DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, December 03, 2011

LANUN 'LEVEL 4 Boys' diSIMPAN oleh UMNO dalam GLC untuk siapa?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Banyak juruBLOG telah mengulas tentang kisah 'BOSS' Air Asia 'MENYERANG' 'BOSS' Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).. Ramai terTANYA-tanya apakah KISAH sebenarnya dan apakah MUSLIHAT 'BOSS' Air Asia dan RAKAN-RAKANnya yang jugak diKAITkan sebagai 'LEVEL 4 Boys' dalam GLC-GLC? Apa yang menakutkan, ketika UMNO/BN sedang bersiap sedia dengan 'ARTILERI' untuk menghadapi PRU-13, diKHUATIRi puak-puak JAHANAM ini sedang pasang 'PERIUK API' dalam KEM sendiri..->KLIK<- dan ->KLIK<-

Sebenarnya, sudah BANYAK kali kita dengar KONTROVERSI dalam dunia BISNES meLIBATkan 'BOSS' Air Asia ini.. BLOG ini jugak sudah beberapa kali memaparkan KISAH seperti usaha untuk memBINA sebuah LCCT di Labu dan bagaimana peREBUTan JENAMA pasukan F1 LOTUS antara dia dengan pengurusan Proton Holdings.. Mungkin di satu pihak, kita tak NAFIkan NEGARA memerlukan ahli perNIAGAan yang BERANI dan KREATIF sepertinya.. Namun demikian, NEGARA dan jugak RAKYAT langsung tidak perlukan ahli perNIAGAan TAMAK seperti 'Tokey-Tokey peMAKAN BABI' yang menDOKONG DAP La'anatullah tetapi merengek untuk KONTRAK dan PROJEK besar daripada kerajaan?

Yang lebih MALANG tuh, GLC-GLC milik kerajaan yang seharusnya menDOKONG hasrat kerajaan untuk memBERI perKHIDMATan kepada RAKYAT telah menjadi PLATFORM untuk sesetengah ahli-ahli POLITIK di dalam Pemuda UMNO mengumpul keMEWAHan.. Nak cari makan sendiri dengan tubuh SYARIKAT dan jadik KONTRAKTOR macam orang LAIN tak RETI.. Lalu gunakanlah 'KABEL' UMNO untuk lobi sana-sini untuk dapat JAWATAN tinggi dalam GLC.. Mana RETInya nak mula dengan JAWATAN rendah-rendah macam Pengurus atau Timbalan Pengurus.. Masuk-masuk GLC terus dapat 'DIRECTOR' seolah-olah JAWATAN tuh memang PUSAKA Tok NENEK dia! Inilah dia PENYAMUN 1 Malaysia!

Inilah yang menyebabkan UMNO diBENCI oleh orang Melayu/BUMIPUTERA sendiri..UMNO melalui penguasaan dalam kerajaan begitu mudah meNAFIkan golongan MUDA dan PROFESIONAL Melayu lain yang tidak berPARTI untuk berKHIDMAT dalam GLC sebaliknya memBERIkan tempat kepada LANUN-LANUN Korporat dan PENYAMUN ini berKUASA dalam GLC? Apakah sumbangan mereka dalam GLC yang memBERIkan FAEDAH kepada RAKYAT marhaen selain mereka menyebabkan keNAIKkan KOS kepada RAKYAT untuk menDAPATkan perKHIDMATan yang diTAWARkan oleh GLC-GLC tersebut? Apakah LOGIKnya untuk UMNO memBERIkan tempat kepada para LANUN ini sedangkan ramai RAKYAT di luar sana yang lebih berkeLAYAKkan dan patut diberi PELUANG menerajui GLC-GLC?

Berbalik kepada TAJUK, apakah GLC-GLC seperti MAS dan PROTON ditubuhkan dan diMAJUkan dengan tujuan untuk 'diLELONG' pada akhirnya? Apakah ini LIBERALISASI yang diTUNTUT oleh DS Najib? Sepatutnya GLC-GLC ini menjadi WARISAN NEGARA kepada generasi RAKYAT di masa akan datang.. Namun, hari ini kita melihat GLC-GLC yang diTUBUHkan berpuluh-puluh tahun menjadi bahan 'BARTER Trade' yang mana bakal menyaksikan kePENTINGannya boleh terlepas kepada pegangan ASING dengan mudah kalau tak kena cara.. Apakah MUSTAHIL suatu hari nanti MAS akan diMILIKki oleh Virgin Air dan PROTON pulak akan diMILIKki oleh Caterham jika kerajaan PEJAM mata dengan agenda sebegini? Sek-sok, mungkin RAKYAT berkerja di GLC yang bakal jadi MILIK orang luar!

Sepatutnya GLC-GLC diterajui oleh mereka yang mempunyai SEMANGAT sayangkan NEGARA dan ingin meMAJUkan GLC-GLC agar dapat memberi perKHIDMATan kepada RAKYAT sampai bila-bila.. Malangnya, penguasaan beberapa LANUN-LANUN Korporat yang jugak berJAWATan dalam UMNO khususnya dalam Pemuda UMNO menyaksikan GLC-GLC semakin menekan RAKYAT.. Ini yang RAKYAT tak mahu tengok dan RAKYAT benci nak tengok.. Rakyat menyanjung arwah TS Yahaya Ahmad dan TS Mokhtar Albukhary kerana walaupun mereka menerajui GLC, mereka memBERIkan PULANGan kepada RAKYAT dan NEGARA.. Namun, apabila LANUN-LANUN Korporat saki-baki 'LEVEL 4 Boys' menerajui GLC-GLC, RAKYAT pulak yang kena 'PERAH' habis-habisan demi nak meMEWAHkan mereka? Banyak CANTIK muka!

Sampai sekarang kita tak NAMPAK kePERLUan untuk DS Najib mengekalkan atau 'menyayangi' LANUN-LANUN Korporat yang diMAKSUDkan dengan menyimpan mereka di GLC-GLC.. Orang lain tak mampukah untuk menerajuinya? ISTIMEWA sangatkah LANUN-LANUN Korporat yang jugak saki-baki 'LEVEL 4 Boys' itu? HARTA Tok NENEK merekakah semua GLC-GLC itu? Sedarkah DS Najib jika mereka ini disuruh meniaga 'BURGER' tepi jalan pun mereka tak RETI pun nak buat? Apakah mereka ISTIMEWA kerana LULUSan luar NEGARA? Namun, di luar sana berapa RAMAI LULUSan luar NEGARA yang tidak diBERIkan peluang sama rata semata-mata kerana mereka tidak ada 'KABEL' terUTAMAnya menerusi UMNO? Malah, LULUSan tempatan jugak wajar diBERIkan peluang yang sama.. Selagi ini tidak diatasi, jangan MIMPIlah UMNO akan diSOKONG oleh golongan MUDA yang berkeLULUSan dan yang berUSAHA sendiri untuk meMAJUkan diri!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

SDR SDR TUAN BLOG
Saya mohon masuk
kerana ini isu Maruah Negara Maruah Martabat Melayu Maruah Kehormatan Nilai Murni Rukun Negara.

NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !
NO TO TONY FERNANDEZ !

1.Mereka amal Pruden Fund Manajmen
"PAY YOUR SELF FIRST"
2.Star sudah beli comprehensive insurance untuk siapa akan ada kuasa.
3.wONG cHUN WAI MEMANG SPECULATOR HEDGING HIS BETS BOTH WAYS FOR NEXT PRU.Maklum lah dia kan dari kaum practical dan pragmatic
STAR MENANG MENANG MENANG MENANG MENANG.
dengan Pulau Pinang ,Damansara Utama MCA Inter Faith M Rantings T mukhriz T Fernandez istana I city SP sri 1Malaysia Najib MUFC Ketua Pemuda Accim Dong Zhong.
4.Orang yang practical dan pragmatic pandang jauh lebih jauh.
5.Kena marah olih Hishamudin pun tak berkesan,

Dengan semangat 1M yang terbuka dan dengan ada lesen besar dari liberal civil liberties human rights keberlainan populist transfomaci kesamarataan 1M, saya kata

NO TO TONY FERNANDEZ !
No TO Tony Fernandez !
No To Tony Fernandez !!!!!!
arjuna waspada
changkat lobak.

glassman said...

since someone touched The Star.. I too wants to touch on them also.. Although I buy the Star daily, daily mind you, even if theres just enuff for the star and breakfast.. but what I want to say is.. The Star is taking business away from malay base newspaper by way of their M Star pullout in the Sunday Star. How? WHo buys Malay papers except for malays.. and students wishing to improve or read in malay, along comes the star,. and wallah! bye-bye malay papers

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS