DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, December 17, 2011

Pemimpin UMNO saling 'membaling TAIK' isu FGV dan NFC, MUKA DS Najib diHINA 100 'EKOR' malaun di PWTC?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ketika ini kita RASA ramai pemimpin UMNO seronok SALING 'membaling TAIK' sesama sendiri dalam dua ISU penting yang bakal diJADIKkan MODAL POLITIK puak-puak PR pada PRU-13 nanti.. Salah satu ISUnya ialah bagaimana seorang TOKOH korporat yang diKAITkan dengan UMNO dilihat berMAIN 'Tarik TALI' dengan Pengerusi FELDA yang jelas orang UMNO berhubung penyenaraian FGV ke dalam Bursa Malaysia.. Kerja siapa ini SEMUA kalau bukan kerja DAJAL sesama orang UMNO sendiri yang selama ini telah mengGUNAkan platform UMNO untuk menCARI keMEWAHan? ->KLIK<-

Satu lagi SESI 'membaling TAIK' sesama sendiri dalam UMNO ialah meLIBATkan isu NFC yang telah diTEGUR oleh Ketua Audit NEGARA sebelum ini.. ISU ini memBERIkan faedah kepada PR kerana MAKLUMAT urusan NFC telah dibawak LARI oleh seorang KAKITANGANnya yang kini menyertai mereka.. ISU ini diJADIKkan 'PELURU' untuk menyerang Kak Ijat dan jugak Wanita UMNO di bawah kePIMPINannya.. Malangnya, setakat ini NFC sendiri GAGAL mengambil TINDAKan seWAJARnya hingga RAMAI Pemimpin UMNO sendiri yang tak PUAS hari lalu 'saling membaling TAIK'.. ->KLIK<-

Memang tak SALAH berNIAGA atas platform UMNO.. Namun demikian, kena ingat bahawa UMNO itu bukan PUSAKA hak milik TOK Nenek kamu! UMNO itu adalah AMANAH seluruh ahlinya dan mereka yang menyokongnya untuk seLAMA-LAMANya.. Apabila dah BERJAYA, tolonglah balik ahli atau penyokong yang pernah memBANTU kamu.. Ini tidak, bila dah KAYA melalui platform UMNO, dah nak KUASA untuk memerintah orang lain pulah dah.. UMNO tidak memerlukan pemimpin atau tokoh perNIAGAan yang macam PM Itali iaitu Selvio Belusconi - Ada BISNES, KUASA, WANITA dan MAFIA!

Hari ini pulak diFAHAMkan ada beberapa KERAT budak-budak 'Perasan PANDAI' di IPT yang baru belajar berDEMONSTRASI pada hujung minggu.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-..

Ini pun jelas sekali kerja orang UMNO jugak.. Kerja siapa lagi kalau bukan kerja Timbalan Menteri IPT dan 'BOSS' Pemuda UMNO yang dok nak memBODOHkan seluruh UMNO dengan FAHAMan 'New POLITICs' mereka? FAHAMan yang bulat-bulat diCEDOK daripada pemikiran Penasihat PKR yang berGURUkan ZIONIS Neo-CON? Sebelum ini setakat 15 'EKOR' aje yang berDEMO di KL Sentral minggu lepas.. Hari ini berTAMBAH pulak sekitar 100 'EKOR' yang dah terasa BERANI pasal ada dua orang 'Kepala TAIK' dalam UMNO yang menyebelahi mereka dan SEBENARnya menJALANkan agenda Penasihat PKR dalam UMNO selama ini.. Sekali lagi orang UMNO hanya DIAM aje..

Sebagai RAKYAT, kita dah KATAkan bahawa betapa RUGInya duit CUKAI kami yang diBAYAR melalui LHDN dan diBERIkan sebagai peruntukan termasuk pemBIAYAan penDIDIkan kepada mereka ini.. Kami mahu duit CUKAI kami memBIAYAi penDIDIKan untuk yang nak jadik MANUSIA demi berBAKTI kepada NEGARA, bukannya yang nak jadik BINATANG atas JALAN raya! Itu pun DS Najib tak RETI dan tak NAMPAK ke? Bukannya PAYAH nak 'TRACE' 100 'EKOR' tuh kan? POLIS ada, SB ada, setakat nak 'TRACE' 100 'EKOR' tuh payah sangat ke? DS Najib kena ingat, kePENTINGan kami sebagai RAKYAT yang bayar CUKAI kena diUTAMAkan bukannya yang 100 'EKOR' tuh!

Pusing kot mana sekali pun, kena balik kat UMNO jugak.. 100 'EKOR' yang menurunkan MUKA DS Najib kat PWTC hari ini sekaligus mengHINA keSELURUHan UMNO adalah HASIL didikan Timbalan Menteri IPT dan jugak 'BOSS' Pemuda UMNO yang selama ini mahukan AUKU diMANSUHkan dan mahu lebih RAMAI Mahasiswa menjadi seperti 100 'EKOR' ini.. Nak kata macam mana lagi? Kalau DS Najib seorang Presiden UMNO yang benar-benar berWIBAWA, tidak perlu TUNGGU lama untuk PANGGIL dua orang 'Kepala TAIK' ini depan semua ahli MT dan TANYA mereka ini ke apa yang mereka mahu menerusi 'New POLITICs'? RAKYAT nak lihat keBERANIan DS Najib kali ini..

Kalau tak SALAH, pindaan AUKU yang baru belum lagi diMUKTAMADkan.. Manakala Akta Perhimpunan Aman 2011 pulak baru diLULUSkan.. Jadik, TUNGGU apa lagi? 100 'EKOR' hari ini + 15 'EKOR' yang kat KL Sentral minggu LEPAS patutnya boleh diDAKWA di bawah kedua-dua Akta ini? RAKYAT meLIHAT semua ini.. RAKYAT meNILAI semua ini.. RAKYAT hanya memBERIkan AMANAH mereka melalui UNDI pada parti yang mana kerajaannya menDAULATkan undang-undang dan berTANGGUNG-jawab memikul AMANAH daripada RAKYAT.. Hentikanlah SESI 'membaling TAIK' sesama sendiri demi nak TUNJUK diri tuh adalah 'WINNABLE Candidate'.. Itu semua RAKYAT yang tentukan! UMNO tak MALU ke Presiden parti kamu diHINA di 'RUMAH' sendiri oleh cuma 100 'EKOR' ini?

Wallahualam..

1 comment:

joe said...

Tapi yang lebih pelik macam mana mahasiswa/siswi bengap ni boleh berarak sampai ke pwtc! Pihak berkuasa tak dapat kawal/pantau ke mereka? Takkan tak tau ke mana halatuju mereka? Di mana kawalan keselamatan sekitar pwtc? Cuba fikir kalau perlakuan bodoh mereka disusupi komunis/penjenayah dan meletakkan bahan letupan di pwtc? Kenapa tak didakwa mereka atas perlakuan jenayah vandalisma atau pencerobohan? Supaya mereka merasa penangan seksyen 15B,15C dan 15D AUKU. Atau memang ada tangan ghaib di dalam kerajaan yang memegang tali-tali boneka ini?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS