DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, October 05, 2014

EKSKLUSIF HARI RAYA AIDILADHA:- Kita HARI ini sedang berKORBAN atau sedang diKORBANkan?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HARI ini HARI RAYA KORBAN.. ASALnya berKAITAN dengan KISAH KORBAN NABI Ismail AS oleh BAPAnya NABI Ibrahim AS.. KeDATANGan ISLAM telah meneruskan IBADAT ini yang disekalikan dengan IBADAT HAJI di Makkah.. Apakah MAKNA 'KORBAN'? Apakah pulak MAKNA pengorbanan pada HARI ini?


Dalam KONTEKS keNAIKkan HARGA PETROL RON95, kita boleh KATAkan yang kerajaan telah berKORBAN menghadapi keMARAHan RAKYAT dengan ALASAN KONONnya demi mengurangkan KADAR DEFISIT NEGARA.. Mungkin secara ZAHIRnya, itulah yang cuba diperLIHATkan oleh kerajaan.. Namun demikian, ianya TIDAKlah seTEPAT mana pun.. Kita UMPAMAkan SUBSIDI itu seperti NASI yang SEMUA orang MAKAN.. Patut ke untuk kita meRAMPAS NASI orang lain dan BERIkan kepada orang lain? Kenapa tak BERIkan NASI BAHAGIAN kita sendiri? Dengan KATA lain, kenapa TIDAK aje DS Najib mengorbankan SUBSIDI dirinya dan mereka ini?


Inilah perSOALan yang berMAIN di dalam pemikiran JUTAan RAKYAT di dalam NEGARA ini.. SUBSIDI SEMUA dapat dan SEMUA BERHAK dapat.. Malangnya, KAEDAH kerajaan sekarang ialah menCABUT SEMUA SUBSIDI kemudian hanya menyalurkan keSEMUA SUBSIDI itu kepada satu PIHAK sahaja.. Kita tak KISAH kalau PIHAK yang diMAKSUDkan itu meRUPAkan MAJORITI penDUDUK dalam NEGARA ini.. SOALnya, jika diGAMBARkan bahawa KADAR keMISKINan NEGARA sangatlah KECIL, apakah ALASAN sedemikian boleh diGUNAkan oleh kerajaan?

Kita tak FAHAM kenapa tatkala kerajaan pernah mengatakan bahawa KADAR keMISKINan NEGARA semakin mengecil, kerajaan masih perlu menarik SUBSIDI dengan mengGUNAkan ALASAN memBERIkannya kepada golongan MISKIN yang KONONnya golongan SASAR? Yang mana satu BETUL nih? RAKYAT di NEGARA ini semakin RAMAI yang KAYA ke atau semakin RAMAI yang MISKIN? ->KLIK<-


Ada ke sesiapa yang boleh menJAWABnya? Atau pun boleh ke diRUJUK kepada para 'PUNAH-Sihat' yang diBAYAR berBILION RM itu untuk tolong JAWABkan? Kita tak TAHUlah DS Najib dah kena 'MAIN' ke atau sememangnya DS Najib ini TIDAK memPUNYAi keMAMPUan berFIKIR mengatasi TUN DR. Mahathir yang berUSIA hampir 90 TAHUN.. Apa pun, kita ambil 'PART' yang SYAK DS Najib ini dah kena 'MAIN' dengan para 'PUNAH-Sihat'nya itu.. Untuk memahaminya, anda perlu KENAL dulu 'PeMAIN UTAMA' 'PUNAH-Sihat' ini seperti apakah FAHAMannya!


Kita KATAkan sedemikian kerana jika anda meRUJUK SEJARAH perPECAHan AGAMA Kristian kepada Roman KATOLIK dan Protestan pada ABAD ke 15, antara SEBAB ianya berlaku kerana keTIDAK-PUASan HATI terhadap pihak GEREJA dalam bab mengutip 'FULUS' daripada PENGANUTnya.. PerPECAHan ini yang meLAHIRkan pulak ALIRAN pemikiran KAPITALIS pada HARI ini.. ->KLIK<-

Di NEGARA ini, ALIRAN pemikiran KAPITALIS ini diDOKONG pulak oleh satu PUAK AJARan Kristian yang TIDAK keTAHUan iaitu 'EVANGELIST'.. Bagi kitalah, bukan dalam ISLAM aje ada AJARan SESAT atau TIDAK keTAHUan sebegini..



Namun, disebabkan bab keSESATan sebegini sering diPUBLISTIkan untuk AGAMA ISLAM aje, maka setiap kali WUJUDnya BERITA pasal AJARan SESAT, hanya ISLAM ajelah yang kena.. Walhal, dalam AGAMA-AGAMA lain pun ada jugak?

Dalam KONTEKS ini, 'PUNAH-Sihat' UTAMA tadi secara TIDAK langsung telah menyebabkan keadaan EKONOMI seperti apa yang kita SEMUA alami pada HARI ini.. Nak KATA MEWAH pun tak berDUIT, tak KATA MISKIN pun tak meREMPAT.. IRONInya, selepas TUN DR. Mahathir berSARA, MODEL EKONOMI kita pulak dah jadik macam MODEL EKONOMI ala-ala NEGARA Barat.. Ini disebabkan PM yang mengGANTIkan TUN terlalu TAKSUB dengan SPESIS yang cuma BELAJAR Sains POLITIK aje kat Oxford tapi berLAGAK macam dia TAHU TEKNOLOGI NANO + NUKLEAR..


Mengambil HAK orang lain untuk memBERIkan sebagai 'GULA-GULA' kepada orang lain tanpa mengorbankan HAK sendiri ialah AMALAN EKONOMI paling ASAS di kalangan PUAK 'EVANGELIST'.. Tak PERCAYA? Jika anda SUSAH takde 'FULUS' dan anda pergi KETUK RUMAH 'PUNAH-Sihat' UTAMA tadi, agak-agak dia akan memperSILAkan anda MASUK ke atau dia akan menyuruh anda pergi berJUMPA DS Najib yang telah diKELENTONGnya? Itulah perUMPAMAan 'SIMPLE' untuk mengGAMBARkan siapakah yang sedang mengatur EKONOMI NEGARA kita.. Kalau takat UNTUNG dengan JUAL ASET MAS, Mak Cik GERAI Nasi LEMAK pun boleh! 

Boleh ke DEFISIT NEGARA diKURANGkan sedemikian? KATAnya DS Najib pulak,

"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil. Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan,

Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin. Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand)," ->KLIK<-


HE!HE!HE! Entah bilalah agaknya DS Najib nih TURUN padang semasa PRK DUN Pengkalan Kubor HARI tuh? Bukan ke DS Najib ke New York untuk menDENGAR PUJIan meLAMBUNG oleh para KAPITALIS di sana? Bukankah LUMRAH untuk sesebuah kerajaan berBELANJA demi RAKYAT? Kalau tak, jangan jadik kerajaan tapi jadiklah CEO kat mana-mana SYARIKAT KAPITALIS? Takde siapa pun yang LARANG.. Yang NYATAnya, SUBSIDI bukanlah penyebab penyeludupan berlaku.. BANYAK lagi KAEDAH yang lebih REALISTIK untuk menyekat penyeludupan tuh..


Dalam KONTEKS yang diNYATAkan oleh DS Najib seperti kenyataannya di atas, NAMPAKnya DS Najib nih macam takde HATI PERUT aje.. DS Najib bukan aje meRELAkan para 'PUNAH-Sihat' tadi meRAMPAS NASI orang lain untuk BERIkan kepada orang lain tetapi DS Najib jugak cuba mengHALANG terus orang yang NASInya diRAMPAS tadi daripada diGANTIkan dengan NASI yang lain? HEBAT sungguh TEORI EKONOMI yang diPRAKTIKkan? Asyik RAKYAT aje terKORBAN?

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ~

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS