DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 28, 2014

Apakah 'HARGA' seorang HAKIM bagi KES 'MenJUBOR' ini sedang diNILAIkan di dalam FORUM WIEF, Dubai?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada perkara yang 'FISHY' di sini.. Sebelum berMULAnya perBICARAan KES 'MenJUBOR' yang ke-2 HARI ini, beberapa BLOG sebelum ini telah menyuarakan keBIMBANGan bahawa WUJUDnya USAHA untuk 'MemBELI' beberapa HAKIM perBICARAan.. ->KLIK<-


DiFAHAMkan jugak ianya meLIBATkan PIHAK yang berkePENTINGan hingga sampai kepada TAHAP S/U POLITIK kepada PM DS Najib.. Apakah ianya BENAR berLAKU?


HARI ini diFAHAMkan DS Najib telah berada di Dubai, UAE bagi mengHADIRi WIEF iaitu FORUM EKONOMI ISLAM SeDUNIA.. Mungkin ianya adalah keBETULan tetapi bukan SEMUA keBETULan itu TIDAK boleh diRANCANG.. Bukannya perkara PELIK pun jika diKATAkan bahawa mungkin ada perTEMUan SULIT di antara PIHAK-PIHAK yang berkePENTINGan dalam ISU yang berKAITAN KES MAHKAMAH ini di Dubai sana.. Walaupun kita berHARAP ianya TIDAK perlu diLAKUkan pun..

Kita KATAkan sedemikian kerana SEMUA maklum bahawa si 'PenJUBOR' ini telah diBEBASkan oleh MAHKAMAH pada TAHUN 2004 semasa TUN Dollah menjadik PM.. Namun begitu, para HAKIM masih menSABITkan dia sebagai 'PenJUBOR' dan SETUJU bahawa keJADIan 'MenJUBOR' yang PERTAMA itu dulu sememangnya terjadi.. Semasa diBEBASkan, diKHABARkan seorang MENANTU kepada PM ke-5 telah berSUSAH payah mengambil-ALIH TUGAS PEGAWAI IMIGRESEN apabila dia menjadik pengHANTAR PASSPORT kepada si 'PenJUBOR' untuk dia ke Jerman..


Ada 'RUMOURs' mengatakan terdapat 'DEAL' pada MASA itu untuk memBEBASkan si 'PenJUBOR' ini agar dia menjadi pengHALANG kepada KRITIKan KERAS MANTAN PM TUN DR. Mahathir kepada kerajaan.. Dengan KATA lain, si 'PenJUBOR' ini akan menyerang dan memBURUKkan TUN DR. Mahathir bagi mengELAKkan beliau dari menegur sebarang SALAH LAKU kerajaan.. Jika ada PIHAK yang mahu mengambil keSEMPATan ke atas kerajaan seperti 'LEVEL 4 Boys' dan TIDAK mahu ianya di'TERJAH' oleh TUN, maka, si 'PenJUBOR' itulah yang akan mengHALANG TUN nanti..

Itulah peRANCANGan terdahulu yang GAGAL kerana RAKYAT bukan SEMUAnya boleh diperBODOHkan oleh 'PUNAH-Sihat' seperti 'LEVEL 4 Boys'.. Kali ini, apakah WUJUDnya kemungkinan RANCANGan yang sekali lagi di'RECYCLE' semula cuma PM kali ini ialah DS Najib? TAHUkah anda siapakah MANTAN PEMIMPIN yang berSAMA DS Najib di WIEF pada kali ini?


Ya.. MANTAN PM ke-5 seperti yang kita SEBUT di atas tadi.. Dia menerima PADAH kerana GAGAL mengawal si 'PenJUBOR' terSEBUT lalu mengAKIBATkan keKALAHan UMNO/BN yang meMALUkan pada PRU-12 lalu.. KeKALAHan yang menyebabkan UMNO/BN KALAH di 5 NEGERI sebelum NEGERI Perak kembali semula selepas berLAKUnya KRISIS POLITIK di dalam PR.. DiFAHAMkan MANTAN PM ini diJEMPUT untuk berUCAP dalam FORUM WIEF nanti..


Selain itu, ada jugak seorang lagi yang begitu berDENDAM dengan TUN walaupun pernah menjadik TPM di bawah TUN dahulu.. Dia jugak mengHADIRi WIEF atas KAPASITInya sebagai PENGERUSI FORUM.. Dia memang dikeTAHUi UMUM TIDAK 'SeBULU' dengan TUN sejak dahulu lagi.. Cuba anda BACA semula KRITIKkannya ini,

"He will only be satisfied if there is a Mahathir clone who becomes the top leader in Malaysia. Look at all the deputies who served during Dr Mahathir's 22 years in office. I was considered dangerous. Tun Ghafar Baba (1986-1993) was considered to be all right, loyal. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1993-1998) was considered to be a terrible fellow. Anwar was said to be disloyal and alleged to have done this and that. Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003) was such a nice guy," ->KLIK<-

KeDUA-DUA mereka ini sememangnya TIDAK SENANG dengan TUN DR. Mahathir walaupun beliau diPIHAK yang BENAR.. Ini kerana bagi mereka, TUNlah sebab mereka keHILANGan KUASA sebagai PM dan TPM.. Pakat TOLAK tepilah segala kePINCANGan mereka sendiri semasa memegang JAWATAN dahulu sehingga menyebabkan NEGARA keRUGIan BESAR dan ada jugak KES yang meLIBATkan perTUMPAHan DARAH RAKYAT seperti TRAGEDI Memali..


Apa pulak KAITANnya dengan DS Najib? TUN pernah menarik BALIK SOKONGan beliau terhadap DS Najib.. TUN jelas TIDAK SENANG dengan penTADBIRan DS Najib yang GAGAL mengHAYATi ASPIRASI RAKYAT, terlalu berGANTUNG kepada 'PUNAH-Sihat', KUAT memBAZIR serta meLAKSANAkan AGENDA pihak LAWAN tanpa keRELAan RAKYAT dan keBANYAKkan para PENYOKONG UMNO/BN sendiri.. Oleh itu, perSAMAan pemikiran LIBERAL antara mereka ini mungkin menyebabkan mereka berSATU dalam KES MAHKAMAH si 'PenJUBOR' ini bagi meLAWAN TUN..


Maka TIDAK mustahil jika ada PIHAK yang KHUATIR DS Najib bakal menerima NASIB yang SAMA seperti keDUA-DUA MANTAN TUN di atas lalu mengATUR agar MAHKAMAH samada mengurangkan HUKUMan atau pun memBEBASkan si 'PenJUBOR' itu.. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang PELIK pun untuk DS Najib ke Dubai dan secara keBETULan pulak keDUA-DUA MANTAN TUN yang anti TUN DR. Mahathir pun berada di sana di dalam FORUM WIEF yang SAMA.. Apa pun, setakat ini masih lagi SPEKULASI dan 'RUMOURs' sahaja.. Namun, anda pun ada OTAK untuk berFIKIR..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

mantan yg satu tu kalau buka kes MV agusta rasa cirit......

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS