DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, October 26, 2014

DUA PERIBAHASA Melayu untuk mengGAMBARkan DUA SENARIO berBEZA tentang keCELARUan OTAK mereka ini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita biasa terBACA pasal PERIBAHASA Melayu iaitu 'Menanam TEBU di BIBIR'.. Ianya satu BENTUK perUMPAMAan yang meRUJUK kepada seseorang yang pandai berJANJI tetapi TIDAK menunaikannya.. Itulah yang kita FAHAM apabila kita memBACA semula TULISan BLOG TUN DR. Mahathir berikut.. ->KLIK<-


Sudah lebih seminggu TUN mengemukakan CADANGan di dalam BLOGnya tetapi masih TIDAK ada pun sebarang RESPON daripada PIHAK kerajaan.. Inilah dia KONTEKS keTELUSan yang diAMALkan menerusi 'BLUE Ocean Strategy' oleh DS Najib.. Tatkala DS Najib dan kerajaannya KONON-KONONnya mengAMALkan keTELUSan dan mengALU-ALUkan sebarang CADANGan daripada RAKYAT, anda boleh LIHAT sendiri bagaimana RESPON mereka terhadap CADANGan MANTAN PM seperti TUN ini.. Kalau TUN diLAYAN sebegini, RAKYAT pulak bagaimana? Lagi pun, CADANGan ini bukanlah datang daripada mereka yang diBAYAR ini..


Kita sangat yakin yang TUN mengemukakan CADANGan terSEBUT bukan untuk kePENTINGan dirinya.. Mana mungkin TUN yang dah berUSIA hampir 90 TAHUN menCADANGkan sesuatu PROJEK untuk meRAIH keUNTUNGan PERIBADI? Jadik, jelaslah TUN amat JUJUR dalam SOAL ini.. Yang menjadik perSOALan ialah kerajaan itu sendiri.. Apa yang diCADANGkan oleh TUN ini untuk kePENTINGan NEGARA tetapi ianya mungkin TIDAK akan diREALISASIkan kerana DS Najib ini cuba menJAGA kePENTINGan NEGARA lain.. Sebab itulah mereka tak RESPON.. Ini bukan perkara BARU pun kalau ianya meLIBATkan NEGARA kat bawah nih..


Sebelum ini KONON-KONONnya DS Najib dan penTADBIRannya begitu GHAIRAH mengGALAKkan RAKYAT memBERIkan CADANGan menerusi BLOG 1 Malaysia dan FACEBOOKnya.. IRONInya, apabila CADANGan diBERIkan oleh RAKYAT. lain pulak jadiknya.. CONTOHnya, berapa BANYAKkah CADANGan yang RAKYAT dah KEMUKAkan di dalam FACEBOOK sebelum pemBENTANGan BAJET 2015 yang diTERIMA oleh kerajaan? Atau apakah segala CADANGan RAKYAT itu hanya untuk diCATATkan KUANTITI sahaja bagi dijadikkan sebagai KPI oleh BUDAK-BUDAK PTD di EPU? Lepas itu SEMUAnya akan diPERAPkan sampai PENCEN la kot?

**************************************

Satu lagi PERIBAHASA yang kita nak SEBUT ialah 'LIDAH itu TIDAK berTULANG' bagi meRUJUK kepada mereka yang mengANJURkan ACARA HARAM seperti ini..


Ya.. Mereka yang sebelum ini terGEDIK-GEDIK mengANJURkannya telah pun mengADAkan SIDANG AKHBAR semalam KONONnya untuk meMOHON MAAF di atas keTERLANJURan mereka.. Namun begitu, JUJURkah mereka seBENARnya apabila meMOHON MAAF? Anda BODOH jika PERCAYAkan  KENYATAAN sedemikian.. ->KLIK<-


Kita KATAkan sedemikian kerana pengANJURnya masih lagi memPERSENDAkan UMAT Melayu/ISLAM dan para ULAMA yang memBANTAH KERAS ACARA itu..

"Terus terang dengan hati ikhas, niat saya menganjurkan program itu adalah kerana Allah SWT dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama atau mempersendakan ulama atau mengalakkan liberalisme,"

Ya.. Itu KATA-KATA 'LIDAH itu TIDAK berTULANG' oleh pengANJURnya.. Sesiapa pun boleh BUAT sedemikian untuk menarik SIMPATI selepas meMALUkan ISLAM melalui pengANJURan ACARA sebegini.. Itu pun pasal WUJUDnya BANTAHan KERAS sebagai REAKSI terhadapnya.. Kalau TIDAK ada BANTAHan KERAS, anda RASA mereka ini akan meMOHON MAAF ke? MIMPIlah mereka nak BUAT begitu.. SeBENARnya, bukanlah perMOHONan MAAF sahaja yang diTUNTUT, tetapi jugak AMALan ini diLAKUkan seCEPAT mungkin.. Kot dah keluar ISLAM tuh tak tau la..


MAAF itu hanyalah 'ALASAN' aje.. Kalau BETULlah TUJUANnya mereka ini untuk memBERIkan penDIDIKan kepada UMAT Melayu/ISLAM pasal pengURUSan NAJIS MUGHALLAZAH, kenapakah TAJUKnya ialah 'I want to TOUCH a DOG'? Cuba FIKIR balik.. Malah, jika NAWAITUnya itu untuk memupuk SIFAT BELAS-IHSAN kepada HAIWAN seperti ANJING yang KONON-KONONnya selalu terBIAR pun TIDAK kena jugak dengan TAJUKnya? Apatah lagi ANJING-ANJING yang di bawak tuh bukannya ANJING-ANJING yang telah diCACATkan sebaliknya yang selalu diPELUK, diMANDI dan diSYAMPU.. Jadik? Agak-agaklah nak MENIPU pun!

ISLAM TIDAK pernah berLAKU ZALIM kepada ANJING.. Nak ZALIM macam mana kalau ianya bukanlah HAIWAN yang diPELIHARA? Yang menZALIMi ANJING ini tentulah mereka yang memBELAnya sahaja? Yang memBIARkan HAIWAN ini menjadik LIAR dan mengGIGIT orang pun tentunya hanya mereka yang pernah memBELAnya aje? Siapakah mereka itu? UMAT Melayu/ISLAM ke? Jadik? Untuk siapa seBENARnya ACARA HARAM ini diLAKUkan atau sememangnya mereka berNAWAITU untuk mengHINA ISLAM dengan memperGUNAkan orang ISLAM sendiri?  Apakah JAKIM dan MAIS pun masih terAGAK-AGAK dalam SOAL ini?

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Najib patut berundur, sudah-sudahlah merosakkan negara ini, kalau tak mampu nak tadbir negara, letak jawatan sahajalah Najib, rakyat dah makin meluat, malah kerana kau dan kuncu-kuncu dungu kau itu, menyebabkan populariti Barisan Nasional makin menjunam, bukannya kerana Barisan Nasional tak bagus, tapi kerana pemimpin macam Najib dan kuncu-kuncu dungunya itu menyebabkan Barisan Nasional hilang sokongan majoriti rakyat.

Anonymous said...

Najib boleh blah, lebih elok masuk PKR, boleh menjadi pelingkup bersama Anwar!!!!!!!!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS