DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 23, 2012

'PAMERAN' peniaga Melayu/BUMIPUTERA pada ZAMAN penJAJAHan KOLONIALisme di KLCC?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam pada beBERAPA juruBLOG sibuk dok memPERTIKAIkan ISU kamera AES, kita meRASAkan bahawa ISU seorang PENIAGA Melayu/BUMIPUTERA yang diTINDAS di KLCC ini jugak patut diBERIkan PERHATIAN yang SAMA.. Malah, ISU inilah yang patut diBERIkan lebih PERHATIAN kerana untuk apa kita mengecap NIKMAT keMERDEKAan jika masih terdapat ISU-ISU sebegini yang masih lagi memBELENGGU kaum Melayu/BUMIPUTERA di NEGARA ini? Apakah segala perJUANGan para PEJUANG keMERDEKAan ini hanya SIA-SIA kerana kita SENGAJA buat PEJAM MATA terhadap ISU-ISU sebegini? TIDAK diHINAkah kita?

Hanya BAHLOL yang mengatakan kaum Melayu/BUMIPUTERA TIDAK tahu berNIAGA.. SEJARAH dah memBUKTIkan bahawa keWUJUDan NEGERI-NEGERI Melayu LAMA seperti Kedah, Langkasuka, Kelantan dan KeSULTANan Melayu Melaka kerana WUJUDnya aktiviti perNIAGAan.. Apakah ZAMAN tersebut sudah WUJUD para TAIKUN seperti MENDIANG Lim Goh Tong, Boon SIEW atau TS Ananda KRISHNAN? TIDAK.. Sudah tentu TIDAK.. Yang WUJUD hanyalah kaum Melayu Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu yang berDAGANG dengan orang ASING.. Jadik, adakah kaum Melayu/BUMIPUTERA TIDAK tahu berNIAGA?

HAKIKATnya, keDATANGan penJAJAH KOLONIAL seperti Portugis, Belanda dan British memang telah mengubah Sosio-EKONOMI kaum Melayu/BUMIPUTERA pada MASA itu.. Penguasaan kaum Melayu/BUMIPUTERA terhadap barang DAGANGan KOMODITI seperti bijih TIMAH, REMPAH dan hasil HUTAN cuba diHAPUSkan oleh para penJAJAH KOLONIAL ini.. Melalui TIPU helah, British BERJAYA menguasai bijih TIMAH di Perak dan Selangor, hasil perTANIan di Kedah dan Perlis serta menguasai kawasan perDAGANGan di Pulau Pinang, Melaka dan TENTUnya Singapura.. Nampak jelas siapa yang meLANUN bukan?


Kemudian, penJAJAH British telah memBUKA ladang GETAH dan lombong bijih TIMAH untuk  kePENTINGan EKONOMI mereka.. Apakah kaum Melayu/BUMIPUTERA ada diBERIkan PERANAN ketika itu? Mungkin hanya sebagai DREBAR kalau pun TIDAK sebagai 'BODYGUARD'.. Apakah WUJUDnya para PENIAGA kaum Melayu/BUMIPUTERA yang BERJAYA ketika itu? TIDAK.. Sudah tentu TIDAK.. Kaum Melayu/BUMIPUTERA sengaja diHALANG secara SISTEMATIK daripada berNIAGA pada MASA itu.. Sebaliknya, kaum Melayu/BUMIPUTERA yang cuba berNIAGA diKENAkan bermacam jenis CUKAI untuk diKAUT oleh penJAJAH British demi kePENTINGan EKONOMI mereka..

Pasca keMERDEKAan menyaksikan usaha KERAS 4 PM terDAHULU untuk memBANGKITkan semula EKONOMI kaum Melayu/BUMIPUTERA.. Bermula dengan penubuhan MARA dan UDA di zaman allahyarham TUN Abdul RAZAK.. DiIKUTi penubuhan PNB, Petronas dan Tabung HAJI.. Kemudiannya TUN Dr. Mahathir menyemarakkan lagi AKTIVITI EKONOMI untuk kaum Melayu/BUMIPUTERA dengan 'Serangan WAKTU Subuh' untuk meRAMPAS konglomerat British yang menguasai ladang-ladang GETAH dan lombong bijih TIMAH.. Seterusnya memacu NEGARA ke arah EKONOMI perINDUSTRIan BERAT dan PENGETAHUAN..

PETRONAS adalah LAMBANG keJAYAan PENGURUSAN kaum Melayu/BUMIPUTERA di dalam perNIAGAan MINYAK dan GAS.. KLCC adalah SUBSIDIARInya yang menguruskan 'PROPERTY' miliknya.. Malangnya, terBINAnya kompleks menara KEMBAR terTINGGI di DUNIA ini menyaksikan kaum Melayu/BUMIPUTERA cuba diDISKRIMINASIkan semula dalam bidang perNIAGAan.. Semangat mereka untuk berNIAGA cuba diHANCURkan walaupun mereka hanya menyewa RUANG besar sedikit daripada RUANG NIAGA Bazar 'Lubang KUBUR' TOK Guru di Kota BHARU! KOLONIALisme kini MUNCUL kembali di KLCC..

Sebelum ini seorang PENIAGA restoran Melayu Kelantan di aras ATAS diHALAU keluar secara SISTEMATIK dengan meNAIKkan kadar SEWA.. ->KLIK<-

Hari ini pulak beberapa BLOG menDEDAHkan pulak KISAH seorang USAHAWAN kedai FOTO/KAMERA yang RUANG kedainya cuma seKANGKANG KERA pun cuba diHALAU secara SISTEMATIK dengan meNAIKkan kadar SEWA.. ->KLIK<-

Apakah kompleks KLCC sudah JADI terlalu EKSKLUSIF untuk kaum Melayu/BUMIPUTERA yang berNIAGA walaupun dengan RUANG kedai sebegini? Mana dia para pemBELA Melayu/Bumiputera dan ISLAM dalam UMNO dan PAS?

DiFAHAMkan pulak pengurusan KLCC diDOMINASI oleh warga bukan BUMIPUTERA manakala CEOnya pulak di'IMPORT' dari Australia? Ini sebenarnya satu bentuk pengHINAan kerana seakan mengULANGi sejarah kaum Melayu/BUMIPUTERA ketika di bawah penJAJAHan KOLONIAL seperti yang kita TERANGkan di perenggan AWAL.. Tatkala konglomerat Melayu/ISLAM seperti PNB dan Tabung HAJI mampu mengURUSkan 'PROPERTY' masing-masing tanpa memerlukan BARUA penJAJAH, PETRONAS yang kini diKUASAi dek golongan LIBERAL pulak mengambil LANGKAH ke belakang yang meMALUkan seperti ini?

Sebelum ini kita telah mengeluarkan ARTIKEL berKISAR tentang para 'LANUN KORPORAT' berOTAK LIBERAL yang menyamun segala HARTA NEGARA tanpa perlu KISAHkan kerajaan Melayu/ISLAM ini TUMBANG sekali pun.. ->KLIK<-

Kita PERCAYA ada KAITAN antara para 'LANUN KORPORAT' di dalam PETRONAS dengan keMASUKkan BARUA penJAJAH hanya untuk mengURUSkan 'PROPERTY' mereka.. KONONnya kerana mereka ingin diLIHAT sebagai lebih LIBERAL walaupun mengHINA RAKYAT sendiri dan mengGADAIkan NEGARA? Hari ini sejarah berULANG kerana dulu pun NEGARA ini diJAJAH sebab ada golongan pengKHIANAT sebegini..

Wallahualam..    

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS