DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, June 20, 2015

Meng'OUT-SOURCE'kan penTADBIRan kerajaan ialah PUNCA kepada segala MASALAH di NEGARA kita..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita nak TANYAlah kepada anda SEMUA.. Agak-agak apakah PUNCA kepada segala MASALAH yang meLANDA NEGARA kita ini? Kalau kita RUJUK kepada SEJARAH, keJATUHan Rom kerana Brutus. keJATUHan KELUARGA DiRAJA Russia kerana Gregory Rasputin, keJATUHan Turki Uthmaniyyah kerana Lawrence of Arabia dan keJATUHan keSULTANan Melayu Melaka pulak kerana adanya Raja Mendaliar.. NAMPAKnya KAREKTER yang SAMA akan WUJUD dalam setiap NEGARA sepanjang ZAMAN.. Apakah NEGARA kita yang BARU berUSIA 58 TAHUN ini jugak akan JATUH kerana KARAKTER 'EVANGELIST' di bawah ini yang akan meMUSNAHkan NEGARA?


Kita SERAHkan kepada anda untuk mengULAS apa yang disampaikan oleh si 'EVANGELIST' ini.. Apa yang kita boleh PESAN ialah anda NILAIkan sendiri apa yang diKATAkannya dan kemudian anda BANDINGkan sendiri dengan REALITI semasa yang ada boleh LIHAT di sekeliling anda.. Jadik. anda akan TAHU apakah dia ini berCAKAP ada FAKTA atau sekadar TEMBERANG KOSONG atas KERTAS untuk memperBODOHkan kePIMPINan kerajaan sedia ada yang sememangnya tak RETI nak mengGUNAkan OTAK untuk berFIKIR sendiri.. Kalau tengok dalam KLIP VIDEO itu sendiri dah NAMPAK dah bagaimana NILAI-NILAI keNEGARAan seperti mengetepikan BAHASA KEBANGSAAN diperLEKEHkan olehnya..

KELAKARnya ada para PenCACAI menyebarkan KLIP VIDEO ini KONONnya sebagai JAWAPAN kepada segala perMASALAHan yang berLAKU.. Langsung tak SEDAR bahawa INDIVIDU inilah antara yang BANYAK menCETUSkan MASALAH ala-ala KAREKTER seperti Rasputin yang kita SEBUT tadi..


Mungkin bagi para PenCACAI dan ANAK-ANAK VVIP yang jadik BUDAK PTD atau para 'PUNAH-Sihat' kepada DS Najib mengKAGUMi hanya kerana HUJAH sebegini disampaikan dalam BAHASA Inggeris.. Namun demikian, itu jugak meLAMBANGkan keBANGANGan mereka yang berada di dalam kerajaan kerana hanya menDENGAR HUJAH sebegini sahaja mereka dah RASA tak perlu meLAKUkan 'CHECK and BALANCE' untuk memastikan apa yang diHUJAHkan itu adalah BENAR.. Itulah dia KUALITI pemikiran mereka yang ada di dalam kerajaan sekarang ini..


Anda KAGUM ke dengan orang dalam KLIP VIDEO itu? Kenapa? KAGUM kerana dia sebelum ini semasa menjadi CEO MAS telah BERJAYA menjadikkan MAS kembali UNTUNG untuk beBERAPA ketika? KAGUM kerana MAS kembali UNTUNG selepas dia menJUAL ASET-ASET MAS untuk menunjukkan ANGKA-ANGKA POSITIF hanya di atas KERTAS? Apabila MAS kembali RUGI dan BANGKRAP hingga sudah TIDAK ada ASET langsung dan pengurusan MAS terpaksa diGADAIkan kepada WARGA ASING, langsung dia SENYAP SUNYI aje? Mungkin dia berUNTUNG kerana keLIBERALan DS Najib membolehkan dia menDAPAT JAWATAN dalam kerajaan.. 

Inilah BANGANGnya kerana bagi orang seperti DS Najib, yang berCAKAP pasal kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM atau pasal KAUM BUMIPUTRA akan diketepikannya tak KIRAlah yang ada PhD sekalipun.. Sebaliknya, yang PETAH berBAHASA INGGERIS, yang 'GRADUATE' dari NEGARA-NEGARA Barat atau yang hanya PANDAI berMAIN ANGKA bab UNTUNG RUGI di atas KERTAS, pasti akan diBERIkan tempat oleh DS Najib.. Jika anda mahu JAWATAN dalam kerajaan walaupun tak de penDIDIKan tinggi, anda hanya 'DYE'kan RAMBUT anda aje mungkin DS Najib akan kasi..

Nak CONTOH bagaimana seseorang yang hanya TAHU KUTIP DUIT untuk DS Najib melalui AGENSI kerajaan BERJAYA mengekalkan JAWATANnya walaupun KERJAnya hanya meNAIKkan TAMBANG pengangkutan AWAM, PINDAHkan TERMINAL BAS dan menyusahkan para pengGUNAnya?


Sebab itulah jika anda LIHAT siapakah yang memBELA DS Najib dalam kerajaannya, anda akan terTANYA-TANYA apakah mereka ini LETAK OTAK mereka di BONTOT ke atau dalam TENGKORAK mereka? HE!HE!HE!



Yang paling 'SPECIAL'nya tentulah orang yang ini.. DATUK Mat LETAK OTAK kat mana bila KATA sebegini? Dah FIKIR HABIS ke belum nih? HE!HE!HE!



DATUK Mat, dulu bila orang TUA tuh TAMBAT RINGGIT pada NILAI RM3.80 kepada 1USD, kenapa pula diUBAH? Sekarang bila NILAI RINGGIT makin JATUH macam air TERJUN, ada pulak SALAHkan dia lagi? Terlebih MAKAN NASI GORENG 'RIDSECT' ke? KAH!KAH!KAH!


Bagi kitalah, memang JELAS lagi berSULUH bahawa PUNCA kepada segala MASALAH dalam NEGARA kita pada HARI ini kerana kePIMPINan kita TIDAK TAHU mengGUNAkan OTAK, MALAS nak berFIKIR dan yang paling TERUK ialah 'OUT SOURCE'kan bab menTADBIR NEGARA kepada orang lain CONTOHnya PEMANDU.. 

NEGARA ini TIDAK boleh diTADBIR mengIKUT cara Barat hanya kerana KONONnya nak jadik NEGARA MAJU.. EKONOMI NEGARA kita sekarang dalam FASA mengGELEMBUNG atau 'BUBBLE ECONOMY' yang bila PECAH nanti bakal meMUSNAHkan segala-galanya.. Apakah bila itu berlaku, kita SEMUA akan ditinggalkan oleh PEMIMPIN yang mungkin LARI ke RUMAH BESANnya di Kazakhstan manakala yang KARAKTER Rasputin tadi akan LARI ke London di mana dia ada RUMAH di sana? Yang tinggal hanyalah kita sebagai RAKYAT yang meRATAPi SISA-SISA keMUSNAHan NEGARA ini..

Wallahualam..

9 comments:

Anonymous said...

Kalau PM dah bapak penyamun, nak cerita bab transformasi buat apa?

Anonymous said...

Bukan setakat 1MDB ni berhutang sampai 42,000 kali ganda, malahan faedah kepada bank pun kalau mengikut harian, sebanyak 6.7 kali ganda dari jumlah modal berbayar.

Memang tahap setan gondol betul 1MDB ni, faedah bank yang kena bayar kalau ikut hari pun samapi 6.7 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut bulanan 200 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut tahunan, 2,400 kali ganda dari jumlah modal berbayar.

Modal berbayar penubuhan 1MDB hanyalah RM 1 juta.

Hutang 1MDB RM 42 bilion.

Faedah bank setahun RM 2.4 bilion.

Faedah bank kalau sebulan RM 200 juta.

Faeah bank kalau sehari RM 6.7 juta.

Saya tak tahulah bagaimanakah pengurusan atasan 1MDB boleh berfikir bukan di luar kotak, tetapi diluar pemikiran manusia yang waras sedemikian rupa.

Tanyalah mana-mana pakar ekonomi di seluruh dunia pun, 1MDB tak akan mampu untuk bukan setakat nak bayar hutang pokok, nak bayar faedah bank secara tahunan pun mereka tak mampu kerana 1MDB hanya kerugian sejak di awal penubuhannya hingga kini, kemudian asyik berhutang lagi, kononnya pelaburan dari luar, pelaburan jadah apa kalau diberikan pelaburan sebanyak USD 1 bilion, tetapi USD 975 juta bersamaan 97.5% dari pelaburan itu digunakan untuk bayar hutang, tapi hutang tak selesai-selesai juga, pelaburan jenis apakah ini?

Mana-mana pakar ekonomi pun akan angkat tangan dengan isu 1MDB ini kerana 1MDB tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya, malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncu kini bukan lagi nak pulihkan 1MDB, tapi nak melingkupkan GLC, badan berkanun serta menjahanamkan ekonomi negara dengan menggunakan dana dari GLC seperti TNB yang dipaksa beli stesen janakuasa Jimah, entah berapa TNB kena bayar pun tak tahulah, tetapi diyakini itu adalah pelaburan yang akan merugikan TNB sendiri kerana stesen janakuasa milik 1MDB sekarang ini penuh dengan masalah demi masalah. Malahan stesen janakuasa TNB itu sendiri dibeli melebihi harga pasaran.


Saya mencabar mana-mana juak-juak Najib termasuk, sila berikan formula atau justifikasi atau apa sahaja kaedah yang tidak menggunakan dana awam untuk paling kurang membayar faedah tahunan hutang 1MDB yang kalau kira ikut hari hampir RM 6.7 juta, kalau kita ikut bulan lebih kurang RM 200 juta, kalau kira ikut tahun, jumlahnya paling kurang RM 2.4 bilion, sila beri jawapan dan huraiannya.

Jangan asyik nak menyalahkan Tun Dr. Mahathir sahaja, kerana Tun Dr. Mahathir bertindak untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Anonymous said...

1MDB boleh menghancurkan ekonomi Malaysia, juak-juak Najib masih tak sedar diri.

Najib dah hilang arah tujuan, 1MDB yang tenat itu kini dah melarat kepada agensi kerajaan dan GLC dan tak lama lagi akan melarat kepada ekonomi Malaysia.

Sedarlah bahawa berbelas juta pekerja swasta dan hampir 2 juta pekerja sektor awam berhadapan dengan risiko kemusnahan ekonomi yang akan menjejaskan mata pencarian serta kehidupan harian mereka jika Najib meneruskan cara-cara pelingkup dia nak bail out 1MDB ini.

Sudah tak ada cara lain, UMNO perlu memecat Najib, Barisan Nasional perlu membuat undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen supaya Najib dipecat oleh YDP Agong dari jawatan Perdana Menteri.

Berpuluh bilion ringgit wang negara terpaksa dikorbankan untuk bayar hutang 1MDB, rakyat akan kerugian berjuta-juta projek pembangunan kerana wang yang sepatutnya buat berjuta-juta projek pembangunan itu terpaksa digunakan untuk bayar hutang 1MDB sebelum negara mengalami krisis ekonomi yang lebih dahsyat.

UMNO dan Barisan Nasional akan menanggung malu yang sangat teruk dan dahsyat akibat perbuatan ini. Tetapi sedarlah semua bahawa UMNO dan Barisan Nasional bukan dalang kepada semua masalah ini, kerana dalang sebenarnya adalah Najib dan beberapa orang kuncunya yang menjadi petualang menggunakan UMNO dan Barisan Nasional untuk kegiatan buruk mereka itu.

Sedarlah ketua-ketua bahagian dan pimpinan atasan dan bawahan UMNO dan Barisan Nasional sekalian, sedarlah bahawa Najib bukan sahaja akan menghancurkan ekonomi Malaysia, tetapi maruah UMNO dan maruah Barisan Nasional akan tercalar dengan teruknya disebabkan perbuatan salah laku oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Harapnya rakyat rasional dan tidak meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana UMNO dan Barisan Nasioal tak bersalah dalam isu ini, yang menjadi dalang dan perosak adalah Najib dan kuncu-kuncunya.

Oleh itu, UMNO serta parti-parti komponen Barisan Nasional semua perlu mengambil tindakan tegas dan segera untuk menyingkirkan Najib dan kuncu-kuncu serta membuat laporan polis untuk mengheret Najib ke muka pengadilan untuk menerima hukuman atas perbuatan keji dan melampaunya ini. Sedarlah, walaupun sekarang nasi dah jadi bubur, paling kurang boleh makan lagi, jangan sampai nasi dah jadi abu, periuk dah cair terbakar, dapur dah rentung terbakar baru nak sedar, semuanya dah tak guna masa itu, bertindaklah sebelum terlewat selagi masa masih ada untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, Tumbangkan Najib dan Kuncu-Kuncu, Heret Najib dan Kuncu-Kuncu ke Mahkamah dan ke Penjara! Hidup Barisan Nasional! Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Anonymous said...

Cuba selidik pelaburan kat PetroSaudi, dari mula lagi memang niat dah nak songlap duit negara.

Anonymous said...

Najib memalukan UMNO dan BN. Belum ada dalah sejarah UMNO dan BN, presiden dengan relahati membiarkan duit hutang yang dijamin kerajaan disonglap secara terang-terangan. Kalau ikan bilis, SPRM dah tunjuk kuasa mereka, tapi bila kena kat PM, SPRM pun jadi macam tikus.

Anonymous said...

Tengok si CEO Jerman yg. baru lantik sorang lagi OMPUTIH di bhg 'Sales'! GERAMnya aku! MAS memang diSABOTAJ disyaki oleh si PENGGANAS Barat/Zionis serta ejen tempatan depa, melalui kehilangan MH370/MH17 - maka GADAI teruslah sy. penerbangan NASIONAL kita pd. PENJAJAH Barat/Zionis ini - dan terus hidangkan ARAK, ARAK.......mcm. puak KAPIR SETAN!

Mcmlah KEUNTUNGAN syarikat-sy. penerbangan di NEGARA ISLAM kita ini termasuk yg. swasta, bergantung pd. budaya ARAK-KEPARAT serta pemakaian LUCAH paramugari depa; yg. sarong ketatlah, skirt ketatlah dan sekrg. bah. payudara dibiaqkan makin terdedah! Dahlah di TV; ASTROBANGANG dibenaqkan MENGEKSPLOITASI wanita secara SEKSUAL dgn. membenaqkan siaran Barat/asing JUAL produk dia mempergunakan wanita sbg. BAHAN LUCAH serta budaya LUCAH-AMAT GANAS Barat/Zionis dibiaqkan mem"brainwash" jenerasi muda kita; sampaikan boleh ditayangkan cthnya siri yg. diarahkan oleh puak HOMO-Barat, "Hannibal" yg. terangan MEMUJA budaya KANIBALISME(kebanyakan puak Kanibal di Barat adalah dari puaka HOMO!)!

Semoga ALLAH SWT balas di atas PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL ini - hingga ke KETURUNAN depa yg. juga JAHAT nak-MAMPOS; dan jadi PAPA KEDANA akibat MENGGADAI Negara Islam pusaka nenek moyang berzaman kita ni serta hak BUMIPUTERA Islam/Melayunya!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Pengurusan tertinggi 1mdibee bukannya bodoh..

Depa cerdik..tetapi....duit banyak depan mata...faham2 je la

Anonymous said...

Setuju, Najib mesti berundur...

Anonymous said...

evangelist ker liberal ker. bulan puasa pun blh adakan perlawanan bola. xtau nak komen apa dah.......................... sapa ler punahsihatnyer.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS