DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 03, 2014

Tengok bagaimana PM dan MENTERInya mengGUNAkan OTAK dan anda akan TAHU kenapa SUBSIDI diKURANGkan..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus-terang KATAlah, DS Najib bukanlah PM dan MENTERI Kewangan terHEBAT yang NEGARA ini pernah ada.. Ini kerana seorang PM yang HEBAT sudah tentu TIDAK memerlukan para 'PUNAH-Sihat' untuk menURUSkan NEGARAnya sendiri.. Manakala seorang MENTERI Kewangan pulak akan beKERJA dalam DIAM bagi memastikan ALIRan kewangan NEGARA sentiasa KUKUH tanpa perlu PUJIan daripada PIHAK ASING.. Oleh itu, HEBAT sangatkah DS Najib sebagai PM kita?


Seorang PEMIMPIN NEGARA yang HEBAT mampu meLAHIRkan lebih RAMAI lagi WARGANEGARA yang diKAGUMi oleh DUNIA.. Ambil CONTOH semasa TUN DR. Mahathir jadik PM.. DIPLOMAT kita TS RAZALI Ismail telah menjadik PRESIDEN UNGA yang pertama dari NEGARA ini.. Itu belum diKIRA lagi GABENOR BANK Pusat WANITA, peLAYAR SOLO NEGARA mengelilingi DUNIA dan ANGKASAWAN NEGARA.. Inilah TANDA ARAS yang akan diBANDINGkan oleh RAKYAT untuk mana-mana PM di NEGARA ini sampai bila-bila.. Jadik, janganlah SYOK sendiri selalu!

Mengurangkan SUBSIDI PETROL dengan ALASAN untuk mengurangkan DEFISIT bukanlah INISIATIF yang boleh diBANGGAkan oleh seorang PM.. Bukan SEMUA RAKYAT boleh diperBODOHkan seperti para penCACAInya.. Malah, pemBERIan BR1M kepada RAKYAT jugak bukanlah ALASAN yang LOGIK untuk meNAIKkan HARGA PETROL..


KeMARAHan RAKYAT bukan kerana mereka TIDAK pernah SUSAH berSAMA-SAMA Kerajaan UMNO/BN.. RAKYAT di NEGARA ini pernah mengalami keMELESETan EKONOMI pada akhir DEKAD 80-an dan pernah mengalami KRISIS EKONOMI pada TAHUN 1997/1998.. RAKYAT pada MASA itu PERCAYA bahawa MUSIBAH pasti akan berlalu jika PM BENAR-BENAR berBAKTI untuk mereka.. DS Najib belum pernah lagi diUJI sedemikian RUPA.. Tatkala Lahad Datu diCEROBOH dan TRAGEDI MH17 & MH370 pun EKONOMI NEGARA masih KUAT lagi.. Jika NEGARA mengalami KRISIS EKONOMI semula, sanggupkah anda berPMkan DS Najib pada MASA itu?

Secara JUJURnya, kita meRASAkan keTAKSUBan DS Najib kepada pengURUSan EKONOMI ala Barat.. Malah, mereka yang diKATAkan PAKAR EKONOMI keliling dia pun keBANYAKkannya ialah mereka yang nak menerapkan EKONOMI begitu! 


NEGARA kita ini dulu adalah antara NEGARA peneraju dalam EKONOMI yang berTERASkan ISLAM dan jugak ketimuran.. Entah kenapa NEGARA kita semakin HILANG 'BRAND' sedemikian apabila beberapa PM yang terkemudian TAKSUB kepada MODEL EKONOMI ala Barat.. PM ke-5 TAKSUB kerana diPENGARUHi dek MENANTUnya itu bahawa dia aje yang 'GRAD' daripada luar NEGARA.. PM ke-6 pulak TAKSUB kerana TIDAK TAHU untuk berFIKIR dengan OTAKnya sendiri lalu memerlukan 'PUNAH-Sihat' untuk menTADBIRkan NEGARA ini bagi PIHAKnya.. Akibatnya, NEGARA semakin TIDAK keTAHUan dan RAKYAT semakin GELISAH.. Apabila HARGA PETROL diNAIKkan semalam, seorang Timbalan MENTERI KATA,


"Siapakah penerima terbesar subsidi sebanyak RM2 bilion sebulan itu? Data yang ada menunjukkan 70 peratus daripadanya digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang mempunyai kenderaan berkuasa besar berbanding rakyat di kampung dan pinggir bandar yang menggunakan kenderaan dan motosikal berkuasa kecil. Subsidi sepatutnya diberikan kepada mereka yang miskin bukan kepada yang sudah kaya. Subsidi bahan bakar ini sebenarnya sudah lama tersasar, tidak adil dan rasional lagi," ->KLIK<-

Kita TIDAK TAHU di manakah LETAKnya OTAK Timbalan MENTERI ini.. Siapakah 70 PERATUS golongan berpendapatan TINGGI dan sederhana TINGGI yang diMAKSUDkannya.. Kita jugak TIDAK TAHU dari manakah datangnya DATA yang diperolehinya.. Apa yang kita TAHU dan RAKYAT dah naik LOYA dengan apa yang keluar dari MULUT dia ini..

Mungkin Timbalan MENTERI ini seperti mana 'BOSS'nya jugak TIDAK menyedari bahawa bukan dia seorang aje yang ada DATA.. IRONInya, Timbalan MENTERI ini terlalu 'NAIVE' hingga tak SEDAR bahawa ada seorang lagi INDIVIDU yang JAUH lebih MULIA daripadanya turut menyuarakan keGUSARan terhadap perkara yang berKAITan semalam.. DYMM Paduka Seri SULTAN Perak telah berTITAH seperti berikut,


"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian? Majoriti yang berada dalam kategori ini sebenarnya tidak mahu melakukan rasuah. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," ->KLIK<-

DYMM SULTAN Nazrin berTITAH bahawa DATA Laporan Model EKONOMI Baru telah menunjukkan, 

- 80 peratus isi rumah di negara ini berpendapatan KURANG daripada RM5,000 sebulan; 

- 40 peratus isi rumah berpendapatan KURANG RM2,000 sebulan manakala 78.6 peratus penyimpan KWSP berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

- Sementara tahap keupayaan pelaburan dalam kalangan majoriti bumiputera boleh dimanifestasikan dengan data yang menunjukkan 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera memiliki purata tabungan hanya RM 611 seorang

Kita tersangat-sangat terINGIN berTANYAkan kepada Timbalan MENTERI tadi.. Apakah DATA yang diDEDAHkan oleh DYMM Tuanku SULTAN itu jugak meRUJUK kepada DATA yang menunjukkan 70% PETROL berSUBSIDI diGUNAkan golongan berpendapatan TINGGI dan sederhana TINGGI yang mempunyai kenderaan berKUASA BESAR? Dengan KATA lain, apakah Timbalan MENTERI menyatakan RAKYAT semakin MEWAH hingga SUBSIDI PETROL perlu diKURANGkan? Walhal DYMM Tuanku SULTAN pulak meLAHIRkan keBIMBANGan bahawa RAKYAT kini semakin terHIMPIT sebab pengAGIHan EKONOMI kerajaan TIDAK seIMBANG?

Mungkin sebab itulah kenyataan SINIS oleh TUN DR. Mahathir berHUBUNG keNAIKkan HARGA PETROL pun GAGAL diFAHAMi oleh kerajaan.. KATA beliau,


"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," ->KLIK<-

SINIS dan SINDIRan meRUPAkan 'STYLE' TUN DR. Mahathir dalam menyuarakan sesuatu perkara.. RAKYAT lebih BIJAK untuk memahaminya berBANDING para MENTERI DS Najib.. Mungkin DS Najib patut INGAT semula kenyataan TUN DR. Mahathir semasa meLANCARkan BIOGRAFI ISTERInya beberapa TAHUN dahulu?


HE!HE!HE! Apa pun, TITAH DYMM Tuanku SULTAN Nazrin dan kenyataan SINIS oleh TUN DR. Mahathir hanya mereka yang mengGUNAkan OTAK sahaja yang memahaminya.. Kita TIDAKlah KATA bahawa Timbalan MENTERI yang SIJILnya berJELA dari IPT Australia itu kena 'SCAN' OTAK di HOSPITAL.. Yang NYATAnya, itulah 'STANDARD' pemikiran para MENTERI DS Najib dan para 'PUNAH-Sihat'nya itu!

Wallahualam..

6 comments:

Anonymous said...

Nanti najib jawab.....ada aku kisah....keluhan rintihan kritikan rakyat marhaen ni tak jadi kudis pun pada najib..punahsihat dia semua hanya buat desktop evaluation tak pernah turun padang pun...harga barang melambung ekoran harga minyak naik tak pernah dipantau pun...kpdnhp ckp nak pantau 24 jam....nak muntah dengar...

salleh said...

Utkk bbrp thn lgi... BN punah. Aku dan ramai lgi penyokong tegar BN dh mula meluat sgt2 dgn pentadbiran najib. Pls step down najib. Anda dh makin tidak popular.

lembah cendana said...

Kita terlupa seketika ank didik siapa yg telah merosakkan keharmonian negara kita..ank didik siapa yg cuba menghancurkan ekonomi kita..ank didik siapa yg membawa lari keluar wang negara..anak didik siapa yang mengikut telunjuk amerika dan israel..masa zaman pemerintahan dia dahulu kenapa dia tidak mendidik salah sorang waris perdana menteri kita dahulu sebagai pengganti beliau..beliau lebih percaya kpd ank didiknya yg rambut sama hitam tetapi hati lain-lain..sekarang dia cuba mendidik org lain sedangkan dia tidak punyai kuasa dan tidak pernah mengaku kesilapan di atas orang yang dia didik dan asuh tersebut sbg menatang minyak yg penuh..wassalam

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KATALah ANAK kamu yang dah DEWASA itu berZINA dan 'MenJUBOR', apakah kamu yang patut diperSALAHkan sedangkan kamu menDIDIKnya SAMA seperti orang lain menDIDIK ANAK masing-masing?

Nak KOMEN biarlah GUNA OTAK sikit ye penCACAI..

Wallahualam..

Anonymous said...

Hei patung cendana,

Andai kamu degil, bodoh, sombong, sumbing, liar dan ntah apa apa je lah........ Kamu nak salah kan ibu kamu yang mengandung????

Memang patut lah kamu ni patung cendana!

Kasi satu je kalau tak sebaris kebaikan untuk negara, agama dan rakyat yang Dunia iktiraf pencapaian kamu.

Andai kamu terasa balik hisap puting je lah.

Anonymous said...

Aku ingat aku bantai sorang je, tapi ayat kamu bedal sidetu lagi power lah, caya sama lu.

Gua sayang Tun M tu yang gua kasi tarok panjang kat atas tu.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS