalam BTN dan mengakui KONONnya selama ini memang kursus BTN mempunyai OBJEKTIF sedemikian.. Kenyataan seorang Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ternyata menunjukkan lagi keBODOHan UMNO di bawah kepimpinan DS Najib..

Apabila Tun Mahathir menyuarakan pendapat beliau mengatakan tidak ada apa yang perlu diPINDA atau diubah dalam BTN, pantas pulak Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK'itu melabelkan Tun Mahathir sebagai RASIS? Adakah dengan menyuarakan pendapat sahaja maka sebegitu mudah untuk melabelkan orang sebagai RASIS? Malah, teguran TS Muhyiddin terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini dilihat tidak lebih sekadar untuk 'PLAYSAFE' demi mengelakkan kemarahan orang ramai terhadap UMNO!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

TAKUT sangatkah untuk DS Najib atau TS Muhyiddin untuk mengambil TINDAKKAN terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini?

Sedangkan dia nih tidak lebih sebagai LIABILITI dalam UMNO mahu pun kerajaan.. Lupakah DS Najib dan TS Muhyiddin tentang kenyataan Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' sebelum ini sehingga menyebabkan UMNO menerima PADAH?

1) Kenyataan beliau yang mengatakan Salleh Abbas diBERSARAkan bukannya diPECAT
semata-mata untuk meng'HALAL'kan pemberian EX-GRATIA sebanyak RM10 juta..

2) Kenyataan beliau yang menentang sekolah satu aliran sedangkan untuk menjayakan 1 Malaysia, sekolah satu aliran merupakan elemen utama yang perlu dilaksanakan menurut pakar pendidikan..

3) Melabelkan Tun Mahathir, TS Abu Talib dan TS Haniff Omar sebagai 'CROOK' KONONnya kerana mereka mengKRITIK kerajaan

BERAT sangatkan untuk DS Najib dan TS Muhyiddin bertindak terhadap Menteri HANJENG UMNO 'YANG KUAT MENYALAK' ini? 'BERSIH' sangatkah dia ini hingga hendak 'DISIMPAN' dalam kerajaan? Bukankah lebih baik dibuka kembali SIASATAN tentang menteri mana yang menyebabkan MARA hampir muflis dan menteri mana yang terlibat dalam skandal pemberian PERMIT TEKSI?

-------------------------------------------------------------------------------------

Rata-rata pelajar tajan kerajaan memang pernah menghadiri kursus BTN.. Sepanjang mengikuti kursus ini, tidak pernah pula ada elemen perkauman Melayu seperti yang didakwa oleh puak RACIST pendatang? Sebaliknya sekadar elemen kesedaran tentang asal-usul kaum masing-masing dan pentingnya untuk kaum-kaum ini bekerjasama untuk mengekalkan keharmonian negara.. Selain itu, elemen kerohanian, elemen kecergasan dan elemen kerja berpasukan diberi lebih penekanan..

ADAKAH INI SEMUA DIKATAKAN PERKAUMAN?

Sepatutnya tanya Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG itu, pernah ke tak dia menghadiri kursus BTN? Tu pasallah dia sanggup main POLITIK WANG!

Wallahualam..

Tuesday, December 01, 2009

Tun Mahathir dah bagi WARNING dah.. UMNO masih LALOK lagi ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa REAKSI anda terhadap tulisan terbaru dalam BLOG Chedet yang menyatakan tentang tahap sokongan terhadap UMNO tidak banyak mencerminkan perubahan sejak DS Najib mengambil-alih kepimpinan UMNO?Adalah lebih BAIK ahli-ahli UMNO mengambil berat apa yang diperkatakan dalam tulisan tersebut kerana memang ada keBENARan yang cuba ditunjukkan..

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html#more

Benarkah UMNO sudah PULIH seperti yang diwar-warkan oleh media pro-BN? Benarkah keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang membuktikan UMNO kembali mendapat sokongan rakyat seperti yang diMOMOKkan oleh media? Jika ditakdirkan pilihanraya DUN Kota Siputeh berlangsung, mampukah UMNO mengekalkan sokongan di sana?

Sebenarnya UMNO kena sedar tahap sokongan terhadap mereka tidak banyak berubah.. Walaupun rakyat bukannya sukakan DAP, PKR dan PAS, namun mereka lebih meluat dengan UMNO kerana merasakan undi yang mereka berikan kepada UMNO setiap kali pilihanraya DIKHIANATI dengan terpilihnya beberapa pemimpin yang mementingkan 'PERUT BUNCIT' masing-masing dalam parti.. Adakah UMNO merasakan mereka diterima oleh golongan seperti:-

1) GOLONGAN MUDA PROFESIONAL

Golongan ini merupakan golongan terpelajar dan rata-rata mereka berusia sekitar 20 hingga 40an.. Ramai di antara mereka adalah profesional yang bekerja di sektor minyak dan gas, pembinaan, kejuruteraan dan kedoktoran.. Namun, anda jangan terkejut jika mendapati sebahagian besar mereka tidak menyenangi kerajaan sekarang dan tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada bukan UMNO pada pilihanraya berikutnya.. Mereka tidak berMINAT dengan UMNO kerana UMNO cenderung meminggirkan golongan ini..

2) GOLONGAN PENDIDIK, PENGAJAR DAN INSTRUKTOR

Golongan ini sebenarnya rapat dengan kerajaan terutamanya dalam soal perlaksanaan dasar.. Namun, mereka juga amat rapat dengan RAKYAT terutamanya apabila mereka melihat sendiri nasib rakyat yang berhampiran dengan tempat mereka bertugas.. Malah, golongan ini mempunyai idealisme mereka sendiri terhadap UMNO dan mampu pula mempengaruhi pihak yang menimba ilmu dengan mereka untuk menolak UMNO..

3) GOLONGAN DALAM SEKTOR PERUNDANGAN

Golongan ini sebenarnya boleh dikatakan tidak pernah 'KAMCENG' dengan UMNO.. Walaupun ada beberapa peguam dalam UMNO, namun itu kerana kepentingan untuk menjalankan bisnes guaman mereka, bukan kerana mereka ingin memperjuangkan apa yang UMNO perjuangkan.. Tahap intelektual golongan ini membuatkan mereka dihormati oleh golongan kelas pertengahan di bandar-bandar seperti KL, Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.. Sebab itu UMNO tidak mendapat sambutan di sini..

Namun, tidak KETERLALUAN jika dikatakan UMNO sangat-sangat MEMENTINGkan golongan dinyatakan berikut ini walaupun mereka ini sebenarnya cuma beberapa kerat sangat dalam UMNO:-

4) GOLONGAN KONTRAKTOR, 'BISNESMAN' DAN 'BROKER' CARI MAKAN MELALUI KONTRAK KERAJAAN

Inilah golongan yang membuatkan UMNO dipandang SINIS dan tidak disenangi rakyat.. Jika anda beranggapan golongan ini adalah usahawan yang dilahirkan menerusi dasar-dasar UMNO seperti DEB, anda SILAP.. Golongan usahawan DEB sebenarnya sudah lama DIPINGGIRkan dalam UMNO! Golongan ini sebenarnya lebih ramai mengkagumi SINGAPURA dan syarikat-syarikat asing di mana mereka bernaung untuk mendapatkan KONTRAK kerajaan.. Golongan inilah yang banyak meMUSNAHkan kredibiliti agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan(GLC) seperti BERNAS dan BERNAMA TV.. Golongan ini lah yang menguasai HIERARKI atau 'KASTA' kepimpinan dalam UMNO sekarang ini!

5) GOLONGAN ARTIS DAN PENGHIBUR

Apabila ada keMEWAHan, adalah HIBURAN.. Malah bukan asing lagi untuk dikatakan jika UMNO menjadi PLATFORM untuk mencari POPULARITI atau 'GLAMOUR' untuk diri sendiri.. Rasanya tanpa UMNO, payah golongan ni nak cari makan.. Bukankah Ketua Pemuda UMNO sendiri yang menjadi 'MODEL FESYEN SAMBILAN' merupakan salah seorang daripada mereka ini? KAH!KAH!KAH!

Kita tidak mahu mengajar UMNO.. Biarkan UMNO menentukan nasibnya sendiri.. JIKA DITAKDIRKAN UMNO MENJADI SI LUNCAI YANG TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN! Ini kerana apa yang kita mahukan hanya menyampaikan suara rakyat dan apa persepsi rakyat terhadap UMNO yang telah diamanahkan dengan undi rakyat.. Kita tahu yang jadik PENYAKIT dalam UMNO bila ada beberapa orang yang masuk UMNO tapi PERASAN macam mereka tuh dah BERJASA besar.. Golongan ini anda boleh jumpa dalam forum-forum POLITIK tertentu.. Namun, semuanya terpulang kepada UMNO sendiri.. Kot TENGGELAM nanti, jangan SALAHkan rakyat pulak!

Wallahualam..

Thursday, November 26, 2009

APA yang perlu kita ingati tentang makna 'PENGORBANAN'


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SELAMAT HARI RAYA KORBAN..

PENDEK sahaja...

Selain daripada mengingati ibadah korban yang dipelopori oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, sebagai rakyat negara ini kita juga harus menyanjungi PENGORBANAN para perajurit terdahulu yang mempertahankan negara kita semasa darurat.. Janganlah kerana desakan tak masuk akal 'BEBERAPA EKOR PUAK RACIST' maka kita dengan mudah melupakan PENGORBANAN mereka.. Sampaikan orang yang takde TAAT SETIA kepada negara ini pun nak disanjung?

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_252e9fc9-7f000010-111c3670-7f9e15f8

Selain daripada itu, kita juga wajar menghargai PENGORBANAN anggota polis dan SPRM yang berusaha menjaga keamanan, ketenteraman awam dan juga menegakkan keadilan di negara kita.. Janganlah kerana mereka ini terpaksa 'MENYOAL-SIASAT BEBERAPA EKOR POLITICIAN PUAK RACIST' kerana kes RASUAH dan JENAYAH 'UNDERGROUND',maka tugas-tugas mereka cuba dihalang melalui MAHKAMAH..

HAKIM JUGA BELUM TENTU TERKECUALI DARIPADA 'MAIN POLITIK' SEPERTI PEGUAM..OLEH ITU, SISTEM KEHAKIMAN NEGARA INI JANGANLAH DIBUAT UMPAMA TARIK-TALI..

Psstt.. Takpe ke KORBAN LEMBU Hari Raya kali ini? Kang naya aje kena masuk MAHKAMAH?

Wallahualam..

Monday, November 23, 2009

Datuk Mukhriz harus baca ini sebelum menerima pencalonan DUN Kota Siputeh..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pengeluaran writ mengadakan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kota Siputeh.. Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan SPR diarahkan mengeluarkan writ dalam masa antara empat hingga 10 hari setelah keputusan diisytiharkan dan, PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari setelah writ itu dikeluarkan..

Antara nama yang dikatakan sesuai untuk menjadi calon di DUN Kota Siputeh ialah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.. Persoalannya, BENARKah Datuk Mukhriz calon yang sesuai dengan mengambil kira IKLIM politik semasa di Kedah? Benarkah Datuk Mukhriz merupakan 'KUNCI' untuk UMNO kembali menawan Kedah? Semalam, seorang penulis dalam Mingguan Malaysia telah menyatakan HARAPANnya agar Datuk Mukhriz mengetuai UMNO Kedah untuk merampas kembali negeri tersebut daripada PAS..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Namun, BLOG ini berpandangan sebaliknya.. Harapnyalah Datuk Mukhriz dapat membaca apa yang TERSIRAT disebalik yang TERSURAT..

1) Kita tahu rakyat Kedah memang menyanjung tinggi LEGASI Tun Dr. Mahathir.. Malah sukar untuk rakyat Kedah melupakan jasa beliau.. Namun, apa yang perlu diRISAUkan ialah 'PERANGAI BURUK' orang-orang UMNO sendiri khususnya UMNO Kedah..Datuk Mukhriz seharusnya TIDAK LUPA bagaimana bapanya Tun Dr. Mahathir pernah 'DITOLAK' sebagai perwakilan mewakili UMNO Kubang Pasu untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006! Pada masa itulah timbulnya isu 'SAMPUL COKLAT RM200' yang akhirnya 'LENYAP' entah ke mana..

2) Datuk Mukhriz sendiri jugak jangan LUPA bagaimana nama beliau sendiri diputuskan pada saat-saat akhir untuk menjadi calon di Jerlun selepas 'PERMAINAN TANGAN-TANGAN GHAIB' yang mengatur calon untuk Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.. Bukan RAHSIA lagi 'TANGAN-TANGAN GHAIB' dari Tingkat 4 Putrajaya 'SENGAJA' mengatur laluan sukar kepada Datuk Mukhriz pada masa itu agar tidak menjadi PESAING kepada seseorang yang terlampau BERNAFSU untuk menjadi PM termuda negara ini!

3) Datuk Mukhriz sendiri sepatutnya belajar daripada PENGALAMAN semasa beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tanggal Mac lalu.. Bagaimana Datuk Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak peringkat Bahagian dan Cawangan UMNO akhirnya diKALAHkan semasa pemilihan UMNO peringkat pusat di PWTC.. Walaupun 'MALAUN' yang memenangi jawatan tersebut disabitkan BERSALAH atas KESALAHAN POLITIK WANG, namun hakikatnya dalam UMNO, najis pun boleh jadi SUCI!

Oleh itu, adalah wajar Datuk Mukhriz membuat pertimbangan dan berfikir banyak kali sebelum menerima pencalonan untuk DUN Kota Siputeh.. Pastikan sokongan yang diterima adalah sokongan yang JELAS bukannya berbentuk 'VIRTUAL' yang direkacipta oleh 'TANGAN-TANGAN GHAIB' bertujuan untuk memastikan LEGASI cemerlang Tun Dr. Mahathir TERHAPUS lalu menyebabkan PESALAH POLITIK WANG seperti Ketua Pemuda UMNO dapat bermaharajalela dalam UMNO dan kerajaan!

Untuk membolehkan UMNO kembali memerintah Kedah yang ketika ini dilihat semakin 'SERASI' dengan DS Azizan Razak sebenarnya bukan MUDAH.. 'PEMBERSIHAN' harus dilakukan dalam UMNO Kedah terlebih dahulu.. Janganlah Datuk Mukhriz TERPEDAYA dengan beberapa BLOGGERS MURAHAN atau LALAT-LALAT TAIK yang KONONnya mengaku ahli / penyokong UMNO dari Kedah tetapi sebenarnya 'HANJENG KURAP' berbayar kepada pihak yang ingin menghancurkan karier POLITIK Datuk Mukhriz seperti mana mereka berjaya menghancurkan karier POLITIK bekas MB Selangor sebelum ini..

Jangan pisang berbuah banyak kali, JANGAN KENA SABOTAJ LAGI!!

Wallahualam..

Saturday, November 21, 2009

Badan Kehakiman dan Perudangan di negara ini seharusnya BEBAS daripada pengaruh POLITIK mana-mana pihak


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada tak sesiapa yang tidak tahu Rukunegara yang ke-4? Rukunegara yang ke-4 ialah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.. Prinsip Rukunegara seharusnya difahami dan diamalkan oleh semua rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman, pangkat mahu pun bangsa.. Namun, setakat manakah penghayatan Rukunegara ini dihayati oleh para ahli POLITIK dan mereka yang terlibat dalam melaksanakan agenda POLITIK? Terutamanya para ahli perundangan seperti hakim dan peguam, adakah mereka ini benar-benar profesional, bebas, menjunjung kedaulatan undang-undang dan ada akauntabiliti?

Kita sebagai rakyat tentu maklum apakah AKIBATnya jika ada hakim dan peguam negara kita membuat keputusan berlandaskan PEMAHAMAN POLITIK mereka atau akibat 'TEKANAN' POLITIK pihak-pihak tertentu.. Ini hanya akan menghuru-harakan negara.. Malah, contoh seperti ini boleh dilihat di negara-negara seperti Pakistan, Thailand dan beberapa negara Afrika.. Apabila para hakim dan peguam meletakkan kepentingan POLITIK mereka bersama-sama semasa perlaksanaan undang-undang, maka keadilan yang dilaksanakan lebih dilihat kepada 'KEADILAN BERASASKAN PERTIMBANGAN POLITIK' para hakim dan peguam tersebut..

Inilah contoh yang sepatutnya dielakkan daripada berlaku di negara kita ini.. Adakah WUJUDnya 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan perundangan yang dibuat oleh hakim-hakim melalui pengaruh POLITIK mereka? Malah, persoalan ini semakin memuncak melihat beberapa keputusan penghakiman melibatkan beberapa ahli POLITIK sejak kebelakangan ini.. Antaranya:-

1) Apabila Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa SPRM tidak wajar melakukan soal-siasat diluar waktu pejabat (office hours).. Menurut hakim, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Bagaimanakah kita hendak melihat perlaksanaan undang-undang yang TELUS khususnya dalam membasmi RASUAH jika semua urusan perlaksanaan undang-undang dilakukan semasa waktu pejabat? Apakah PENJENAYAH atau PESALAH UNDANG-UNDANG memilih waktu pejabat untuk melakukan JENAYAH atau melanggar undang-undang? Apakah gejala RASUAH akan berjaya dihapuskan jika sebegini keputusan yang dibuat? Seharusnya saranan agar SPRM membawa keputusan mahkamah ini ke peringkat lebih tinggi adalah wajar..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

2) Penangguhan demi penangguhan terhadap KES LIWAT Penasihat PKR..

Inilah perkara yang paling meMALUkan dan menJIJIKkan.. Dah la apa yang dilakukan menJIJIKkan, nak masuk mahkamah pun punyalah LIAT! Kita seharusnya melihat kes ini dari sudut MENCARI KEADILAN terutamanya kepada pihak yang didakwa jadik 'MANGSA'.. Bagaimana KEADILAN hendak dilaksanakan menerusi sistem perudangan yang sedia ada jika nak masuk mahkamah aje asyik kena TANGGUH dan hakim pulak asyik membenarkan penangguhan? Sampai bila KES MAIN BONTOT ni akan selesai jika KEADILAN yang seharusnya diputuskan di mahkamah tidak dapat dicapai?

Rakyat seharusnya melihat situasi sebegini dalam penuh waspada dan berhati-hati.. Ini kerana jika rakyat yang ingin mencari KEADILAN akibat menjadi 'MANGSA' ahli-ahli POLITIK dikhuatiri tidak akan mendapat kerana jika 'SALAH HAKIM' atau 'SALAH PEGUAM', anda akan semakin teruk 'DIMANGSAI'.. Malah, jika anda mempersoalkan keputusan hakim-hakim sebegini, anda mungkin dituduh pulak 'MENGHINA MAHKAMAH'..

Rakyat seharusnya menuntut agar mereka yang terlibat dalam menegakkan undang-undang negara ini seharusnya menjunjung 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG' dalam setiap keputusan mahkamah, bukannya menjunjung 'KEDAULATAN AHLI POLITIK' kerana terpengaruh atau 'TERMAKAN JASA' dengan ahli-ahli POLITIK terbabit.. Kita KHUATIR jika adegan masuk mahkamah seperti apa yang kita lihat dalam filem-filem Hindustan menjadi REALITI di negara ini..

Seringkali kita melihat keputusan di Mahkamah Tinggi berlawanan dengan keputusan di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan terutamanya KES melibatkan ahli-ahli POLITIK tertentu.. Yang menjadi mangsanya adalah para penjawat awam seperti POLIS dan SPRM kerana KREDIBILITI mereka akan dipersoalkan.. Jika mereka SALAH,maka SALAHlah.. Namun, jangan pulak mereka didapati bersalah kerana 'PEMIKIRAN POLITIK' hakim dan peguam terbabit mendapati mereka bersalah..

MALANGNYA, RAKYAT TIDAK BOLEH MEMILIH HAKIM ATAU PEGUAM TAPI RAKYAT HANYA BOLEH MEMILIH AHLI POLITIK.. AHLI POLITIK PULAK BOLEH MEMILIH PEGUAM ATAU HAKIM MANA UNTUK MEMBICARAKAN KES MEREKA..

Seharusnya 1 MALAYSIA jugak patut menjunjung KEDAULATAN UNDANG-UNDANG bukannya takat main KEMPEN hampeh kat media aje!!!

Wallahualam..

Wednesday, November 18, 2009

Rakyat Selangor akan diperBODOHkan dengan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai RM1


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila Penasihat PKR dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor oleh Menteri Besarnya TS Khalid Ibrahim dengan 'UPAH' sekadar RM1, anda seharusnya berasa curiga dan melihat dari perspektif berlainan.. Dengan kata lain, sudah tentu ada udang di sebalik batu dengan perlantikkan ini..

1) Anda seharusnya melihat kenapa kerajaan negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak melantik Penasihat PKR ini dengan jawatan yang sama.. Sekiranya beliau benar-benar hebat, sudah tentu khidmatnya diperlukan di negeri-negeri terbabit yang dilihat kurang maju berbanding Selangor.. Namun, hakikatnya berlaku kes PILIH BULU di mana dia dilantik di Selangor mungkin kerana PKR berkuasa di sini?

2) Kebarangkalian beliau tidak dilantik di negeri-negeri lain kerana dia tahu dia bukanlah HEBAT mana pun dalam bidang ekonomi.. Kehebatan beliau semasa menjadi Menteri Kewangan di bawah kerajaan BN sebelum ini pun kerana dia dibantu oleh Tun DR. Mahathir dan tentunya Tun Daim Zainuddin.. Dengan kata lain, 'NASIHAT' dia di negeri-negeri lain mungkin menyebabkan negeri-negeri tersebut ditumbangkan oleh BN kelak.. Kalau di Selangor, sekurang-kurangnya pengalaman TS Khalid dapat membantunya..

3) Ada juga kemungkinan dia dilantik untuk membolehkan 'APPRENTICE' kesayangannya mengukuhkan kedudukan POLITIK di Selangor.. Alah.. 'APPRENTICE' dia yang jadi YB DUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak tuh.. 'APPRENTICE' yang sekarang ini bermasalah kerana dikatakan memilikki SAHAM sebanyak RM8 juta semasa bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan Penasihat PKR ini sendiri! Kerajaan Selangor sebelum ini pun bergolak kerana hubungan yang 'KURANG MESRA' antara 'APPRENTICE' ini dengan TS Khalid sendiri!

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

4) Ramai antara kita 'DIPERDAYAKAN' kononnya Penasihat PKR ini dibayar dengan RM1 untuk khidmatnya sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.. BENARkah begitu? Anda jangan lupa Penasihat PKR ini bukannya jenis 'ZUHUD' atau berlakon 'ZUHUD' macam sesetengah Lebai PAS di Kelantan.. Anda boleh lihat sendiri rumah barunya di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM7 juta.. Dikhabarkan dia pakai 'JAGUAR' sebagai kereta rasminya.. Malah, dia juga sering ke luar negara sana-sini hinggakan 'COFFEE BOY'nya pun dibawa sekali? Tidakkah itu semua memBUKTIkan dia MEWAH? Dari mana sumber pembiayaannya? Masihkah lagi anda percaya dia cuma dibayar RM1?

5) Kita bukan tidak tahu selama ini berapa ramai KRONI-KRONInya dikayakan secara langsung atau tidak langsung semasa dia berada dalam kerajaan BN.. Malah, sekarang ini pun jika anda meneliti krisis yang berlaku dalam PKR, anda akan dapati mereka semua ini berKRISIS hanya kerana RM atau tak puas hati dengan pengagihan RM! Dengan kata lain, 'PENYAKIT' yang dibawa oleh dia ini baik semasa dia dalam UMNO mahupun dalam PKR semuanya berkaitan dengan RM! Adakah anda masih lagi percaya dia dibayar RM1?

Tun Dr. Mahathir berkata BENAR dalam BLOGnya berhubung dengan pemilihan Penasihat PKR ini.. Langkah-langkah yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengatasi krisis ekonomi tahun 1998 telah pun dicontohi oleh negara seperti US sendiri pada hari ini.. Apa pula BUKTI yang mengatakan Penasihat PKR ini LAYAK dan ada KREDIBILITI untuk 'menasihati' Kerajaan Selangor dalam soal pengurusan kewangan?

Kalau sebelum ini UMNO dan BN dituduh MEROMPAK hasil kekayaan negeri Selangor, kali ini rakyat negeri Selangor kenalah bersedia pula untuk diROMPAK oleh PKR dan Pakatan Rakyat.. Malah, jangan terkejut kalau kali ini kegiatan 'UNDERWORLD' pula akan berleluasa KONONnya atas alasan untuk menjana EKONOMI negeri Selangor! Malang benar rakyat Selangor.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Tuesday, November 17, 2009

Kisah dua orang menantu pemimpin kita -> Menantu Pak Lah & Menantu Pok Nik..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita tak faham apa KRITERIA orang kita pilih menantu.. Adakah mereka memilih kerana mahukan yang berpelajaran tinggi atau kerana mahukan menantu yang benar-benar berakhlak dan beriman seperti yang dituntut oleh agama.. Malah kesilapan memilih menantu ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. Dalam KONTEKS ini, dua orang pemimpin Melayu nampaknya boleh dikategorikan SALAH PILIH MENANTU kerana menantu yang diharapkan ternyata memusnahkan KARIER POLITIK mereka sendiri..

MENANTU POK NIK MB KELANTAN:-

Menantu Pok Nik kita kali ini benar-benar menggemparkan negara kerana dikatakan merancang untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS ketika ini.. Walaupun ini hanyalah TUDUHAN yang berasal daripada seorang blogger yang dipecat daripada jawatan dalam GLC Kerajaan Negeri Kelantan, namun TUDUHAN ini benar-benar mengejutkan kepimpinan PAS sendiri.. Malah, dikatakan menantu Pok Nik terlibat dalam unsur tidak sihat dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan hingga menyebabkan dia bakal kena soal-siasat dengan SPRM..

http://kickdefella.wordpress.com/

Malah menantu Pok Nik kita jugak dikaitkan dengan unsur tidak sihat apabila bersekongkol dengan seorang ahli perniagaan yang dikatakan menaja Pok Nik untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini.. Malah, dikatakan pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Pok Nik sendiri.. Tuduhan ini menyebabkan Pok Nik TAWAR HATI untuk mengerjakan haji..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f8f6d2da-7f000010-111c3670-f2e56b9f

Tetapi yang paling mengejutkan adalah pendedahan bahawa menantu Pok Nik sebenarnya adalah ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO.. Aik? Bukan ke UMNO selama ini sentiasa dibenci oleh Pok Nik kita nih bermati-matian?

http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/15/tauke-teng-nudin-awang-dan-george-michael/

Apa pun ini kisah menantu Pok Nik kita.. Jangan pulak kita lupakan kisah seorang lagi menantu pemimpin kita iaitu menantu Pak Lah pulak..

MENANTU PAK LAH BEKAS PM MALAYSIA:-

Yang ni rasanya tak payah diperkenalkan pasal satu DUNIA pun tahu.. Almaklumlah.. Mana ada lagi menantu yang membawa 'DISASTER' kepada Pak Mertuanya sendiri melainkan dia ini.. Seteruk-teruk kelakuan Abdul Wahub terhadap Bapa Mertuanya dalam cerita 3 ABDUL, dia nih lagi la teruk.. Kalau dalam cerita 3 ABDUL, si Abdul Wahub 'MENSEDEKAH' harta bapa mertuanya, menantu Pak Lah ni nyaris satu negara diGADAIkan semata-mata nak 'KENYANGkan' kawan-kawan dia!

Rasanya segala keburukkan atau kecelakaan menantu Pak Lah ini telah banyak kali didedahkan baik dalam BLOG-BLOG, mahu pun dalam forum-forum online yang bersifat kepolitikkan.. Jadik, tak payahlah kita cerita penjang-panjang pun.. Silalah semak sendiri.. Dalam BLOG ini pun ada sikit-sikit.. Cuma rasanye menantu Pak Lah ni jenis TEBAL MUKA.. Almaklumla.. Kalau jiwa tuh jiwa Melayu, dah lama dah mengundurkan diri dan menjadi menantu yang BAIK..

Cuma satu aje PERSAMAAN antara menantu Pok Nik dengan menantu Pak Lah.. Tang keupayaan mereka berdua 'UTILISING THEIR FATHER IN LAW' POWER IN POLITIC' tuh memang SAMA 100%.. Tok sah dok kata la diorang berdua ni berbuat demikian nemi rakyat, negara etc.. Yang nyatanya sorang menjahanamkan negeri, sorang lagi nyaris menjahanamkan negara!!

Sepatutnya Rancangan Cari Menantu di TV9 disiarkan lebih awal 10 tahun dahulu lagi.. Malah, baik Pok Nik mahupun Pak Lah sepatutnya menyertai rancangan seperti ini agar tidak tersalah pilih menantu..Bak kata S. Shamsuddin dalam cerita AHMAD ALBAB -> "Ini bukan anak menantu tapi anak hantu!" KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Sunday, November 15, 2009

Ketua Pemuda UMNO VS Naib Presiden PKR -> APABILA KUALI MENGATAKAN BONTOT PERIUK LEBIH HITAM


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Orang Melayu sebenarnya KAYA dengan perumpamaan atau BIDALAN yang diwarisi turun-temurun dan zaman berzaman.. Sekarang ini cuma beberapa KERAT aje generasi musa Melayu yang benar-benar berminat dengan BIDALAN.. Selebihnya? Takat ingat nama artis atau nama lagu tu memang mahirla.. KALAU JENIS 'BERCHOP' OXFORD ATAU CAMBRIDGE, RASANYA MEMANG JAHIL KOT DENGAN BIDALAN SEPERTI INI.. Kot tak, mesti dia tau MALU nak lakukan perkara salah seperti POLITIK WANG.. HE!HE!HE!

"APABILA KUALI MENGATAKAN BONTOT PERIUK LEBIH HITAM"..Sebenarnya perkataan 'BONTOT' nih agak SENSITIF nak diperkatakan.. Almaklumlah, ada yang 'TERASA' nanti terutamanya ahli-ahli PKR.. Namun, kepada mereka yang SENSITIF tuh, harap fahamlah maksud sebenar bidalan ini.. Maksudnya ialah apabila KEBURUKKAN KITA DIDIAMKAN SEBALIKNYA KEBURUKKAN ORANG PULAK DIDEDAHKAN.. Ini sangat bertepatan untuk ditujukan kepada dua orang ahli POLITIK yang dimaksudkan ini..

Apabila PESALAH POLITIK WANG yang berjawatan Ketua Pemuda UMNO mahukan penjelasan Naib Presiden PKR berhubung tuduhan soal pembelian saham RM8 juta oleh dia dan keluarganya, kita dah patut GELAK terbahak-bahak.. Inilah dia yang dikatakan "APABILA KUALI MENGATAKAN BONTOT PERIUK LEBIH HITAM".. Adakah Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG itu 'BERSIH' sangat? Apakah dia BONGOK sangat hingga ingat rakyat lupa dia tu pun 2X5 jugak berbanding Naib Presiden PKR tersebut?

Menurut kata Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini:-

"It is not wrong to buy shares, but an explanation is necessary as to how the purchase was financed. He must have an answer and an explanation, and we are waiting for the explanation," he told reporters after launching a consumer campaign to cultivate vegetable plots organised by Fomca at the Taman Tuanku Ja'afar community hall in Sungai Gadut near here on Saturday.

He was asked to comment on the allegation by Vigneswaran on the purchase of shares worth RM8 mil involving three individuals, including Azmin, in the early 1990s as reported in several newspapers


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/14/nation/20091114144312&sec=nation


HE!HE!HE! ADAKAH DIA INGAT KITA LUPA JAWAPAN DIA SENDIRI APABILA DISOAL TENTANG PEMILIKAN SAHAM ECM LIBRA?

http://www.malaysiakini.com/news/99636

Itu jawapan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG apabila disoal tentang pemilikan saham ECM Libra.. Jawapan pun 2X5 aje.. Apa agaknya jawapan dia apabila disoal tentang kesalahan POLITIK WANG yang dilakukannya semasa pemilihan UMNO awal tahun ini?

Dia sendiri pun KELABU ASAP, ada hati pulak nak 'KENEN' orang lain.. Elokla tu.. Baik Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG mahu pun Naib Presiden PKR ini, mereka berdua pun sebenarnya 'APPRENTICE' kepada individu yang sama.. Kenyataan akhbarnya ini pun TAK LEBIH sekadar PUBLISTI MURAHAN aje.. HE!HE!HE!

Sempena Hari Raya KORBAN tak lama lagi, UMNO harus mengambil inisiatif 'MENGORBAN'kan dia ini sekiranya mahu kembali meraih sokongan rakyat.. Kalau tak, memang UMNO yang akan 'DIKORBANKAN' dalam pilihanraya berikutnya nanti..

Wallahualam..

Friday, November 13, 2009

Bukan MB Kelantan aje, KM Melaka pun 2X5 jugak dalam bab MERAPU depan rakyat nih..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selama ini kita asyik diDEDAHkan dengan kisah Pok Nik, MB Kelantan yang kuat MERAPU hinggakan beliau nak pergi HAJI pun KONONnya dipertikaikan pembiayaannya.. Namun, kali ini apa kita lihat pulak kisah seorang Ketua Menteri(KM) daripada BN di sebuah negeri yang bersejarah.. KM ni sekali tengok memang pandai mentadbir negerinya yang kecil tu.. Namun, kalau kita tengok berkali-kali, kita akan dapati tahap MERAPUnya pun memang tidak KALAH berbanding Pok Nik kita..

Utusan Malaysia 12 November melaporkan semasa sidang DUN Melaka, KMnya mahukan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka bernilai RM44 bilion diteruskan.. Apa yang mengejutkan kita adalah kenyataan KM tersebut seperti di bawah:-

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ini kerana kos projek itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang melaksanakan pembinaan jambatan sejauh 52 kilometer melalui pinjaman kewangan dari China iaitu Axim Bank.

Katanya, tiada sebab ada pihak mempertikaikan rancangan pembinaan jambatan tersebut kerana pulangan projek itu mampu meningkatkan pembangunan sosial ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut.

''Saya tidak faham mengapa pihak pembangkang mempersoalkan keupayaan Melaka untuk mempunyai jambatan ini dan membandingkan kemampuan Melaka mempunyai projek mega itu dengan Singapura.

''Ini kerana menurut mereka, Melaka tiada standard untuk projek mega seperti ini," katanya pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm


Kita tidak tahu sekaya mana negeri Melaka itu.. Adakah Melaka sekaya Selangor, Johor dan Pulau Pinang? Atau Melaka lebih kaya daripada negeri-negeri yang disebutkan? Jika tidak kaya sangat, janganlah sampai nak berHUTANG RM44 bilion semata-mata untuk membina jambatan yang kita sendiri pun tidak tahu apa fungsinya?

- Adakah tujuan pembinaan jambatan tersebut untuk mengatasi kesesakan lalu lintas seperti kes Tambak Johor? Atau sekadar nak kutip TOL sahaja?

- Apa bukti pembinaan jambatan tersebut KONONnya mampu mampu meningkatkan pembangunan sosial ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut? Apa yang hendak dicapai jika caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 hingga AS$85? Bukan ke itu aje akan meningkatkan kos pengangkutan / perjalanan? Rakyat ke yang dapat kutip TOL?

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=433797

- Adakah Melaka selama ini tidak maju dan tidak terkenal kerana tiada jambatan menghubungkan Sumatera? Adakah orang tidak akan pergi ke Melaka kerana tidak ada jambatan?

SALAH SATU PERANGAI KM MELAKA YANG MEMBUATKAN ORANG MELUAT IALAH KERANA BELIAU SUKA 'QUOTE' KONONNYA APA YANG DIA LAKUKAN ATAS 'SOKONGAN' PEMIMPIN TERTENTU.. SAMA JUGAKLA SEMASA BELIAU BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN UMNO AWAL TAHUN INI KONONNYA 'DIRESTUI' OLEH PRESIDEN PARTI KETIKA ITU? DAH JADIK 'TREND' PULAK DAH PAKAI NAMA ORANG LAIN UNTUK MENJAYAKAN AGENDA SENDIRI!

Sebagai rakyat, adakah anda YAKIN projek jambatan yang dimaksudkan benar-benar memberi MANFAAT kepada rakyat khususnya rakyat negeri Melaka sedangkan orang yang beriya-iya mahukan jambatan ini dibina pernah dicemari dengan KESALAHAN POLITIK WANG semasa pemilihan partinya sendiri? Apa akan jadi jika jambatan dibina tetapi rakyat yang menanggung HUTANG dengan pihak luar yang membiayai kos tersebut?

Apabila Tun Mahathir membatalkan pembinaan jambatan tersebut tahun 1998, beliau meletakkan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.. Apa gunanya jika rakyat menanggung HUTANG untuk melaksanakan sesuatu pembangunan? APAKAH KITA MAHU SATU LAGI PROJEK YANG GAGAL SEPERTI PKFZ?

Wallahualam..

Tuesday, November 10, 2009

Klip VK Linggam - Siapa yang membodohkan dan siapa yang diperbodohkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semua MAKLUM apa tujuan sebenar KLIP Video VK Linggam diSENSASIkan.. Ianya tidak lebih daripada percubaan dua pihak untuk memalukan dan mencabar KREDIBILITI bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.. Mereka khuatir kerana pada masa tersebut, ada PIHAK merasakan kritikkan atau suara lantang Tun Dr. Mahathir akan menjejaskan karier POLITIK mereka untuk mencapai jawatan yang diidamkan - PERDANA MENTERI Malaysia!

Dua PIHAK yang diMAKSUDkan sebenarnya saling berkait antara satu sama lain.. Satu PIHAK merasakan dirinya begitu berkuasa kerana BAPA MERTUAnya ketika itu memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.. Sementara satu pihak lagi pulak 'TERINGIN' nak berkuasa pasal terpaksa dok lama dalam Jel Sungai Buloh atas kesalahan menJUBOR orang! Kedua-dua PIHAK ini sebenarnya bekerjasama 'BELAKANG TABIR' kononnya untuk memalukan sekaligus 'mendiamkan' Tun Dr. Mahathir yang lantang ketika itu..

Semalam, seorang Menteri Kerajaan yang kita tahu KECERDIKKANnya dipertikaikan sebelum ini memberi jawapan seperti berikut apabila disoal tentang kes ini di dalam Dewan Rakyat:-

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.

"Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum,"


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=453773


KAH!KAH!KAH!

- Selepas Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat keSAHIHan KLIP VIDEO tersebut baru sedar kerajaan telah buat kerja sia-sia?

- Selepas kerajaan bayar EX-GRATIA pakai DUIT RAKYAT kononnya atas alasan HAKIM-HAKIM tersebut teraniaya, barulah kerajaan sedar mereka buat kerja BODO?

- Selepas kerajaan BN nyaris tumbang selesa PRU 12 akibat menSESASIkan isu ini, baru sedar kerajaan diMALUkan hasil perbuatan mereka sendiri?

- Selepas kerajaan BN beriya-iya 'MELAYAN' temberang ALJUBOR yang menSENSASIkan isu ini, baru tau ke yang ALJUBOR pun tak berani nak serahkan keseluruhan rakaman penuh KLIP VIDEO tersebut? - Takut KANTOI?

- Pi Mai Pi Mai, akhirnya kuasa pemutus perlantikkan Ketua Hakim terletak di tangan Perdana Menteri jugak? Masa tu ke baru SEDAR tiada HUKUMAN untuk mengHUKUM si Linggam nih?

Siapakah pihak yang berolah keUNTUNGan hasil daripada 'KEBODOHAN' kerajaan BN pada masa itu kerana melayan isu sebegini?

1) HAKIM-HAKIM yang dipecat dengan perkenan YDP Agong kerana dapat duit EX-GRATIA berjuta-juta RM

2) Zaid Ibrahim kerana dia menSENSASIkan isu ini semasa dalam kerajaan selepas itu buat 'DONNO' dan 'CUCI TANGAN', kerajaan BN yang BODOH kena mencuci TAIKnya ini!

3) 'BABI TONYOK' yang dapat jadik Ahli Parlimen secara PERCUMA hasil rakaman video KLIP ini walaupun 'BABI TONYOK' tuh nak berbahasa Melayu pun kena orang lain ajar?

INDIVIDU yang cuba dimalukan iaitu Tun Dr. Mahathir banyak kali menyatakan beliau bersedia untuk didakwa mahu pun disoal siasat berhubung isu ini.. Namun, nampaknya hajat beliau tak kesampaian pasal tak ke mana isu ini rupanya.. HE!HE!HE!

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/lingam-tapes.html

Akhir sekali, siapakah yang BODOH dalam soal ini? -> KERAJAAN, KERAJAAN dan UMNO yang menerajui KERAJAAN! Maaf ye, tapi itulah REALITInya! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Sunday, November 08, 2009

Selepas berpecah kepada UMNO & PAS, sekarang ini umat Islam berpecah pulak kepada WAHABI & bukan WAHABI? Apa ni?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita bukan ALIM atau ilmu tinggi sangat untuk berbicara soal agama Islam.. Malah, kita hanya umat Islam biasa yang kekadang tu terlalai jugak mengerjakan apa yang dituntut oleh Islam.. Namun, selagi kita mengamalkan rukun Islam 5 perkara dan pecaya kepada Rukun Iman 6 perkara, kita berhak mengambil tahu dan menyuarakan pandangan kita terhadap perkembangan terkini soal agama Islam di negara ini..

Ini kerana Islam satu-satunya agama yang toleran dan tidak pernah meletakkan 'KASTA' kepada umatnya untuk membicarakan soal-soal agama.. Hanya sifat UJUB, RIYA dan TAKBUR dalam sesetengah golongan yang merasakan diri mereka 'LEBIH ALIM DARI ORANG LAIN' atau 'LEBIH UTAMA UNTUK MASUK SYURGA' itu yang merosakkan.. Sedangkan Islam itu sendiri tidak pernah mengatakan sedemikian.. Namun, inilah DEFINISI baru yang cuba dibawa oleh satu golongan dalam negara kita terhadap agama Islam ini.. Malah, golongan ini pulak dilihat menguasai banyak institusi agama Islam dan Majlis Agama Islam di negara ini..

Selepas penangkapan Dr. Asri di Hulu Klang kerana berceramah tanpa TAULIAH baru-baru ini, antara tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau adalah KONONnya Dr. Asri dikatakan cuba mempelopori ajaran WAHABI di negara ini.. Malah, tuduhan beliau dan beberapa ulama konvensional mengamalkan WAHABI bukannya perkara baru yang pernah dilemparkan terhadpa mereka.. Kita letak TEPI dahululah soal Dr. Asri ini WAHABI atau tidak.. Itu biar beliau sendiri menjawabnya.. Yang UTAMAnya kenapa WAHABI ini harus 'DILABELKAN' seolah-olah macam ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin?

Antara negara yang mengamalkan ajaran WAHABI adalah negara di mana terletaknya KIBLAT umat Islam dan makam Rasulullah SAW iaitu Arab Saudi.. Negara yang sepatutnya menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam di dunia ini.. Ajaran WAHABI digambarkan sebagai ajaran Islam yang bercorak 'KERAS' berbanding ajaran lain.. Namun, ini tidak bermakna Malaysia tidak mengiktiraf Arab Saudi.. Malah, setiap tahun puluhan ribu umat Islam negara ini solat berimamkan imam Arab Saudi di Kota Suci Mekah.. Mana kita tahu kalau ada antara imam tersebut ialah pendokong WAHABI?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Malaysia_-_Arab_Saudi

Inilah yang menyebabkan Dr. Mashithah Ibrahim menyatakan seperti di bawah:-

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,”


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1105&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm&arc=hive


Malah, MAJLIS FATWA KEBANGSAAN pun tidak pernah mengeluarkan fatwa fahaman WAHABI sebagai SESAT setaraf dengan ajaran Ayah Pin? Jadik? Apa yang jadik masalahnya hinggakan kita berpecah dan berbalah sesama sendiri kerana tuduhan me'WAHABI'kan orang Islam lain?

SIKAP 'PELACUR' AGAMA ISLAM DALAM INSTITUSI AGAMA ISLAM & MAJLIS AGAMA ISLAM YANG MELABELKAN ORANG LAIN SEBAGAI WAHABI DAN SEBAGAINYA HINGGA MENIMBULKAN PERPECAHAN SESAMA UMAT ISLAM DI NEGARA INI ADALAH SANGAT MEMALUKAN DAN MENJIJIKKAN!!

Nabi SAW sendiri tidak pernah meninggalkan banyak cabang atau aliran Islam kepada umatnya.. Hanya satu jenis sahaja Islam yang ditinggalkan oleh Nabi SAW.. Kenapa kita tidak cuba mempertahan yang satu jenis itu sebaliknya SIBUK nak memecah-belahkan yang Islam yang satu ini kepada banyak jenis? Bukankah kita sendiri yang MEROSAKKAN Islam itu sendiri? Tidak MALUkah kita jika melihat Islam dipersendakan oleh bukan Islam kerana SIKAP kita yang suka 'MELABEL'kan sesama Islam?

BLOG INI BUKAN PENYOKONG SESIAPA BAIK WAHABI MAHUPUN BUKAN WAHABI.. CUMA MELUAT DENGAN GELAGAT MEREKA YANG MEMAKAI 'TITLE' DALAM AGAMA ISLAM TETAPI SIBUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DARIPADA MEMPERTAHANKANNYA!

Bukankah permuafakatan, mufarakah atau perbahasan secara ilmu sangat dituntut dalam Islam demi menyatu-padukan umatnya? Kenapa langkah sebegini tidak dititik-beratkan? Bersatulah kita sesama umat Islam sempena musim HAJI ini..

Wallahualam..