DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 08, 2014

BICARA pra-BAJET 2015: Agak-agak apa lagi yang bakal diKIKIS daripada kita SEMUA melalui NASIHAT 'PUNAH-Sihat'?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya, kita langsung TIDAK pernah PERCAYA apatah lagi ada HATI untuk memPERCAYAi sebarang kenyataan daripada MULUT para 'PUNAH-Sihat' DS Najib ini.. DS Najib patut TAHU bahawa bukan SEMUA orang tak SEKOLAH..


Oleh itu, apabila seorang MENTERI 'PUNAH-Sihat-nya mengeluarkan kenyataan berikut, bagi kita itu hanya kenyataan yang diBUAT daripada BILIK TIDURnya..


Sungguh JELIK apabila MENTERI berkenaan meLETAKkan tanda ARAS GAJI bawah RM3000 sebagai MISKIN BANDAR? Entah bila pulak ISTILAH 'MISKIN BANDAR' itu diWUJUDkan? Kita jugak terTANYA-TANYA apakah MENTERI ini pernah menerima GAJI seBANYAK RM3000? TAHUkah MENTERI 'PUNAH-Sihat' ini bahawa ada JUTAan golongan peKERJA khususnya dari UMAT Melayu/ISLAM yang telah beKERJA selama lebih 10 TAHUN tapi masih menerima GAJI sekitar RM3000? Secara LOGIKnya, penyelesaian patut diCARI untuk golongan peKERJA sedemikian bukan menCARI ISTILAH seperti 'MISKIN BANDAR' untuk mereka..

Kita terINGIN nak TAHU apakah yang boleh diBANGGAkan dengan GAJI RM3000 itu? KATAlah seorang 'SINGLE' yang beKERJA di KL dengan GAJI seBANYAK itu,

  • SEWA BILIK? Dapat RM500 di sekitar KL pun dah MUJUR.. Kalau nak MURAH kenalah tinggal di Shah Alam, Sungai Buloh atau Serdang kot.. SEWA RUMAH? Kalau KL lebih RM1k untuk APARTMENT 3 BILIK.. Kalau nak RATUS-RATUS dok rumah FLAT yang kena beREBUT 'PARKING' la..
  • UTILITI? BerGANTUNG kepada pengGUNAan.. Kita ambil secara PUKAL iaitu BIL air SYABAS, BIL TNB, BIL 'HENSET' samada MAXIS/CELCOM/DIGI etc, INTERNET (Kalau ada), BIL IWK dan 'MAINTENANCE' untuk APARTMENT.. RASAnya lebih RM300 seBULAN..  Itu kira TOLAKlah BIL TV Astro.. Kalau kena BAYAR 'LOAN' itu dan ini pulak?
  • KENDERAAN? Kalau GUNAkan RAPID Pass kenalah BAYAR RM150 seBULAN.. Itu pun kalau dari STESEN LRT tuh cuma berJALAN KAKI aje ke PEJABAT tanpa NAIK TEKSI.. Kalau GUNA MOTOR dengan HARGA RON95 sekarang, seBULAN pun DEKAT RM200 jugaklah.. Kalau KERETA berSAIZ VIVA sekalipun kalau KIRA dengan TOL, PARKING dan sebagainya mau CECAh RM450 seBULAN..
  • KOS MAKANan untuk seBULAN? BAIKlah, berapa anda BELANJAkan untuk MAKAN sehari? SARAPAN kalau ROTI Canai atau Nasi Lemak dengan TEH pun dah RM5.. 'LUNCH' nasi dengan seketul LAUK + seCEDOK sayur pun dah RM6.. Kalau 'DINNER' kat luar RUMAH pulak habis KURANG pun RM10.. Kalau habis JIMAT pun RM300++ jugaklah.. Kalau MASAK sendiri pun belum tentu JIMAT? TAMBAH pulak MAKANan sedemikian bukannya boleh diSIMPAN sampai berBULAN? Itu pun kalau MAKAN LAUK yang SAMA aje.. LEMBU pun tau MAKAN RUMPUT yang berLAINan kat Malaysia yang MAKMUR ini..
  • Itu belum MASUK lagi 'HIDDEN Cost' seperti kalau SAKIT, kenderaan ROSAK, PAKAIan KOYAK atau keROSAKkan sana-sini dalam RUMAH.. Takkanlah dalam seBULAN tuh SEMUAnya SIHAT walafiat aje kan? Malah, nak BELI BAHAN BACAan atau pun nak berHIBUR dengan sekadar tengok WAYANG pun mananya ada seRINGGIT DUA dah? Takkanlah Sabtu dan Ahad pun kena berKURUNG aje?

Jadik daripada RM3000 tadi BERAPA yang TINGGAL untuk seorang? Kalau ada dalam RM300 untuk SIMPANan pun dah UNTUNG.. Selalunya takde pun..  Itu kalau yang GAJInya RM3000 tanpa TANGGUNGan.. Jadik, di manakah LOGIKnya untuk seorang MENTERI 'PUNAH-Sihat' memBUAT kenyataan sedemikian tanpa berPIJAK di BUMI yang NYATA? Apakah perlunya kita PERCAYA kepada kenyataan mereka ini lagi?


Janganlah cuba meNAFIkan bahawa NEGARA kita ini bukannya menuju kepada NEGARA berPENDAPATan TINGGI seperti NEGARA-NEGARA Scandinavia, Jepun atau pun Amerika Utara sana.. Sebaliknya, kita bakal menjadik NEGARA 'SLUMP' seperti di Filipina, Thailand, Bangladesh dan Indonesia atau pun menjadik ala 'BANANA Republic' seperti NEGARA-NEGARA di Amerika Selatan.. IRONInya, tatkala RAKYAT diTUDUH memBAZIRkan itu dan ini, kerajaan pulak PERASAN mereka SEMUA TIDAK pernah meLAKUkan sebarang pemBAZIRan ke? ->KLIK<-




PM yang memerintah selama 22 TAHUN dan pernah mengHADAPi 2 KRISIS EKONOMI DUNIA pun dah 'FRUST' dengan penDEKATan Kerajaan DS Najib yang langsung takde BELAS IHSAN kepada golongan yang diLABELkannya 'MISKIN BANDAR' itu.. IRONInya, mereka yang diLABELkan sedemikian itu bukannya BURUH pemBINAan, peLAYAN KEDAI atau pun penJAJA.. Sebaliknya, RAMAI di kalangan mereka yang diHINA sedemikian itu ialah GRADUAN-GRADUAN UMAT Melayu/ISLAM yang diPINGGIRkan secara SISTEMATIK dari DUNIA peKERJAan kerana TIDAK LIBERAL dan DASAR MERITOKRASI yang meLAMPAU.. ->KLIK<-


Apakah DS Najib PEDULI? Itulah SOALAN yang anda SEMUA perlu menJAWAB.. RASAnya tak kot.. Bak KATA seorang penyelidik ISIS, DR. Muhhammed Abdul KHALID di dalam BUKUnya,

Dr. Muhammed telah menunjukkan bahawa terdapat kajian mendapati bahawa faktor kadar tabungan, perbelanjaan, mahupun pendidikan bagi kaum bumiputera adalah sama dengan kaum yang lain. Jadi di mana silapnya?

Pertama, diskriminasi kaum terhadap graduan Melayu walaupun mereka mempunyai kadar kelayakan yang sama dengan kaum lain menghalang golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal dengan kaum lain, iaitu sumber penting untuk pengumpulan aset.

Kedua, inherited asset (harta pusaka) kaum lain terutamanya kaum Cina, lebih banyak memberi harta kepada anak-anak mereka, walaupun golongan majoriti kaum Cina juga tiada aset.

Ketiga, dan yang paling penting sekali, kegagalan pihak pemegang amanah, baik daripada parti Melayu seperti Pas atau pun UMNO yang jelas sekali tidak mengambil endah mengenai status sosioekonomi bangsa Melayu.

Wawancara Dr. Muhammed dengan orang kuat parti-parti politik ini menunjukkan bahawa mereka ini lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah ekonomi kaum Melayu. Kecuaian ahli politik ini, disambung pula oleh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC). 

Dr. Muhammed menyatakan, berdasarkan temubual beliau dengan ketua-ketua GLC, jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak memberi perhatian terdapat dasar bumiputera, malah ada di antara mereka yang mengutuk dasar bumiputera. Malah ada yang mencaci bangsa Melayu sendiri. ->KLIK<-


Kita RASAkan DS Najib ingat penyelesaian MUDAH kepada SEMUA MASALAH ini hanya dengan BERIkan DUIT BR1M aje.. Walhal, DS Najib yang mengurangkan keMAMPUan RAKYAT apabila satu demi satu SUBSIDI diTARIK? Kalaulah SEMUA SUBSIDI diselaraskan mengikut HARGA PASARan, agak-agak anda SEMUA nih mampu ke 'SURVIVE' di NEGARA ini? PERCAYAlah, kita akan jadik lebih TERUK daripada Filipina, Indonesia dan Thailand AKIBAT keBODOHan PEMIMPIN yang terpaksa mengHARAPkan 'PUNAH-Sihat' berOTAK LIBERAL berFIKIR bagi dirinya!

Wallahualam..

7 comments:

Unknown said...

Malaysia JAHANAM dibawah perintah Najib!
Kesian bapak2 PM yang terdahulu bekerja keras bina sbuah Negara bernama Malaysia, dimusnahkan oleh seorang anak dari keturunan yang sama.
Bersedialah umat melayu.

Anonymous said...

Tarik subsidi sikit-sikit tapi penjimatan tu buat tambah peruntukan kat sekolah cina komunis. Memang celaka!

Anonymous said...

Tuan Penasihat 20 persen....hehe

PUTRA MERDEKA said...

gua cilok bro, tq

Anonymous said...

PM telah di pilih oleh pengundi masa PRU 14.Apa juga kebaikan dan kesilapan,pimpinan terkini adalah pilih kita di dalam sistem demokrasi.Andaikata,tiada penentangan dari ahli parlimen Bn dn MT umno sendiri terhadap PM,bermakna ia adalah perkhabaran yang baik utk politik Bn yang konsisten dan harmoni.Jadi,apa lagi masaalahnya.

Anonymous said...

aku dah baca hampir semua isi penulisan blog ni. aku tak ada masalah dengan permasalahan yang diutarakan. berkaitan 'punahsihat' ke, 'punaisihat' ke dan dan sebagainya. yang aku tak berapa nak faham ialah istilah 'miskin bandar'. apa masalah dengan miskin bandar? seperti yang dijelaskan, pendapatan rm3000 di bandar tidak boleh menyenangkan isirumah. dari situlah timbulnya miskin bandar jika pendapatan rm3000 ke bawah. yang betul, betullah dan yang tak betul, komplen la supaya jadi betul....

Unknown said...

Ahli2 UMNO memberikan mandat kepada Najib semasa PRU13 dengan mengharapkan pemerintahan yg lebih telus dan mampu menyenangkan rakyat. Tetapi malangnya, Najib telah menghancurkan keyakinan yg di bina. Kenaikan demi kenaikan semakin menhimpit kehidupan rakyat. Ditambah pula skrg dgn isu 1MDB yg meminjam menggunakan duit rakyat, bayarab kepada punaisihat2 smpai berbilion sedangkan kita bole menggunakan kecekapan kakitangan awam yg ada, kehilangan Najib yg lebih kerap meronda di luar negara dan tentunya dibiayai oleh rakyat. Ketidak mampuan Najib memahami isu hg melibatkan rakyat bawahan. Yg dia gahu bagi BR1M semua.masalah akan selesai.

Pemerintahan Najib lemah, penakut dan di ikuti pulak oleh menteri yg patut bersara. Dasar kerajaan semakin kelam kabut, statemenf menteri hari ini cakap lain besok cakap lain. Najib hnya.jadi popular, bagi BR1M, hapuskan ISA, dasar gaji minimun dan lain2..

masyarakat bandar akan menolak BN dlm PRU14 nanti jika tiada perubahan. Kebanjiran pak hitam yg bawa gekala sosial semakin berlambak. Tak dikira lagi pak2 arab, middle east yg smakin ramai. Bangla indon nepal.x payah cerita la.. apa dasar kerajaan dlm hal ini? Rakyat semakin rasa x selamat dan semakin meluat. Jenayah semakin byk, nak kluar hujung mnggu rasa mcm.duduk negara orang.. apa yg rakyat rasa?

BN bole ucapkan selamat tinggal pada PRU14 nanti. Mana2 PRK yg ada di dalam kawasan bandar, jangan mimpilah nak menang.. kami.dah muak.. nukan sebab PR itu bagus, tapi sekadar pengajaran utk BN.. lalau sekadar nk syok sndiri.. tunggulah PRU nanti...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS