DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 29, 2011

Eksklusif DUN TENANG - Bukan senang nak 'SHOT' gambar Pok Nik tengah mendapat 'WAHYU' nih..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

Alahai Pok Nik 'ALAIHISSALAM'..

Kesian pun ada, MELUAT pun ada.. Umur dah cecah 80an ni patutnya dah berHENTIlah buat kerja-kerja mengarut nih.. Jangan INGAT umur panjang tuh ANUGERAH dari Tuhan.. Mungkin itu jugak UJIAN dariNYA untuk lihat setakat mana HAYAT yang diberikan diMANFAATkan untuk keBAIKkan manusia.. Namun, kalau kita TELITI setiap perkataan orang TUA tuh kebelakangan INI, memang dia tak SEDAR pun HAKIKAT kubur dah mula memanggil..

Apa pun, TAHNIAH dan SYABAS kita ucapkan kepada JURUFOTO yang berjaya mendapatkan gambar 'SHOT' Pok Nik 'ALAHISSALAM' tengah mendapat 'WAHYU' semasa berKEMPEN di PRK DUN Tenang.. Bukan senang oii nak dapat 'SHOT' macam nih.. Lainlah PM ke-5 dulu.. Yang tuh bila-bila MASA pun senang orang dapatkan 'SHOT' sebegini.. Tu pasallah gambar dia tengah TIDO dijaja merata-rata semasa PRU ke-12 dulu hingga menyebabkan BN nyaris tersungkur menyembah TANAH.. Kali ni dah keluar gambar 'SHOT' sebegini untuk Pok Nik, adakah petanda PAS pulak yang akan terSUNGKUR menyembah BUMI? HE!HE!HE!

Apa pun kita PERCAYA 100% kalau Lebai PAS akan menDAKWA Pok Nik bukannya TIDO seperti yang diNYATAkan sebaliknya tengah mendapat 'WAHYU' masa tuh.. Tu pasallah HARI nih keluar dalam AKHBAR tentang 'FATWA' Pok Nik sebagai berkata

"Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... Tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."

KLIK

'FATWA' Pok Nik ini segera menDAPAT respon oleh dua orang MUSUH KETAT Pok Nik di Kelantan iaitu Prof. Md. Nor Deris dan Tok Guru Abdullah..

KLIK

TAPI kita PERCAYA Pok Nik takdenya nak tarik balik 'FATWA' yang di'WAHYU'kan kepadanya semasa dia berkeadaan seperti dalam GAMBAR tuh.. Kita jugak PERCAYA takde siapa yang otaknya masih WARAS akan saja-saja GATAL MULUT nak berTANYAkan Pok Nik dia dapat 'WAHYU' dari mana.. Kalau difikirkan, tak MUSTAHIL jugak mungkin esok-esok bila Pok Nik dah masuk dalam TANAH nanti akan ada Lebai PAS yang buat 'SIDANG PARLIMEN ROH' macam Ummu Jah balu Ustaz Ashaari Al Arqam buat kat Mekah sana! KAH!KAH!KAH!

KLIK

Kita jugak tak meNAFIkan betapa berKESANnya 'WAHYU' yang diterima oleh Pok Nik dan diZAHIRkan dalam bentuk 'FATWA'nya sempena PRK DUN Tenang kali ini.. Malah, IMPLIKASI 'FATWA' Pok Nik seakan terBUKTI apabila terdapat USAHA pihak-pihak tertentu yang diPERCAYAi Lebai PAS untuk memFITNAH calon UMNO/BN dengan menyebarkan RISALAH yang menDAKWA calon UMNO/BN sebagai ADO telah bersama dengan seorang AMOI Cina di sebuah HOTEL di Melaka sebagai satu bentuk 'BALASAN' dalam soal jual beli TANAH..

KLIK

Hebatkan penangan 'WAHYU' Pok Nik terhadap para PENGIKUTnya? Bukan main lagi menDAKWA diri masing-masing sentiasa lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain tetapi bab buat DOSA mengalahkan orang yang langsung tak tahu pasal ISLAM! HE!HE!HE!

Namun, kita YAKIN pengundi DUN Tenang sudah lama mengenali calon UMNO/BN ini.. Ye la.. Dah nama pun ANAK TEMPATAN.. Mak Bapak pun dah turun-temurun tinggal di sana.. Nak kata apa lagi? Berbanding calon PAS yang jelas telah diDEDAHkan satu demi satu kisah SILAMnya hingga tak termampu nak terJAWAB, nampaklah keLEBIHan berpihak kepada calon UMNO/BN ini.. Mungkin ini dah memang 'STYLE' Lebai PAS yang akan pilih calon seHAPRAK pemimpin mereka seperti Pok Nik jugak kot? Cuma dalam PAS aje akan jumpa HAPRAK yang sanggup memilih HAPRAK! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS