DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, August 30, 2010

Tak cukup-cukup lagi nak HANCURkan negara kerana POLITIK KEPARAT mereka ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

- Dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya dipenuhi dengan AMAL IBADAT pun mereka masih tak boleh TINGGALkan POLITIK..

- Dalam bulan KEMERDEKAAN yang patut disambut oleh seluruh RAKYAT JELATA pun mereka masih tak boleh TINGGALkan POLITIK..

- Dalam MASJID pun mereka masih tak boleh TINGGALkan POLITIK..

- Kali INI dalam KAMPUS yang sepatutnya menjadi tempat generasi MUDA menuntut ILMU pun mereka cuba menCEMARinya dengan POLITIK..

Pendek kata, seolah-olah sudah menjadi keGILAan mereka yang KONONnya mengaku sebagai PEMIMPIN untuk berPOLITIK tanpa mengira tempat WAKTU malah tanpa mengira peringkat UMUR sekalipun.. Kita sebagai RAKYAT sudah tidak nampak PERKARA yang langsung tidak ada POLITIK atau pun tidak berKAIT dengan POLITIK.. Sudah 53 tahun negara ini MERDEKA, namun kita masih meLAYAN tuntutan POLITIK SEMPIT sesetengah PEMIMPIN yang JUMUD dan PERASAN seolah-olah mereka tuh BAGUS sangat? Malah, POLITIK mereka yang JIJIK itu hendak di bawa merata-rata bukan sahaja dalam MASJID, malah hingga mahu masuk ke KAMPUS dengan alasan KONONnya untuk memberi penDEDAHan kepada Sistem DEMOKRASI yang mana mereka sendiri telah pun menCEMARinya dengan GEJALA POLITIK WANG!

Sebelum ini, BLOG ini pernah memperKATAkan tentang beberapa PEMIMPIN POLITIK yang begitu GILA memPOLITIKkan semua perkara.. Disebabkan penolakkan oleh RAKYAT negara ini terhadap TINDAKKAN mereka itu sangat KUAT, mereka cuba mencari PENGARUH di IPT-IPT agar dapat meLAHIRkan lebih ramai golongan yang kuat MAIN POLITIK WANG seperti mereka kelak.. Adakah itu objektif UTAMA kerajaan membina IPT? Atau sebenarnya INI adalah HASRAT jahat sesetengah PEMIMPIN MURAHAN untuk terus memporak-perandakan NEGARA ini dengan POLITIK sempit mereka?

BLOG ini pernah menyatakan tentang PERBEZAAN ketara antara menjadi PEMIMPIN dan menjadi AHLI POLITIK.. Sila rujuk balik..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2010/08/anda-mahukan-lebih-ramai-ahli-politik.html

BLOG ini berSETUJU dengan keputusan Kabinet pada 11 Ogos 2010 lalu yang telah membuat kenyataan TEGAS tidak berSETUJU dengan saranan membenarkan penglibatan para SISWAZAH dalam POLITIK.. Oleh kerana ianya diPUTUSkan atas nama 'Keputusan KABINET', maka WAJIBlah anggota KABINET itu sendiri iaitu para Menteri dan timbalan masing-masing mematuhinya dan pada masa yang SAMA memberikan penJELASan kepada UMUM berkenaan keputusan KABINET tersebut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive

Kalau Lebai PAS atau mana-mana AHLI POLITIK dari PR yang memBANTAH, kita FAHAMla pasal sememangnya POPULARITI mereka bergantung kepada POLITIK.. Namun, kita HARIAN ada di kalangan AHLI POLITIK BN sendiri yang semacam mempertikaikan keputusan KABINET tersebut.. Antaranya seorang Timbalan Menteri yang sehingga HARI ini masih ENGGAN menerima keputusan KABINET yang menolak pembabitan pelajar UNIVERSITI dalam POLITIK..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Di sini ada SOALAN yang kita nak TANYA.. Adakah kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin sedar akan IMPLIKASI jika ada antara anggota KABINET mereka enggan mematuhi keputusan KABINET sendiri? Adakah BN mahu mengulangi sejarah pemBELOTan Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng? Adakah BN sekali lagi mahu diLIHAT oleh RAKYAT mengamalkan dasar 'FLIP-FLOP'seperti mana kepimpinan PM 'Pak Mertua' PESALAH POLITIK WANG dahulu? Perlukah PM dan TPM meLAYAN kemahuan dia ini yang JELAS bersekongkol dengan PESALAH POLITIK WANG untuk memberi tekanan kepada kepimpinan BN sendiri?

Adakah PM masih tidak NAMPAK bagaimana mereka menSABOTAJ parti dengan menJALANkan kerja-kerja musuh BN dan UMNO di dalam parti sendiri? Adakah ini akan memulihkan keYAKINan rakyat kepada BN? Tidak timbul pun isu KONONnya nak memberi penDEDAHan kepada Sistem DEMOKRASI di IPT.. Itu cumalah 'CARMOUFLAGE' dia sahaja.. Seorang Naib Presiden PAS yang tak ada sijil SPM pun, boleh jugak jadi pemimpin parti tersebut? Boleh jugak dia MENANG pilihanraya yang dijalankan secara DEMOKRASI? Adakah para pelajar IPT kita cuba diperBODOHkan oleh Timbalan Menteri sendiri?

Adakah kita MAHU para penuntut IPT menjadi seperti mahasiswa di Indonesia, Filipina atau Thailand yang mengHANCURkan negara sendiri demi memenuhi TUNTUTAN POLITIK yang di'JENAMA'kan KONONnya sebagai TUNTUTAN DEMOKRASI?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS