DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 29, 2011

Ooo.. Baru tau Dr. Hassan Ali tu 'berSALAH' rupanya? - kata Pok Nik la!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ooo.. Baru TAHU rupanya Datuk Dr. Hassan Ali telah meLAKUkan keSALAHan apabila mempertikaikan TINDAKan PAS yang mengubah KONSEP perJUANGannya daripada NEGARA ISLAM kepada NEGARA BerKEBAJIKAN.. Ini bukan sesiapa yang KATA tetapi Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sendiri yang KATA.. Pok Nik memuji Dr Hasan yang KATAnya sedia meminta MAAF dan menarik balik kenyataannya yang mengHENTAM PAS mengenai KONSEP NEGARA BerKEBAJIKAN yang kini jadi SLOGAN parti itu..

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya," ->KLIK<-

Tu dia.. SALAH Dr. Hassan RUPAnya? PAS yang selama 55 tahun dok sebut "ISLE,ISLE," tuh RUPAnya tak berSALAH pun bila tiba-tiba ubah KONSEP kepada NEGARA berKEBAJIKAN semata-mata nak bekerjasama dengan 'PenJUBOR' dalam PKR dan DAP La'anatullah? Patutlah TERHARU benar Pok Nik tuh.. TERHARU pasal Dr. Hassan sudi mengaku SALAH seterusnya 'mengHALALkan' penipuan PAS selama 55 tahun yang dok JERIT "ISLE,ISLE"? Bolehlah Pok Nik makan GAJI BUTA untuk sePENGGAL lagi.. Almaklumlah, baru kena dengan KONSEP NEGARA berKEBAJIKAN?

Apa pun, bukan 'media UMNO' yang pergi cari Dr. Hassan sebaliknya Dr. Hassan sendiri yang menJEMPUT mereka untuk berikan dia RUANG meLUAHkan perasaan.. Harapnya Dr. Hassan jangan buat-buat LUPA pulak selepas menerima PUJIan daripada Pok Nik yang TERHARU tuh! Yang buat KECOH pun kawan-kawan se'ERDOGAN'nya dalam PAS.. Yang mengutuk dia KIRI dan KANAN pun kawan-kawan dia jugak? Jadik, kot mana nak kata UMNO punca Dr. Hassan buat kenyataan sedemikian, tak TAHUla pulak.. Lagi pun, bila ianya keluar dari MULUT Pok Nik, maka FAHAM-faham aje la..

Mungkin demi memBUKTIkan keIKHLASan Pok Nik, apa kata Pok Nik menJEMPUT Dr. Hassan berTANDING PRU-13 di Kelantan? Pok Nik jugak boleh aje mengekalkan Ustaz Nasha sebagai CALON di Kelantan walaupun dah terBUANG begitu JAUH dari negeri ASALnya? Ye la.. Itu pun kalau Pok Nik benar-benar IKHLAS la.. Kot mana sekalipun, Dr. Hassan tuh macam PAYAH aje nak berTANDING di Selangor selagi ada puak-puak DAP La'anatullah berKUASA ala-ala 'UNDERWORLD'? Ustaz Nasha lagi KESIAN.. Pergi mana pun nampak macam di'REJECT' aje? Bukankah Pok Nik pernah TIBAI dia dulu?

Bagaimana pulak dengan Lebai-Lebai PAS? Adakah mereka PERCAYA dengan kenyataan Pok Nik ini? Apa? Takkan Pok Nik nak MENIPU? Ehh.. Kalau dia MENIPU pun bukannya kamu TAHU? Dia pun MANUSIA jugak? Bukannya dia ada 'SAYAP' boleh naik ke LANGIT untuk mintak WAHYU? Jadik, selagi FITRAHnya sebagai MANUSIA, kot mana pun dia tetap LEMAH dan ada sifat-sifat NEGATIF seorang MANUSIA.. Apatah lagi Pok Nik nih dari dulu kerja dia berPOLITIK tak berhenti-henti.. Dia berhenti berPOLITIK pun bila dia nak TEMBAK tupai atau pun dia masuk hospital wad ICU!

Jika selepas ini Dr. Hassan berUBAH nadanya pun kita tak perlu HAIRAN.. Kot la lepas nih tiba-tiba Dr. Hassan kata serbuan JAIS ke sebuah GEREJA di Damansara Utama pasal ISU MURTAD dulu adalah satu keSILAPan? Ye la.. Dah Pok Nik bagi PUJIan macam tuh, nak tak nak kenalah AMBIL hati dia jugak.. Ingat senang ke Pok Nik nak PUJI orang? Tambah pulak Dr. Hassan ni bukannya ada JASA pun kat dia? Jadik, Dr. Hassan pun kenalah 'JEK' sikit dia nih.. Sedangkan yang berJASA besar kat Pok Nik macam Tun Dr. Mahathir dan DS Najib pun pernah diHINAnya? Tun diHINA bila Pok Nik mengIKTIRAF buku 'SHIT' dan DS Najib pulak dengan DOA pecah PERUTnya..

Pok Nik mungkin BIJAK main POLITIK dalam ISU Dr. Hassan dan Ustaz Nasha nih.. Ye la.. Pok Nik pun MAKLUM yang PAS sekarang mengalami keMEROSOTan SOKONGan di kalangan pengundi Melayu/ISLAM.. Kalau tiba-tiba Dr. Hassan dan Ustaz Nasha buat PERANGAI macam bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zul Nordin atau Nallakarupan, memang NAHAS Pok Nik.. Silap-silap Pok Nik MENANG PRU-13 seorang diri kat DUN Chempaka tuh! Dr. Hassan dan Ustaz Nasha diKIRA berUNTUNG pasal 'TIMING' ISU ini diMAINkan dekat sangat dengan PRU-13.. Kalaulah diTAKDIRkan 'TIMING' ISU yang berKAITAN mereka berDUA ini timbul lepas PRU, memang mereka mencari NAHAS la!

Cukup menarik untuk kita LIHAT apakah langkah Dr. Hassan selepas ini.. Berbanding Ustaz Nasha yang dah takde JAWATAN, Dr. Hassan masih lagi EXCO di Selangor.. Adakah Dr. Hassan akan kembali 'NGAM' dengan kawan-kawan se'EDOGAN'nya dalam PAS? Adakah DAP La'anatullah akan berBAIK-BAIK semula dengan Dr. Hassan? Yang paling MUSTAHAK, adakah Dr. Hassan KONSISTEN dengan perJUANGannya? Yang jelas, rasanya Dr. Hassan dan Ustaz Nasha pun TAHU mereka sangat-sangat berUNTUNG kerana 'TIMING' ISU ini dekat dengan PRU-13.. Kalau tak, merasa le mereka di'NERAKA'kan oleh Pok Nik, 'Geng ERDOGAN' PAS dan DAP La'anatullah..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS