DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 31, 2011

Punca keKALAHan PAS di PRK DUN Tenang - Letakkan keSALAHan tersebut kepada 5 orang INI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dah agak dah..

Itulah RASAnya ungkapan paling SESUAI untuk mengGAMBARkan tentang keMENANGan UMNO/BN pada PRK DUN Tenang semalam.. Keputusan seMALAM jelas memBUKTIkan 2 PERKARA berikut:-

1) Pengundi Melayu TRADISI sudah mula meninggalkan PAS dan beralih kepada UMNO..
2) Pengundi Cina masih cuba menunjukkan KONONnya mereka mampu mempengaruhi sesuatu keputusan pilihanraya..

Lebai PAS harus menerima HAKIKAT bahawa orang Melayu/ISLAM semakin memBENCI parti mereka yang jelas cuba memperBODOHkan orang dan diLIHAT bersikap ANGKUH hingga cuba menutup MULUT rakyat..

KLIK

Ya, kita tidak NAFIkan mungkin Lebai PAS berBANGGA mendapat undi kaum Cina, namun semua MAKLUM bahawa kaum Cina akan terus mengundi PAS selagi Lebai PAS membuang ISLAM dari prinsip pari mereka dan berTERUSan menJILAT 'punggung tak BASUH' para pemimpin DAP! Kaum Cina akan BERHENTI mengundi PAS jika PAS kembali kepada dasar LAMA parti mereka iaitu 'Negara ISLAM' dan juga 'Hukum HUDUD'.. Namun demikian, kita YAKIN Lebai PAS tidak akan KEMBALI berbuat demikian sekurang-kurangnya sehingga Pok Nik 'ALAHISSALAM' menemui malaikat Munkar dan Nakir..

Kenapakah orang Melayu/ISLAM semakin menolak PAS? Rasanya semua maklum bahawa dah memang SIFAT orang Melayu bahawa mereka mampu berSABAR hingga sampai satu PERINGKAT, mereka akan memBALASnya tanpa mengira sempadan lagi.. Dengan kata LAIN, orang Melayu/ISLAM dan cukup lama berSABAR dengan sikap Lebai PAS yang menolak perpaduan sesama Melayu/ISLAM dan sering mengKAFIRkan sesama Melayu/ISLAM tetapi memperHAMBAkan diri kepada puak-puak RASIS dalam DAP dan HINDRAF.. Bukan ALASAN lagi untuk Lebai PAS mengatakan DUN Tenang atau sebelum ini DUN Bagan Pinang sebagai kubu UMNO/BN untuk setia keKALAHan mereka.. Bagaimana pulak dengan DUN Galas di Kelantan? Lebai PAS kalah di negeri yang mereka bermaharajalela sekian LAMA?

Untuk 'CASE STUDY', diHARAP Lebai PAS melihat kembali kelakuan beberapa pemimpin mereka berIKUT semasa kempen PRK DUN Tenang yang jelas meRUGIkan dan menutup TERUS peluang PAS untuk menang di peti undi MAJORITI Melayu.. Terus-terang KATAlah, mereka nih dak tak RELEVAN dah dalam PAS kerana telampau TAKSUB menJILAT 'punggung tak BASUH' para pemimpin DAP hingga sanggup menolak perpaduan sesama Melayu/ISLAM..

1) Salahudin Ayub (DIN Puduraya)

Anak Johor yang merempat di Kelantan semata-mata untuk jadik YB.. Sanggup mereka-reka CERITA tak berasas terhadap calon UMNO dalam isu TANAH sedangkan dia sendiri GAGAL memBUKTIkan apa keSALAHan tersebut? Apakah dia INGAT dengan memainkan ISU sedemikian dia ingat orang Melayu/ISLAM semua boleh diperBODOHkan? Sekarang SKANDAL dia pulak diBONGKAR dek para BLOGGERS, mana nak SOROK muka?

2) Mazlan Aliman

Siapa dia nih? Nak jadik pembela kepada warga FELDA tapi siapakah yang pernah diBELAnya? Pernahkah dia nih memBUKTIkan dia mampu buat lebih BAGUS daripada pengurusan FELDA? Pernahkah dia terFIKIR tindakkannya itu hampir mengGADAIkan pegangan penduduk FELDA terhadap tanah-tanah mereka sendiri? Apakah JASAnya kepada FELDA seBESAR jasa Allahyarham Tun Razak atau Allahyarham TS Taib Andak?

3) Nizar Jamaluddin

SASAU dah dia nih.. Kalau penagih DADAH tuh mungkin boleh diPULIHkan lagi tetapi dia nih dah tahap KRONIK dah akibat terlampau mengHIDU 'BAU WANGI' daripada 'punggung tak BASUH' para pemimpin DAP! Tak tahulah dia jadik BEGINI pasal terkena DAULAT Sultan atau segala DOA solat hajat Lebai PAS dah berbalik kepada dia sebagai pemBALASan daripada Allah SWT.. Apa pun pengundi DUN Tenang dah 'REJECT' penDERHAKA Sultan nih dari awal lagi!

4) Mahfuz Omar

Sebenarnya dia nih tak ada APA pun.. Datang DUN Tenang pun takat jual KELENTONg! Malah, kita YAKIN sangat-sangat cakap dia dah LAMA dah tak LAKU.. Cuma nak 'HABAQ' sikit kat orang Kedah.. 'Hangpa' tak MALU ka hangpa mengaji lagi tinggi dari DIA nih tapi dia merasa jugakla masuk 'BOARD OF DIRECTOR' GLC kerajaan negeri Kedah walaupun TAK DAK SPM! Hangpa orang Kedah dapat apa?

5) Pok Nik 'ALAHISSALAM'

Jeng! Jejeng! Ya... Siapa lagi LIABILITI terbesar dalam PAS kalau bukan orang TUA nih? Penampilan bukan main HEBAT seolah-olah 1.8 bilion orang umat ISLAM nih semuanya dengar cakap dia KONON-KONONnya tetapi yang kita dok lihat kerjanya cuma memecah-belahkan umat 18 juta orang ISLAM di negara ini.. Segala macam 'FATWA' peliknya cuma diTIMBULkan bila ada pilihanraya atau bila nak ambil HATI para pemimpin DAP.. Sesiapa yang MAK-BAPAK tak ajar ASAS agama ISLAM masa kecik nescaya akan mudah terTIPU dengan ajaran orang tua nih..

Apa pun, UMNO/BN tak patut LEKA dengan kembalinya sokongan Melayu/ISLAM terhadap parti mereka.. Masih banyak perlu dilakukan.. Apa yang lebih penting, UMNO/BN wajar mengGUNAkan pendekatan ISLAM untuk menangkis dan mengHAKIS kepercayaan TAHYUL terhadap Lebai PAS ini khususnya di kalangan generasi MUDA.. Ianya tidak mampu diLAKUkan oleh kepimpinan Pemuda UMNO sedia ada sekarang.. Ye la.. Nanti karang bila diTANYA balik tang mana ISLAM mengHALALkan POLITIK WANG, maunye terNGANGA diorang nak menJAWAB? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS