DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 24, 2014

Menyamakan 'HIJRAH' sebagai 'TRANSFORMASI' ialah BUKTI keCETEKkan OTAK para 'PUNAH-Sihat' DS Najib..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM MAAL HIJRAH..

Pertama sekali, kita ingin sekali menyatakan kepada DS Najib dan seluruh JENTERA kerajaan supaya BERHENTIlah menyamakan 'HIJRAH' itu sebagai 'TRANSFORMASI'.. Terlalu JAUH sekali BEZAnya MAKNA antara keDUA-DUA ISTILAH terSEBUT.. Rasulullah SAW berHIJRAH terNYATA sekali membawa keBAIKkan kepada penyebaran AGAMA ISLAM itu sendiri.. Apabila terdirinya Kerajaan ISLAM di Madinah selepas HIJRAH, Rasulullah SAW berjaya menyebarkan AGAMA ISLAM ke seluruh JAZIRAH Arab dan memBENTUK ASAS yang KUKUH untuk AGAMA ini sehingga pada HARI ini.. Sebaliknya, TRANSFORMASI pulak hanyalah ISTILAH CIPTAan para 'PUNAH-Sihat' cuma untuk 'GROOVE' IMEJ DS Najib aje.. Itu pun terBUKTI GAGAL..

Akibat TRANSFORMASI DS Najib, kita LIHAT segala-gala yang diKAITkan dengan ISLAM cuba diPERTIKAIkan oleh mereka yang meMUSUHi ISLAM itu sendiri..


TerCATAT jugak di dalam SIRAH Rasulullah SAW apabila KAUM YAHUDI mengENGKARi PIAGAM Madinah yang mereka sendiri pernah SETUJU, Rasulullah SAW TIDAK teragak-agak untuk memerangi mereka.. Maka terHALAUlah KAUM YAHUDI Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuga dari KOTA Madinah kerana keTIDAK-SETIAan mereka kepada PIAGAM Madinah.. Manakala PERLEMBAGAAN NEGARA yang BARU 57 TAHUN telah beberapa KALI diHINA dan diCABUL oleh MUSUH ISLAM tetapi TRANSFORMASI DS Najib hanya mengGALAKkan lagi perBUATan ini..

Hari ini bukan sahaja MUSUH-MUSUH ISLAM, malah yang ISLAM sendiri pun terGEDIK-GEDIK tak MALU untuk mengHINA dan memPERLEKEHkan AGAMA mereka sendiri..


IRONInya, TIDAK ada pun YAHUDI dan sebagainya untuk mengHASUT mereka berTINDAK sedemikian di NEGARA ini? Yang ada hanyalah para PEMIMPIN yang AGAMAnya ISLAM tetapi tingkah-LAKU mereka takde BEZAnya pun dengan SIFAT KAUM Yahudi itu sendiri.. MARAH ke kalau kita KATAkan begitu? Nak BUAT macam mana, bukankah SIFAT KAUM Yahudi memang SUKAkan apa yang diHARAMkan termasuklah dalam AGAMA mereka?


Sebab itulah sepatutnya diHENTIkan USAHA untuk menyamakan 'HIJRAH' itu dengan 'TRANSFORMASI'.. Segala PERILAKU di atas memBUKTIkan bahawa TRANSFORMASI itu hanyalah MODAL POLITIK kePERIBADIan yang tak perlu langsung diKAITkan dengan HIJRAH yang diLAKUkan oleh Rasulullah SAW.. Malangnya, kita terlalu MUDAH diGULA-GULAkan dengan pelbagai ISTILAH yang pengISIannya hanya KOSONG... KOSONG.. KOSONG..

Wallahualam..

6 comments:

muhd kamel said...

Jgn lah kita samakan....jgn lah kita gulakan...jgn lah kita lari dari apa itu "hijrah" dan pergertian "transformasi"...nanti jadi bahan ketawa dan cuma syok sendiri.

Anonymous said...

Apa nak gelaknya atau lucunya.. Inilah yg orang umno nak.. jadikan umno islamik lebih dari pas. Ya transformasi= hijrah. Tak payah malu.

Anonymous said...

Melayu kalau dah hilang hak dan kuasa di Tanah Melayu, nak hijrah ke mana pulak?

Golongan ansar mana yang nak menerima?

Anonymous said...

Najib nak transformasi...

Nuar pulak nak reformasi...

Aku pulak nak tido puas2 bikin air liur basi...

Anonymous said...

Jika UMNO ingin menjadi PEMBANGKANG selepas PRU 14, angkatlah NAJIB sebagai KETUA.
Tetapi jika UMNO mahukan kemenangan , NAJIB has letak jawatan atau di pecat secepat mungkin bersama dengan kuncu2 pembangkang.

Anonymous said...

Jika sebelum ni pas perbodohkan melayu dgn agama dan arabnya....sekarang umno nk ikut jejak. Silakan.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS