DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, July 11, 2011

The ULUL AMRI DS Najib should ENHANCE his 'Pasca-RUSUHAN - To Do LIST'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tak ada siapa pun NAFIkan bahawa DS Najib semakin POPULAR sebagai IKON untuk UMNO/BN kembali menarik SOKONGan.. Namun demikian, secara keSELURUHannya DS Najib terpaksa melakukan lebih KERJA bersama-sama jentera UMNO/BN lain terUTAMAnya selepas RUSUHan BERSIH 2.0, 2 hari lepas.. Sekadar mengHIMPUNkan 6 ribu orang di PWTC belum tentu menJAMIN keMENANGan UMNO/BN pada PRU-13 nanti.. SOKONGan semua PERINGKAT di kalangan RAKYAT harus diJANA dari sekarang agar RAKYAT menolak keBURUKkan para 'DUNGUan' yang meRUSUH..

Menurut DS Najib,

"Mereka nak berhimpun 100,000? Saya nak beritahu, anak buah kita ada berapa? UMNO sahaja ada lebih tiga juta ahli. Tidak perlu tiga juta, kumpul sejuta pun sudah cukup. Kita boleh tawan Kuala Lumpur dengan satu juta ahli. Sekiranya tidak cukup sejuta ahli UMNO berhimpun, kita kerahkan.. siapa? Tan Sri Omar Din, Mahaguru Seni Silat Lincah, ahli-ahli silat Gayung. Saya Ulul Amri dua silat ini. Perintah Ulul Amri tak boleh dibantah, mesti taat. Kekuatan kita jelas. Oleh itu, jangan ada sesiapa yang sangsi dengan kekuatan kita." ->KLIK<-

Itulah kata-kata SEMANGAT DS Najib semalam.. Kita RASA DS Najib pun MAKLUM bahawa dalam Kuala Lumpur, cuma Parlimen Setiawangsa sahaja KEKAL di tangan UMNO/BN pada PRU-12.. Malah, kita jugak YAKIN bahawa DS Najib jugak pernah mendengar jumlah ahli UMNO dari zaman Tun Mahathir dulu jugak seRAMAI 3 juta orang.. Itu dah berapa PULUH tahun dah dok 'MAINTAIN' angka 3 juta tu aje?

MeRUJUK kepada RUSUHan BERSIH 2.0 lalu, kita dapati SOKONGan yang diperOLEHi mereka adalah dari kalangan generasi PELAPIS terUTAMAnya budak-budak IPT yang mana MUNGKIN mak bapak masing-masing tak beri DIDIKan agama ISLAM semasa KECIL.. Sebab itulah kita tak HAIRAN apabila mereka JADI para 'DUNGUan' yang berJUBAH, berSERBAN dan berPURDAH melaungkan 'Lailahaillalah' semasa meRUSUH.. Setakat ini kita tak NAMPAKlah usaha berKESAN daripada UMNO/BN untuk 'memulihkan' para 'DUNGUan' ini.. Apa yang kita NAMPAK cuma beberapa usaha BONGOK daripada Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG dan Timbalan Menteri IPT yang jelas menjadi ALAT mereka pulak menerusi slogan 'NEW Politics'..

Dalam keadaan SEKARANG, majoriti RAKYAT menuntut HUKUMan setimpal diKENAkan kepada semua PIHAK yang mengambil bahagian dalam RUSUHan tersebut.. PerBUATan mereka adalah jelas melanggari undang-undang dan memBERIkan AIB maha BESAR kepada DYMM SPB YDP Agong yang menegah perHIMPUNan HARAM tersebut menerusi Titah KHAS Baginda sebelum ini..

- Kalau pelajar IPT, buang sahaja mereka dari IPT..

- Kalau ahli Parlimen, GANTUNG sahaja JAWATAN mereka..

- Kalau peguam, TARIK sahaja LESEN guaman mereka atau ambil alih BAR Council!

- Kalau orang AWAM, dakwa mereka di MAHKAMAH atau jika mereka bertaraf PEMIMPIN, tarik sahaja keRAKYATan mereka!


KeDAULATan undang-undang inilah yang diTUNTUT oleh majoriti RAKYAT! Bukankah YDP Agong sendiri menyerahkan kepada DS Najib untuk melakukan apa yang patut dalam Titah KHAS Baginda?

RAKYAT sangat MARAH kerana duit CUKAI mereka diBAZIRkan untuk memBERI makan kepada para peRUSUH, memberikan RAWATAN dan jugak diberikan sebagai ELAUN kepada para ahli Parlimen yang meLANGGARi undang-undang! Jika mereka BEBAS melanggari undang-undang KONONnya atas nama hak asasi, keBEBASan bersuara dan sebagainya, apa MAKNAnya kita susah payah menCIPTA Perlembagaan Negara? Apa maknanya kita mengadakan pilihanraya jika pada AKHIRnya kerajaan cuba diGULINGkan di jalan-jalan raya dengan pemBIAYAan kuasa-kuasa ASING?

Dalam KONTEKS yang lebih besar, DS Najib sebagai 'Ulul Amri' sewajarnya bekerjasama dengan ulama-ulama NEUTRAL untuk memperjelaskan dasar kerajaan.. Cukup menJIJIKkan melihat sebutan 'Lailahaillallah' dipermainkan oleh para peRUSUH yang sepatutnya TAHU bahawa ISLAM mengHARAMkan perbuatan sedemikian, apatah lagi meLAKUkannya dengan berKETUAkan seorang KAFIR La'anatullah yang jelas menyokong usaha meMURTADkan umat ISLAM! Di manakah suara para ulama KHUSUSnya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan? Atau semuanya pakat memBISU makan GAJI BUTA sambil bermimpi bila PENCEN nanti dapat jadik calon pilihanraya macam Taib Azamuddin?

Yang paling MUSTAHAK adalah DS Najib memastikan kepimpinan UMNO/BN berKONGSI semangat, IKTIKAD dan pemikiran yang SAMA dengan dirinya.. Ini kita nampak DS Najib faham 1 Malaysia macam ni.. Komponen BN faham kot ni.. Keua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG pulak buat-buat faham.. Oleh itu, jangan RAGU-RAGU untuk menolak mereka yang GAGAL atau menyelewengkan segala usaha DS Najib selama ini untuk memulihkan UMNO/BN.. Ini dok simpan orang yang meMALUkan parti sampai berKURUN, buat apa? Kalau dok DIAM aje boleh la terima tapi NYATAnya semua sibuk dok kejar KUASA dan JATUHkan kedudukan orang lain..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

STUJUUUUUUU!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS