DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 10, 2011

Solat Hajat golongan FASIK yang memBENCI sesama Islam tidak diterima Allah SWT..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..


Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa: "Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redhai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"


Hadis yang diNYATAkan di atas berkenaan dengan keperluan untuk umat ISLAM melakukan solat HAJAT dan tuntutan agar umat ISLAM melakukannya demi mencari keREDHAan dan ditunjukkan TAUFIK dan HIDAYAH dalam kehidupan.. Dengan KATA lain, tuntutan untuk melakukan solat HAJAT tidak lebih untuk memohon keBERKATan daripada Allah SWT agar segala urusan kehidupan di DUNIA dipermudahkan dan diREDHAi olehNYA.. Sememangnya semua TAHU segala bentuk IBADAT yang dilakukan dalam ISLAM hanyalah antara pelaku IBADAT tersebut dengan Allah SWT..

Namun demikian, BAGAIMANA pulak dengan beribu-ribu Lebai PAS yang melakukan solat HAJAT di Stadium Malawati semalam? Apakah tujuan mereka melakukan solat tersebut adalah selaras dengan tuntutan seperti yang diNYATAkan di dalam HADIS di atas?

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8602178.asp

Apakah mereka memohon keBAIKkan dan HIDAYAH daripada Allah SWT demi kesejahteraan umat ISLAM tanpa mengira apa sahaja fahaman POLITIK mereka? Adakah mereka memohon kesejahteraan untuk umat ISLAM atau hanya untuk kepentingan DIRI mereka sendiri sahaja? Adakah solat HAJAT tersebut IKHLAS dilakukan kerana Allah SWT atau hanya untuk memuaskan NAFSU JAHAT masing-masing?

INIlah padahnya apabila orang FASIK melakukan IBADAT demi mengaburi mata umat ISLAM lain.. Mereka beranggapan mereka sudah 'terlebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain'.. Maka mereka menganggap hanya mereka sahaja yang LAYAK bercakap tentang ISLAM sedangkan jumlah mereka hanya umpama BUIH di lautan.. TIDAK layak langsung untuk mewakili 1.8 bilion umat ISLAM di seluruh dunia! Sebab itulah BLOGGER Kickdafella pernah menggambarkan sikap Lebai PAS dalam BLOGnya seolah-olah mereka BEBAS melakukan keMUNGKARan atas nama ISLAM!

Menurut Kickdafella, dia pernah berkata kepada pimpinan PAS,

"YB, cukuplah tebang balak kat Kelantan ni, dah panas satu macam dah rasanya.."

Jawapan yang diberikan ialah,

"Padang mahsyar esok lagi panas!".

Di ketika lain dan pada pimpinan lain Kickdafella pernah mengadu,

"Kenapa kita tak boleh selesai-selesai masalah air kat Kelantan ni, naya (ainaya) rakyat dok berdepan dengan masalah tak dok air,"

Jawapan yang diberikan kepadanya,

"Mekah pun tak da air jugak!"

http://kickdefella.wordpress.com/2011/01/10/mahathir-kata-20-tahun-sekarang-mustapa-bersedia/

KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Kita rasa TAK ADA apa yang PELIK dengan jawapan Lebai PAS sedemikian kerana mereka sememangnya sudah diJAUHi dari mendapat sebarang HIDAYAH oleh Allah SWT.. Jika anda lihat keZALIMan yang dilakukan oleh Lebai PAS dan SEKUTUnya seperti PKR dan DAP terhadap RAKYAT khususnya umat ISLAM lain pada HARI ini, anda akan SEDAR bahawasanya mereka sudah pun diJAUHi dari mendapat HIDAYAH Allah SWT.. Sebab itulah dalam kepala OTAK mereka hanya ada POLITIK 100% hingga LUPA tanggung-jawab mereka untuk berKHIDMAT kepada rakyat! Itulah BALASAN Allah SWT terhadap mereka kerana cuba bersikap FASIK terhadapNYA menerusi solat HAJAT..

Lebai PAS patut belajar dari Saiful Bukhari bagaimana melakukan solat HAJAT dengan BETUL dan IKHLAS kepada Allah SWT.. Sebab itulah semakin hari, semakin BANYAK aktiviti SONGSANG Penasihat PKR terBONGKAR hingga sukar diTUTUP! Walau beratus RIBU orang sekali pun Lebai PAS solat HAJAT, nescaya DOA dan solat HAJAT seseorang yang diZALIMi oleh Lebai PAS jugak akan mendapat tempat disisi Allah SWT..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Biarkan si luncai terjun dngan labu labu nya

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS